EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Thursday, June 7, 2012

Sundown Marathon 2012 - Laporan

Acara: Sundown Marathon 2012
Tarikh: 26.05.2012
Masa: 10.30am
Tempat: Nicoll Highway, Singapore
Jarak: 10km, 21km, 42km

Tanggal 26 May 2012 saya Fieda Dida telah bertolak dari Seremban menuju ke Jb tepat (sebenarnya tak tepat sangat la pun) pada pukul 9:30 pg di Terminal One. Kerana apa saya ke Jb itu?..jeng greng greng..semuanya adalah kerana gara-gara untuk menyertai event Sundown Marathon Singapore 2012. Ini merupakan event pertama saya berlari di luar negara dan juga merupakan event pertama saya untuk membuat Full Marathon. Debaran yang dirasakan toksah cakap la berdup dap dup dap. Plus mata yang tetiba sakit plak.adoii time macam ni la dia nak merah. Mood masa tu dh bercampur baur nak teruskan misi ini atau lupakan sahaja sebab takut ia memberi kesan pada mata saya. TAPI! dengan azam yang kuat didorong pula dengan sokongan kawan-kawan dan keluarga saya pergi juga untuk menyahut cabaran ini.yihaaaaa…

Saya tiba di JB lebih kurang pukul 2 petang di stesen bas Larkin dan berhenti makan jap sebelum masuk ke Singapura dengan menaiki bas sehingga ke MRT Kranji.

Setibanya di MRT Kranji saya meneruskan perjalanan ke Jurong East dan bertukar pula ke Paya Lebar dan akhir sekali ke Nicoll Highway.

Tapak event tu betul-betul berhadapan dengan stesen MRT Nicoll Highway. Jadi sangat mudah bagi mereka untuk dating?..eh bukan untuk datang kesini dengan menaiki MRT. Setibanya saya di Nicoll Highway kelihatan crew2 telah berada di tapak event untuk memasang lampu, banner, stage dan khemah. Ada juga volunteer yang sedang diberi briefing tentang tugas yang akan mereka lakukan pada malam nanti. Ok setelah selesai saya melihat keadaan disekitar event, saya pun menuju ke tempat penginapan saya iaitu Superb Hotel yang terletak tidak jauh dari tempat event. Saya berehat antara 2 – 3 jam sebelum larian bermula. Hati toksah cita la takot..ketaq lutot noo. Tapi rasa tak sabar dah nak lari ni..fuhhh.

Tepat pukul 10 malam, saya bergerak ke tempat event dengan diiringi doa semoga segalanya diberkati dan sentiasa dilindungi. Larian bermula dengan kategori 10km pada pukul 10.30 malam dan kelihatan begitu meriah sekali. Event ini dianggarkan lebih kurang 70,000 runners yang menyertainya. Ramai gak tu. Selain itu, event ini juga telah mengasingkan runners’ yg target akan menghabiskan larian dalam masa 2jam, 3-4 jam, 5-6 jam dan 7-8 jam. So sape yang rasa akan habis pada masa 2 jam akan berada dihadapan dan seterusnya runners yang akan sampai pada 3-4 jam dan seterusnya. Tepat jam pukul 1 pagi, runners 21km dan 42km dilepaskan. Di setiap 3km ada disediakan water station yang menyediakan air mineral dan 100 plus. Di sini ada sedikit kelemahan iaitu jalan yang di sediakan untuk runners sangatlah kecil dan sempit. Apabila 21km dan 42km dilepaskan serentak so jalan yang dilalui sangat lah padat, sesak, dan crowded sehinggakan runner’s terpaksa berjalan atau menyelit kat celah-celah untuk ke depan. Situasi sebegini membuatkan masa terbuang macam tu sahaja. Ini betul-betul merugikan masa. Ada route yang sangat ‘cool’ iaitu berlari di tepi shopping complex..haha..ada runners yang sempat lagi masuk kat dalam shopping complex untuk mendapat kan air cond. huhuhu.selain itu kami ada juga lalu kat tepi pantai, kat taman dan juga tasik. haha..tapi sangat la enjoy sebab dapat diberi peluang untuk melihat pemandangan di Singapore.

Di kilometer ke 16, tiba-tiba ribut melanda. Ohh My..dalam fikiran ini hanya terpikir macamana kalau hujan, perjalanan masih jauh, larian perlu diteruskan, nak patah balik pun tak guna juga sebab dah jauh. So nak tak nak larian perlu diteruskan tanpa menyerah kalah.

Di km-16 lah runners 21km dan 42km dipisahkan. Runners 42km meneruskan perjalanan ke laluan pantai yang sangat lah jauhhhhhhhhhh haa kan macam tu la jauhnya sehinggakan xtahu bila nak patah balik. Masa ini lah hujan turun dengan lebatnya. Kasut, baju toksah cete la basah lencun habis. Sangat la mental kalau berlari dalam hujan sebab kasut dah jadi berat dan kaki pun da mula sakit Tapi semangat untuk menghabiskan larian ni tetap ada so saya teruskan berlari dan tidak berputus asa. So saya mengambil keputusan untuk berjalan sekejap sekejap untuk meredakan kesakitan. Kelihatan ada runners yang berhenti untuk berteduh di bawah bumbung kerana tidak tahan kesejukkan. Memang mental bila berlari dalam hujan. Tetapi semangat yang kuat di dalam diri tidak langsung mematahkan semangat untuk kami meneruskan larian ini. Lari di tepi pantai pun dah ambik lebih kurang 20km..mak aih..route yang sangat panjang dan sangat lah bosan. Disebabkan kekurangan crew yang menjaga di hujung route, ada runners yang lari separuh sahaja kerana tiada penjagaan crew di hujung jalan. Mungkin disebabkan hujan yang sangat lebat dan route yang sangat bosan membuatkan diorang malas lagi nak meneruskan larian. Tapi bak kata omputih tak fair lah kalau buat macam tu. Orang lain bersusah payah habiskan larian sampai hujung sanun dia pulak senang2 nak cut jalan. Hmm. Itu terpulang pada hak masing-masing.

Setelah hampir 3 jam hujan pun berhenti.syukur alhamdulillah.runners tetap meneruskan larian.keluar dari kawasan pantai dalam km-36 jadinya ada lagi 6km yang perlu kami tempuh. Ada yang dah tak larat nak lari, ada yang berhenti sekejap dan meneruskan larian. Kaki dah sakit tapi dengan semangat yang ada sy teruskan larian dengan berlari perlahan.Alhamdulillah dengan berkat dan usaha akhirnya berjaya juga saya sampai di garisan penamat.syukur alhamdulillah. Kenangan berlari dalam hujan memang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Saya dah rasai 42km,ANDA bila lagi??hehehe..

3 comments:

Ida Maria said...

best bestnyerr... ;) sy blom penah run di spore huu...

fIEda DiDa said...

jom kak kita lari kat sane..pegi reramai baru syok,..

Anonymous said...

event ni mostly ok tp x bestnyerr sy ambik slot 10km ingat sempatla cabut sblm last MRT pastu last minute bg taw event mula tgh mlm aduiii, sib baik aderr kwn dr JB sudi antar balik kalu x jln kaki dr nicoll ke bugis, mampuihhh teman......:(

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"