EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Showing posts with label CAR Meeting. Show all posts
Showing posts with label CAR Meeting. Show all posts

Monday, January 24, 2011

Mesyuarat Tahunan Kali Kedua CAR 2011

Acara : Mesyuarat Tahunan CAR Kali Kedua 2011
Tempat : Bilik Wawasan, Rumah Universiti, Universiti Malaya
Tarikh : 12hb Februari 2011 (Sabtu)
Masa : 02:30 - 05:00 Petang
Jamuan Ringan Akan Disediakan Di Akhir Mesyuarat

KEHADIRAN ADALAH 'DIWAJIBKAN'

Urusetia Bertugas :-
Mohd Hailmi Masro - 012-637 1989
chapayamrunners@yahoo.com.my


"Lokasi Rumah Universiti ni adalah bersebelahan bangunan peperiksaan dan berhadapan dengan bangunan Dewan Tunku Canlesor Universiti Malaya"

AGENDA SERTA TUJUAN UTAMA MESYUARAT :-

* Perbincangan Mengenai Penambahbaikan
* Membincangkan Segala Usul, Cadangan Dan Pandangan Yang Dikemukakan
* Sesi Soal Jawab Atas Sebarang Kekeliruan Sekiranya Ada
* Pengumuman Serta Penyampaian Hadiah Buat Pemenang Anugerah Pelari Tegar 2010
* Pemilihan AJK Baru Jika Mendapat Permintaan


PENTING..!!!
1) Bagi Memudahkan Lagi Urusan..Sila Kemukakan Sebarang Usul Atau Cadangan Kepada Urusetia Di Atas Melalui Email..Segala Usul Atau Cadangan Yang Diterima Akan Terus Dibentang Dan Dibincangkan Sewaktu Mesyuarat Berlangsung.

2) Pada Sahabat2 Yang Layak Bertanding Bagi Anugerah Pelari Tegar 2010..Sila Hantarkan Juga Senarai Acara Yang Anda Sudah Sertai Sepanjang 2010 Beserta Jumlah Jarak Kepada Urusetia Di Atas Melalui Email Sebelum 05HB FEBRUARI 2011..HANYA SAHABAT YANG MENGHANTAR SENARAI ACARA YANG MEREKA SERTAI SAHAJA YANG AKAN DIKIRA..!!Harap Maklum.

3) Sila Nyatakan Kehadiran Anda Dengan Menghubungi Atau SMS Atau Melalui Email Kepada Urusetia Di Atas.


Ok sahabat semua..diharap korang dpt bersama2 hadir ke mesyuarat nie..kerana kita amat memerlukan seberapa byk cadangan atau pandangan demi untuk memajukan CAR nie..

Walaupon kehadiran ke mesyuarat ini 'diwajibkan' kepada semua ahli untuk datang..tp bkn la bermakna itu satu paksaan..kami berharap kalo boleh biar semua ahli ada dlm mesyuarat ini..sekurang2 nya mereka tahu perjalanan serta perbincangan dlm mesyuarat..tp kalo tak dapat nak hadir pon bkn la satu kesalahan..kami hanya memohon jasa baik agar kalo boleh cubala untuk menghadirkan diri..kerana byk maklumat serta info2 baru yg bakal kita akan kongsikan dlm mesyuarat ini..hanya setahun sekali je kita buat mesyuarat ini..kita nak bg peluang kepada semua ahli untuk bersuara dan kemukakan cadangan dan pandangan..

Dan satu lg..memandangkan kita tidak punyai sebarang tabungan..dan usaha untuk merealisasikan mesyuarat ini memerlukan kos..jika ada sesiapa yg sudi memberi sumbangan..sila hubungi saya 012-637 1989 (Hailmi)..

Terima kasih di atas kerjasama anda..

Monday, January 25, 2010

Mesyuarat Bulanan - Januari 2010 (Laporan)

Lokasi : Dewan Serbaguna Kg Pandan
Tarikh : 23hb Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi hingga 1.30 petang

KEHADIRAN
CAR2 Ramlan Sulaiman - Presiden
CAR47 Zulkipli Galeh - Timbalan Presiden
CAR3 Nazib Ngainin - Naib Presiden
CAR1 Mohd Hailmi Masro - Setiausaha
CAR36 Irina Ramli - Bendahari
CAR14 Khairul Amran Abd Aziz - AJK
CAR37 Hasfiza Ramley - AJK
CAR49 Abdul Talib Haron - AJK
CAR67 Sharafi Abdullah Fauzi - AJK
CAR54 Suhailywati Ramli - AJK
CAR21 Suhaimi Sulaiman - AJK CAR Kaki Gunung

Sekitar suasana perjalanan mesyuarat bulanan (Januari) CAR

AGENDA MESYUARAT
1) Pembentangan serta pengesahan minit mesyuarat agung tahunan CAR 2hb Januari yg lepas
- Dibentangkan oleh Presiden satu persatu dan disahkan oleh AJK yg hadir

2) Perbincangan secara terperinci mengenai syarat-syarat serta masalah berbangkit bg anugerah perlari CAR paling tegar 2010
- Sesi soal jawab mengenai hal dan masalah berbangkit dan penerangan lanjut diberikan oleh Setiausaha

3) Pengumuman perlancaran aktiviti kendalian sayap "CAR Kaki Gunung" untuk menganjurkan XPDC mendaki Gunung Angsi di Daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan
- Dimaklumkan oleh Penolong Ketua Sayap saudara Suhaimi Sulaiman CAR21
- Maklumat lanjut mengenainya akan diumum dlm blog sedikit masa lagi

4) Pengumuman perlancaran program pertama sayap "CAR Klinik Teknik Larian"
- Dimaklumkan oleh Setiausaha sebagai wakil dari sayap ini memandangkan kedua-dua ketua dan penolong sayap ini tidak dpt hadir atas sebab-sebab yg tidak dpt dielakkan
- Program ini akan diketuai dan dikelolakan sendiri oleh Ketua dan Penolong Sayap iaitu saudara Zulazlan Ibrahim CAR71 dan saudara Syahidan Alias CAR87
- Program klinik khas teknik larian adalah atas jemputan pihak Institut Teknologi PETRONAS (INSTEP) bertempat di Kampus INSTEP Batu Buruk Terengganu pada 31hb Januari 2010
- Ianya merupakan satu penghargaan dan penghormatan tinggi buat kita kerana pihak INSTEP memberikan kepercayaan penuh khususnya kepada Chap Ayam Runners untuk mengendalikan program ini khas untuk para pelajar mereka
- Maklumat lanjut mengenai program ini akan diumumkan sedikit masa lagi

5) Pembentangan cadangan serta perbincangan mengenai penganjuran larian yg dianjurkan oleh Chap Ayam Runners
- Merupakan agenda utama perbincangan
- Hasil perbincangan nama "CAR Family Run" telah dipilih sebagai nama rasmi larian
- Tetapi untuk permulaan larian ini hanya terbuka kepada semua sahabat CAR sahaja, dan CAR akan menjemput beberapa perlari dari running group dan kelab larian yg terpilih bg memeriahkan lg larian ini dan tempat adalah terhad
- Maklumat lanjut mengenai penganjuran larian ini akan diumumkan kelak

SEGALA BUTIRAN TERPERINCI MENGENAI SELURUH AGENDA DAN PERBINCANGAN MESYUARAT BULANAN CAR (JANUARI) 2010 AKAN DIBENTANG DAN DISIARKAN SETELAH MINIT MESYUARAT SIAP SEPENUHNYA..!!

Friday, January 22, 2010

Mesyuarat Bulanan AJK CAR [ Januari 2010 ]


Lokasi : Dewan Serbaguna Kg. Pandan (Berdekatan Restoran Kari Kepala Ikan Kg. Pandan)
Tarikh : 23hb Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari

Kehadiran semua AJK adalah amat dihargai bagi mempastikan kelancaran mesyuarat bulanan CAR - Januari 2010.

Peta Lokasi : Klik di sini!

Monday, January 4, 2010

Mesyuarat Pertama Chap Ayam Runners - Laporan

Lokasi : Rumah Universiti, Universiti Malaya
Tarikh : 02hb Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 03.00 - 05.00 Petang

KEHADIRAN (41 Orang)
CAR2 - Ramlan Sulaiman
CAR1 - Mohd Hailmi Masro
CAR37 - Hasfiza Ramley
CAR36 - Irina Ramli
CAR54 - Suhailywati Ramli
CAR10 - Kamarul Faizal Tajaruddin
CAR49 - Abdul Talib Haron
CAR14 - Khairul Amran Abd Aziz
CAR67 - Sharafi Abdullah Fauzi
CAR28 - Abdul Azri K Peer Mohamed
CAR95 - Melissa Aliana Bahrin
CAR73 - Abdul Malek Abd Kadir
CAR58 - Ahmad Hadafi Jus
CAR50 - Abdul Rahman Mohamed
CAR21 - Suhaimi Sulaiman
CAR30 - Rafidah Abdullah
CAR29 - Siti Hasanah Abu Samah
CAR40 - Farhanah Mohamed Khatib
CAR59 - Rojizah Ismail
CAR77 - Siti Sarah Rimasari Sulani
CAR89 - Mohd Razis Abdul Rahim
CAR71 - Zulazlan Shah Ibrahim
CAR5 - Idaizumi Othman
CAR27 - Hamidon Mat Aris
CAR16 - Mohd Zaki Mansor
CAR12 - Mohd Fadhli Mohd Fadzil
CAR9 - Fazli Abu Bakar
CAR20 - Mohd Hamdi Baharuddin
CAR15 - Omar Khaliff Tajaruddin
CAR66 - Khairol Faisal Husin
CAR4 - Ahmad Farid Ellias
CAR39 - Mohd Imran Anuar
CAR17 - Mohd Zaini Mansor
CAR8 - Ghejanthran Kalaimani
CAR18 - Zulkifle Hassan
CAR55 - Nur Azhar Azizi
CAR56 - Deti Afendi A Kadir
CAR101 - Jasni Khairil Jamaluddin
CAR104 - Aiman Cheah Tiong Chap
CAR74 - Silahuddin Salim
CAR13 - Nur Afandi Tamar

41 orang sahabat Chap Ayam Runners yg hadir

CARTA ORGANISASI BARU CAR BAGI SESI 2010
PRESIDEN : Encik Ramlan Sulaiman CAR2
TIMBALAN PRESIDEN : Encik Zulkipli Galeh CAR47
NAIB PRESIDEN : Encik Nazib Ngainin CAR3
SETIAUSAHA : Encik Mohd Hailmi Masro CAR1
PENOLONG SETIAUSAHA : Encik Mohd Zaki Mansor CAR16
BENDAHARI : Cik Irina Ramli CAR36
PENOLONG BENDAHARI I : Puan Farhanah Mohamed Khatib CAR40
PENOLONG BENDAHARI II : Encik Nur Azhar Azizi CAR55

AHLI-AHLI JAWATANKUASA TETAP (7 Orang Dipilih)
Encik Abdul Talib Haron CAR49
Encik Abdul Azri K Peer Mohamed CAR28
Encik Kamarul Faizal Tajaruddin CAR10
Encik Sharafi Abdullah Fauzi CAR67
Encik Khairul Amran Abd Aziz CAR14
Cik Suhailywati Ramli CAR54
Cik Hasfiza Ramley CAR37

AHLI-AHLI JAWATANKUASA CHAP AYAM RUNNERS BAGI SESI 2010
Dari kiri : Hasfiza Ramley, Suhailywati Ramli, Irina Ramli, Mohd Hailmi Masro, Ramlan Sulaiman, Kamarul Faizal Tajaruddin, Abdul Talib Haron, Khairul Amran Abd Aziz, Sharafi Abdullah Fauzi & Abdul Azri K Peer Mohamed

USUL-USUL SERTA KETETAPAN YG TELAH DIPUTUSKAN DAN DILULUSKAN

1) Meluluskan pelancaran Tabung Perhentian Island Challenge 2010
- Tabung diseliakan oleh Puan Idaizumi Othman CAR5

2) Meluluskan penubuhan "sayap" baru "CAR Kaki Kayuh"
- Khas untuk menyelia segala aktiviti yg melibatkan sukan berbasikal
- Akan diketuai oleh Encik Abdul Rahman Mohamed CAR50
- Dan dibantu oleh Encik Shakhir Ishak CAR57

3) Mengumumkan pelancaran pertandingan "Anugerah Pelari CAR Paling Tegar 2010"
- Sahabat yg berdaftar sebelum 01/01/2010 layak secara automatik
- Formula dan kriteria pemilihan adalah berdasarkan jumlah kilometer (KM)
- Maklumat terperinci akan dikemukakan di dalam blog ini kelak

4) Meluluskan penubuhan "sayap" baru "CAR Kaki Gunung"
- Khas untuk menyelia segala aktiviti yg melibatkan sukan mendaki gunung
- Akan diketuai oleh Encik Mohd Razis Abdul Rahim CAR89
- Dibantu oleh Encik Suhaimi Sulaiman CAR21 dan Cik Rafidah Abdullah CAR30

5) Meluluskan Perlantikan AJK khas bg urusan yg melibatkan "Relay Run"
- Akan diketuai oleh Encik Mohd Zaki Mansor CAR16
- Dibantu oleh Cik Siti Sarah Rimasari Sulani CAR77
- Mereka akan menguruskan segala urusan penyertaan dan pendaftaran pasukan CAR bagi menyertai sebarang acara "Relay Run" seperti menyusun dan mencari ahli pasukan
- Maklumat terperinci akan dikemukakan kelak

6) Meluluskan pelancaran klinik khas "Teknik Larian"
- Akan diketuai oleh Encik Zulazlan Shah Ibrahim CAR71
- Dibantu oleh Encik Syahidan Alias CAR87
- Akan mengelola dan mengendalikan klinik khas mempelajari teknik larian yg betul untuk sahabat2 yg berminat
- Juga memberikan tips2 lain yg berkaitan
- Akan dikelolakan sekerap yg mungkin, tempat dan tarikh akan diberitahu kemudian

7) Meluluskan pelancaran kelas serta klinik khas "Perubatan"
- Akan diketuai oleh Encik Omar Khaliff Tajaruddin CAR15
- Dibantu oleh Encik Tajaruddin Jasi CAR38
- Lebih menjurus untuk berkongsi serta mengajar teknik urutan khas yang betul
- Bertujuan mengajar apa yg perlu dilakukan terutamanya urutan yg sesuai jika mengalami sebarang kesakitan atau kecederaan semasa berlari

8) Meluluskan serta mengumumkan rekabentuk baju rasmi CAR
- Akan dilancarkan pada Januari 2010

Gimik khas upacara perasmian mesyuarat disempurnakan oleh Dr Rafidah Abdullah CAR30..iaitu sebagai tanda penghargaan kepada beliau kerana sudi untuk menanggung perbelanjaan kos mesyuarat ini..SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DIUCAPKAN..tidak dilupa juga kepada Encik Zulkipli Galeh yg turut memberi sumbangan..
Salah satu gimik yg dicetuskan hasil ilham Tuan Presiden a.k.a Ketua Reban kita Encik Ramlan Sulaiman..
Dr Rafidah menampal plat "Logo Chap Ayam Runners" merupakan salah satu dari upacara perasmian..
Sebagai tanda upacara selesai..majlis menandatangani banting baru "Chap Ayam Runners" hasil ilham serta sumbangan dari Tuan Presiden a.k.a Ketua Reban kita Encik Ramlan Sulaiman..dan semua gimik upacara perasmian ini diilhamkan dan disediakan oleh beliau..TAHNIAH SERTA TERIMA KASIH DIUCAPKAN..
Kek ulangtahun Chap Ayam Runners yg pertama..kek ini disumbangkan oleh Encik Suhaimi Sulaiman CAR21..TERIMA KASIH DIUCAPKAN..
Kek kedua bagi upacara sambutan ulangtahun pertama Chap Ayam Runners..
Upacara memotong kek ulangtahun sambil menyanyikan lagu selamat hari jadi..
Para penaja Chap Ayam Runners sesi 2009 mempengerusikan mesyuarat ini..
(Dari kiri) Idaizumi Othman (Bendahari) Ramlan Sulaiman (Presiden a.k.a Ketua Reban) Mohd Hailmi (Setiausaha) & Irina Ramli (Pencatat Minit)
Penerangan mengenai rekabentuk baju rasmi Chap Ayam Runners yg bakal dikeluarkan..
(Bersama model bidan terjun Encik Hamidon Mat Aris CAR27)
Aksi "Pengerusi Sementara" Encik Zulkifle Hassan CAR18 yg mempengerusikan majlis pemilihan AJK baru Chap Ayam Runners bg sesi 2010..
Antara Ahli-Ahli Jawatankuasa yg sudah dipilih bersama ketua-ketua "sayap" baru Chap Ayam Runners..

SEGALA MAKLUMAT TERPERINCI LAIN MENGENAI PERJALANAN MESYUARAT INI AKAN DIKEMUKAKAN SETELAH "MINIT MESYUARAT" SIAP DISUNTING UNTUK TATAPAN SEMUA..HARAP MAKLUM

p/s : laporan penuh akan menyusul kelak..harap maklum

Tuesday, December 29, 2009

Mesyuarat Pertama Chap Ayam Runners

UPDATE - 31 Disember 2009

PEMBERITAHUAN & PERINGATAN..!!

AGENDA MESYUARAT
02:30 Petang - 03:00 Petang
- Pendaftaran
- Masuk Ke Dalam Dewan
- Majlis Dimulakan

03:00 Petang - 04:50 Petang
- Bacaan Doa
- Powerpoint Presentation
- Ucapan Alu-Aluan Dari Pengerusi / Presiden
- Upacara Khas Pembukaan Mesyuarat
- Mesyuarat Dimulakan Dengan Pembentangan Usul Oleh Setiausaha
- Usul Perlantikan AJK Baru Bagi Sesi 2010-2013

04:50 Petang - 05:00 Petang
- Pembentangan Dan Perbincangan Usul Tamat
- Sesi Memotong Kek Ulangtahun
- Mesyuarat Ditangguhkan Secara Rasmi
- Sesi Bergambar

05:00 Petang - 06:00 Petang
- Jamuan Ringan

SENARAI TUGASAN
Tempahan Tempat Mesyuarat - Presiden
Hebahan & Jemputan - Setiausaha
Design Grafik / Header - Presiden
Back Drop / Banner - Presiden / Azhar Azizi(P)
Jamuan - Setiausaha
Pendaftaran - Irina Ramli & Suhailywati Ramli
Surat Kepada Bahagian Keselamatan UM - Presiden
Parking Kereta - Fazli Abu Bakar
LCD / Projektor & Laptop - Fazli Abu Bakar / Azhar Azizi (P)
PowerPoint Presentation - Nazib Ngainin
Tempahan Kek - Suhaimi Sulaiman
Susun Atur Dewan - Setiausaha / Abdul Azri (P)
Pengacara Majlis - Idaizumi Othman / Siti Sarah Sulani (P)
Pencatat Minit Mesyuarat - Irina Ramli
Jurugambar - Farhanah Mohamad Khatib
Bacaan Doa - Kamarul Faizal Tajaruddin
Helaian Aturcara Majlis - Suhailywati Ramli & Hasfiza Ramley

Di atas adalah serba sedikit mengenai senarai tugasan dan agenda perjalanan mesyuarat..perjalanan agenda mesyuarat mungkin berubah mengikut kesesuaian..dan apa yg penting pada mesyuarat ini nanti..diharap sahabat2 dapat memberikan seberapa banyak cadangan, pandangan, penambahbaikan atau apa saja pada mesyuarat ini..demi untuk menambahbaik serta memantapkan dan memeriahkan lg Chap Ayam Runners..sebarang cadangan, pandangan, penambahbaikan atau apa saja yg dikemukakan kita akan cuba bincangkan bersama serta diputuskan pada mesyuarat ini juga melalui undian..

Dan untuk sesi jamuan..kita memang ada menyediakan beberapa sajian ringan (kuih 2 jenis & meehon goreng serta teh/kopi) untuk yg hadir selepas mesyuarat berakhir..tetapi jika ada dikalangan sahabat yg ingat membawa sedikit juadah kuih muih atau apa saja (pot luck) untuk dikongsi bersama..kami amatlah menghargai dan berbesar hati menerimanya serta mengalu-alukan anda untuk berbuat demikian..

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai mesyuarat ini..bolehlah menghubungi terus CAR2 Presiden 019-322 5011 atau CAR1 Mohd Hailmi 012-637 1989..jadi jgn lupa temujanji kita Sabtu ini..berjumpa kita Sabtu ni di Rumah Universiti, Universiti Malaya, Lembah Pantai, Kuala Lumpur..jam 3 petang..anda digalakkan hadir awal..

Sekian..terima kasih..


Surat Kebenaran Masuk dari Pengarah Keselamatan UM


Pelan Lokasi ke Rumah Universiti, Uni. Malaya

(tempat berlangsungnya Mesyuarat Pertama Chap Ayam Runners)

-----------------------------------------------------------------

Ketua Reban a.k.a CAR2 Melancarkan Aksi Berani!

31 Disember 2009
Dengan tinggal berapa jam dari sekarang, Mesyuarat Pertama Chap Ayam Runners bakal berlangsung!

Pada mulanya mesyuarat yang dijangka hanya bakal berlangsung di bawah pokok mahupun di kedai kopi, tidak semena-mena melangkah diluar jangkaan apabila bakal diadakan didewan yang ditempah khas di Rumah Universiti, Universiti Malaysia. Ini adalah sumbangan ihsan dari sahabat CAR sendiri yang memungkinkan terjadi keadaan yang tak dijangkakan ini. Jutaan Terima Kasih pada penyumbang samada berbentuk modal, keringat, buat pikiran dan sebagainya. Chap Ayam Runners sangat terhutang budi!

Dengan para petugas-petugas makin tak senang duduk menyiapkan dan memikirkan segala persiapan sehingga ke saat akhir untuk memastikan kelancaran mesyuarat untuk julung kalinya ini.

Ketua Reban seperti yang dikenali sahabat CAR dan sahabat luar, mempunyai satu daya dan kemampuan melakukan perkara yang diluar dugaan. Kali ini, beliau yang bak "wira bola sepak sukan sea yang mengalahkan vietnam" telah melakukan aksi secara solo dimana paras tahap "selamba badaknya" tidak dapat dibendung lagi, apabila beliau dengan penuh tanggungjawabnya telah menghantar surat jemputan kepada 2 syarikat surat khabar Melayu Ulung di Malaysia iaitu Berita Harian dan Kosmo untuk sama-sama menyertai Mesyuarat Kali Pertama Chap Ayam Runners nanti.

Tahap Keselambaan badak beliau, amatlah kita puji....huhuhu

Perbualan telefon bersama ketua reban dipetik seperti berikut:-

"Seandainya pihak akhbar berkelapangan dan sudi hadir nanti, Ketua reban akan dihubungi"
Jadi sebagai makluman pada sahabat yang bakal tersiar gambarnya diseluruh Malaysia, seandainya ada reseki. huhuhu! Sebagai langkah persiapan supaya "muka tak kelihatan pecah" seandainya tersiar diakhbar nanti bolehlah melaram dan make-up tebal2. Melaram pada hari tersebut adalah tidak dilarang!

Berikut adalah surat jemputan kepada 2 akhbar tersebut yang difaks oleh ketua reban


Wednesday, November 25, 2009

"MESYUARAT RASMI PERTAMA" Chap Ayam Runners

Acara : Mesyuarat Rasmi (AGM) Chap Ayam Runners
Lokasi : Rumah Universiti, Universiti Malaya
Tarikh : 2hb Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Kehadiran : Kepada Semua Sahabat

Lokasi Rumah Universiti ni adalah bersebelahan bangunan peperiksaan dan berhadapan dengan bangunan Dewan Tunku Canlesor Universiti Malaya

AGENDA SERTA TUJUAN UTAMA MESYUARAT :-
* Pembentangan Mengenai Tujuan Penubuhan
* Pembentangan Tentang Hala Tuju Serta Masa Depan
* Perbincangan Mengenai Penambahbaikan
* Memberi Peluang Kepada Sahabat2 Untuk Mengemukakan Sebarang Cadangan Dan Pandangan
* Sesi Soal Jawab Atas Sebarang Kekeliruan Sekiranya Ada
* Dan Perbincangan Usul2 Lain Yang Berkaitan Jika Ada


PEMBENTANGAN USUL UTAMA AKAN DILAKUKAN OLEH :-
KETUA REBAN a.k.a ENCIK RAMLAN SULAIMAN @ CAR2

KEHADIRAN ADALAH 'DIWAJIBKAN'

SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI MESYUARAT INI BOLEHLAH BERHUBUNG TERUS DENGAN NOMBOR DI BAWAH :-

RAMLAN SULAIMAN - 019-332 5011
NAZIB NGAININ - 013-362 6947
MOHD HAILMI MASRO - 012-637 1989


PENTING : SILA NYATAKAN KEHADIRAN ANDA DENGAN SMS ATAU MENGHUBUNGI NOMBOR DI ATAS

Ok sahabat semua..diharap korang dpt bersama2 hadir ke mesyuarat nie..sebab aku rasa memang patut CAR buat satu mesyuarat rasmi..sekurang2 nya setahun sekali..kerana dlm mesyuaratla ahli2 boleh mengemukakan sebarang cadangan atau pandangan..serta kita boleh bincangkan skali semua cadangan tersebut bersama2..kerana kita amat memerlukan seberapa byk cadangan atau pandangan demi untuk memajukan CAR nie..

Walaupon kehadiran ke mesyuarat ini 'diwajibkan' kepada semua ahli untuk datang..tp bkn la bermakna itu satu paksaan..kami berharap kalo boleh biar semua ahli ada dlm mesyuarat ini..sekurang2 nya mereka tahu perjalanan serta perbincangan dlm mesyuarat..tp kalo tak dapat nak hadir pon bkn la satu kesalahan..kami hanya memohon jasa baik agar kalo boleh cubala untuk menghadirkan diri..kerana byk maklumat serta info2 baru yg bakal kita akan kongsikan dlm mesyuarat ini..hanya setahun sekali je kita buat mesyuarat ini..kita nak bg peluang kepada semua ahli untuk bersuara dan kemukakan cadangan dan pandangan..

Dan satu lg..memandangkan kita tidak punyai sebarang tabungan..dan usaha untuk merealisasikan mesyuarat ini memerlukan kos..jadi kita hanya meminta jasa baik kepada sahabat2 sekalian yg budiman untuk membuat kutipan bg menampung kos mesyuarat ini..segala kos untuk mesyuarat ini adalah seperti di bawah :-

Sewa dewan mesyuarat - RM70 sejam x 2 jam = RM140
Sewa PA System - RM60
Jumlah Keseluruhan = RM200


Jamuan Hi Tea RM6 seorang
(2 jenis kuih tradisional + Meehon Goreng + Kopi + Teh)


Itu saja kos yg kita perlu tanggung (sewan dewan & PA system) dan perlukan sumbangan dari sahabat2 sekalian untuk menampungnya..kos hi tea mungkin boleh ditampung oleh setiap sahabat yg menyertai mesyuarat ini..

TERKINI..!!!!

BERITA BAIK..!!SUDAH ADA SAHABAT YG BERMURAH HATI UNTUK MENANGGUNG SEMUA KOS DI ATAS..TETAPI ATAS PERMINTAAN..BELIAU TIDAK MAHU NAMA BELIAU DIDEDAHKAN..

APA-APA PUN KITA MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH DI ATAS KESUDIAN DAN KEMURAHAN HATI BELIAU..JADI APA YG KITA PERLU FOKUS SEKARANG HANYALAH UNTUK MEREALISASIKAN MESYURAT NI..SO TIADA ALASAN LAGI..

Jadi kerjasama anda semua amatla dihargai bagi merealisasikan kelancaran mesyuarat ini..apa yg penting di sini bkn la soal kos yg perlu ditanggung..tetapi hasil yg kita bakal kecapi dari mesyuarat ini di samping dapat berkumpul beramai2 bersama2 sambil beramah mesra di dalam satu majlis serta mampu mengeratkan lg tali kekeluargaan antara sahabat..itula matlamat utama kita..bukan sekadar teman semasa berlari sahaja..

Sekian..

p/s : info psl mesyuarat ni aku ada letak kat tepi blog tuh..so korang leh la tgk slalu..itu sebagai peringatan jer..huhu

KALO NAK TAU INFO LEBIH LANJUT PASAL MESYUARAT NI..JUZ KLIK JE KAT GAMBAR TU..

Thursday, October 29, 2009

Perjumpaan Khas

PERJUMPAAN TERGEMPAR..!!

Lokasi : Restoran Barkath, Bandar Bukit Jalil
Bila : 30hb Oktober 2009 (Jumaat)
Masa : 08.30 malam
Pengerusi : Abdul Azri @ CAR28


Ok geng..sahabat kita CAR28 Abdul Azri ingin mengajak kita semua geng CAR(kalo leh la) utk sama2 hadir pada majlis ringkas ini..kerana beliau ada satu cadangan yg ingin diusulkan pada kita semua khas untuk penyertaan kita pada acara Perhentian Islands Challenge PIC 2010 tahun depan..so leh bincang2 sambil2 minum ke makan..tp semua makan minum sendirian berhad la eekk..ok pada yg pernah join Larian Amal Seri Sinar kat Taman Bukit Jalil yg lalu..restoran ni memang kat area situ la..aku bg sedikit direction camner nak ke sana..

* Ikut lebuhraya Sg Besi-Puchong menghala ke Puchong..ASTRO di sebelah kanan..
* Lepas je ASTRO jalan hingga nampak stesen minyak Petronas & Shell blah kiri..kat situ ada traffic light utk ke kanan..dan masuk kanan..
* Jalan sehingga jumpa 1st traffic light dan amik kiri..
* Sebelah kanan korang leh nampak pejabat AFC..dan blah kiri Tmn Bukit Jalil..jalan sehingga jumpa 1st traffic light dan masuk kanan..
* Kemudian terus hingga ke hujung jln..dan leh nampak dah restoran tuh kat area lot kedai..kedai 1st sekali..


Kalo tak faham gak sila la hubungi Ida 012-2442771 atau Hailmi 012-6371989..harap korang leh la meluangkan sedikit masa mlm esok utk medengar serta berbibcang mengenai idea yg unik ini..ok jumpa kat sana..

Sekian..

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"