EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Showing posts with label CAR Info. Show all posts
Showing posts with label CAR Info. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012


KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2012 PADA SEMUA SAHABAT CHAP AYAM RUNNERS aka CAR..DAN PADA SEMUA RAKAN-RAKAN SEPELARIAN YANG LAIN..SEMOGA DI TAHUN BARU 2012 INI AKAN MENAMBAHKAN LAGI KECERIAN DAN KESIHATAN DIRI PADA SEMUA..

* Maafla ye..blog dah terlalu lama "ditinggalkan"..tak sempat nak bersihkan..dah naik bersawang gawang rewang dah blog kita ni..Insyallah 2012 blog akan beroperasi seperti biasa..woohooo..!!!gambar dicilok dari blog penonton..thanks n sori bro Moey...huhuhu

Friday, February 25, 2011

Reebok Zigtech Treadmill Challenge

Acara: Reebok Zigtech Treadmill Challenge
Tarikh: 25 Februari hingga 27 Februari 2011
Tempat: Ground Flour, 1UTAMA Shopping Centre

Untuk makluman semua, sekarang sedang berlangsungnya acara Reebok Zigtech Treadmill Challenge di Ground Flour, 1UTAMA Shopping Centre. Acara ini merupakan acara relay on treadmill (cuma xde baton jek) yang akan berlangsung selama 48 jam bermula dr jam 5ptg td (25 Feb) hingga ke 5ptg hari Ahad (27 Feb) nnti. Berikut merupakan member2 CAR yang akan menyertai acara ini. So, kalo korang free2 ke, tgh shopping2 ke atau br kuar tgk wayang ke, singgah2 la kat tempat acara ni berlangsung, bg support kat member2 korang yek ...

Pada member2 CAR yg menyertai acara ni, selamat berjuang dgn peperangan mental lari setempat lama2!

---------------------------------------------------------------------

25 Februari 2011
CAR185 - MUHAMMAD BIN ISKANDAR 8.00 PM for 60 MIN
CAR67 - SHARAFI ABDULLAH FAUZI 10:00 PM for 60 MIN
CAR188 - YIM HENG FATT 11:00 PM for 60 MIN

26 Februari 2011
CAR206 - MOHD REDZUAN MOHD JAMARAJI 4.00 AM for 60 MIN
CAR45 - AHMAD DAUD ABDUL MANAN 6:00 AM for 60 MIN
CAR87 - MOHD SYAHIDAN BIN ALIAS MALE 10:00 PM for 60 MIN
CAR141 - MUHAMMAD KHAIRUDDIN BIN YAHYA 11.00 PM for 15 MIN

27 Februari 2011
CAR194 - NUR AZYAN YUSOF 12.00 AM for 60 MIN

CAR201 - AZRULHISYAM HUSSIN 4:00 AM for 60 MIN
CAR121 - RAZIF YAHYA 4:00 AM for 60 MIN
CAR207 - SITI AFFIRA KHUSANI 9:00 AM for 30 MIN

Pada yg dh abih buat sebelum sempat sy post ni, sorry la byk2 ... br perasan diorg bg updated participant list kat FB la ...
Sekian, terima kasih ...

Wednesday, October 7, 2009

Banner Baru CAR


AMACAM..CUN TAK BEB...!!!Ok sahabat semua..nie dia final design untuk banner baru CAR..coz sebelum nie kita juz ada satu jer banner yg kita gunakan masa pelancaran awal tahun ari tu..itu pon banner buatan tangan..so yg ni kira proper nya banner la..

Apa2 pon kita berterima kasih sgt2 pada Ketua Reban..kerana beliau la yg telah bersusah payah memerah otak sambil bertegang leher ngan aku utk merekabentuk banner yg cantik nie..kira kita memenag bertuah la kerana ada Ketua Reban dlm CAR nie..so tak susah2 la kita nak design sesuatu utk team kita nie..so pasni aku harap korang ucapkan la sikit ucapan terima kasih pada Ketua Reban kita En Ramlan Sulaiman..TERIMA KASIH & TAHNIAH..!!

OK untuk pengetahuan banner nie telah pon di hantar utk cetakan..INSYALLAH banner ni akan siap dlm minggu ni gak dan boleh digunakan secara rasmi kat Borneo International Marathon hujung minggu nie..aku akan bwk banner ni ke sana..so kat Borneo Internatioanal Marathon nanti bakal menyaksikan banner ini akan dipertontonkan kepada umum..so dengan adanya banner ni INSYALLAH urusan publisiti team kita CAR akan lebih efisen lg..

Kos utk mencetak banner nie hanya RM100 jer..kita ingat nak collect pada setiap sahabat..tp rasa cam 'leceh' la plak..so senang citer pada sesiapa yg rasa nak bg sumbangan ikhlas leh la bg kat aku jer..so nanti aku leh la bubuh nama2 org yg buat sumbangan tuh kat belakang banner tuh..

Ok geng sekian..

Thursday, August 20, 2009

Buat E-mail Peribadi



Yahoo Mail



Gmail



Hotmail


SANGAT PENTING...!!!! pada kengkawan yg masih belum ada e-mail sendiri sila berbuat demikian dengan seberapa segera..coz kita amat memerlukan semua sahabat mempunyai e-mail peribadi sendiri..supaya senang nanti sebarang info bersifat peribadi boleh di e-mail kan terus kepada korang..

So keperluan ini WAJIB arr..ala buat e-mail tuh free jer bkn kene byr pon..skang nie zaman IT..so e-mail tuh dah jdk cam satu keperluan buat setiap orang..so MINTAK TOLONG YER..!!so korang pilih la e-mail ape yg korang nak..aku dah setkan kat atas tuh..so pilih jer mana yg korang suke..click jer kat perkataan tuh..so pastu korang follow jer instruction eekk..

Dan satu lg..pada sahabat yg gunakan e-mail company tuh..aku nak korang buat gak satu e-mail free nie..coz apa2 info aku xmau send kat e-mail syarikat korang..aku xmau la kacau e-mail official keje korang..tuh e-mail company..so biarla e-mail yg masuk tuh hanya berkaitan dengan keje korang jer..

So bila korang dah siap buat nanti..korang jgn e-mail kat e-mail aku..korang e-mail la kat chapayamrunners@yahoo.com.my ekk..ini e-mail official Chap Ayam Runners..

Ok kengkawan..terima kasih banyak2..

Friday, August 7, 2009

LOGO RASMI

LOGO RASMI CHAP AYAM RUNNERS..!!


Ok kengkawan semua..so setelah menerima segala pandangan, cadangan, komen serta idea..maka inilah 'final touch up'logo rasmi Chap Ayam Runners..logo kali ni kelihatan lebih simple & sempoi dari yg dicadangkan sebelum ini..dan hanya menggunakan dua warna sahaja iaitu merah & hitam selain warna putih..

SEDIKIT PENERANGAN TENTANG LOGO :-
RUN FOR HEALTH - Iala motto rasmi Chap Ayam Runners..kerana tidak kirala anda seorang pelari yg laju atau perlahan, pro atau semi pro atau tidak pro langsung, serius atau tidak serius..yg penting kita jadikkan sukan ini sebagai satu platform terbaik utk melakukan aktiviti senaman..kerana senaman itu amat penting utk kesihatan serta kesejahteraan diri..tiada maknanya lagi jika badan sudah tidak sihat..dan anggap juga dengan menyertai larian ini sebagai satu aktiviti riadah hujung minggu sambil berjumpa serta beramah mersa dengan rakan2 serta keluarga..yg ternyata mampu mengurangkan stress setelah seminggu bekerja..

WARNA MERAH - Iaitu warna dominan di dalam logo ini..sure la melambangkan keberanian..!!iaitu keberanian setiap ahli nya..kerana walaupon hanya bertaraf "Chap Ayam"..tetapi mereka tetap berani dan komited untuk bersama2 bersaing dlm dunia larian/marathon nie sambil memeriahkan lg acara sukan unik ini..dan dlm masa yg sama..secara tak langsung warna merah melambangkan darah..bila sebut darah ianya ada bersangkut paut dengan kesihatan..kerana setiap ahli Chap Ayam Runners nie tidak memikirkan sgt tentang kemenangan atau kemegahan semata2..apa yg paling penting & utama ialah kesihatan badan serta diri sendiri..kerana bila badan sihat otak pasti cergas..bila otak dan minda dah cergas..semua benda akan menjadi pantas..so bertepatanla dengan motto Chap Ayam Runners "Run For Health"

GAMBAR AYAM - Dah tentu ayam adalah ikon utama dlm Chap Ayam Runners nie..hakikatnya ayam nie bukanla haiwan yg suka berlari..nak2 lari jarak jauh ni..imej ayam tuh menunjukkan seolah2 ayam tuh sedang melangkah sambil memakai kasut jogging(kira berlari la tuh..) sambil mengangkat kepala..maknanya ayam tuh sedang berkokok la..seolah2 memberitahu kepada umum walaupon hanya bertaraf pelari chap ayam (second class runners) tp tetap bersemangat utk mengambil bahagian serta menghabiskan larian..

IKON OLIMPIK & TROFI - Dalam jiwa setiap ahli sukan..mereka sudah tentu berkeinginan utk menyertai Sukan Olimpik ataupon utk menjadi juara dengan menjulang trofi suatu hari nanti..walaupon utk mencapai impian tu amat sukar tp tidak mustahil kan..andainya tidak tercapai juga dua impian utama itu..apa yg penting iala "Run For Health" iaitu motto utama Chap Ayam Runners..itu sebab kita letakkan ikon Olimpik & Trofi tuh bersebelahan dengan motto..maknanya impian mungkin bermula dengan nak mengejar Olimpik & Trofi..tp jika gagal..anggap saje kita berlari untuk kesihatan (Run For Health)..

So kengkawan CAR semua..itula serba sedikit penjelasan mengenai logo..so dengan ini logo ini menjadi logo rasmi Chap Ayam Runners..logo ni akan digunakan dlm setiap urusan rasmi (wah dasat bunyi tuh..sebenarnya kita mempunyai byk lg agenda besar yg bakal kita akan laksanakan selepas ini..INSYALLAH)..dan logo ini juga akan dicetak di atas t-shirt serta vest di bahagian hadapan di sebelah atas kiri..INSYALLAH t-shirt serta vest baru Chap Ayam Runners akan dikeluarkan tidak lama lagi..

Sekian, dan terima kasih di atas sokongan dari anda semua sahabat Chap Ayam Runners..

Kepada yg ingin memberikan pandangan serta pendapat..sila email kan pada aku terus segala pAndangan serta pendapat anda itu kepada saya..

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"