EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Thursday, May 24, 2012

Race Against Time - Run for Life, Kuching – Laporan


Event: Race Against Time - Run For Life 2012
Date: 19th May 2012, Saturday
Venue: Pullman Hotel & Resort, Kuching, Sarawak
Distance: 7km

Saya Azrul Adnan (CAR254) ditugaskan untuk membuat laporan event kali ni. Race Against Time - Run For Life 2012 dianjurkan oleh Malaysian Society of Transplantation. Sebab utama race ini diadakan adalah bertujuan untuk mengumpul para penderma organ. Untuk pengetahuan, Malaysia adalah antara negara yang masih kekurangan penderma organ. Setakat ini, terdapat hanya 366 penderma organ di negara ini yang telah mati. Sementara itu, di Malaysia, lebih daripada 14,000 orang dalam senarai menunggu untuk pemindahan organ.


Ini adalah kali kedua saya menyertai event larian seumpama ini selepas World Kidney Day pada 4th March lalu. Seramai 500peserta yang mengambil bahagian pada kali ini. Race kali ini tidak dirancang seperti race-race sebelumnya, hanya kebetulan saya ke Kuching pada minggu lepas. Jadi, bila saya tahu ada larian akan diadakan di sana saya tidak melepaskan peluang yang ada. Kali pertama berlari di Sarawak adalah satu kelebihan daripada biasa yang pernah saya lakukan.


Dari Kuala Lumpur saya terbang ke Kuching untuk melancong pada asalnya berubah kepada misi larian 7km. Memulakan larian tepat jam 6.45pagi, dilepaskan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Dr Jerip Susil. Sedikit rushing sebulum memulakan larian kerana saya sampai di tempat permulaan hanya kurang 10minit dari flag off. Setelah siap menyalin pakaian, saya tercari-cari tempat untuk menyimpan bag. Oleh kerana event kali ini bukan skala besar, tiada tempat menyimpan beg disediakan. Terpaksalah saya mengambil risiko menyimpan beg di belakang pentas.


Apabila ‘pistol’ ditembak, semua peserta mula berlari. Mungkin kerana tidak sempat membuat stretching, saya mula berlari dengan ankle yang sakit sehingga penamat. Semasa berlari, saya terserempak dengan salah seorang ahli Chap Ayam Runners jugak! Rupanya saya tidak keseorangan.

Inilah orangnya..hehe bersama Dr Rafidah Abdullah, one of committee from Malaysian Society of Transplantation

Congrats Dr Rafidah Abdullah(CAR30) - 1st Runner Up for Female Veteran

Berlari di Bandar Kuching memang seronok! Di sana semua sedia maklum, matahari lebih awal muncul di negeri Sabah dan Sarawak. Tak hairan lah bila race di sana dah habis, race di semenanjung baru nak mula :O BUT! Diingatkan satu perkara yang amat mustahak kepada mereka yang ingin berlari di Bandar Kuching pada masa akan datang! Berhati-hatilah dengan Anjing disana, di sekitar Bandar Kuching sangat banyak Anjing. Kuat menyalak dan agak liar jika tidak bertuan! Route race di Kuching boleh tahan, sebabnya banyak jugak bukitnya walaupun berlari keliling bandar. Walaupun berbagai halangan, alhamdulilah saya dapat juga menghabiskan larian 7km dalam masa 39minit.

Men Open : 7km : 39minit


Saya berharap semua pelari dapat membantu kerajaan dan seterusnya dapat menjadi penderma organ di Malaysia. Kerana mungkin dengan bantuan anda dapat menyelamatkan nyawa ramai manusia. Sekian dari saya CAR254.

No comments:

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"