EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Wednesday, November 18, 2009

Penang Bridge International Marathon 2009 - Info

Acara : Penang Bridge International Marathon 2009
Lokasi : Queensbay Mall, Pulau Pinang
Tarikh : 22hb November 2009 (Ahad)
Masa : 2.30am (42km) 3.30am (21km) 6.15am (10km) 7.15am (Fun Run)
Jarak : 42km, 21km, 10km & 7km


Vest rasmi PBIM untuk 42km & 21km sahaja

T-Shirt rasmi PBIM untuk 10km sahaja

Running Chips (Championchip) - Tidak perlu dipulangkan..simpan sebagai cenderahati




Laluan untuk Fun Run 10km
klik di sini untuk maklumat lanjut PBIM Fun Run 10km


Untuk maklumat keseluruhan PBIM sila klik link di bawah
Penang Bridge International Marathon 2009

Tuesday, November 17, 2009

"Chap Ayam Runners Family Official Photo"

APA KHABAR SEMUA..!!!


SALAM DARI KAMI SEMUA DAN SELAMAT DATANG DIUCAPKAN PADA YANG LAIN..

Monday, November 16, 2009

Admiral New Balance 5km Run 2009

Acara : Admiral New Balance 5km Run 2009
Lokasi : Kelab Lumba Kuda Selangor, Kuala Lumpur (Sg Besi)
Tarikh : 26hb November 2009 (Khamis)
Masa : 6.30 petang
Jarak : 5km
Yuran : RM20 (kategori A-D) RM10 (kategori E-F)
Tarikh Tutup 22hb November 2009 atau 1500 penyertaan pertama


Pada sahabat2 yg memang pakar speed (ala2 Midon) memang digalakkan join event nie..tp masalahnya event nie buat hari Khamis hari keje dah kul 6.30 petang..takut nak ke sana tak sempat nak chow dari opis..aku pon tak tau apa pasal dorang nak buat larian nie hari bekerja..huhu tp yg nyatanya medal ada 80 untuk setiap kategori..

Sekian..

Sahabat Baru CAR

Asmadi Abdullah (Madie)
CAR#75

Munzir Alawi (MJ)
CAR#90

Fazilah Abdul Manan (Dila)
CAR#91

Ok sahabat semua..cam biasa sesi memperkenalkan sahabat baru..aku tak mau 'peram' lama2 daa..so kalo dah ada yg baru join aku nak trus publish jer..huhu

Ok brader yg kat atas tuh..CAR75 Asmadi Abdullah (Madie)..memang familiar kan..dah sah2 lari sentiasa on turbo..brader kita nie merupakan staff kat UPM..so kalo korang ada turun training kat area UPM konpom dia mesti ada..apa2 pon kita mengucapkan terima kasih pada brader ni coz sudi jdk ahli keluarga CAR..bertambah lg pelari 'elit' dlm keluarga kita..

Sahabat CAR90 Munzir Alawi (MJ)..MJ tuh aku tak tau la stand for what..yg nyatanya bukan Michael Jackson la..huhu takper2 nanti kalo terjumpa korang tanya la eekk..beliau merupakan kenalan kepada sahabat kita CAR46 Che Engku Nor Amiza..so kalo dah rakan kepada CAR46..konpom mesti kaki masuk hutan & kaki panjat gunung gak nie..huhu apa2 pon terima kasih gak kita ucapkan pada saudara MJ nie coz sudi mau jdk ahli keluarga kita..

Dan sahabat yg kat bawah skalik tuh..CAR91 Fazilah Abdul Manan (Ida)..pon merupakan rakan kepada CAR46 & CAR90..so konpom kaki gunung gak sahabat 'ayam dara' kita sorang nie..walaupon aku tak brape kenal sgt ngan Ida nie..tp dengar kata..lari nyer time dia memang berdesup gak..so bagus2..so ayam2 dara yg lain leh la tereneng skalik ngan Ida nie..so konpom leh berdesup gak satu ari nanti..huhu

So apa2 pon sekali lagi terima kasih diucapkan..serta ucapan selamat datang diungkapkan pada semua sahabat baru kita nie..so pasni kalo ada join larian kat mana2..jgn lupa cari geng2 CAR bila abis lari arr..juz sekadar menghilangkan rasa penat selepas berlari..

Sekian..

Sunday, November 15, 2009

NB Klang Pacers 12km Run 2009

Acara : New Balance Klang Pacers 12km Run For It 2009
Lokasi : Stadium Padang Sultan Sulaiman, Klang
Tarikh : 15hb November 2009 (Ahad)
Masa : 07.00 Pagi
Jarak : 12km
Catatan Masa CAR & Rakan-Rakan..

TERBUKA LELAKI
47'28 - Jasni Khairil Jamaluddin CAR101 (10) $$$ Pakcik kayoo..!!

51'00 - Hamidon Mat Aris CAR27 (15) $$$ Pakcik kayoo..!!
52'48 - Asmadi Abdullah CAR75
53'40 - Mohd Imran Anuar CAR39
55'08 - Azlan Norul Anhar CAR31
55'54 - Zulazlan Shah Ibrahim CAR71
57'00 - Mohd Hamdi Baharuddin CAR20
57'30 - Omar Khaliff Tajaruddin CAR15
58'00 - Kamarul Faizal Tajaruddin CAR10
58'54 - Azhar Johari CAR6

60'53 - Mohd Zuhari Amat Sadikin CAR32
61'04 - Mohd Zaini Mansor CAR17
61'07 - Mohd Hailmi Masro CAR1
64'00 - Wong Ram Bo CAR7
64'31 - Mohd Zaki Mansor CAR16
64'00 - Ghejanthran CAR8
64'00 - Khairul Amran Abd Aziz CAR14
64'00 - Ahmad Hadafi Hj Jus CAR58
69'00 - Abdul Rahman Mohamed CAR50

70'00 - Sharafi Abdullah Fauzi CAR67
75'00 - Hazman Hassan CAR78
75'00 - Mohd Faisal Paisan CAR63

LELAKI VETERAN (JUNIOR)
50'49 - Silahuddin Salim CAR74 (7) $$$ Pakcik kayoo..!!
51'53 - Alam Shah Ismail Ahmad CAR24 (9) $$$ Pakcik kayoo..!!

69'00 - Ramlan Sulaiman CAR2

81'00 - Zulkipli Galeh CAR47

LELAKI VETERAN (SENIOR)
50'37 - Mohd Sowoto Indi CAR76 (JUARA) $$$ Pakcik lagi kayoo..!!
57'37 - Ridzuan Sulaiman CAR68 (8) $$$ Pakcik kayoo..!!

WANITA TERBUKA
62'46 - Haslinda Dolah CAR23 (6) $$$ Akak kayoo..!!

77'00 - Robiyatul Munawarah Md Arif CAR69

83'00 - Siti Sarah Rimasari Sulani CAR77
84'00 - Suhailywati Ramli CAR54

90'00 - Siti Fazlina Mansor CAR88

1'54'31 - Irina Ramli CAR36

WANITA VETERAN
92'45 - Hazaliza Mat Zean CAR42

"CAR WARRIORS" - Pose wajib ngan CAR banner lepas lari..

Klang Pacers Run For It 12km kembali lg untuk tahun 2009..di tempat yg sama seperti sebelumnya..bezanya kali nie aku lari pakai bib org lain daa (bib CAR49 Talib)..actually aku cam malas nak reg & nak join..plan mau bikin LSD training jer..tp memandangkan ramai2 ayam sereban turun..so cam rugi lak kalo tak join..kang terlepas lak nak bergosip pas lari..hehe so aku memsporting kan diri la utk join..asal nak join haram jer..tp nampaknya masih tak kesampaian hajat ku itu..status sebagai pelari 'halal' masih valid lg..huhu

Dan kali ni aku dtg race nie dengan tuan ketua reban..so naik tiara kesayangan beliau..tiara yg tak lama lg akan 'diceraikan' oleh ketua reban..maklumla madu dah abis..so carikla madu lain lak..huhu gerak dari UM kul 6 pg..setengah jam dah sampai klang..peh dasat gak si tiara nie berbakti pada tuan nya di akhir2 perkhidmatan nya..dan hebat gak ketua reban nie melayan kerenah tiara dia..berdesup semacam..agaknya dulu mesti bekas2 pelumba2 haram gak nie..huhu

"CAR WARRIORS" - Aksi selepas mentari sudah mula memancarkan sinarnya..

Apa yg aku leh criter psl route tak byk beza..coz route sama jer cam tahun lepas..leh kata 90% flat jer..takde kondominium..hehe juz hilly sket2 jer..itupon bukit geli2 masa mula2 kuar dari stadium..ala cukupkan syarat jer..So cam biasa..abis lari mesti nak berkumpul sambil bergosip..time aku sampai rasanya ramai runners yg tak sedor ada air kat luar stadium..coz dorang byk lepak & mundar mandir kat dlm stadium jer..

so aku memang dah tak tahan nak telan air..so sampai finishing trus cabut g luar..aku tgk memang lengang..kaunter air vico (kire cam air milo gak la) kosong takde org..so aku lyn blues sensorang la kat lori vico tuh..sampai 8 gelas skalik jln masuk perut sambil membasahi tekak aku..aku lyn tanpa gangguan dari runners lain..kire aku buat cam aku tuan punya lori da..huhu

So nampaknya memang ramai gak la sahabat CAR yg join event nie..aku dgr ada gak sahabat yg buat LSD training kat Bkt Aman pg ni gak..emm bagus2 dasat dorang..maybe weekly mileage tak cukup lg tuh kot..so elok gakla dorang 'sacrifice' run 12km ni utk bikin 20km..

Pasni konpom memasing dah siap sedia untk menyerang Penang Marathon lak hujung minggu nie..dan apa yg aku dgr kalo tak silap la..eemm cam takde sorang pon sahabat CAR kita yg join kategori Fun Run 10k kat PBIM sok..paling koman pon half marathon 21km..wahh..!!satu pencapaian yg mengagumkan..bangga aku coz sahabat2 sepelarian aku skang dah mula nak berjinak2 ngan dunia half 21km..so pasni besar kemungkinan dorang akan upgrade lak utk jdk marathoner satu ari nanti jika berpeluang..sapa tau yer tak..bagus2 geng..TAHNIAH..!!so mari kita sama2 berjuang..yg penting kita buktikan pada runners lain yg kita berani nak join jarak larian yg lebih jauh INSYALLAH..

"CAR WARRIORS" - Antara Ayam Dara's yg power & glamer..

So aku rasa nie je kot repot ringkas yg mampu aku cangkirkan..nak baca repot lain..eemm aku rasa korang bukak la blog2 sahabat CAR yg lain..maybe dorang ada wat repot gak..riki2 la yer..

Ok geng..jumpa kat Penang Bridge International Marathon hujung minggu nie..


p/s : kita bersimpati pada sahabat kita CAR8 Ghejan..kerana kereta beliau dan beberapa runners lain telah dipecah oleh penyangak taraf bangsat seangkatan ngan binatang muhalazah..sori coz ada mis info sket pada beberapa sahabat coz aku bgtau yg keta ghejan hilang..sib baik dia pecah & amik barang2 dlm keta jer..apa2 pon Ghejan kitaorang harap hang bersabor la bytk2 yer..

dan kalo ada timing geng2 lain yg maybe takde kat atas tuh..korang juz sms or bubuh kat cbox eekk..nanti aku update..

Friday, November 13, 2009

Sahabat Baru CAR

Zamzammi Abdul Malik (Ezam Malik)
CAR#80

Nik Raiha Meriam Kosai Nik Mahmud (Nik)
CAR#98

Ok sahabat semua..macam biasala..sesi memperkenalkan sahabat baru..

Ok sahabat kita abang hensem yg kat atas tuh..CAR80 Zamzammi Abdul Malik atau Ezam..beliau merupakan seorang yg aktif dlm dunia kayuhan..skang dah mula berjinak2 mesra dengan dunia larian plak..so sure memang jarang kita nampak bro Ezam nie kat larian mana2..so pasni dah kenal kao jumpa tegur2 la yer..bro Ezam nie leh tahan gak peramahnya..jgn lupa rajin2 tgk blog beliau..

Dan yg sahabat kita yg lg satu tuh..CAR98 Nik Raiha Kosai atau Nik..beliau bleh di katakan masih baru lg dlm dunia larian nie..tp skang dah mula nak menaikkan status beliau dari pelari 'amatur' untuk menjadi seorang pelari yg berstatus 'pro'..ala pelari tegar la..dan beliau merupakan sahabat baik pada shabat kita CAR5 Idaizumi..kira Nik nie memang teman larian sekasut sepower gel ngan Ida la..huhu

Apa2 pon kita mengucapkan berbanyak2 terima kasih kerana sudi untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Chap Ayam Runners..serta diucapkan selamat datang pada mereka berdua jugak..dengan kehadiran mereka ke dalam keluarga CAR..semoga mereka akan bertambah semangat lg untuk terus berkecimpung secara serius dlm dunia larian nie..tanpa memikirkan apa2 catatan masa or posisi terbaik..tp apa yg penting demi melahirkan generasi masyarakat yg sihat dengan bersukan..

Sekian..

p/s : diucapkan semoga berjaya pada sahabat2 yg berjuang kat Klang Pacers 12km ahad nie kat Stadium Sultan Sulaiman Klang..kalo leh pulun..pulun jgn tak pulun..kalo tak leh jgn pulun..buat yg terbaik ikut kemampuan diri je..yg penting kita BERLARI UNTUK KESIHATAN..!!jumpa kat Klang Ahad nie..leh sambung bergosip pas lari..

Wednesday, November 11, 2009

Mountain To Mountain Challenge 2009 - Zon 3


Acara : Mountain To Mountain Challenge 2009 (M2M09) Zon 3
Lokasi : Gunung Bujang Melaka, Kampar Perak
Tarikh : 08hb November 2009 (Ahad)
Masa : 08:00 pagi
Catatan Masa CAR & Rakan-Rakan..

LELAKI TERBUKA
3'22'31 - Mohd Hamdi Baharuddin CAR20
5'02'45 - Kamarul Faizal Tajaruddin CAR10

WANITA TERBUKA
0'00'00 - Che Engku Nor Amiza CAR46
0'00'00 - Lenny Hartini Affandi
0'00'00 - Norashikin Suboh


TAHNIAH..!!walaupon acara nie clash ngan Powerman kat Lumut..tp kita harus berbangga gak coz CAR ada gak wakil dlm acara nie..kita harus bg pujian gak pada dorang suma nie..walaupon tak ramai..TAHNIAH..!!sekali lg dari kami semua ahli keluarga Chap Ayam Runners..korang memang patut digelar "Orang Gunung"..iala dah Kapten Gunung kita CAR46 pon ada skali..hehe takper2 next time kalo berkesempatan kita ramai2 join M2M arr..

Sekian..

untuk maklumat lengkap sila klik di sini

Powerman Malaysia Duathlon 2009

Acara : Powerman Malaysia Duathlon 2009
Tarikh : 08hb November (Ahad)
Lokasi : Bandar Sri Manjung, Lumut Perak
Masa : 7.30 pagi
Jarak : 11km Berlari - 64km Berbasikal - 10km Berlari
Catatan Masa Rasmi CAR & Rakan-Rakan..

SENARAI KEPUTUSAN RASMI KLIK DI BAWAH
Individuals
Sprint
Relay

INDIVIDUAL LONG DISTANCE
Lelaki Umur 20-29 Tahun
4'49'04 - Azhar Johari CAR6
0'00'00 - Mohd Zaki Mansor CAR16 - DNF

Lelaki Umur 30-39 Tahun
4'24'01 - Azlan Norul Anhar CAR31
4'31'20 - Zulkifle Hassan CAR18
4'45'17 - Harry Shahrizan Romle CAR22
4'51'40 - Shakhir Ishak CAR57
4'53'37 - Rusfarizal Rusli CAR52
0'00'00 - Mohd Azali Abdullah CAR41 - DNF
0'00'00 - Suhaimi Ismail CAR34 - DNF

MEN SPRINT
2'26'05 - Mohd Jufri Mohd Din CAR51
2'35'29 - Zamzammi Abdul Malik CAR80

TEAM RELAY LONG DISTANCE
4'21'44 - Chap Ayam Riders
Mohd Zaini Mansor CAR17 / Mohd Azizi Abu Zarin / Adam Ashraf Yackob CAR64

4'35'43 - Catwoman
Jenap M Said CAR62 / Marcus Moses Foo / Jenap M Said CAR62

0'00'00 - Sariiaaap! - DNS
Mohd Mazlan Wahab / Mohd Arif Che Awang CAR60 / Mohd Ardy Azmi

"CAR WARRIORS" - Pose dengan basikal kesayangan yg byk berjasa..
L-R : Shahkir CAR57, Harry CAR22, Azhar CAR6, ???, Ryzal CAR52 & Zaki CAR16

"CAR WARRIORS" - Ayam rentung..!!pose tak tahan panas..
L-R : Shahkir CAR57, Zaki CAR16, Zaini CAR17, Harry CAR22, Ryzal CAR52 & Azhar CAR6

Maafla ye kalo ada sahabat2 yg join Powerman tp takde dlm gambor nie..ni je gambor bersama banner CAR yg ada..gambor nie pon aku cilok dari dlm facebook CAR17 Zaini..apa pon SETINGGI-TINGGI TAHNIAH..!!!!coz korang berjaya mengharungi cabaran Powerman serta mampu bergelar Powerman..bkn senang nak dpt tuh..huhu

Pada sahabat2 yg gagal menghabiskan displin..takper2 jgn kecewa or frust..aku tau frust tak dapat habiskan larian tuh lebih dahsyat lg dari korang frust bercinta..haha takper geng tahun depan kita cuba lagi..aku yakin tahun depan lagi ramai geng CAR akan join Powerman nie..so baru bertambah semangat n meriah sket sok INSYALLAH..jadikan kegagalan nie sebagai satu pengalaman yg berharga..dan pastikan tahun depan tidak akan berulang lg..belajar dari pengalaman la..iala korang dah tau kan tang mana yg silap nya..so tahun depan leh perbaiki blk..

Ok geng..aku tak mau berceloteh panjang2..lagi sekali aku mewakili sahabat2 lain dlm CAR mengucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH buat korang semua pejuang CAR kat Powerman 2009..tak kira la korang join individu ke..sprint ke..atau relay ke..yg penting korang semua memang pejuang CAR..TAHNIAH lg sekali beb..

Pada sahabat2 yg dah berpengalaman dlm Powerman nie..tahun depan kasi dan bg la tip2 sket pada sahabat2 lain yg mungkin akan menyertai Powerman nie utk kali pertama nya..

Sekian..

p/s : race repot takde..tp kalo aku dpt repot dari mana2 sahabat yg join Powerman nie nanti aku akan post arr..

Tuesday, November 10, 2009

Sahabat Baru CAR

Silahuddin Salim (Uncle Din)
CAR#74

Jasni Khairil Jamaluddin (Jasni)
CAR#101

Mohd Sowoto Indi (Uncle Sowoto)
CAR#76

Ok sahabat semua..mcm biasala ayat lazim..sesi memperkenalkan sahabat baru dlm keluarga Chap Ayam Runners..

Aku tau sure korang cam terkejut or cam tak caya..coz aku pon mcm tak caya gak..haha ok2 so aku rasa aku tak yah kot nak memperkenalkan lg pada korang sahabat2 baru kita yg kat atas tuh..dah memang amat terkenal rasanya..so tak perlula aku nak ulas secara panjang lebar la..kira bertambah lg la sahabat2 'elit' dlm keluarga Chap Ayam nie..

Apa2 pon..kita mengucapkan berbanyak terima kasih kerana mereka yg 'elit' nie sudi nak menjadi sebahagian dari ahli keluarga Chap Ayam Runners..dan selamat datang juga kita ucapkan..semoga dengan kehadiran mereka akan mampu memberi motivasi pada sahabat2 CAR yg lain untuk terus maju dlm dunia larian nie..so kalo korang nak tips jgnla malu2 bertanya pada 'uncle2' otai kita nie..coz dorang nie nampak jer cam 'garang'..tp bila berborak..peramah tak ingat2 la plak..huhu so maknanya bila jumpa pasni tegur2 la yer..

Ok geng..sekian..


p/s : untuk powerman repot..sorila aku tak dapat lg sebarang repot or info or timing dari geng yg join powerman..so bila dpt nanti aku post la eekk..

Sunday, November 8, 2009

Laporan Latihan LSD

L-R : CAR28, CAR1, CAR71, CAR4, CAR14, CAR36, CAR54, CAR77 & CAR42

Lokasi : Tempat Letak Kereta Bukit Aman
Tarikh : 08hb November 2009 (Ahad)
Masa : 06:00 pagi
Jarak : 20km - 35km

KEHADIRAN
Zulazlan Shah Ibrahim CAR71 - (35km) ganazzz..!!
Ahmad Farid Ellias CAR4 - (35km) mantopp..!!
Hazaliza Mat Zean CAR42 - (30km) fulamakk..!!
Siti Sarah Rimasari Sulani CAR77 - (30km) mak aii..!!
Farhanah Mohd Khatib CAR40 - (30km) pehh..!!
Khairul Amran Abd Aziz CAR14 - (30km) fuyoo..!!
Abdul Azri K.Peer Mohamed CAR28 - (28km) meleleh..!!
Mohd Hailmi Masro CAR1 - (23km) ayoyo..!!
Ghejanthran CAR8 - (22km) cam tak caya..!!
Suhailywati Ramli CAR54 - (20km) dasat..!!
Irina Ramli CAR36 - (20km) hebat..!!
Alam Shah Ismail Ahmad CAR24 - takde dlm gambor..dah blk daa..!!
Rizwan Sulaiman CAR68 - takde gak dlm gambor..pon dah blk..!!

Salam geng..ALHAMDULILLAH..cuaca cantik tak hujan..so ramai gak geng CAR yg turun latihan LSD smlm..biasala persediaan sebelum PBIM 2 minggu lg..nampaknya kali nie terlajak gak flag off..plan tepat kul 6 pagi ingat nak stat..sebab decide nak tunggu sorang lg geng..tu yg terdelayed tu..alih2 tak muncul gak..so kitaorg gerak trus la..lgpon dah 6.20 pagi geng..lewat dah tuh..kang panas kang..so aku,Bro Zul,Farid dan Ghejan berlepas dari Bkt Aman menuju ke arah Sri Hartamas tepat jam 6.20 pagi..

Tapi sebelum tuh jgn tak caya..dah ada sahabat kita yg stat awal lg..Kak Haza,Sarah,Khairul & Ann..dorang kul 5 pagi dah stat beb..pehh..!!dasat tu..iala dorang nak buat 30km..nak elakkan panas..tu yg dorang stat awal tuh..respect abih la aku kat dorang nie..tambah respek..dorang nie layan 10km dulu..pastu gerak blk Bkt Aman dulu dlm kul 6.30 pagi untuk menunaikan solat Subuh..dah abis solat dlm kul 7 pagi dorang gerak lak ke Sri Hartamas..pehh..!!bagus2 dan setinggi2 tahniah..semangat korang memang superb beb..

So kali nak ke Sri Hartamas nie aku decide nak ikut jln kat MATRADE..so jauh sket berbanding kalo lari lalu kat depan Masjid Jln Duta tu..sampai je petronas Sri Hartamas aku rasa dah tak larat dah rasanya nak tambah azab..bih baik sisa2 tenaga yg aku ada nie aku simpan untuk dihabiskan untuk perjalanan pulang ke Bkt Aman..so aku & Ghejan juz decide patah blk ke Bukit Aman je la mcm biasa..tp Bro Zul & Farid nak teruskan gak perjalanan jauh mereka..coz nawaitu dorang sejak azali (bkn Azali sahabat kita tu arr..) memang nak bikin 35k pon..so elokla di kabulkan saje niat tuh..sib baik la si Farid teringin gak nak buat 35k..kalo tak cian gak Bro Zul kena lyn blues 35k sorang2..huhu

So masa berenti minum sambil mengambil nafas kat petronas tu..tup2 nampak kelibat Lily berlari ala2 Paula Radclife menghampiri petronas tuh..kemudian diikuti si Irina tidak berapa jauh dibelakang..pastu nampak lak si Azri..tp mamat nie tak berenti lak..coz nak lyn 1 lap dulu pusing Sek Sri Hartamas..pastu baru stop kat petronas tuh minum air sambil bergosip..tp aku dah takdela time dorang bergosip nie..hehe pastu nampak gak kelibat Uncle Alam dan Uncle Rizwan..berlari slow katanya..slow2 dorang nie pon tercirit gak kalo aku nak folo pace kuda tua nie..huhu

So masa perjalanan nak blk ke Bkt Aman..bertembung lak ngan Khairul,Sarah,Kak Haza & Ann..berlari menuju ke arah Sri Hartamas dlm keadaan yg penuh bersemangat dan bersungguh2 serta tak lekang dari senyuman di wajah mereka walaupon pongeh semacam gak aku tgk muka dorang nie..kire terpancarla keperitan nya..so aku leh agak dorang dlm keadaan yg penuh keazaban menahan keperitan tp dlm suasana yg penuh keriangan..coz nak capai 30k kan..bkn senang tu beb..mental kena kuat..kalo tak kuat maybe jdk mental je la kot..bagus2 cayala..tp time tu matahari dah mula naikla..aku sendiri pon cam tak tahan merasa kepanasan yg mula dah terpancar dari sang suria tuh..so dorang2 nie yg baru nak ke Sri Hartamas..so konpom kang time nak patah blk ke Bkt Aman sure lg panas yg melampau2..sepanas skandal Monica-Clinton satu waktu dulu..pehh..!!tak leh aku nak bayangkan bila dorang berlari nanti sambil tgk bayang2 dorang kat atas jln tuh..tp semangat korang memang dasat la..tak kira panas yg memancar membakar kulit korang yg gebu tuh..yg penting 30k mesti dicapai gak..huhu

Apa pon..aku memang kagumla ngan semangat korang..sah memang pelari tegar..tak kira panas memancar tanpa lapizan ozon skalipon..atau hujan batu menerjah bumi ker..atau gunung berapi meletus ker..demi latihan LSD korang sanggup tempuh semua tuh..TAHNIAH..!!dan terima kasih jugak coz korang bersama2 sanggup bangun awal pg untuk dtg ke bkt aman untuk bersama2 sahabat2 lain berlari berpeluh2 mengejar mileage..dan secara tak langsung korang berlari untuk kesihatan korang gak..yg penting..mileage dpt badan sihat pon dpt gak..yg penting kita enjoy ye tak..

Ok geng..jumpa lg pada latihan LSD yg akan dtg..INSYALLAH..


p/s : TAHNIAH juga pada Team CAR yg dah selamat berjuang kat Powerman Lumut..untuk repot Powerman..aku still tak dpt lg apa2 info dari Zaki..so bila aku dah dpt nanti aku akan post kat blog arr..harap bersabar..

Thursday, November 5, 2009

Sahabat Baru CAR

SELAMAT DATANG PADA MEREKA..!!

Adam Ashraf Yackob (Adam)
CAR#63

Mohd Zahari Mansor (Acong@Amir)
CAR#64

Ok kengkawan..ni aku perkenalkan lg 2 org sahabat baru kita..eemm mungkin kedua2 sahabat kita yg kat atas tu korang jarang nampak kot..takper aku try citer serba sedikit..

Yg kat atas tu CAR63 Adam Ashraf Yackob atau Adam..beliau kira aktif gak la dlm sukan larian nie..cuma lum lg dpt title sebagai pelari tegar..beliau merupakan sepupu pada sahabat kita CAR16 Mohd Zaki Mansor dan CAR17 Mohd Zaini Mansor..

Sahabat yg lg satu tu CAR64 Mohd Zahari Mansor atau Acong@Amir..mungkin wajah dia familiar sket..coz sahabat kita nie merupakan adik kandung kepada CAR16 Mohd Zaki Mansor..dan secara tak langsung merangkap abang kepada CAR17 Mohd Zaini Mansor..so tu yg ada iras2 sket dorang bertiga nie..eemm nampaknya bertambahla pelari adik beradik dlm CAR nie eekk..bagus2..

So aku mewakili Chap Ayam Runners mengucapkan selamat datang ke dalam ahli keluarga Chap Ayam Runners..serta mengucapkan terima kasih juga kepada korang berdua..so harap pasni korang leh la upgrade sket jdk pelari tegar lak..huhu kita lari demi untuk kesihatan..

Sekian..

p/s : sahabat kita nie dah lama join & dah lama nama masuk profile..juz lambat sket nak publish..coz gambar dorang takde daa..

pada sahabat2 yg berjuang kat Powerman Lumut Ahad nie..good luck beb pada korang suma..berjuang habis-habisan ar..yg penting janji habis..kim salam kat suma geng yg join Powerman..jgn lupa bg timing korang sok kat CAR16 Zaki..so senang aku nak update dlm blog..SELAMAT BERJAYA SAHABAT SEMUA..!!

Latihan LSD

Bila : 8hb November 2009 (Ahad)
Di Mana : Tempat Letak Kereta Bukit Aman (Bersebelahan Tandas Awam)
Masa : 06.00 pagi (Dgt awl & bleh solat subuh di Masjid Bkt Aman)
Laluan : Bkt Aman - Petronas Sri Hartamas - Bkt Aman
Jarak : 20km - 25km

Ok kengkawan..latihan LSD kembali..!!pada sesiapa yg berminat nak join dipersilakan..segala info adalah seperti di atas..jarak latihan larian korang tu terpulang..ikut selera & kemampuan..dan satu lg..eemm kalo pg Ahad nie hujan (mcm yg terjadi sewaktu latihan LSD yg lepas)..latihan tetap akan diteruskan..so turun jugak yer..jgn sambung tido lak..huhu hujan bukan alasan utk tidak meneruskan latihan LSD..tu suma hujan rahmat tu..

Ok geng..jumpa di Bukit Aman hari Ahad nie..

p/s : pada sesiapa yg nak buat 30k-35k ari Ahad nie..leh la pace skali ngan CAR71 bro Zulazlan..

Tuesday, November 3, 2009

KLAVA Relay / KDU Run 2009

Lokasi : Taman Metropolitan Batu, Off Jln Ipoh
Tarikh : 29hb November 2009 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi
Jarak : 3.9km X 3
Yuran : RM15 / RM45 setiap pasukan
Tarikh Tutup : 19hb November 2009 atau 100 penyertaan pertama

MAKLUMAT LANJUT SERTA BORANG PENYERTAAN

LELAKI TERBUKA
1) CAR wit Ayam 1 Malaysia
- Azhar Johari / Ghejanthran / Wong Ram Bo

2) CAR wit Ayam Hutan
- Azlan Norul Anhar / Mohd Hamdi Baharuddin / Mohd Fadzli Mohd Yusoff

3) CAR wit Ayam Kampung
- Ahmad Farid Ellias / Mohd Zuhari Amat Sadikin / Harry Shahrizan Romley

4) CAR wit Ayam Family
- Kamarul Faizal Tajaruddin / Omar Khalif Tajaruddin / Usman Affan Tajaruddin

5) CAR wit Ayam Pewai
- Nur Azhar Azizi / Rustam Affandi Zaihan / Zaki Amiruddin

LELAKI VETERAN
1) CAR wit Ayam Manja
- Pak Ayob / Ramlan Sulaiman / Zulkipli Galeh


CAMPURAN
1) CAR wit Ayam Serama
- Mohd Zaki Mansor / Khairul Amran Abd Aziz / Siti Sarah Rimasari Sulani

2) CAR wit Ayam Fun Run
- Ziela / Mohd Faisal Paisan / Abdul Talib Haron

3) CAR wit Ayam Organik
- Mohd Zaini Mansor / Azhar Johari / Lenny Hartini Affandi

4) CAR wit Ayam Shah Alam
- Sharafi Abdullah Fauzi / Mohd Imran Anuar / Robiyatul Munawarah Md Arif

WANITA TERBUKA
1) CAR wit Ayam Dara
- Irina Ramli / Suhailywati Ramli / Hasfiza Ramley


Ok kengkawan..so far aku dpt set kan team utk senarai yg kat atas tu..actually senarai yg kat atas tu lum muktamad lg..ada yg dah confirmed..dan ada juga yg lum confirmed..kalo korang setuju ngan line-up serta nama team yg macam kat atas tu..leh la trus register jer..kang lambat takut dah closed lak..eemm kalo korang nak tukar nama team pon ok..tp kalo bleh biarla stat ngan "CAR wit Ayam...."tp kalo korang tak nak guna nama "Ayam" its ok..takder paksaan..

Dan pada geng2 yg dah pon wat team sendiri tp nama takder dlm list kat atas tuh..korang juz bgtau aku la line-up serta nama team korang..so nanti senang aku nak update dlm blog nie..dan pada geng2 yg nak join race nie tp stil takde team lg..juz bgtau aku..nanti aku try set kan team arr..

Eemm aku faham..mungkin ada di kalangan sahabat2 yg tak braper 'berminat' nak join race nie..bg aku apa yg penting sebenarnya..kita support la sket event KLAVA nie apa salah nya..sok time kita buat lak maybe dorang lak yg akan support tul tak..


Lokasi : Kolej Damansara Utama (KDU) Kampus Petaling Jaya
Bila : 7hb November 2009 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi
Yuran : RM20

MAKLUMAT LANJUT SERTA BORANG

Sunday, November 1, 2009

Genting Trailblazer 2009

Acara : Genting Trailblazer 2009
Lokasi : Awana Hotel, Genting Highlands
Tarikh : 01hb November 2009 (Ahad)
Masa : 08.00 pagi
Jarak : 14km
Catatan masa CAR & rakan-rakan..


COMPETITIVE CATEGORY

Jessica Tang & Abdul Azri K.Peer Mohamed CAR28
0'00'00 - Tempat Ke-6 (Kategori Campuran) TAHNIAH..!!

Norashikin Suboh & Che Engku Nor Amiza CAR46
1'58'00 - Tempat Ke-8 (Kategori Wanita) TAHNIAH..!!


ADVENTURE CATEGORY

Silahuddin Salim & Alam Shah Ismail Ahmad CAR24
1'31'23 - Tempat Ke-2 (Kategori Lelaki Veteran) TAHNIAH..!!

Mohd Fadzli Mohd Yusoff CAR33 & Azhar Johari CAR6
1'28'31 - Tempat Ke-3 (Kategori Lelaki) TAHNIAH..!!

Mohd Hamdi Baharuddin CAR20 & Azlan Norul Anhar CAR31
1'30'29 - Tempat Ke-4 (Kategori Lelaki) TAHNIAH..!!

Suhaimi Sulaiman CAR21 & Siti Hasanah Abu Samah CAR29
2'08'17 - Tempat Ke-5 (Kategori Campuran) TAHNIAH..!!

Bernard & Harry Shahrizan Romle CAR22
1'33'12 - Tempat Ke-11 (Kategori Lelaki) TAHNIAH..!!

Mohd Zaini Mansor CAR17 & Ahmad Farid Ellias CAR4
1'36'45 - Tempat Ke-16 (Kategori Lelaki) TAHNIAH..!!

Mohd Hailmi Masro CAR1 & Wong Ram Bo CAR7
1'39'37 - Tempat Ke-22 (Kategori Lelaki) TAHNIAH..!!

Kamarul Faizal Tajaruddin CAR10 & Omar Khaliff Tajaruddin CAR15
1'45'16 - Tempat Ke-26 (Kategori Lelaki) TAHNIAH..!!

Syahril Nizam Kamaruddin CAR72 & Ahmad Daud Abdul Manan CAR45
1'55'47 - Tempat Ke-34 (Kategori Lelaki) TAHNIAH..!!

Mohd Zaki Mansor CAR16 & Hasfiza Ramley CAR37
2'24'23 - Tempat Ke-13 (Kategori Campuran) TAHNIAH..!!

Khairul Amran Abd Aziz CAR14 & Lenny Affandi
2'35'10 - Tempat Ke-21 (Kategori Campuran) TAHNIAH..!!

Idaizumi Othman CAR5 & Nik Raiha Kosai CAR98
2'55'25 - Tempat Ke-7 (Kategori Wanita Veteran) TAHNIAH..!!

Mohd Faisal Paisan CAR63 & Adam Ashraff Yackob CAR64
0'00'00 - Tempat Ke-? (Kategori Lelaki) TAHNIAH..!!


TAHNIAH..!!!itu yg aku patut ucapkan dulu pada sahabat2 yg join Genting Trailblazer 2009 semalam..coz kesimpulan yg aku mampu buat..semangat serta kesungguhan korang utk menamatkan acara ini memang luarbiasa..memang aku tak sangka2 langsung..so tambah lg tak sangkanya..4 team CAR berjaya menamatkan acara ini di kelompok 5 teratas mengikut kategori masing2..so kalo dah top 5 tuh sah2 dorang dipanggil serta akan diraikan di atas pentas Trailblazer yg berprestij tu (prestij ker..)dan yg paling best skali..nama Chap Ayam Runners telah berkumandang di udara Genting Awana sewaktu si pengacara memanggil team CAR untuk naik ke pentas utk upacara penyampaian hadiah serta medal tambahan kepada semua top 5..bangga kitaorang wehh dgr nama Chap Ayam Runners diumumkan oleh pengacara majlis..cayala geng..aku dan sahabat2 lain memang berbangga dengan korang..coz korang (top 5) berjaya menaikkan lg nama Chap Ayam Runners..iala runners lain suma heran..nama Chap Ayam Runners..tp leh naik pentas tuh..huhu TAHNIAH..!!

AYAM WARRIOR'S - Bergambar di atas pentas..memang kecoh beb..!!

SETINGGI-TINGI TAHNIAH BUAT SAHABAT-SAHABAT YG BERJAYA MENAIKI PENTAS KHASNYA..DAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH AMNYA JUGA BUAT SAHABAT-SAHABAT YG LAIN YG BERJAYA MENAMATKAN LARIAN DENGAN CATATAN MASA SERTA POSISI YG MENGAGUMKAN..WELL DONE..!!KEEP IT UP..!!
AYAM WARRIOR'S - Bergambar di samping banner tersayang..!!

MERIAH & HAPENNING..!!itu kesimpulan yg kedua yg bleh aku simpulkan la..biasala CAR nie kalo dah berjumpa memang kecoh beb..korang tgkla sendiri gambar2 yg kat atas tuh..seronok sampai tak nak blk..nak blk pon tertangguh2..haha tp takper memang itu pon yg kita mahukan..biar kita sentiasa meriah & hepi setiap kali habis join larian..at least kepenatan serta kesengsaraan tuh leh hilang bila kita dpt berjumpa ngan sahabat2 lain masa lps lari..so barula kita semangat sket nak berkecimpung secara serius dlm sukan larian nie yer tak..so teruskan wahai sahabat2 ku dlm CAR family..

Ok aku cite sket la psl race nie..aku rasa laluan utk tahun ni ada sedikit perubahan & penambahan sket..masa permulaan & dlm trail cam biasala laluan dia..cuma ada perubahan masa nak penghujung..dan 'rintis halangan' kat penghujung tuh pon ada penambahan yg ketara..kali nie kena merangkak dibawah jaring sebelum lari ke penamat..dan ada beberapa lg la penambahansengsaraan yg menyebabkan keazaban di hujung2 tu bertambah perit dan memenatkan..tp yg penting CAR suma enjoy..huhu

Memandangkan mlm sebelumnya hujan turun dgn lebat nya kat genting tuh..so laluan dlm trail bertambahla ekstremnya..so sama la mcm tahun lepas..lumpur tak ingat2 tebal..so kejadian org dok tergelincir dan tergolek serta gelagat org tua main gelonsor atas tanah memang permandangan biasa dlm event nie..yg tapak kasut tercabut tu biasala..dan tahun nie yg best nya..kitaorang lari dlm kabus yg tebal..terasa cam kat oversea lak..haha eemm dan tahun nie water station dorang tambah lg dua..so ada 3 water station..tak mcm tahun lepas..satu jer water station..ada ke patut..itupon masa dah nak last2 baru dpt teguk air..huhu

Tp apa2 pon acara ini dikendalikan dengan baik oleh organiser..suma cukup..makan cukup minum cukup tempat mandi pon cukup ..senang ckp serba serbi cukupla nafkahnya tu..tp yg tak best nya medal la..sama mcm tahun lepas da..huhu tp takperla..kebanyakan CAR yg join pon suma nak sronok2 jer..janji dpt medal..so aku leh klasifikasikan event Trailblazer tahun nie memang dlm kelas yg tersendirila..apa2 pon terima kasih byk2 gak pada kengkawan yg bersama2 berjuang dlm Genting Trailblazer kali nie..harap2 tahun depan kalo dipanjangkan umur kita bersama2 lg menggegarkan Genting Trailblazer eekk..

Ok geng..aku mewakili CAR mengucapkan TAHNIAH sekali lg pada suma pejuang2 CAR dlm Genting Trailblazer 2009..


eemm race repot takyahla kot..nie kira repot gakla walaupon pendek..huhu tp kalo ada masa nanti aku bikin la (kalo rajin)..dan kalo ada geng2 yg nak bikin repot juz email kat aku repot korang eekk..

eemm gambar team CAR yg naik pentas nanti aku post..coz Tey lum upload lg gambar tu dlm web dia..

dan pada geng2 yg nak join KLAVA Relay 29hb nie..juz bgtau aku..aku try set kan team utk korang (3 orang 1 team)..kalo dah ada team lg bagus..bgtau aku gak..so senang aku nak update..so nama team aku cadangkan biarla bermula denagn.."CAR Ayam..(ayam apa korang pilihla eekk..)

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"