EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Showing posts with label CAR Celebration. Show all posts
Showing posts with label CAR Celebration. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun: Jan - Mac (Laporan)



Tu dia birthday boys dan birthday girls tgh dok bersiap sedia memotong kek ...

Ari Ahad yg lalu, selepas selesai acara Bareno, banner CAR di gantung di satu sudut dan member2 CAR mula berkumpul untuk sama2 memeriahkan majlis sambutan ulang tahun pulak. Ramai jugak yg turun selain peserta2 Bareno yg mmg sudah sedia ada melepaskan penat. Kira meriahla jugak dgn kehadiran sumer rakan2. Terima kasih sumer!! :)

Tu dia kek2 yg disumbangkan oleh Sabri dan Ruby ... time kasih guys!!

Terima kasih pada yg menyumbangkan makanan-:
  • pada Pak Sahak yg bg roti jala (sedap betul, sekejap dh licin!)
  • pada Sabri yg bagi kek Secret Recipe
  • pada Ruby yg bagi home-made kek! Caya la Ruby!
  • pada Aini yg sudi berkongsi hadiah hamper dr Larian Hari Wilayah yg dimenangi pd Sabtu lepas
  • pada Kak Ida yg menyumbangkan air oren

Terima kasih yg tak terhingga drp kami di CAR!!

Antara birthday boys dan birthday girls dalam sesi memotong kek masing2 ... lagu birthday nyanyi sendirik! Haha!

Okay, sedikit pesanan drp Tuan Presiden,
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini sy ingin mengucapkan terima kasih kepada sumer yg sudi datang. Terima kasih sbb sudi stay back untuk memeriahkan majlis yg tak seberapa ini. Tanpa sokongan drp anda semua, sudah tentu majlis ini tidak semeriah sebegini. Terima kasih juga pada yg sudi menyumbangkan makanan. Namun, seperti biasa, kali pertama dianjurkan majlis sebegini, sudah tentu ada byk kekurangannya, jadi bg pihak CAR sy ingin mohon maaf di atas segala salah dan silap. Kami akan cuba pastikan sambutan selepas ini akan disambut dgn lebih meriah. Tak lupa juga pada semua yg menyertai acara Bareno sebentar td. Tahniah pada semua yg berjaya. Pada sesiapa yg tak dapat PB kali ni, jgn risau ... cuba lagi lain kali. Akhir kata, teruskan berlari demi kesihatan - Run for Health!"

Lagi gambar2 birthday boys dan girls sedang memotong kek. Dah potong, apa lagi ... kasi makan lah! Hehe ...

Okay, semoga kita berjumpa lagi di sambutan majlis ulang tahun yg akan datang ... yg mana akan menyambut birthday boys dan girls pada bulan April sehingga Jun. Sekian, terima kasih ...


p/s: Sori, repot lambat kuar ... harap2 masih ada yg sudi baca repot terlambat ni ... huhu

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha 2010


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA..!!!
KEPADA SEMUA SAHABAT CHAP AYAM RUNNERS YANG BERAGAMA ISLAM..!!
PADA SAHABAT YANG BERNIAT UNTUK MELAKUKAN IBADAH KORBAN..
TAK KIRALAH KORBAN APA PON..
SEMOGA IBADAH KORBAN KORANG AKAN DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T. INSYALLAH..!!
INGAT JANGAN KORANG LAK YG TERKORBAN UDAH..!!

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..!!
Kami Sahabat-Sahabat Chap Ayam Runners Mengucapkan..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Kepada Semua Rakan Taulan Yang Beragama Islam..Jadikan Hari Raya 2010 Yang Bakal Menjelang Ini Sebagai Platform Untuk Merapatkan Lagi Hubungan Kekeluargaan Serta Persahabatan..
Pada Yang Memandu Untuk Pulang Ke Kampung Di Serata Malaysia Untuk Berhari Raya..Memandulah Dengan Berhati-Hati..Ingatlah Orang Yang Tersayang & Orang Yang Menyayangi..
Berjumpa Kita Semula Selepas Hari Raya INSYALLAH..Boleh Sambung Latihan Semula Setelah Lama "Bercuti"..

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK & SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SERTA SOLAT TERAWIH
Dari Kami Di Chap Ayam Runners (CAR) Buat Semua Sahabat-Sahabat CAR & Rakan-Rakan Yang Lain

Friday, December 25, 2009

Selamat Hari Natal 2009


KAMI SELURUH AHLI KELUARGA CHAP AYAM RUNNERS MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL (KRISMAS) 25HB DISEMBER 2009 PADA SEMUA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN YANG BERAGAMA KRISTIAN

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL (KRISMAS)


"WE WISH YOU A MERRY CHRISTMAS..WE WISH YOU A MERRY CHRISTMAS..WE WISH YOU A MERRY CHRISTMAS..AND A HAPPY NEW YEAR.."

Friday, October 16, 2009

Happy Deepavali 2009


KAD PERAYAAN KAT MALAYSIA VERSI CHAP AYAM RUNNERS KEMBALI LAGI..!!

Ok kengkawan..sorila coz terlambat nak post kad Deepavali khas Chap Ayam Runners nie..aku sibuk bangat la(sejak bila la aku pandai pakai perkataan bangat nie..huhu) macam biasala..kad yg cantik dan kreatif ni direka dan dicetuskan hasil ilham perah otak sampai pecah pereka Chap Ayam runners kesayangan kita..sapa lagi kalo bukan ketua reban kita CAR2 Encik Ramlan Sulaiman..apa2 pon terima kasih yg tidak terhingga kita ucapkan kepada ketua reban kita ni..kerana nie semua hasil sikap proaktif beliau serta usaha beliau yg tidak berbelah bagi tanpa disuruh..demi untuk memajukan dan memeriahkan lg Chap Ayam Runners..

So dengan ini kita mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua warga India yg membaca blog nie amnya(tolong sampaikan pada yg tak baca blog ni skali yer..) serta pada semua runners India kat Malaysia nie yg menyambut Deepavali esok..dan tak lupa kepada satu2 nya sahabat kita yg berbangsa India.sapa lg kalo bukan CAR8 Ghejanthran..Happy Deepavali Bro..!!so nanti kat Mizuno jgn lupa bwk muruku byk2 arr..tak dapat muruku kuih wadih (tul ker eja nie..aku tau mkn jer..) pon jdk la..hehe

Ok geng..sekian..

p/s : Ahad ni jgn lupa turun training kat Bkt Aman..

Thursday, September 17, 2009

Sampul Raya Khas CAR



Assalamualaikum..

Ok geng..ni ada satu lg produk baru dari CAR..SAMPUL DUIT RAYA KHAS CHAP AYAM RUNNERS..!!hasil rekaan biasala siapa lg kalo bukan ketua reban kita tu..sungguh kreatif ketua reban kita nie..ari tuh bikin kad raya..ni sampul duit raya lak..bagus2..tahniah & terima kasih kita ucapkan pada beliau atas usaha beliau ini..bkn senang beb nak buat benda nie..huhu

So kalo korang nak guna la sampul duit raya nie untuk tujuan isi duit raya untuk bg kat anak2 buah or sedara..korang juz print jer la photo kat atas tuh eekk..pastu korang gunting & lipat & gam..ikut jer instruction kat situ..tp sorila..maybe material kertas yg korang print tuh jenis A4 biasa je kot..bkn material asli cam sampul lain yg ada kat pasaran..

Tp takpe..INSYALLAH next year kita akan bikin sampul duit raya & print trus ikut material yg sebenar..pastu leh la jual kat korang yg berminat nak memilikinya..duit hasil jualan leh la masuk tabung CAR..dan duit tabung nie sok leh la digunakan utk membuat atau membiayai sebarang aktiviti CAR yg akan dibuat di masa akan dtg..so kad hari raya pon sama gak..kita akan print & jual pada sesiapa sahaja..

Sorila tahun nie kita memang tak sempat nak print kad & sampul duit raya semua tuh..coz masa dah suntuk sgt..lgpon idea utk buat kad & sampul duit raya nie dtg secara spontan di minggu terakhir Ramadhan..idea ni muncul setelah ketua reban kita mendapat wahyu melalui mimpi beliau semasa tido di 10 malam terakhir Ramadhan yg mulia ini..yg menyarankan agar beliau merekabentuk sampul & kad raya utk CAR dengan seberapa segera..

Ok kengkawan itu sahaja..SELAMAT BERPUASA & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR & BATIN.

Terima kasih..

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum,

Pada sahabat semua..ni kad khas Hari Raya Aidilfitri dari Chap Ayam Runners utk korang semua..maafla tak dapat nak pos kat setiap korang..sebab Pos Malaysia dah tak mau terima dah penghantaran kad hari raya lg..huhu rekabentuk kreatif ni adalah hasil ilham dan rekaan ketua reban kita..memang cantik dan kreatif beb..tahniah dan terima kasih juga kita ucapkan pada ketua reban yg bertungkus lumus memerah otak tanpa mengeluarkan keringat untuk menghasilkan rekaan ini..walaupon menerima beberapa bantahan dari mr seketeri..huhu anyway well done bro..!!

Jadi di kesempatan ini..aku mewakili Chap Ayam Runners ingin memohon beribu kemaafan dan keampunan pada semua sahabat..jika ada terdapat tersalah kata atau perbuatan..hanya maaf dan ampun di pinta pada semua sahabat2 Chap Ayam Runners yg dikasihi dan sentiasa sempoi dan sporting..

Pada yg nak blk kg tu..berhati2 la di jln raya ketika memandu..kalo naik bas..bgtau driver bas bwk relak2 la..bwk bas follow pace chap ayam jer..buat apa nak laju2..kalo cpt sampai pon bkn ada finisher medal pon bila sampai kat destinasi tuh..huhu biar lambat janji asal selamat sampai..kalo lari takpe leh laju sket..jgn selamat sampai ke hospital udah la yer..dengan ucapan keramat SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR & BATIN..

Insyallah lepas raya kita jumpa dan bergurau senda semula di arena2 larian..kasi meriah blk setelah sebulan 'off'..

Sekian..terima kasih..

Monday, September 14, 2009

Kad Raya Dari Sahabat

Kad Raya pertama yg Chap Ayam Runners terima dari sahabat..diterima dari CAR47 Zulkipli Galeh (Imam Blues)..terima kasih bro..!!hang memang pejuang sejati..so kad raya nie khas buat geng Chap Ayam..so aku post la kat blog..untuk tatapan korang yer.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR & BATIN..

"Sampul Kad"

"Bahagian Depan"

"Bahagian Dalam"

"Bahagian Dalam"

"Bahagian Belakang"

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"