EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Sunday, January 31, 2010

CAR Membakar Track….Meriah! Mantop!


PACESETTERS TRACK MEET (31 Januari 2010, Stadium Selayang)
Keputusan CAR yang mengambil bahagian

100m (men 18-29 years)
Emas: Mohd Noordhamiri Mohd Amran – 11.93s (CAR86)
Kelima: Nazib Ngainin – 13.7s (CAR3)

100m (men 35-39 years)
Tempat Keenam: Abdul Azri K.Peer Mohamed – 22.90s (CAR28)
(Keceradaan hamspring)

100m (men 40-49 years)
Tempat Kelima: Arumugam Subramaniam – 14.46s (CAR134)

400m (men 18-29 years)
Emas: Mohd Noordhamiri Mohd Amran – 59.90 (CAR86)

400m (men 35-39 years)
Gangsa: Abdul Azri K.Peer Mohamed – 69.10s (CAR28)

400m (men 40-49 years)
Tempat Keempat: Arumugam Subramaniam – 72.12s (CAR134)

4x100m (men open)
Perak: Nazib Ngainin (CAR3), Farid Alias (CAR4) - kecederaan hamstring , Azhar Johari (CAR 6), Mohd Noordhamiri (CAR86) – 51.09s

Tempat Keenam: Ramlan Sulaiman (CAR2), Ghejanthran a/l Kalaimani (CAR8)
Khairul Amran Abd Aziz (CAR14), Harry Shahrizan Romle (CAR22) – 61.34s

4x100m (women 30-39 years)
Emas: Idaizumi Othman (CAR5), Rafidah Abdullah (CAR30), serta dua Jemputan - 75.11s

4x400m (men open)
Perak: Nazib Ngainin (CAR3), Harry Shahrizan Romle (CAR22), Azhar Johari (CAR 6), Mohd Noordhamiri (CAR86) – 4.09.52s

Tempat Kelima: Ramlan Sulaiman (CAR2), Ghejanthran a/l Kalaimani (CAR8)
Khairul Amran Abd Aziz (CAR14), Wong Kei Meng (Jemputan) – 5.10.34s

4x400m (women 30-39 years)
Perak: Idaizumi Othman (CAR5), Rafidah Abdullah (CAR30),
serta dua Jemputan – 6.14.18

Open Mixed Relay – 200m, 400m, 600m, 800m)
Gangsa: Idaizumi Othman (CAR5), Hasfiza Ramley (CAR37), Harry Shahrizan Romle (CAR22), Azhar Johari (CAR 6) – 6:51.58s

Keputusan keseluruhan CARs berjaya mengutip 3 emas, 3 perak dan 2 gangsa


Walaupun ini saja yang ada, ayam tetap paling meriah dan riuh!
Next year kita plan bebetul....ok tak! memang syiok worr!

Team campuran yang power! Dengan aksi yang paling mendebarkan!

Naik podium placing ke-2, tapi riuh cam Champion...huhu!

Sedikit sedutan aksi terpongeh dari tukang pass baton!

Hero CAR - Memang Mabeles! next year kita usahakan supaya hang dinobatkan Sportman

Hasil tuaian CAR di Pacesetter Track Meet

Laporan disediakan oleh: Ketua Reban
Gambar disediakan oleh: Khairul Amran Abd Aziz (CAR14)

Sahabat Baru CAR

Wan Azmi Wan Ngah (Amy)
CAR#130
Mohan Ganapathy (Macha)
CAR#131

Ok geng semua..ni ada dua lg sahabat baru kita yg aku rasa korang mesti familiar ngan dorang..

CAR130 Wan Azmi Wan Ngah (Amy) & CAR131 Mohan Ganapathy (Macha)..mereka berdua ni actually rakan sepejabat..so dari asalnya rakan sepejabat trus jdk rakan sepelarian plak..pasni leh jdk rakan sebantal kot..huhu ok si Amy nie masa kat Penang Marathon ari tuh..korang ada prasan tak sorang runner yg pakai rambut afro kaler2..join half 21km..rambut tuh kaler macam kaler balung yg pernah ku pakai sebelum ini..ha kalo korang nak tau tuh la si CAR130 Amy..

Ok apa2 pon terima kasih dan selamat datang kita ucapkan pada dua orang sahabat baru kita nie..so jgn tak caya dorang ni peramah beb..dan pada korang berdua pasni jgn lupa cari geng2 CAR bila lepas lari yer..so leh la kita beramah mesra mana2 yg patut..huhu sekian..

Friday, January 29, 2010

Kasut Untuk Dijual

Model : NB1063 (Brand New)
Colour : Blue
Mileage Used : Only 5km..!!
Size : Men 8.5 US (Wide)
Retail Price : RM429
Offering : RM345 (Negotiable)

He found it not comfortable and cannot exchange because it was more than a week he bought baru try and he lost the receipt

Interested please call : June - 012 9117846

Sahabat Baru CAR

Zabba Otin (Pa)
CAR#128
Zamanhuri Otin (Man)
CAR#129

Ok geng semua..haa ni ada lg geng Elephant Stone masuk reban..CAR128 Zabba Otin (Pa) & CAR129 Zamanhuri Otin (Man)..eemm maybe mereka berdua ni adik beradik kot..iala nama bapak sama daa..tp tak taula..sok kalo kita jumpa dorang kita tanyala sendiri arr..tp yg nyatanya sah2 mereka ni sekampung..sama seperti geng Batu Gajah yg sebelum nie..kira sekampung gak..

Apa2 pon tabik spring kita pada sahabat kita nie..iala sanggup turun KL slalu semata2 nak join berlari atas jln raya..dan kita mengucapkan selamat datang juga pada mereka..so nampaknya CAR dah leh bukak cawangan kat Batu Gajah dah nie..hehe ok Pa & Man..terima kasih banyak2 yer..so tak sabar kitaorang nak beramah mesra ngan korang..sekian..

Thursday, January 28, 2010

TESCO Walk For Schools 2010 - Charity

Acara : TESCO Walk For Schools
Lokasi : Dataran Merdeka
Tarikh : 07hb Mac 2010 (Ahad)
Masa : 08.00 Pagi
Jarak : 4.5km
Yuran : RM10 (Dewasa) 7 RM5 (Kanak-Kanak)

PENDAFTARAN SERTA BORANG PENDAFTARAN BOLEH DIDAPATI DISEMUA GEDUNG TESCO YANG MENGAMBIL BAHAGIAN SEPERTI DI BAWAH :-

Tesco Mutiara Damansara
Tesco Puchong
Tesco Ampang
Tesco Kajang
Tesco Setia Alam
Tesco Semenyih
Tesco Banting
Tesco Shah Alam Hyper
Tesco Klang
Tesco Extra Shah Alam
Tesco Extra Cheras
Tesco Extra Selayang


Maklumat lanjut sila klik di sini

Sahabat Baru CAR

Nazrul Mat Zizi (Jooi)
CAR#125
Ahmad Yusran Khalid (Aan)
CAR#127

Ok geng semua..ni ada dua sahabat baru dari nun jauh dari Elephants Stone (Batu Gajah) Perak..hehe CAR125 Nazrul Mat Zizi (Jooi) & CAR127 Ahmad Yusran Khalid (Ann)..mereka berdua ni sekampung..jgn tak caya..haha iala bkn senang nak cari geng sekampung yg kaki sepelarian..huhu aku rasa maybe ada di kalangan korang yg kenal ngan sahabat kita nie..tak kisahla..pasni kalo jumpa cam biasala..beramah mesra la eekk..

So selamat datang kita ucapkan dan berbanyak terima kasih juga kita ucapkan kepada mereka berdua kerana sudi nak menjadi sebahagian dari ahli keluarga Chap Ayam Runners..secara tak langsung 'membesarkan' lg keluarga meriah ni..ok geng berjumpa kita di larian yg akan datang (Putrajaya Night Marathon)..

Wednesday, January 27, 2010

Wira CAR Di Dubai Marathon 2010

Acara : Standard Chartered Dubai Marathon 2010
Lokasi : Dubai Media City Amphitheatre
Tarikh : 22hb Januari 2010 (Ahad)


VETERAN WANITA 42KM
5'11'17 - Jenap M Said CAR62
5'56'00 - Hazaliza Mat Zean CAR42

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DARI KAMI SAHABAT CAR BUAT 2 ORANG "AKAK POWER" NI..SEMOGA IANYA AKAN MEMBERIKAN INSPIRASI BUAT SAHABAT2 LAIN UNTUK TURUT SERTA DLM ACARA INI DI MASA AKAN DATANG..KAMI AMAT BERBANGGA DENGAN SEMANGAT AKAK BERDUA..GOOD WELL DONE..!!MAKIN JAUH DAH "AYAM" MENGEMBARA..

Sahabat Baru CAR

Muhamed Suhaimi Shahrifuddeen (Amy)
CAR#124
Mohd Jaafar Mohamed Abdul Hamid (Mat Perak)
CAR#126

Ok geng semua..sorang lg geng "2 alam" yg aktif dah join kita..CAR124 Muhamed Suhaimi Shahrifuddeen (Amy)..beliau ni dari jauh beb..nun kat Teluk Intan Perak..memang tinggal kat sana..geng2 "2 alam" sure kenal ngan Amy ni..jgn tak tau..Amy ni mempunyai kedai basikal sendiri kat Teluk Intan tuh..so kalo ada g sana jgn la lupa singgah2 la kat kedai beliau..kalo nak beli beskal pon ok jugak..

Dan CAR126 Mohd Jaafar Mohamed Abdul Hamid (Mat Perak)..lg sorang org dari Perak..iala nama pon dah Mat Perak..so konpom dari Perak..Pak Jaafar nie dari raut wajah korang mesti tau dia ni dah kategori "Otai"..memang pon..beliau pun tinggal nun jauh kat Batu Gajah Perak..tp walaupon dah otai tp beliau tetap bersemangat untuk berlari..untuk kesihatan katanya..kira kena la ngan motto CAR..berlari untuk kesihatan..

So berbanyak terima kasih dan selamat datang kami dari CAR ucapkan pada korang berdua..tak sabar nak jumpa pasni..leh beramah mesra lg..sekian..

Penganjuran - Klinik Khas Teknik Larian

SUKACITA DIMAKLUMKAN CHAP AYAM RUNNERS AKAN MENGHANTAR WAKIL UNTUK MENGANJUR SATU KLINIK KHAS ASAS TEKNIK LARIAN YANG BETUL ATAS JEMPUTAN PIHAK INSTITUT TEKNOLOGI PETRONAS (INSTEP)..SEGALA MAKLUMAT ADALAH SEPERTI DI BAWAH :-
Acara : Klinik Asas & Teknik Larian
Lokasi : Kampus Institut Teknologi Petronas (INSTEP) Batu Rakit, Terengganu
Tarikh : 31hb Januari 2010 (Ahad)
Pengendali : CAR71 Zulazlan (Ketua) & CAR87 Syahidan (Pembantu)

Kita harus berbangga kerana kita CAR telah mendapat kepercayaan Pihak INSTEP untuk mengendalikan Klinik Asas & Teknik Larian ni khas untuk para pelajar mereka..dan program ini juga merupakan satu program perintis bagi Sayap Baru Chap Ayam Runners "CAR Klinik Teknik Larian" yg baru ditubuhkan pada mesyuarat tahunan CAR 2hb Januari lalu..

Kita mengucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH kepada ketua dan pembantu sayap ini kerana berani menyahut cabaran ini..walaupon tanpa pengalaman mengendalikan program ini..tetapi dengan pengalaman dan pengetahuan yg luas dlm bidang sukan larian INSYALLAH ianya pasti akan membantu..TAHNIAH sekali lg dari kami sahabat Chap Ayam Runners..semoga berjaya diucapkan..

Pada sahabat2 yg ingin nak mengikut sekali program ini di Kampus INSTEP Terengganu..sila la berhubung atau berurusan dengan CAR71 Zulazalan di talian 012-3537277..

p/s : INSYALLAH..program ini akan diadakan secara berkala khas untuk sahabat2 CAR di masa akan datang..demi untuk medapat tips serta teknik larianyg betul..segala maklumat akan diberitahu kelak..

Sahabat Baru CAR

Mohd Ishak Mendan (Pak Sahak)
CAR#120
Razif Yahya (Fizar Kelana)
CAR#121

Ok geng semua..CAR120 Mohd Ishak Mendan (Pak Sahak)..jgn tak caya..umur Pak Sahak ni dah melebihi 60 tahun..!!memang otai tulen nie..walaupon dah meningkat usianya..tp Pak Sahak kita nie masih aktif dlm dunia larian..perlari tegar la katakan..sorila Pak Sahak bg gambar posing kat shopping complex..coz gambar tgh berlari masih takda dan aku pon dah cari tp tak jumpa..kalo dah jumpa nanti aku tukar la..

Dan yg lagi satu tuh CAR121 Razif Yahya (Fizar Kelana)..dan beliau katanya sudah mula nak mengaktifkan diri semula dlm sukan larian yg dah lama beliau ditinggalkan..kira cinta sudah berputik semula la..bagus fren..teruskan niat anda tuh..kita sentiasa menyokong..

Apa2 pon kita ucapkan berbanyak terima kasih dan selamat datang kepada mereka berdua ke dalam ahli keluarga Chap Ayam Runners..so pasni kalo terjumpa kita beramah mesra la yer..sekian..

Monday, January 25, 2010

Mesyuarat Bulanan - Januari 2010 (Laporan)

Lokasi : Dewan Serbaguna Kg Pandan
Tarikh : 23hb Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi hingga 1.30 petang

KEHADIRAN
CAR2 Ramlan Sulaiman - Presiden
CAR47 Zulkipli Galeh - Timbalan Presiden
CAR3 Nazib Ngainin - Naib Presiden
CAR1 Mohd Hailmi Masro - Setiausaha
CAR36 Irina Ramli - Bendahari
CAR14 Khairul Amran Abd Aziz - AJK
CAR37 Hasfiza Ramley - AJK
CAR49 Abdul Talib Haron - AJK
CAR67 Sharafi Abdullah Fauzi - AJK
CAR54 Suhailywati Ramli - AJK
CAR21 Suhaimi Sulaiman - AJK CAR Kaki Gunung

Sekitar suasana perjalanan mesyuarat bulanan (Januari) CAR

AGENDA MESYUARAT
1) Pembentangan serta pengesahan minit mesyuarat agung tahunan CAR 2hb Januari yg lepas
- Dibentangkan oleh Presiden satu persatu dan disahkan oleh AJK yg hadir

2) Perbincangan secara terperinci mengenai syarat-syarat serta masalah berbangkit bg anugerah perlari CAR paling tegar 2010
- Sesi soal jawab mengenai hal dan masalah berbangkit dan penerangan lanjut diberikan oleh Setiausaha

3) Pengumuman perlancaran aktiviti kendalian sayap "CAR Kaki Gunung" untuk menganjurkan XPDC mendaki Gunung Angsi di Daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan
- Dimaklumkan oleh Penolong Ketua Sayap saudara Suhaimi Sulaiman CAR21
- Maklumat lanjut mengenainya akan diumum dlm blog sedikit masa lagi

4) Pengumuman perlancaran program pertama sayap "CAR Klinik Teknik Larian"
- Dimaklumkan oleh Setiausaha sebagai wakil dari sayap ini memandangkan kedua-dua ketua dan penolong sayap ini tidak dpt hadir atas sebab-sebab yg tidak dpt dielakkan
- Program ini akan diketuai dan dikelolakan sendiri oleh Ketua dan Penolong Sayap iaitu saudara Zulazlan Ibrahim CAR71 dan saudara Syahidan Alias CAR87
- Program klinik khas teknik larian adalah atas jemputan pihak Institut Teknologi PETRONAS (INSTEP) bertempat di Kampus INSTEP Batu Buruk Terengganu pada 31hb Januari 2010
- Ianya merupakan satu penghargaan dan penghormatan tinggi buat kita kerana pihak INSTEP memberikan kepercayaan penuh khususnya kepada Chap Ayam Runners untuk mengendalikan program ini khas untuk para pelajar mereka
- Maklumat lanjut mengenai program ini akan diumumkan sedikit masa lagi

5) Pembentangan cadangan serta perbincangan mengenai penganjuran larian yg dianjurkan oleh Chap Ayam Runners
- Merupakan agenda utama perbincangan
- Hasil perbincangan nama "CAR Family Run" telah dipilih sebagai nama rasmi larian
- Tetapi untuk permulaan larian ini hanya terbuka kepada semua sahabat CAR sahaja, dan CAR akan menjemput beberapa perlari dari running group dan kelab larian yg terpilih bg memeriahkan lg larian ini dan tempat adalah terhad
- Maklumat lanjut mengenai penganjuran larian ini akan diumumkan kelak

SEGALA BUTIRAN TERPERINCI MENGENAI SELURUH AGENDA DAN PERBINCANGAN MESYUARAT BULANAN CAR (JANUARI) 2010 AKAN DIBENTANG DAN DISIARKAN SETELAH MINIT MESYUARAT SIAP SEPENUHNYA..!!

Sahabat Baru CAR

Norazilah Abdullah (Nora)
CAR#115
Muhammad Annizam Mohd Mohtar (Annizam)
CAR#118

Salam geng semua..dipendekkan cerita..tp takleh..nak kena panjangkan gak..huhu

Jeng jeng jeng..!!sorang lg "ayam dara" masuk reban..hehe CAR115 Norazilah Abdullah (Nora)..tp sorila gambar tak brape clear la..so tak brapa nak cam muka..takpe nanti kalo aku terjumpa gambar baru aku gantila..tp aku rasa sebahagian dari korang dah kenal kot..coz Nora ni dah slalu gak join training..so dah familiar dah wajah beliau..tp pada yg tak fimiliar tuh..pasni rajin2 la beramah mesra ngan CAR115 ni yer..jgn terlebih mesra udah..huhu..Nora ni kira baru nak berjinak2 ngan dunia larian nie..so skang tgh aktif menjalani latihan di bawah kendalian CAR71 Bro Zulazlan kat Putrajaya..dan Nora ni pon sebenarnya rakan sekerja ngan Bro Zul gak..

Dan yg lg sorang tuh..CAR118 Muhammad Annizam Mohd Mohtar (Annizam)..memang aku tau..wajah dia memang kurang familiar..coz sahabat kita ni duk jauh nun kat Ipoh daa..tp sanggup turun KL atau kat mana2 saja untuk join larian..iala kalo dah nama perlari tegar nak ckp camne lg yer tak..demi larian sanggup berkorban apa saja..huhu well done Bro..!!pasni kita lari sesama yer..

So selamat datang dan terima kasih diucapkan pada korang berdua..

Larian ASTAR - Larian 1 Ringgit @ Larian 1 Malaysia



Larian 1 Ringgit dapat 1 Printer ngan Wang Saku

24 November 2010 - Satu larian kecil-kecilan telah dapat di hidu Fadzli @ Kenya UM, CAR9 dan Ketua Reban, CAR2 di 1st Residential College, Universiti Malaya disekitar jam 10.23 malam pada 23hb. Lalu Ketua Reban terus mengwar-warkan larian tersebut di cbox dan sms kepada jiran-jiran terdekat. Diketika kebanyakan kaum-kaum sedang asyik mengulit bantal dan menjaring air liur basi, kebanyakannya berkemungkinan tidak perasan kehadiran berita larian di cbox dan sms ini.

Larian yang dinamakan Larian Astar itu hanya menggenakan bayaran serendah 1 ringgit sahaja, ia menepati kehendak dan saranan Perdana Menteri kita sekarang ni dengan slogan '1 Malaysia'. mana nak dapatkan ditambah dengan hadiah-hadiah yang hebat seperti printer, speker, pen drive disamping wang tunai untuk pemenang-pemenang. Ok! la sangat.

Dengan kekurangan gerakan promosi yang betul, larian ini boleh dikatakan kurang menerima sambutan luar hanya ramai dari kalangan pelajar dan staf UM sendiri. Larian ini memerlukan semua peserta untuk mendaki 'bukit Cinta' yang pastinya membuat setiap peserta 'bercinta sakan' dengan bukit itu. huhuhu!

Larian yang berjarak 8 km ini, akhirnya didominasi mudah oleh sahabat CAR iaitu Jasni Khairil, CAR101 dengan catatan masa 29:20 minit, yang menobatkan beliau selaku Juara Larian ASTAR 2010 diiringi dengan hadiah sebuah Printer berjenama Canon, disamping wang tunai RM150. Penyampaian hadiah juga disampaikan dalam satu majlis spesel yang meriah pada malamnya di dewan Kolej Pertama UM. Fuh! memang berbaloi Turut menerima tempias hadiah saguhati ialah Asmadi Abdullah, CAR75 hasil kedudukan ke-4 melayakkan beliau menerima hamper. Tahniah! Tahniah!

Yang menariknya, penyerahan sijil penyertaan juga disempurnakan dalam satu majlis sederhana dan meriah selepas larian berlangsung, Dengan setiap sijil diberikan berserta dengan nama peserta lengkap di cetak! Tidak pernah berlaku dalam mana-mana larian yang aku sertai, memang sempoi! Harap selepas ini kalau Chap Ayam Runners ada buat event larian, Jasni Khairil, CAR101 bolehlah pinjamkan printer yang dia menang tu....huhuhuh


Keputusan sahabat CAR
29:20 - Jasni Khairil, CAR101 (1st)
33:34 - Asmadi Abdullah CAR75 (6th)
35:34 - Fadzli Abu Bakar CAR9 (7th)
36:35 - Nazib Ngainin (8th)
42:30 - Ramlan Sulaiman @ Ketua Reban (10th)

Sunday, January 24, 2010

Pacesetters Breakfast Run 2010

PACESETTERS BREAKFAST RUN 2010
Lokasi : Lembah Kiara Park, Taman Tun Dr Ismail
Tarikh : 24hb Januari 2010 (Ahad)
Masa : 07:30 Pagi
Jarak : 11km
Catatan Masa CAR & Rakan-Rakan

LELAKI
45'00 - Azlan Othman CAR108
47'00 - Shawaluddin Mohd Nor CAR81
49'50 - Sharafi Abdullah Fauzi CAR67
54'45 - Abdul Azri K Peer Mohamed CAR28
59'08 - Ahmad Farid Ellias CAR4

WANITA
54'45 - Suhailywati Ramli CAR54
59'08 - Idaizumi Othman CAR5

TAHNIAH SEMUA..!!kalo ada dari geng2 yg join Breakfast Run ni yg nak buat repot dialu-alukan..nanti email kat aku repot tuh..nanti aku post kat sini..

Dan satu lg..sempena Bukit Jalil Bareno Run bln 3 nanti..sebelum acara tuh..penganjur decide nak buat breakfast run gak..jarak sama gak 15km..penyertaan PERCUMA..!!pada sesiapa sahabat yg berminat nak join dan ada sebarang pertanyaan leh la bg nama dan bertanya lebih lanjut pada CAR5 Idaizumi (012-2442771)..coz TEMPAT TERHAD..!!tarikh aku tak pasti..nanti aku refer ngan dia..kalo ok nanti aku post gak pasal Bukit Jalil Breakfast Run tuh..dan untuk makluman..jarak untuk Bukit Jalil Breakfast Run juga akan dikira untuk carta perlari tegar CAR 2010..so cepat..!!tempat terhad..so siapa cepat dia la yg dpt..

p/s : jika ada sahabat2 yg menyertai acara ini tp nama takde dlm list kat atas tuh..sila maklumkan pada aku yer..email or sms..coz mau update dlm carta..TQ

Latihan LSD Malam - Laporan

Lokasi : Taman Empangan (Depan Bangunan PICC Putrajaya
Tarikh : 23hb Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 08.15 Malam (biasala lewat..)
Jarak : 20km jer..huhu

KEHADIRAN
CAR71 Zulazlan Shah Ibrahim (Ketua)
CAR27 Hamidon Mat Aris (Pembantu)
CAR1 Mohd Hailmi Masro
CAR8 Ghejanthran Kalaimani
CAR44 Wan Noor Mahirah
CAR45 Ahmad Daud Abdul Manan
CAR52 Rusfarizal Rusli
CAR56 Deti Affendi A Kadir
CAR57 Shakhir Ishak
CAR72 Syahril Nizam Kamaruddin
CAR75 Asmadi Abdullah
CAR77 Siti Sarah Rimasari Sulani
CAR79 Abd Rashid Ahmad
CAR115 Norazilah Abdullah
CAR117 Rahini Kerishnan
CAR119 Thalagavathy Suriyakumar

Pehh..!!macam tak caya..tak sangka ramai sahabat yg turun latihan malam kat Putrajaya ni..dan ada lg 5 6 org runners yg bukan geng CAR yg turut serta..tp malang sket coz misi untuk LSD terencat..hujan turun dengan lebatnya sewaktu kami melepasi jarak 2km..so berterusan la hujan itu sehingga ke kilometer ke-10..takpela dah kehendak ALLAH nak turunkan hujan..nak wat camner ye tak..kita redha jer..

So disebabkan hujan yg terlalu lebat dan kadangkala bunyi guruh & petir menyinggah telinga..sebelum petir itu menyinggah ke badan kitaorang..so terpaksa kitaorang mengambil "take 5" yg terlebih 5..lgpon sementara nak menunggu rakan2 yg lain tiba..so bila dah amik terlebih 5..badan pon dah terlebih sebu..maka beberapa geng terpaksa mengalah..badan dah sejuk pon ye gak..tp memandangkan minda serta mental dorang tidak mampu lg untuk meneruskan larian utk 10km yg seterusnya..dek kerana minda mereka ketika itu sudah membayangi makanan2 yg penuh ngan kolesterol yg enak2 blaka..seperti maggi goreng telor mata..capati gulung cicah susu pekat lemak berkrim..roti telor banjir ala2 banjir pantai timur..teh & nescafe panas berasap..pehh..!!tp jaga2..ianya mampu membakar kerongkong jika menghirupnya dengan gelojoh dan tanpa berhati2..ataupon kalo nak kurang ekstrem sket..amik versi tarik yg amat menarik serta tertarik akan buih di atasnya..dek kerana tarikan sedepa tangan atas bawah..so mereka terpaksa mengalah juga..

Walaupon begitu masih ada juga geng2 yg berhati waja tetap mahu meneruskan latihan dlm kesejukan demi mencukupkan mileage..kerana kebanyakan mereka datang dari jauh dari luar daerah Putrajaya..so takkan nak buat 10km jer ye tak..iala dah bayar tol..minyak lg..tak berbaloila takat layan 10km jer..bagus2 geng..aku respek anda semua..tp time ni air yg turun dari langit sudah mula menampakkan tanda2 untuk berhenti..

Paling mencuri tumpuan pada mlm itu iala kehadiran dua "twin" dari klang..CAR117 & CAR119..pehh..!!dasat la dorang ni beb..sanggup datang dari klang tu semata2 untuk memeriahkan lg majlis pelarian ini..well done to both of u..we really appreciated..but unfortunately one of u dah lost lak masa first loop..risau juga kami bila kelibat CAR117 Rahini tidak muncul2 juga setelah lama menunggu..memaksa ketua dan pembantu untuk mengerah tenaga lebih berlari-lari ayam untuk memulakan misi mencari dan menyelamat (jika perlu)..disebabkan kerisauan yg amat sgt..tup2 tgk ketua dah memendekkan jarak latihan tanpa disedari..sedar2 aku sampai je kat stating masa second loop(itu pon cilok..tak ikut route betul..huhu)..tgk2 ketua dah "hensem" siap tukar pakaian..wahh lama sampai dah kot..haha

Tapi takperla..apa2 pon latihan LSD malam kat Putrajaya ni best..walaupon tak dapat nak capai sasaran milage..iala dah hujan ye tak..nak wat camner..takkan nak marahkan hujan lak..hujan tuh rahmat..huhu pada CAR44 & CAR77..next time try dtg awal eekk..iala sian korang berdua..dah la kena tinggal..dah la dtg jauh2..korang dpt training mlm tuh pon 10km pon tak sampai..ni kes cilok gak ni..huhu pada CAR27..hang memang sesuai sgt jdk bodigad ayam dara sewaktu berlari..cayala Midon..hehe

Dan pada sahabat2 yg lain..well done guys..takper INSYALLAH next time kita buat lg..kalo tak sempat nak buat latihan malam sebelum Putrajaya Night Marathon nie..kita bikin lepas Putrajaya Marathon..kire sebelum Energizer Marathon..iala Energizer Marathon tuh pon lari malam gak..ok geng jumpa next time..tp sayang coz tak dapat nak bergambor ramei2..huhu

Sekian..

Sahabat Baru CAR

Rahini Kerishnan (Rai)
CAR#117
Thalagavathy Suriyakumar (Thilaga)
CAR#119

Ok geng Semua..ni ada dua orang sahabat baru "ayam dara" untuk diperkenalkan pada korang..

CAR117 Rahini Kerishnan (Rai) & CAR119 Thalagavathy Suriyakumar (Thilaga)..mereka berdua ni merupakan sahabat baik..yg selalu berlari bersama makan bersama berjalan bersama dan tido umah lain2..dan mereka ni juga merupakan rakan kepada sahabat kita CAR69 Ruby..tp tak taula kalo si Ruby ni ada berlari, berjalan atau makan bersama..huhu

Apa2 pon kita mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua kerana sudi menjadi sebahagian dari ahli keluarga Chap Ayam Runners dan selamat datang..so cam biasala..kalo terjumpa jgn lupa bertegur sapa la yer..and pada u all berdua..pasni jgn lupa cari geng2 CAR bila lepas lari eekk..

Ok geng..sekian..

p/s : sori geng..lambat publish ini dua orang sahabat baru..mlm td mereka berdua ni turun training kat Putrajaya..dari Klang tuh..well done..!!

Friday, January 22, 2010

Mesyuarat Bulanan AJK CAR [ Januari 2010 ]


Lokasi : Dewan Serbaguna Kg. Pandan (Berdekatan Restoran Kari Kepala Ikan Kg. Pandan)
Tarikh : 23hb Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari

Kehadiran semua AJK adalah amat dihargai bagi mempastikan kelancaran mesyuarat bulanan CAR - Januari 2010.

Peta Lokasi : Klik di sini!

Latihan LSD - Malam

Lokasi : Taman Empangan (Depan Bangunan PICC Putrajaya
Tarikh : 23hb Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 07.45 Malam
Jarak : 20km - 25km (Terpulang pada individu)

PERSEDIAAN UNTUK PUTRAJAYA NIGHT MARATHON
SEMUA SAHABAT DIJEMPUT HADIR

JURULATIH : CAR71 ZULAZLAN SHAH (012-3537277)
PEMBANTU JURULATIH : CAR27 HAMIDON MAT ARIS


Ok geng..pada yg berminat untuk menyertai latihan malam ni..bleh la trus berjumpa di sana..lokasi tempat berkumpul maybe korang tak penah dgr or tak tau kat mana..taman tu kat sebelah tasik tp kat depan PICC (Putrajaya Convention Centre)..senang je..lepas je jambatan yg dekat PICC tu..korang tgk sebelah kiri..kat sebelah kiri tu ada satu taman baru..korang leh nampak ada satu jambatan besi kecil kat situ..masuk je taman tuh..so leh park keta kat situ..kat situ toilet pon ada..

So kalo ada sebarang pertanyaan atau kesulitan..korang trus la hubungi Bro Zul..coz laluan untuk latihan ni dia yg arif..so dia la yg afdal untuk menjawab segala pertanyaan..huhu ok geng jumpa di sana..jgn lupa bawak air..coz kita tak menyediakan water station..

P/S : DIGALAKKAN MEMAKAI PAKAIAN (BAJU/VEST) YG BERWARNA CERAH..DAN DI TAMAN ITU JUGA ADA KEMUDAHAN SURAU..BOLEHLAH BERJEMAAH SOLAT MAGHRIB BERSAMA DULU SEBELUM MEMULAKAN LATIHAN..TQ

Thursday, January 21, 2010

Sahabat Baru CAR

Muhammad Hafiz Wong (Ah Thiam)
CAR#100

Ok geng..pertama kali..JANGAN TERKEJUT & JANGAN TAK PERCAYA ARR..!!iala aku pon memula memang tak caya gak beb..huhu aku rasa korang mesti kenal sangat2 ngan sahabat atau ahli keluarga baru kita ni..

Aku rasa memang suma kenal kot ngan 'sifu' CAR100 Muhammad Hafiz Wong (Ah Thiam) a.k.a Wong Ah Thiam..aku rasa memang sesuai kot aku panggil dia 'sifu'..huhu iala kebolehan dan 'kepoweran' sifu memang tak leh nak dinafikanla..apa yg aku leh ckp..memang aku terharu dan berbangga sgt2 coz sifu dengan rasa rendah diri tanpa memikirkan 'status elit' yg dipegangnya dan tanpa dipengaruhi oleh sesiapa..sudi nak jdk sebahagian dari ahli keluarga kita..

Korang maybe nampak sifu ni macam serius dan sombong ye tak..tp sebenarnya peramah giler tahap babun beb..tak kedekut ilmu plak tuh..kalo korang tak caya kalo korang jumpa cuba borak2 ngan sifu..dan sifu pon siap ajak skali sesiapa geng2 CAR nak join training sama dia memang dialu2 kan..apa2 pon terima kasih juga kita ucapkan pada sahabat kita CAR107 Abu Power..kerana beliau la yg bertanggungjawab mempromosi dan memperkenalkan CAR ni pada sifu..

Ok geng..so kalo jumpa ngan sifu pasni jgn malu2 arr..tegur jer..jgn risau sifu very the bery sporting maa..so pada geng2 yg nak upgrade jdk '3 alam' yg power lehla berguru ngan sifu arr..so gunakan la kesempatan ini..sifu pon memang nak curahkan ilmu gak tuh..janji kena displin..akhir kata..TERIMA KASIH DAN SELAMAT DATANG DARI KAMI AHLI KELUARGA CHAP AYAM RUNNERS..!!

Ok geng..sekian..

Kasut Untuk Dijual

SOLD OUT..!!

Jenama : Mizuno
Model : Wave Inspire 4
Saiz : US8 Normal Width (D) - tapi toebox cukup luas & selesa
Tujuan : Stability
Tahun : Awal 2009
Milage : 264km
Condition : Masih elok dan bagus, sesuai untuk kegunaan buat lenjan training

HARGA JUALAN : RM50 SAHAJA..!!

Jika berminat atau sebarang rundingan dan pertanyaan sila hubungi :-
CAR57 Shakhir : 012-2696814

p/s : aku tgk kasut ni masih ok lg keadaan nya..mungkin dijaga seperti menatang minyak dalam dulang yg penuh oleh tuannya..iala minyak dah naik harga so kena la tatang elok2..huhu so pada sesiapa yg berminat jgn pikir panjang sambor jer..murah beb 50 hengget..mana nak dpt..Mizuno tuh..huhu memang sesuai utk buat training..pehh..!!baiknya promote nampak..but don wory..aku tak amik komisen..aku tolong kengkawan je bg melariskan jualan..haha

Tuesday, January 19, 2010

Energizer Night Race 2010

Acara : Energizer Night Race 2010
Lokasi : Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya
Tarikh : 27hb Mac 2010 (Sabtu)
Jarak : 42km, 21km, 10km & 4x10km
Masa : 5.00 Ptg(42km), 8.00 Mlm(21km) 9.00 Mlm(10km)
Tarikh Tutup : 06hb Mac 2010
Yuran : RM50 (Ahli PACM), RM60 (Orang Awam)

SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK URUSAN SELANJUTNYA

PENDAFTARAN
MAKLUMAT ACARA
WEBSITE RASMI


PERHATIAN...!!
PENDAFTARAN ACARA INI HANYA BOLEH DILAKUKAN SECARA ONLINE SAHAJA..!!
TIADA PENDAFTARAN SECARA MANUAL..!!


PADA SESIAPA YG BERMINAT UNTUK MENYERTAI ACARA INI..BAGI MENGELAKKAN SEBARANG KESULITAN..ANDA DINASIHATKAN MEMBUAT PENDAFTARAN DENGAN SEBERAPA SEGERA..KERANA PENYERTAAN UNTUK ACARA INI ADALAH TERHAD..!!

MAKLUMAT SEPERTI DI BAWAH :-
MARATHON PENUH 42KM (1,000 PENYERTAAN SAHAJA)
SEPARUH MARATHON 21KM (1,400 PENYERTAAN SAHAJA)
10KM (2,000 PENYERTAAN SAHAJA)
TEAM RELAY x 4 ORANG (150 PASUKAN SAHAJA)

Monday, January 18, 2010

New Balance Pacesetters 30km Run 2010

Acara : New Balance Pacesetters 30km Run 2010
Lokasi : Padang Merbuk, Kuala Lumpur
Tarikh : 17hb Januari 2010 (Ahad)
Masa : 05:30 Pagi
Jarak : 30km, 20km & 10km
Catatan Masa CAR & Rakan-Rakan

TERBUKA LELAKI 30KM
2'12'03 - Jasni Khairil Jamaluddin CAR101 (8th) - Dpt Trofi daa..!!

2'21'15 - Hamidon Mat Aris CAR27
2'26'15 - Naresh Kumar Panjimanadan CAR105
2'26'57 - Azlan Norul Anhar CAR31

2'36'53 - Zulazlan Shah Ibrahim CAR71
2'37'00 - Mohd Hamdi Baharuddin CAR20

2'41'09 - Ahmad Farid Ellias CAR4
2'43'00 - Mohamad Saiful Razawan CAR35
2'44'00 - Kamarul Arieffin Rosli CAR84
2'48'30 - Asmadi Abdullah CAR75

2'51'13 - Mohd Hailmi Masro CAR1
2'51'15 - Abd Rashid Ahmad CAR79
2'53'06 - Ghejanthran Kalaimani CAR8
2'54'49 - Mohd Zaki Mansor CAR16
2'59'58 - Abdul Hadi Nik Mohd Hasyudeen CAR102

3'00'20 - Mohd Zuhari Amat Sadikin CAR32
3'02'32 - Rusfarizal Rusli CAR52
3'03'51 - Mohd Shakhir Ishak CAR57
3'09'35 - Abu Soffian Azzahari Abu Hasan Sazalli CAR107

3'11'43 - Omar Khaliff Tajaruddin CAR15
3'12'02 - Khairul Faisal Husin CAR66
3'14'05 - Khairul Amran Abd Aziz CAR14
3'14'22 - Syahril Nizam Kamaruddin CAR72
3'16'00 - Suhaimi

3'22'57 - Suhaimi Sulaiman CAR21
3'26'00 - Mohd Razis Abdul Rahim CAR89

3'39'00 - Sharafi Abdullah Fauzi CAR67

3'45'00 - Puah Yew Chen CAR109
3'45'00 - Mohd Zaki Omar CAR111

4'12'00 - Mohd Hamdan Mohd Satar CAR61

0'00'00 - Shawaluddin Mohd Nor CAR81
0'00'00 - Harry Shahrizan Romle CAR22
0'00'00 - Abdul Azri K Peer Mohamed CAR28
0'00'00 - Nur Azhar Azizi CAR55

VETERAN LELAKI 30KM
2'20'58 - Alam Shah Ismail Ahmad CAR24 - Dpt Trofi daa..!!
2'20'30 - Silahuddin Salim CAR74 - Dpt Trofi daa..!!

3'40'30 - Aiman Cheah Tiong Chap CAR104

0'00'00 - Abd Malek Abd Kadir CAR73 - Kecederaan kaki yg serius..huhu

VETERAN SENIOR LELAKI 30KM
0'00'00 - Mohd Suwoto Indi CAR76 - Dpt Trofi daa..!!

TERBUKA WANITA 30KM
3'22'57 - Siti Hasanah Abu Samah CAR29

3'35'21 - Che Engku Nor Amiza CAR46
3'35'25 - Nik Raiha Meriam Kosai Nik Mahmud CAR98

3'42'00 - Robiyatul Munawarah Md Arif CAR69
3'44'00 - Siti Sarah Rimasari Sulani CAR77

3'59'00 - Rafidah Abdullah CAR30

4'20'00 - Suhailywati Ramli CAR54
4'05'00 - Hasfiza Ramley CAR37

0'00'00 - Wan Noor Mahirah CAR44

VETERAN WANITA 30KM
0'00'00 - Idaizumi Othman CAR5
0'00'00 - Jenap M Said CAR62

TERBUKA LELAKI 20KM
1'26'00 - Syahidan Alias CAR87

1'41'32 - Nik Azlan Wan Talib CAR92
1'42'00 - Kamarul Faizal Tajaruddin CAR10
1'46'44 - Mohd Mahathir Abd Rahman CAR93
1'47'50 - Ahmad Hadafi Jus CAR58
1'48'06 - Deti Affendi A Kadir CAR56

1'53'48 - Mohd Noodhamiri Mohd Amran CAR86

2'06'03 - Ahmad Daud Abdul Manan CAR45
2'07'37 - Mohd Faisal Paisan CAR63
2'12'00 - Abd Ghafar Ab Hamid CAR114
2'19'08 - Elyas Nordin CAR99

0'00'00 - Suhaimi Ismail CAR34
0'00'00 - Tajaruddin Jasi CAR38

TERBUKA WANITA 20KM
0'00'00 - Haslinda Dolah CAR23 - Woww..!!Naib Juara..TAHNIAH..!!

2'15'00 - Thalagavathy Suriyakumar CAR119
2'28'03 - Hazaliza Mat Zean CAR42
2'50'30 - Irina Ramli CAR36
2'50'20 - Farhanah Mohd Khatib CAR40

3'01'20 - Melissa Aliana Baharin CAR95

TERBUKA LELAKI 10KM
48'18 - Nazib Ngainin CAR3
57'35 - Zulkipli Galeh CAR47
58'12 - Ramlan Sulaiman CAR2
90'26 - Abdul Talib Haron CAR49

TERBUKA WANITA 10KM
50'00 - Rahini Kerishnan CAR117

1'40'00 - Rojizah Ismail CAR59

MERIAH..!!aku rasa ni gambar ramai2 yg paling ramai kot..tp ada lg geng2 yg takde dlm gambar nie..kalo ada konpom lg ramai..dan konpom makin kecik muka memasing dlm gambor nie..


WOOWWWW..!!MEMANG MERIAH GILER...!!tgk gambar kat atas dah leh tau..kali ni kire paling ramai geng2 CAR interframe dlm satu gambar..tp ada gak geng yg tak sempat nak menyelit kat gambar kat atas tuh..tu pon dah nampak ramai..kalo suma ada konpom muka masing2 makin kecikla nampaknya..hehe tp apa2 pon TERIMA KASIH DIUCAPKAN PADA CAR47 ZULKIPLI GALEH @ IMAM BLUES..kerana sponsor kuih utk disantap bersama2..kita memang menghargai sgt2 bro..

Nampaknya acara ni mencatatkan 'sejarah'..bkn sejarah apa..sejarah byk sgt pertukarannya..memula nama acara cam biasala "Great Eastern 30k"..pastu dgr GE tarik diri tak mau jdk sponsor dah..dgr ada masalah 'rumahtangga'..dah tak pasal2 kena tukar nama jdk "Pacesetters 30k"..dan venue pon trus tukar gak..dari venue tradisi kat Lake Garden trus melangkaui sempadan hingga ke Putrajaya..baru berkira2 nak berlatih kat Putrajaya..tup2 dgr plak venue tukar lg dari Putrajaya ke Padang Merbuk lak..siap ngan 'kerajaan naungan' pon bertukar skali..dah jd "New Balance Pacesetters 30k"..pehh byk tul cabaran "si 30k" ni dlm memperjuangkan dirinya utk memberi khidmat kesihatan kepada runners utk mengeluarkan peluh..huhu tak kisahla brape kali tukar pon..yg penting events "wajib" tiap2 tahun ni diteruskan secara tradisi walau dlm apa jua keadaan..

Dan tahun ni gak laluan untuk acara ni pon bertukar gak..eemm tp elok gak..takkan nak ngadap jln yg sama jer..kang muak plak..tp laluan baru nie MASYALLAH..!!tgk atas kertas je dah tau 'keazaban' nya..ternyata jangkaan itu tidak meleset..kira cam perpatah "tak indahnya khabar dan tak indah juga rupa"..huhu ish ni perpatah buat sendiri tau..jgn korang amik perpatah ni bwk masuk exam lak..konpom failed..

SEKALUNG TAHNIAH BUAT CAR23 HASLINDA DOLAH..kerana berjaya merangkul tempat kedua dlm kategori Wanita 20km..TAHNIAH LINDA..!!teruskan usaha..!!

Tepat kul 5.30 pagi semua runners kategori 30k selamat dilepaskan..setelah air-hon yg dipicit oleh Presiden PACM Encik Rustam berbunyi..maka bermula langkah2 ke arah mengejar 'keazaban' yg bakal dilalui dihadapan..dari Padang Merbuk trus ke arah Istana Selangor..melalui Tugu Negara dan keluar semula ke Jln Parlimen..tp tak ke bangunan Parlimen la coz kitaorang bkn Ahli Parlimen..huhu kemudian memasuki jln sebelah stesen komuter Bank Negara..dan terus ke arah Kompleks Kerajaan Jln Duta dan terus ke Sri Hartamas..tp laluan gelap yg amat..dah macam lari dlm hutan daa..iala subuh2 gajah dah lari..huhu

Setelah membuat pusingan di Petronas Sri Hartamas utk menuju semula ke Kompleks Kerajaan Jln Duta..aku tgk apa nie..!!!takde check point ker..??iala at least bg tali ke apa ker sebagai bukti..check point timing chip pon takde..yg ada hanyala 1 2 org volunteer2 dan anggota polis yg letih je muka aku nengok..ish ni kalo aku 'keliwon' ni konpom dorang tak tau..nak je aku bgtau kat geng2 yg berselisih ngan aku suh dorang pusing trus jer..takyah susah2 lari nak pusing sampai petronas tuh..iala bukan ada check pint pon..nak risau apa..tp aku lak tak sampai ati nak bgtau..iala kang kalo dorang main short-cut kang cian lak dorang coz tak puas nak 'mengazabkan' kaki..lgpon biarla dorang..biarla dorang penat cam aku gak mentawaf petronas tuh..hehe tp aku dgr ada gak runners yg 'keliwon' gak..bagus2..itula yg terbaik..

Sampai Kompleks Kerajaan Jln Duta..nak menuju semula ke Padang Merbuk..kat sini dah mula berselisih ngan runners 20km..ooohh baru aku ingat dorang stat kul 6.30 pagi..patutla dorang baru sampai sini..haaa..dari kompleks sukan tenis jln duta tuh trus belok kanan..tuh dia 'azab' menanti..'double hills' tersergam indah di depan mata..walaupon dijamu ngan rumah2 yg indah serta besor yg amat..tp laluan tuh memang tak indah langsung..mau tak mau kena gak mendaki jln yg berbukit yg bertingkat2 tuh..kat sini barula nampak check point..dptla gelang kaler hijau..sampai puncak sebelum laluan menuruni bukit..nampak lak kelibat 'si power gel'..apa daa..punya la jauh nak mencari engko..dah terlambat..tekak aku pon dah tak lalu nak telan power gel tuh..huhu

Kali ni masa sampai kat area 'Tijani'..dan selalunya akan ke kiri untuk menuju ke laluan yg keluar ke bank negara tuh..tp dorang kasi tukar laluan..kasi belok kanan lak..dah slalu sgt belok kiri katanya..laluan ni keluar kat Lebuhraya Mahameru yg kat depan Wisma Tani tuh..kat sini runners 10km dah stat 'masuk daun'..sampai Wisma Tani trus masuk semula ke jln Istana Selangor dan terus menuju ke arah Tugu Negara untuk keluar ke Jln Parlimen..ishh..!!ni masa mula2 td dah lalu dah jln nie..napa nak lalu 2 kali ni..!!

Keluar je ke Jln Parlimen..korang pon tau kan Padang Merbuk dah terpampang di depan mata..wahh syok je aku tgk runners belok kiri trus ke finishing kat Padang Merbuk tuh..tp aku & gang2 30k tidak dibenarkan sama sekali utk turut serta membelok ke kiri..kena trus daa..pastu lalu blk jln kat sebelah stesen komuter Bank Negara tuh..haa pastu baru masuk finishing..aduhhh..!!walaupon aku dah tau dah laluan ni..tp nak mengharunginya amatla memeritkan..

Kat sini aku nampak Uncle Malek CAR73 senang syok berjalan lenggang kangkung..ish napa lak ngan Uncle Malek ni..??slalu jgn mimpi la aku nak 'sayur' dia time lari..laju cam bullet train Uncle Malek nie wehh..so tanya punya tanya..rupanya beliau mengalami masalah kaki yg dah melecet yg teruk..patutla..ish kalo aku pon memang takleh lari gak..dari riak muka Uncle Malek ni aku tgk..memang kesakitan yg amat sgt sedang membelenggu diri beliau ketika itu..tu la nak wat camne ye tak..kaki dah sakit..

Bersama geng2 lain yg baru sampai dan yg tak sempat nak interframe dlm pic yg kat atas tuh..huhu

Secara keseluruhannya acara ni memang byk kelemahan lg..bkn nak kondem..iala ni bknnya pertama kali acara ini diadakan..dah byk kali dah..so tak sepatutnya masalah2 remeh leh berlaku lg..cam water station..memang la water station ada..tp dlm 5 water station tuh hanya satu je yg provide isotonik water..yg lain suma takat bg air kosong jer..aduss mana leh camni..dah tuh kat finishinhg pon takde gak air isotonik..yg ada air milo jer..beratur panjang memang tak ingat la..dah macam nak beli tiket wayangla plak..ish apa yg dah jdk ni..??kena boikot ker..??

Check point pon ye gak..patutnya kena la letak 1 atau 2 check point..iala dah pakai timing chip kan..so apa salahnya kat mark 10km dan 20km letak timing chip check point..so runners pon takleh nak 'tipu'..iala kalo org nak 'cilok' anytime pon leh..pastu dgr kat finishing..ramai runners 30km yg tak dpt finisher shirt & medal..especially runners yg slow..ish ni pon tak patut terjadi gak..kalo camni konpom dorang tak mau lari dah distance jauh2..iala buat apa penat2 lari jauh2 tp tak dpt apa..kita lg kalo leh nak galakkan lg ramai runners baru join distance yg lebih jauh..tp nasib baik pihak penganjur PACM berjanji akan memberikan semula 'hak' mereka..bagusla kalo ada jln penyelesaian begitu..

Dan secara peribadi..ni dari pandangan aku la..kalo nak bandingkan..penganjuran tahun lepas lebih baik dan berjaya dari tahun nie..sepatutnya tahap penganjuran akan bertambah baik dari tahun ke tahun..tp kali ni tak plak..tp takpela..maybe masalah yg dihadapi oleh pihak pengajur dlm mencari penaja..sehingga 'terlepas pandang' benda2 remeh nie..apa2 pon diharapkan masalah2 remeh seperti ini tidak akan berlaku lg di penganjuran tahun hadapan..

Dan pada sahabat2 yg berjaya menamatkan larian anda tak kirala 30km ke 20km ke atau 10km ker..SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN..!!ingat kita tak mementingkan kepantasan atau kedudukan..yg penting kita join sambil kita memeriahkan lg acara larian itu serta dpt berjumpa dan beramah mesra dengan rakan2..dpt habiskan larian pon sudah satu kejayaan..kalo dpt kedudukan atau catatan masa yg baik itu adalah satu bonus..asalkan berpeluh kerana bersenam secara tak langsung akan menyihatkan badan..kerana kita berlari untuk kesihatan..


p/s : ok gambar geng2 CAR yg naik podium & yg dpt tropi nanti aku upload..coz itu photografer lum upload lg la gambar2 tuh..

Saturday, January 16, 2010

Sahabat Baru CAR

Hafis Mahmud (Apis)
CAR#113
Abd Ghafar Ab Hamid (Agah)
CAR#114

Ok geng semua..apa2 pon kita ucapkan selamat datangla pada dua org sahabat baru kita nie..CAR113 Hafis Mahmud (Apis) & CAR114 Abd Ghafar Ab Hamid (Agah)..dan berbanyak terima kasih juga kita ucapkan..coz sahabat kita ni sudi mahu jdk sebahagian dari ahli keluarga Chap Ayam Runners..

So nanti kalo join larian jgn lupa cari geng2 CAR yg lain lepas lari arr..kita beramah mesra la ye..dah satu keluarga kan..apa yg penting kita memeriahkan lg dunia sukan larian/marathon kat malaysia nie..di samping kita berlari demi untuk kesihatan kita..

Sekian..

Friday, January 15, 2010

Putrajaya Night Marathon 2010 - TERBARU..!!

PERINGATAN DAN PEMBERITAHUAN..!!

PIHAK FTAAA TELAH MEMAKLUMKAN BAHAWA PENDAFTARAN UNTUK ACARA INI TELAH MELEPASI KUOTA YG DITETAPKAN (8000 PENYERTAAN)..DAN SEPATUTNYA PENDAFTARAN SUDAH DITUTUP..LEBIH AWAL DARI TARIKH TUTUP ASAL PADA 25HB JANUARI 2010..TETAPI PIHAK FTAAA TELAH MEMBERI KELONGGARAN..

HARI INI 15HB JANUARI 2010 (JUMAAT) ADALAH HARI TERAKHIR UNTUK MEMBUAT PENDAFTARAN SECARA MANUAL (WALK-IN) DI PEJABAT FTAAA SAHAJA..DAN ESOK 16HB JANUARI 2010 (SABTU) MERUPAKAN HARI TERAKHIR UNTUK PENDAFTARAN SECARA ONLINE..

SO PADA SAHABAT2 YG BELUM MEMBUAT PENDAFTARAN SILALAH BERBUAT DEMIKIAN DENGAN SEBERAPA SEGERA..!!

New Balance 30km 2010 - Route 30km

Nak tau route juz ikut je turutan nombor dari (1) hingga (30)
* Byk bukit masa nak blk daa..especially yg "power" kat no 20 (KM20)..huhu


SELAMAT BERJAYA SEMUA AHAD NI..!!
DAN BERJUMPA SEMUA SELEPAS LARIAN..!!

Tuesday, January 12, 2010

Bareno Run 2010

Acara : Bareno Run 2010
Lokasi : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tarikh : 14hb Mac 2010 (Ahad)
Masa : 07:00 Pagi
Jarak : 15km, 10km & 5km
Tarikh Tutup : 01hb Mac 2010

PERHATIAN..!!
PENYERTAAN 1000 PERTAMA UNTUK LARIAN INI AKAN MENDAPAT GOODIES KHAS

PADA SAHABAT2 YG INGIN MENYERTAI LARIAN INI TP MASIH BELUM MEMBUAT PENDAFTARAN..BOLEH LA BERBUAT DEMIKIAN TERUS DENGAN SAYA
TETAPI KENA SEGERA KERANA RESIT YG ADA PADA SAYA AMAT TERHAD..DAN PENDAFTARAN MELALUI SAYA DIJAMIN AKAN MENDAPAT GOODIES KHAS

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA (HAILMI - 012-6371989)..DAN URUSAN PEMBAYARAN BOLEH JUGA DI BANK IN KE DALAM AKAUN SAYA SEPERTI DI BAWAH :-


HAILMI : 012-6371989
AKAUN CIMB : 1414-0106-3825-21


ATAUPUN JUMPA SAYA AHAD NI SELEPAS LARIAN NEW BALANCE 30K DI PADANG MERBUK

Sahabat Baru CAR

Mohd Zaki Omar (Zaki)
CAR#111
Fadzrul Naim Naharudin (Naim)
CAR#112

Ok geng semua..wah nampak nya tak renti2 sesi perkenalan ni eekk..huhu

Apa2 pon kita ucapkan selamat datang pada CAR111 (cantek no bang) Mohd Zaki Omar (Zaki)..eemm bertambah lg sahabat nama zaki dlm family kita eekk..huhu dan CAR112 Fadzrul Naim Naharudin (Naim)..walaupon maybe kita jarang melihat sahabat kita si Zaki & si Naim nie..actually bukan jarang jumpa..iala dah sebelum ni tak kenal..so kalo jumpa pon wat tak tau je kot..huhu so dah kenal ni pasni kalo jumpa up kan lg kenal2 la yer..

Dan ucapan terima kasih juga kita ucapkan kepada sahabat baru kita nie kerana sudi menjadi sebahagian dari ahli keluarga Chap Ayam Runners..dan secara tak langsung membesarkan lg keluarga yg harmoni & meriah ini..

Ok geng..sekian..

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"