EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Thursday, March 31, 2011

PAC Cendana Hikathon 2011


Acara: PAC Cendana Hikathon 2011
Tempat: Youth Park, Penang
Tarikh: 15 May 2011
Masa: 8pg
Jarak: 3km
Yuran Penyertaan: RM20
Tarikh Tutup Penyertaan: 20 April 2011

BORANG PENDAFTARAN DI SINI

Garmin Forerunner 410 Untuk Dijual



Model Baru: Garmin Forerunner 410
Harga: RM1,500
Heart Rate Monitor & 2 Velcro Straps

Sebarang pertanyaan boleh call or email
Email : khooyk@gmail.com
Tel No. : 012-3093909

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI GARMIN DI SINI

Wednesday, March 30, 2011

Larian Amal Nur Kasih 2011



Acara: Larian Amal Nur Kasih 2011
Tempat: Dataran Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB), Melaka
Tarikh: 2 April 2011
Masa: 7pg
Jarak: 4km
Yuran Penyertaan: PERCUMA

Sebarang pertanyaan boleh hubungi, Saudari NUR AIN BT YAACOB di 013-638 0515.

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Tuesday, March 29, 2011

6th Malaysia International Ekiden Run 2011


Acara: 6th Malaysia International Ekiden Run 2011
Tempat: Komplex Perbadanan Putrajaya, Putrajaya
Tarikh: 29 May 2011
Masa: 8pg
Jarak: 15km (3km x 5 org)
Yuran Penyertaan: RM100 per team
Tarikh Tutup Penyertaan: 15 May 2011

PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT DI PEJABAT FTAAA


Program Derma Darah CAR


**Sekadar nk mengingatkan 'date' kita Sabtu ni ... :) Sesapa yg free turun la yek. Tak derma pun xpe, datang jek ikut bg moral support. Pada sesapa yg nk derma, harap semak kriteria penderma di bwh dan pastikan anda layak. Dan juga, pagi Sabtu tu harap skip la latihan larian kalo ada niat tu, sbb takut nnti BP tinggi, xleh menderma lak. Jumpa Sabtu ni!! Time kasih ...

Tarikh: 2 April 2011 (hari Sabtu)
Tempat berkumpul: Bukit Aman Car Park
Masa: 11.00am


Ok geng, ni lg satu aktiviti baru yg akan dilancarkan oleh CAR. Bertitik tolak drp cadangan yg dikemukakan sewaktu Mesyuarat AGM CAR ke-2 pd Februari lepas, kami dgn rasa bangganya ingin merealisasikan salah satu idea aktiviti kebajikan iaitu Program Menderma Darah.

Sebagai permulaan, kami telah menetapkan tarikh 2 April depan sbg tarikh keramat program ini dijalankan. Tarikh ini dipilih kerana setakat ini tiada acara larian yg akan berlangsung. Jadi kami sgt2 berharap sahabat2 sekalian dpt turut serta dalam menjayakan program ini. Tempat berkumpul adalah seperti yg tertera di atas. Pada pukul 11pg, semua yg berkumpul akan bergerak bersama2 (car-pool) ke Pusat Darah Negara.

Diharap program ini dapat berjalan dgn lancar. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

saya, Azyan/Zyra di 013-344 4748 ATAU
Azri (Tuan Presiden) di 016-255 4416 ATAU
Sabri (AJK Kebajikan CAR) di 012-280 4620

KRITERIA PENDERMA DARAH BOLEH DISEMAK DI SINI

Kerjasama anda amatlah kami hargai! Sekian, terima kasih.



Monday, March 28, 2011

Kordel's Charity Walk 2011



Acara: Kordel's Charity Walk 2011
Tempat: Padang Merbok, Kuala Lumpur
Tarikh: 12 Jun 2011
Masa: 7pg
Jarak: 7km
Yuran Penyertaan: RM25
Tarikh Tutup Penyertaan: 15 May 2011 atau 1000 penyertaan pertama

MAKLUMAT LANJUT

Sahabat Baru CAR

Sabri Ibrahim (Sabri)
CAR#221
Suhaimi Safari (Cikmie)
CAR#222

Ok geng semua..kite berkenalan lg dengan 2 org sahabat baru kita ni..selamat datang kita ucapkan pada CAR221 Sabri Ibrahim (Sabri)..apa2 pun aku mohon maaf pada bro Sabri ni kerana terlalu lama "memeram" profile dia..aku terlepas pandangla..sori bro arr..tp bro Sabri ni memang bersemangat gile..CAR222 Suhaimi Safari (Cikmie)..em bertambah lg sahabat nama "Suhaimi" dalam CAR ni ekk..mungkin Cikmie ni agak kurang familiar bg kita..tp pastikan pasni kita rapatkan jurang tu arr..

Ok geng tu je nukilan aku dlm posting ni..sorila kalo ayat berterabur..aku kurang idea la sejak dua menjak ni..so pada mereka berdua WELCOME TO THE FAMILY..

Sekian..terima kasih..

Sunday, March 27, 2011

Terminologi Larian #5 - Info

Terminologi Larian kembali lagi!! Heh heh ... tak g mana pun, skip last week tu sbb minda xmo berkerjasama daa ... byk sgt lari sampai oksigen x cukup masuk kot, hehe. Sorry la ek. Takpe2, itu citer last week. Skrg citer this week. Sebelum terlambat, sy nk ucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH pada yg selesai wat Malakoff Penang 26km dan juga Green Run (10k menjadi 15k, huhu). Korang mmg fantastik, bombastik, chopstik la! Teruskan berlari ok ... :)

Ok, untuk terminologi kali ni, memula kita tgk dulu 2 istilah yg ada digunakan dalam latihan speedwork ataupun gym workout iaitu RBR dan RBS. Seperti yg sy terangkan dalam terminology yg lepas, speedwork ni memerlukan disiplin yg tinggi sbb ada set dan repetition yg nk kena diikuti. RBR dan RBS pun memainkan peranan yg penting.

Istilah #24: RBR – rest between repetition. Ia bermaksud rehat antara repetition (bukak dictionary pun tau, haha). Tp apa maknanya? RBR ni adalah rehat yg di’benar’kan sebelum kita memulakan repetition yg seterusnya.





Istilah #25: RBS – rest between set. Yg ni pulak adalah rehat yg di’benar’kan sebelum kita mulakan set yg seterusnya.

Contoh la ... kalo x pakai contoh susah skit nk citer, nnti sampai ke sudah korang x paham, silap ari bulan, ngan sy pun sama skali x paham, haha. Ok, contoh ... Menu speedwork tu kata; 400m x 5 rep x 2 set, dalam 80 saat, rbr=1min, rbs=5min.

Haa, tu dia, amik ko ... haha

Haa, maksudnya kat sini, lari 400m dalam 80 saat, rehat 1 minit, pas tu lari lagi 400m dalam 80 saat. Ulang sampai dpt 5 kali. Pas tu rehat 5 minit sebelum start set yg kedua ... (ni konpom utk org laju ni, kalo sy nk wat 400m lam 80 saat, maka pasti akan berteraburlah segala skru di tempurung lutut makcik ini, adehh, hahaha ... )

Naper nk kena gtau pasal bende ni ek? Naper RBR dan RBS ni penting ek? Sbb, itu jek masa yg dia bg utk kita tarik napas redakan mata yg berpinau, minum air mana yg sempat teguk, goyang2 kan kaki ilangkan lenguh ... kalo lama2 sgt rehat, xde le dah benefitnya, sbb korang dh recover baiikkk punya, x aci la ... hmm, baik balik tido je, xyah wat speedwork!

Okay, skrg kita citer lg 3 istilah yg ada ...

Istilah #26: Mileage – Ni kalo serius runner ni tau apa maknanya. Kalo x cukup serius mesti ingat mileage utk kete ni; bila nk tukar minyak itam sumer ... haha. Adehh, xde kena-mengena lerr ngan tu sumer (termasuklah juger gambo sebelah tu, xde kena-mengena ... hehe).

Yg sebenarnya, bila kita nk up distance utk apa2 race, musti mau ada mileage maa dalam itu kaki (... ye, kaki. Kita race pakai kaki, bukan pakai kete. Kete nk drive g starting point jek, boleh la). Huh, kalo x cukup mileage lam kaki, cemana itu kaki mau pegi jauh2? Kalo dh aim nk wat HM atau FM, takkan training nyer setakat 5km jek kan? Haa, jd masa training tu la kita kena add mileage, supaya nnti bila race takde la terperanjat beruk. Ia lah, kalo dh time training pun selamba kita layan 15km atau 20km, alah, sure kacang la nk wat HM tu nnti ... (uhuk, uhuk ... kacang ... adehh ... ehem, tetiba sakit tekak, haha)

Istilah #27: Weekly mileage – Yg ni lak maksudnya, jumlah km yg terkumpul dalam seminggu. Ini pun penting untuk persediaan dlm apa2 race. Dalam dunia yg perfect, boleh la kita set jadual berapa km nk wat hari2 tertentu, tp mana nk dpt kan ... kekdg kita busy, cuaca tak mengizinkan, atau (mintak la dijauhkan) kesihatan tak mengizinkan ... jd senang skit kalo kira weekly mileage, supaya kalo x dpt buat pd bila2 waktu, leh ‘qada’ hari lain ... hehe. Lain distance lain weekly mileage yg nk kena kumpul. Ye lah, takkan persediaan wat HM sama ngan ultra, ye tak? Konpom ultra nk kena wat lebih byk ...

Istilah #28: Finisher Tees – haa, yg ni yg sy paling suka bila masuk larian (selepas medal la, of course ... hehe). Ia adalah tshirt yg di’anugerah’kan lepas berjaya menyeksa diri menyiapkan sesuatu acara. Selalunya utk acara FM ke atas. Bukan senang nk dapat tu, sbb finisher tees ni bukan leh beli kat kedai. Nk kena lari jauh2 br dapat. Pas tu apa lg, bergaya la eksen kat sumer org ... hehe. Tp kalo nk eksen kena bertempat la, sbb kalo bwk g kenduri ke, atau tgk wayang ke, hmm ... susah skit la, sbb x ramai pun org yg paham maksud finisher tu. 42km? Bwk kete ko? Bwk moto ko? Adehh, kalo gitu budak br dpt lesen pun leh buat ...

Oklah, so itu lg 5 istilah yg boleh dipelajari oleh runners cam kita ni. Ingat, biar runners takat chap ayam, tp ilmu penuh kat dada (dada? bukan simpan kat kepala ek, haha) ... Chow! ;)

Saturday, March 26, 2011

Centro Klang Run 2011



Acara: Centro Klang Run 2011
Tempat: Centro Mall, Klang, Selangor
Tarikh: 24 Julai 2011
Masa: 6.45pg
Jarak: 12km
Yuran Penyertaan: RM30
Tarikh Tutup Penyertaan: 30 Jun 2011 atau 2500 penyertaan pertama

MAKLUMAT LANJUT

Friday, March 25, 2011

Larian Bersama Bomba 2011



Acara: Larian Bersama Bomba 2011
Tempat: Dataran Merdeka
Tarikh: 8 May 2011
Masa: 7.30pg
Jarak: 10km & 7km
Yuran Penyertaan: RM20
Tarikh Tutup Penyertaan: 30 April 2011

PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT DI PEJABAT FTAAA


Thursday, March 24, 2011

KTM Komuter Run 2011



Acara: KTM Komuter Run 2011
Tempat: KTM Headquaters. Jalan Sultan Hishamuddin, KL
Tarikh: 23 April 2011
Masa: 7.30pg
Jarak: 7km
Yuran Penyertaan: RM20
Tarikh Tutup Penyertaan: 10 April 2011

MAKLUMAT LANJUT

Wednesday, March 23, 2011

Kasut Untuk Dijual

MODEL : FILA
HARGA ASAL : RM289.90
HARGA JUALAN : Boleh nego
SAIZ: US 10

Sedikit maklumat :-
Condition 9.5/10 ... baru dipakai 2 kali.
Harga boleh nego.
Sebab ingin dijual adalah kerana terlalu besar dan tidak sesuai dgn kaki.

Berminat atau maklumat lanjut hubungi :-
019 321 4366
satriamat20@yahoo.com (Shazz)


Penang Earth Day Run 2011



Acara: Penang Earth Day Run 2011
Tempat: Mengkuang Dam, Bukit Mertajam, Penang
Tarikh: 24 April 2011
Masa: 6.30pg
Jarak: 12km
Yuran Penyertaan: RM10
Tarikh Tutup Penyertaan: 8 April 2011 atau 800 penyertaan.

MAKLUMAT LANJUT

Sahabat Baru CAR

Ruziah Mohd Amin (Gee)
CAR#219
Mohd Hafiz Asmungi (Bapak)
CAR#220

Salam geng semua..minta maaf byk coz lama sgt aku tak publish posting ni..bkn takde sahabat baru..memang ada..juz aku je yg terlupa gile nak post wajah sahabat baru kita ni..tak tau la nape ngan aku skang ni..weng semacam..huhu

Ok aku rasa maybe korang suma kurang mengenali ngan 2 org sahabat baru kita kat atas tu..CAR219 Ruziah Mohd Amin (Gee) & CAR220 Mohd Hafiz Asmungi (Bapak)..actually dorg ni dah memang biasa bercampur gaul ngan kita..tp belum secara rasmi je la..

Selamat datang kami ucapkan pada korang berdua sebagai ahli keluarga CAR..ok pasni jgn malu2 kalo jumpa geng CAR..kita lepak n borak2 la ye..dan maaf sekali lg coz terlalu lama "memeram" gambar korang..so itu saja..sorila aku takde idea nak taip panjang2..huhu

Tuesday, March 22, 2011

NTV7 - Feel Good Run



Acara: NTV7 - Feel Good Run 2011
Tempat: Sri Pentas, Bandar Utama
Tarikh: 3 Julai 2011
Masa: 7.30pg
Jarak: 7km
Yuran Penyertaan: RM20
Tarikh Tutup Penyertaan: 19 Jun 2011

PENYERTAAN DIBUKA SEKARANG!

MAKLUMAT LANJUT

PCP Night Ride 2011



Acara: PCP Night Ride 2011
Tempat: Kompleks Sukan Lazak (Sukan Luncur), Taman Cabaran Putrajaya
Tarikh: 23 Apr 2011
Masa: 7mlm
Jarak: On Road - 26km, Off Road - 6km
Yuran Penyertaan: RM50
Tarikh Tutup Penyertaan: 18 Apr 2011

MAKLUMAT LANJUT

Monday, March 21, 2011

Putrajaya Challenge 2011



Acara: Putrajaya Challenge 2011
Tempat: Putrajaya Challenge Park
Tarikh: 30 Apr - 1 May 2011
Kategori: Downhill - 30 Apr 2011, Cross Country - 1 May 2011 (36km/24km)
Yuran Penyertaan: Downhill - RM70, Cross Country - RM50
Tarikh Tutup Penyertaan: 20 Apr 2011

MAKLUMAT LANJUT

Sunday, March 20, 2011

Larian Hari Buah Pinggang Sedunia 2011 - Laporan


Acara: Larian Hari Buah Pinggang Sedunia 2011
Jarak: 5km
Tempat: Dataran Merdeka
Jam: 7.30pg


Yg join lg ramai dr yg ni ... tp sbb pameran sana sini, ni je la yg sempat jumpa bergambo. Takpe, len kali ada lagi ek... (gambo pun ragut dr Kadok, tq bro!)

Sihatkah buah pinggang anda? Confirm ke? Mana tau? Bende tu dok dalam badan, bukan nmpk kat luar mcm mata ke contohnya. Kalo merah semacam mata tu mesti ada yg x kena. Buah pinggang ni dok dalam, apa berlaku pun x tau. Cemana rupa pun xtau. Bila dh teruk atau terasa sakit br nk pegi check kat hospital. Haa, kalo dh sampai time tu, takut2 dh terlambat dh. Mungkin runners mcm kita ni x berapa nk alert pasal buah pinggang. Mungkin la … sy x kata anda mmg x alert. Sbb nyer ye la, kalo runners ni mesti penjagaan tu lebih tertumpu pada kaki, lutut, jantung dan paru2. Ye la, organ2 tu kan penting kalo nk lari laju dan jauh.

Tapi buah pinggang cemana? Mesti kita amik sambil lewa kan. Padahal, kalo runners cam kita ni (x kira hardcore atau geli2, sama gak penting) lagi la kena jaga buah pinggang. Tau kenapa? Sbb buah pinggang ni la yg mencuci darah. Darah tu utk apa? Apa lg, nk angkut masuk oksigen ke muscle la… selain tu jugak utk angkut bahan toksid buangan yg terhasil oleh muscle semasa dan selepas berlari keluar dr badan. Kalo darah tu kotor, cemana nk berfungsi dgn baik? Kalo dh xleh berfungsi ngan baik, cemana nk lari laju?


Haa, nmpk dh betapa pentingnya buah pinggang tu? X nmpk gak? Betul x nmpk? Biar betik … g masuk sekolah balik la kalo gitu, isy, isy …

Apa2 pun, larian yg sy sertai hari ni berlainan skit drp biasa. Selalu tu dh abih lari, amik medal (kalo dpt, hehe), amik goodie bag (kalo penganjur bg), minum skit2, amik gambo (yg tu wajib), pastu chow … tp kali ni, pehh, lama lak sy lepak2 situ. Bukan apa, pegi buat blood test lerr. Selain tu, dok round2 baca mcm2 maklumat yg ada di sekitar tpt kejadian. Rupa2nya total body inspection ni kena dibuat sekurang2nya sekali setahun (sebenonya dh tau, tp adehh … maleh ler nk g spital … xthn bau ubat penin kepala otak, hehe). Walaupun org x hingat nyer ramai…tp xper la, dh diorg sediakan pemeriksaan cam ni, free lak tu … amik la peluang skrg, kalo nk kena g spital, huh … hareeemmm … tp dh ler sampai kena cucuk 3 kali … adoi mak ko! (alah, ngada … cam kena gigit semut jer lerr, tu pun nk kecut perut, haha). Memula check glukos dlm darah, pastu check tahap kolestrol, last skali check haemoglobin lak. Adehh … apa x cucuk sekali, tadah jek lam bekas … xler byk kali kena ‘gigit semut’… (Injit, injit semut … sapa sakit naik atas … eh, stop2, tu dh citer lain tu, kuar topik! Haha).

Masuk topik balik. Satu bende yg sy dpt tau masa buat test tu, kalo nk buat urine test, rupa2nya xleh buat apa2 aktiviti berat (lari 5km tu berat la … berat kena bwk badan, haha) dlm 12 jam sebelumnya. Sbb kalo tak, dlm result tu nnti, mesti akan ada kehadiran protein. Dh ler kena g jumpa consultant. X ke menggigil lutut dgr ada bende x kena ngan buah pinggang kita? Ooh, rupanya sbb br lepas lari ke … jd korang kalo nk g wat test pas ni, kena la ‘puasa’ berlari sebelum tu yer …

Emm, nk gak sy citer pasal larian ke? Nnti repot ni jd panjang sgt lak … x larat korang nk baca. Ala, 5km, x sempat mcm2 bende berlaku pun, haha. K la, kalo nk baca, truskan, kalo x nk, pandai2 la korang skip ek… hua hua hua.

Sy smpi lmbt ke tpt kejadian td. Sempat pun sbb pecut bwk kete (err, polis lom bangun tido kan? Hehe). Dh la lmbt, bib pun x sempat pakai lg, sib baik ada adik Kak Ida ngan mak dia tolong pakaikan (hehe, time kacih aar). Tp, seperti yg dikatakan, larian bermula tepat jam 7.30pg. Punctual weh diorg ni. Sy br jek nk lari anak2 ayam, tetiba dh dgr bunyi pistol, adehh … blasah jer aa. Route berbeza skit jek dr route biasa, sbb ala … yg tu kan 7km. Jd yg ni x masuk la jalan tun ismail (alaa, x dpt bg makan kt monyet, haha) tp trus ke jalan sultan salahuddin. Kat sini jumpa Kak Ida, Abg Farid dan Ghejan kat water station pertama. Wahh, org hebat2 yg tuangkan air, wajib minum ni!! Mana tau dpt berkat pelari tegar … haha. Truskan lari, terserempak ngan Kadok Toing Toing (bukan sy yg bagi nama tu, dia yg taruk kat FB dia cam tu … klasik u, haha), tp dia naik sikal jek la … round2 amik gambo. Ooh, mana lg CAR yg lain? Mesti nun kat depan ni … huh, x padan ngan nama chap ayam diorg ni, berdesup tinggal asap jek utk kat org belakang … haha.

Tgh lari, tetiba ada org sapa. ‘Kak, baju chap ayam nk amik kat mana ek?’ Adehh … aku tgh mengah lari, ko tny pasal baju lak … maklumla, sy pakai t-shirt CAR masa tu … em, apa2 hal berkenaan t-shirt dan vest ni sila berurusan ngan Mr Seketeri yek, sy tulih repot jek, hehe (tu ayat panjang, yg sy jawab kat dia pendek jek, tgh pongeh la katakan, haha).

Sy trus lari lg dan masuk lak Jalan Parlimen, jd tau dh dekat nk sampai. Tp kaki dh penat, sbb td x sempat warm-up kan, so trus push dr mula. 5km kalo lari slow2 utk warm-up dulu, babai la kat medal. Lg pun, enjin br nk panas, dh sampai, haha. Tp dlm hati teringin gak kat medal limited tu. Agak2 nmpk jek org depan pakai bib kategori ‘B’, sy kejar … kalo kategori lain, br pelan skit. Dan akhirnya tiba kat Dataran (kena lalu tepi dulu pastu br pusing lak, padahal finishing line sebelah mata jek, adehh), dan berjaya jugak sempat dpt medal, hoyeahh!!


Ni la dia medal yg dpt td. Memula ingatkan bentuk 'S', rupa2nya bentuk buah pinggang daa ... x kisah la, yg penting dpt medal, haha

Haha, tunggang terbalik repot sy kali ni. Citer pasal lepas event dulu br citer pasal larian … x kisah la, korang paham kan? Lgpun, yg pasal kidney tu lg penting nk disampaikan. Pasal sy lari ni tiap2 minggu pun dh baca … sama jek. Kaki kiri letak depan, pastu kaki kanan lak letak depan, pas tu ulang2 sampai pongeh … haha. Tu la keje ujung minggu runners ni sumer. X reti dok diam2 kat umah … asyik laaariii jek …

Em, sebelum semakin byk sy merapu, dan semakin panjang lak repot ni, dan semakin korang terasa sengal ‘apasal aku buang masa baca bende ni?’, dan nnti lain lak jdnya … baik la sy stop, haha.

Okey, semoga berjumpa lg di repot yg akan datang, chow cin ciao!!

Keep on Running! :)

Saturday, March 19, 2011

Bukit Kiara RDA Charity Walkathon 2011



Acara: Bukit Kiara RDA Charity Walkathon 2011
Tempat: Sport Complex, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort
Tarikh: 27 Mac 2011
Masa: 8pg
Jarak: 5.5km
Yuran Penyertaan: RM50
Tarikh Tutup Penyertaan: 20 Mac 2011

MAKLUMAT LANJUT

Friday, March 18, 2011

Sesi Latihan CAR - Laporan Ringkas



Tempat: Stadium UPM
Tarikh: 17/3/2011
Masa: 8mlm
Coach: Saudara Zulazlan Shah Ibrahim (CAR71)
Kehadiran:
Mohd Hailmi Masro (CAR1)
Mohd Zaki Mansor (CAR16)
Mohd Zaini Mansor (CAR17)
Irina Ramli (CAR36)
Nur Azhar Azizi (CAR55)
Jasni Khairil Jamaluddin (CAR101)
Mohd Farid Syakirin (CAR189)
Nur Azyan Yusof (CAR194)
Mohd Rais (belum CAR)

Menu Latihan:
- Warm-Up (400 x5 lap)
- Stretching
- Easy Run - 8km
- Easy Jog (400 x 2 lap)
- Speedwork (800 x 2 set)
- Cool down

Latihan akan diteruskan pada setiap hari Khamis, di tempat yg sama, pada jam 8mlm. Pada sesiapa yg berminat, jgn malu2, jgn segan2, datang jek ke Stadium UPM untuk bersama2 kami berlatih ... Sekian, terima kasih.

Thursday, March 17, 2011

Cycle and Hunt Putrajaya 2011



Acara: Cycle and Hunt Putrajaya 2011
Tempat: Taman Botani Putrajaya
Tarikh: 26 Mac 2011
Masa: 7.30pg
Yuran Penyertaan: RM100/team (3 org)
Tarikh Tutup Penyertaan: Apabila cukup 150 pasukan

MAKLUMAT LANJUT

Sesi Latihan CAR



Tempat: UPM (gate belakang aka starting line event Mizuno last year)
Tarikh: 17/3/2011 (Khamis, mlm ni)
Masa: 8mlm
Jenis Latihan: Larian di sekitar UPM, diikuti latihan trek di Stadium UPM.
Coach: Saudara Zulazlan Shah Ibrahim (CAR71)

DATANG, JGN TAK DATANG! JOM LARI RAMEI-RAMEI!!

KL Tower International Night Towerthon Challenge 2011



Acara: KL Tower International Night Towerthon Challenge 2011
Tempat: Menara Kuala Lumpur
Tarikh: 7 May 2011
Masa: 8mlm
Jarak: 1km + 2058 anak tangga
Yuran Penyertaan: RM25 (sebelum 27 Mac), RM35 (sebelum 20 April) dan RM45 (sebelum 1 May)
Tarikh Tutup Penyertaan: 1 May 2011

MAKLUMAT LANJUT

Wednesday, March 16, 2011

Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun: Jan - Mac (Laporan)



Tu dia birthday boys dan birthday girls tgh dok bersiap sedia memotong kek ...

Ari Ahad yg lalu, selepas selesai acara Bareno, banner CAR di gantung di satu sudut dan member2 CAR mula berkumpul untuk sama2 memeriahkan majlis sambutan ulang tahun pulak. Ramai jugak yg turun selain peserta2 Bareno yg mmg sudah sedia ada melepaskan penat. Kira meriahla jugak dgn kehadiran sumer rakan2. Terima kasih sumer!! :)

Tu dia kek2 yg disumbangkan oleh Sabri dan Ruby ... time kasih guys!!

Terima kasih pada yg menyumbangkan makanan-:
  • pada Pak Sahak yg bg roti jala (sedap betul, sekejap dh licin!)
  • pada Sabri yg bagi kek Secret Recipe
  • pada Ruby yg bagi home-made kek! Caya la Ruby!
  • pada Aini yg sudi berkongsi hadiah hamper dr Larian Hari Wilayah yg dimenangi pd Sabtu lepas
  • pada Kak Ida yg menyumbangkan air oren

Terima kasih yg tak terhingga drp kami di CAR!!

Antara birthday boys dan birthday girls dalam sesi memotong kek masing2 ... lagu birthday nyanyi sendirik! Haha!

Okay, sedikit pesanan drp Tuan Presiden,
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini sy ingin mengucapkan terima kasih kepada sumer yg sudi datang. Terima kasih sbb sudi stay back untuk memeriahkan majlis yg tak seberapa ini. Tanpa sokongan drp anda semua, sudah tentu majlis ini tidak semeriah sebegini. Terima kasih juga pada yg sudi menyumbangkan makanan. Namun, seperti biasa, kali pertama dianjurkan majlis sebegini, sudah tentu ada byk kekurangannya, jadi bg pihak CAR sy ingin mohon maaf di atas segala salah dan silap. Kami akan cuba pastikan sambutan selepas ini akan disambut dgn lebih meriah. Tak lupa juga pada semua yg menyertai acara Bareno sebentar td. Tahniah pada semua yg berjaya. Pada sesiapa yg tak dapat PB kali ni, jgn risau ... cuba lagi lain kali. Akhir kata, teruskan berlari demi kesihatan - Run for Health!"

Lagi gambar2 birthday boys dan girls sedang memotong kek. Dah potong, apa lagi ... kasi makan lah! Hehe ...

Okay, semoga kita berjumpa lagi di sambutan majlis ulang tahun yg akan datang ... yg mana akan menyambut birthday boys dan girls pada bulan April sehingga Jun. Sekian, terima kasih ...


p/s: Sori, repot lambat kuar ... harap2 masih ada yg sudi baca repot terlambat ni ... huhu

Monday, March 14, 2011

Anugerah Pelari Tegar




Ok, sahabat2 CAR sekalian. Ini ada berita baik untuk anda semua. Anugerah Pelari Tegar akan diteruskan untuk tahun 2011 pula. Dan sedikit pembaharuan drp tahun lepas, kini anda boleh menghantar data dgn mengisi borang seperti di bawah.

BORANG KEMASKINI DATA ANUGERAH PELARI TEGAR (APT)

Submit jek borang ni dan data anda akan direkodkan. Pastikan anda mengisi data dgn betul. Data yg dihantar akan dikemaskini di dalam carta kedudukan selewat-lewatnya setiap hari Jumaat. Bagi mengelakkan terlalu byk data dihantar sekali gus di penghujung tahun, anda harus pastikan data dihantar selewat2nya 2 minggu selepas sesuatu acara. Cth, acara Bareno pd 13 Mac lepas. Anda ada sehingga 27 Mac 2011 untuk menghantar data. Selepas 27 Mac, sebarang update bg acara Bareno tidak akan dilayan.

Bagi data2 larian drp 1 Januari 2011 sehingga 12 Mac 2011, anda diberi 3 minggu iaitu sehingga 5 April 2011 untuk pengemaskinian.

HANYA DATA YG DIHANTAR SAHAJA YG AKAN DIAMBIL KIRA!!

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BOLEH DISEMAK DI SINI

UNTUK SEMAK CARTA KEDUDUKAN KATEGORI LELAKI DAN WANITA, BOLEH SEMAK DI SINI

Diharapkan dengan adanya anugerah ini, dapat dijadikan insentif pada semua sahabat untuk terus bersemangat dalam menyertai acara larian. Sekian, terima kasih.

Keep on Running!!


Acara: Larian Pantai Bagan Lalang 2011
Tempat: Pantai Bagan Lalang, Selangor
Tarikh: 19 Mac 2011
Masa: 7pg
Jarak: 6km/3.5km
Yuran Penyertaan: RM5
Tarikh Tutup Penyertaan: 17 Mac 2011


"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"