EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Thursday, May 24, 2012

Malakoff Duathlon Edisi UM - Laporan

Acara: Malakoff Duathlon edisi UM
Tarikh: 12 Mei 2012
Tempat: Parking Pusat Sukan, UM
Masa: 9pg
Jarak: 3.5km Run - 11.4km Bike - 3.5km Run

Catatan Masa Rakan2 CAR:
00:53:42 Edan Syah (CAR87)
01:14:20 Ramlan Sulaiman (CAR2)

Laporan disediakan oleh saudara Ramlan Sulaiman.

Malakoff Duathlon edisi UM Sabtu yang lalu berjalan dengan meriah dalam cuaca yang agak panas kerana flag off bermula pada jam 9.00 pagi. Larian dilepaskan dihadapan Bangunan Pusat Sukan dan terus melalui hadapan Stadium baru kemudian terus masuk ke dalam Rimba Ilmu. Rimba Ilmu ini terdapat beribu2 jenis tanam2an saintifik yang ada diantaranya amat berkhasiat untuk dijadikan ubat, aruma daun dan pepohon sekitarnya mengeluarkan oksigen yang baik untuk disedut oleh para runners...amat bagus sekali. Larian adalah sejauh 3.5km dengan 2 pusingan.


Selepas memulun di dalam hutan penuh khasiat itu dengan route yang beralun2 (bukit) diikuti pula dengan kayuhan climb 4 set Bkt Centa. Semasa memanjat (climb) bukit cheta ramai rider yang menolak bike memasing kerana tak tahan untuk meneruskan kayuhan dengan bukit yang mencanak itu. Semasa menurun juga agak bahaya kerana bike meluncur mengalahkan peluncur ski di Banjaran Aps (macam terbang daaa). Route bike juga agak bahaya kerana banyak kenderaan tak di jaga oleh marshall dengan sempurna. Perkara ini boleh membahayakan rider. Selepas selesai melanyak Bukit Centa semua peserta kena lari lagi masuk ke dalam Rimba Ilmu sebanyak 2 loops dan akhirnya tamat di hadapan Kolam Renang UM. Race didominasi oleh peserta dari UPNM. Rikigoro Shinozuka dari Malaysia pula mencatat masa terbaik keseluruhan dengan catatan 49.35. Baju pada tahun ni dia oang up grade sikit dari cotton ke mcrofiber dengan slogan ” i boleh du” ok gak la. Minggu depan MUDS siri UPM lak…layan

Wednesday, May 23, 2012

KL Tower International Night Towerthon Challenge 2012 - Laporan

Acara: KL Tower International Night Towerthon Challenge 2012
Tarikh: 19Mei 2012
Masa: 3pm
Hari:Sabtu

Catatan masa bagi setiap ahli:
00:15:17:75 Jasni Khairil CAR101
00:17:54:00 Zas Ibrahim CAR71 (placing 10th) Tahniah!
00:21:27:00 Yim Heng Fatt CAR188
00:23:15:00 Kamarul Faizal CAR10
00:23:48:95 Muhammad Qazreen Hakim
00:25:05.50 Anas Najhi
00:26:19:00 Oren Man CAR130
00:29.56:00 Ab Aziz Jantan CAR154
00:30:50.34 Sabri Ibrahim CAR221
00:32:41.45 Azri Alimor
00:39:20.50 Azhar bin Ismail CAR262

Ringkasan:

Saya fieda dida (CAR 264) telah diberi tugasan untuk membuat laporan tentang KL Tower International Night Towerthon Challenge 2012 yang telah berlangsung pada 19 Mei 2012 iaitu pada hari Sabtu lepas.Event ini bermula pada sekitar jam 3 petang. Setiap peserta akan berlari 1km berbukit sebelum menyahut cabaran menaiki tangga sebanyak 2058 anak tangga. Gambar dibawah merupakan route yang akan dilalui oleh setiap peserta sebelum menaiki tangga.


Peserta dilepaskan mengikut kategori masing-masing. Kategori yang pertama dilepaskan pada petang itu adalah Boy junior,girl junior ,men junior veteran,men senior veteran, women open,woman veteran dan akhir sekali adalah staff TM. Pada sebelah malam pula kategori men open dilepaskan mengikut peringkat.



Larian bermula di T01 sehingga T22.Setiap tangga mempunyai 4 tingkat. Selepas T22 larian diteruskan ke TH001,TH002 dan akhir sekali TH003. Semasa larian berlangsung,keadaan di setiap anak tangga sangat sesak dengan peserta sehinggakan menyukarkan peserta untuk memotong peserta dihadapan.Ini turut memberikan tekanan kepada peserta. Di setiap ’Water station’ menyediakan air mineral dan 100 Plus serta kelihatan juga para medic yang sentiasa bersiap sedia untuk memberi rawatan sekiranya peserta mengalami masalah.Udara sangatlah terhad dan staff Kl Tower telah membuka pintu disetiap tangga untuk memberi udara yang secukupnya. Kelihatan juga para peserta yang tidak larat untuk menaiki tangga berdiri disebelah kanan untuk mendapatkan tenaga sebelum meneruskan misi mereka. Setelah sampai ke TH003, para peserta akan diberi finisher medal dan boleh la turun ke bawah dengan menaiki lif.


Kayuhan Janda Baik - Laporan

Acara: Kayuhan janda baik..(sayap kayuh ke-13)
Tarikh: 20 Mei 2012
Laluan: Gombak - Janda Baik - Gombak

Selamat mlm sahabat2 kayuh jom..terlebih dahulu orenman nak mgucapkan ribuan terima kasih kpd semua yg hadir utk kayuhan yg ke13 kita ke JANDA BAIK....Alhamdulillah pejalanan kita selamat walaupun ada sahabat yg tayar pancit dikm 10 tadi...nak bercerita sikit...(nak buat karangan ni,jgn dok gelak senyum srg2 bila baca....karangan darjah 5)...permulaan kayuhan pagi tadi ke janda baik dihadiri seramai 10org.. Erni Wati Liyana Kamaruzaman Reza Faiz Rozmi Yunus Silahuddin SalimAzrul Syaffiq Van Hanifa Affendy Nanyan @azral dan support car terbaik otaiKamaruzaman Salam...semua mantap2..blm apa2 dah kena layan bukit..(apa la sgtt...hehe) kayuhan kita didahului kaki power bro silahuddin n bro azrul..dia org ni kedepan..hilang terus, power betull...di km 10 kelihatan kelibat 2sahabat niii.....tayar pancit rupanya,tu la laju sgt....


setelah tayar diganti kami sambung pjalanan ke Janda baik semula...kayuhan terus menerus dgn kelajuan 13/15kmj..(oren 80kmj hahaha..)ke Petronas G.Sempah...rehat sebentar...selepas berhenti selama 10min kami teruskan kayuhan ke Janda baik semula (berapa kali mau berenti daaa...)kayuhan terus menerus ke kedai bihun MAK JANDA,sampai tersesat2 mnunggu punya pasal....pastu tawaf bukan main jauh lagi nak sampai ke kedai bihun sup tu....tak patut2...setelah layan coner baring sebagainya oren,rozmi,affendy n kakak tiba kat lokasi panass..kedai JANDA..(betul ke kedai janda ni)..tgk sahabat2 layan cendol,bihun sup buat perut orenman tak blh tahan....terus oder bihunn sup n 2gelas air..bandung dan teh o ais limau JAN...memang sedap....setelah agak2 20min rehat,tibalah masanya memujuk baby joe Erni yg merajuk tu...nasib baik dia cair gan sentuhan pujuk rayu oren n otai Rozmi...(lidah tersepik rupanya...hehehe..)setelah siap dibaiki kami teruskan kayuhan balik ke Gombak...dlm pejalanan pulang ada kejadian xbest berlaku...sikap pemandu kat M,sia ni kurang ajar,sampai tak hormat langsung cycling2 ni..siap bunyi hon lagi...sampai otai kita bro Kamarulzaman berbulu...terjadilah aksi2 kejar mgejar..(mcm filem Yusof Haslam plak) kita pendekkan cerita...org tu tak sabar sebenarnya siap kena sound gan otai kita,padan muka dia,bwk anak bini bwk kete mcm pelesit...puii...


kita sambung...kayuhan blk agak mcabar sbb bukit mnanti kat bulatan G.ting Sempah tu...lebih kurang 2km jgk la layan bukit...pungeh kaki oren..(tapi mantap lagiii..)kayuhan didahului oleh orenman sendiri..kelajuan dlm 40/55kmj(turun bkt blh laaa hehehe...)kayuhan blk memang best sbb turun bukit dan layan coner...sampai je kat Hospital Org Asli tepat jam 2ptg..terima kasih kpd semua yg dtg pagi tadi..Reza tq sbb buat kayuhan ni...ko pun mantap sbb pakai MTB naik sampai atas n buat 1loop lagi tuu...apa2 pun semua hebat2 mantap2...orenman minta maaf sekiranya terkasar bahasa time melawak tadi ye kwn2...sekian aje lah,nanti ko org bosan lak baca pjang2 ni....mata rabak ni,tak tido2 lagi dr blk tadi....kita jumpa dikayuhan akan dtg..semoga dgn kayuhan yg kita buat,dpt mgeratkan lagi silatulrahim antara kita..amin..sekian karangan saya yg apa2 tah....wassalam..zzzz..zz.zz


‘We Care’ Charity Fun Run 2012 - Laporan

Acara:‘We Care’ Charity Fun Run 2012
Tarikh: 20Mei 2012
Masa: 8am
Hari: Ahad
Tempat: City Park,Seremban

Catatan masa bagi rakan-rakan CAR:

00:31:25:00 Mohd Rustam (CAR48)
00:34:26:00 Yim Heng Fatt (CAR188)
00:44.05:00 Ab Aziz Jantan (CAR154)
00:44:42:00 Siti Nur Aisyah (CAR96)
00:49:20:00 Faridah Haryati (CAR264)
00:51:47:40 Sabri Ibrahim (CAR221)

Ringkasan: Saya fieda dida (CAR 264) telah diberi tugasan untuk membuat laporan tentang ‘We Care’ Charity Fun Run 2012. Larian ini merupakan event yang pertama dianjurkan oleh Hospital Columbia Asia Seremban. Kelihatan ramai peserta telah membanjiri kawasan event pada jam 7 pagi. Jarak larian ini hanyalah 7km dan 3km. sebelum dilepaskan, Peserta 7km dilepaskan tepat pada pukul 8 pagi dan 3km pula dilepaskan pada 8.15 pagi. Tiada water station sepanjang jalan. Route 7km sangat lah mencabar kerana banyak sangat bukit sehinggakan rasa geram kat penganjur sebab tidak menyediakan water station. Letih woo..Setelah sampai di penamat, peserta 250 terawal telah menerima bear yang sangat cute dan finisher medal yang cantik. Goodies beg yang diterima sangat lah berpuas hati kerana bermacam-macam barang ada. Upin Ipin dan badut juga turut sertabagi menambahkan lagi seri pada event tersebut. Overall sangatlah berpuas hati dan yuran penyertaan juga amat berpatutan iaitu RM30. Hope lepas ni Hospital Columbia dapat menganjurkan event macam ni lagi.
Antara gegirl yang mendapat bear..yeayy!!
Barang rampasan yang diterima..sangat berpuas hati!!
Badut pun ade!!
Haaaaa..yang ni x taw ape motip dia..confius ni..

Tuesday, May 22, 2012

LeTua 100km: Nothing Else Matters - Laporan

Acara: Le Tua 100km: Nothing Else Matters
Tempat: UiTM Puncak Alam
Tarikh: 13 Mei 2012
Masa: 8.00 pg
Jarak: 100km

Catatan Masa Rakan2 CAR
3:03:00 Rusfarizal Rusli CAR 52 (posisi letua - 113)
3:06:29 Abd Halim Abd Aziz (posisi letua – 136)
3:06:47 Sardono Sarkam (posisi letua – 138)
3:28:06 Ahmad Hadafi Bin Jus CAR58 (posisi letua – 302)
3:32:57 Rozmi Yunus CAR181 (posisi letua – 337)
3:39:00 Ryzal Reyz (CAR191)
3:50:34 Oren Man CAR130 (posisi letua – 456) hebat oren hehe
3:50:33 Kadok Kings CAR49 (kak limah: posisi letua – 457)
3:54:43 Rahman Mohamed CAR50 (posisi letua – 484)
4:01:31 Mohd Azhar Mohd Jaafar (posisi letua – 513)
4:08:10 Van Hanifa letua CAR103 (posisi letua – 542)
4:25:06 Zul hassan letua CAR 18 (posisi letua – 655)
4:34:11 Azhar ismail (bib jual ke) Mahdi Mazelan CAR245 (posisi letua – 692)
4:34:47 Sabri CAR138 (posisi letua – 696)
4:37::43 Fairul CAR145 (posisi letua – 703)
4:38:02 Erni CAR280 (posisi letua – 704)
5:04:47 Azizi CAR106 (posisi letua – 777)
5:14:42 Fira CAR207 (posisi letua – 793)
5:27:07 Azri (bib jual ke) Luvis CAR109 (posisi letua – 810)
5:54:42 Reza (MTB power) CAR227 (posisi letua – 824)

Assalamualaikum salam sejahtera kpd semua sahabat2 Chap Ayam Runners..

Hari Ahad yg lepas (13.5.12)adalah hari yg boleh dikatakan hari mental kpd sesetengah kaki kayuh… 100km mak datokkk…kalu naik kete pun terasa jauh tuu,inikan pula naik basikal huhuh..panas lak tu…


Nak bercerita sedikit,diawal kayuhan setelah dilepaskan,kayuhan santai je..dlm 20kmj mcm tu..pastu xblh tahan asik kena payung jee..oren pun mgorak langkah kayuhan sedikit demi sdikit…dpt ler jgk ikut basikal2 yg harga berpuluh2 ribu ni..bagus jgk ada org tarik ni merasa jgk 30/35kmj…yg sebelum ni tak terlintas kat kepala oren nak kayuh laju2 mcm ni…kayuhan seterusnya masuk ke jln lading kelapa sawit menuju ke Batu Arang dlm 9.3km kat sini,pendakian pertama xda masaalah sbb semangat tgk kaki2 kayuh memulas kudrat masing2 menerjah bukit2 kat ladang kelapa sawit ni..kelajuan oren masa ni hanya 10/15kmj,selepas je jln Batu Arang oren melalui jln ke Rantau panjang,adoiyaii bukit lagii..layan je laa..kat kepala ni xda pk lain hanya pk jgn cramp n kalu blh nak habis cepat dan kalu blh jgk xnak pancit…tu yg selalu oren pk kan disepanjang kayuhan 100km ni..dan selalu berdoa dlm hati nak buat lebih baik dari thn lepas.. ok kita sambung…setelah melalui jln ke Rantau Panjang skg oren melalui jln ke Bistari Jaya menuju ke jln Saga (sprint point)apa lagi kasi sprint habis2..(mcm pro plak)hehehe…di phujung jln water station no1 kelihatan kat sini dah 46.2km, persimpangan jln ke K.Sgor,kat sini oren bantai pisang 3bijik oiiii…lapo plak rasanya..air 100plus 2botol..(kadok,nak rampasan byk2 xdpt sbb bag xbwk hahaha)..lepas tu oren teruskan kayuhan ke Tmn Desa Mahang kat sini lebih kurang dah 55.8km kayuhan..kaki masih ok basikal pun ok je…jln2 kat kwsan kg ni byk gak lubang..jenuh gak elak..ramai gak nampak kaki2 kayuh yg tayar pancit smlm..nasib baik orenman pakai tayar baru….syukran2… selepas je mlalui jln tmn permai jeram oren mlalui jln Dato Miskon/bkt kerayong kwsan kg jgk kat sini dah 70.9km..kelihatan anak2 kecil melambai2 kaki kayuh..oren rasa time ni oren mcm bersemangat sbb lihat kpd bdk2 yg lambai ni mcm anak2 oren sendiri..so power tu serba sedikit mguasai kayuhan oren smlm..(power tuu…)..ok sambung lagi…(maaf la kalu ko org bosan baca karangan darjah 5 ni ye…layan je laaa…)setelah keluar dr kg Kerayong dan menuju ke jln besar ke Meru iaitu jln Kempas kat sini dah 75.4km.kudrat ku gagahi jua ke Dragon Back yg bukit mak aii blh tahan jgk…sampai je kat sini lebih kurang 79.5km,rest dulu sbb ada water station no2.setelah minum oren sambung kayuhan mdaki Dragon back..orenman xrasa takut@penat pun sbb dah byk kali oren kayuh kat sini..pjang dragon Back ke hujung ekornya dlm 5.4km aje..layannn…


sampai je kat jln besar menuju ke jln Bt arang kat sini dah 85.1km..jauh orenman kayuh yee..sampai kebas bontot2…kayuhan diteruskan gan harapan dpt bertemu Tuan Rozmi..(kayuh xingat,mcm pelesit hehehe)..kayuhan orenman agak laju sbb dok ikut org..(ikut bontot)penat tu x rasa sgt sbb ramai2…kayuhan diteruskan ke jln Meru dlm lebih kurang dari DB 8.7km ke psimpangan petronas pcak alam..kayuhan diteruskan ke dlm kawasan UITM,kelajuan time ni dah slow dlm 8/15kmj…sampai je kat tempat start pagi tadi tgk srg pn x da..”mana gi semua org?..dah habis ke?aku yg last ke?...”hingga la ada pakcik guard tu ckp “dik, habis kat atas tu hah”…alamakk!! Jauh tuu naik bukit lagii…..gan lemahnya oren teruskan kayuhan ke atas..dlm 2km jgk panjat….kayuhan dlm kelajuan 5/8km terjumpa plak abg K(kadok) tgh kayuh gan semangatnya.(tolak hehehe..)


kayuhan oren diteruskan ke puncak tangki lebih kurang 4.4km dari pondok polis kat bwh tu…tah ape tah suruh tawaf tangki air tu….ada plak kwn kita yg rajin nak naik atas gan tolak basikal hahaha….x yah sebut la nama dia,nanti lebam oren hehehe..kayuhan oren diteruskan mnuruni bkt kat tangki tu ke garisan penamat..sampai je ada awek kalungkan medal(ko org ada awek kalongkan tak..hehe)…dgn masa terpantas dlm hidup orenman 3jam 50min utk 100km no456 dari 989.apa2 pun oren bangga dgn diri orenman sbb dpt habiskan kayuhan 100km buat kali ke2..thn lepas 5.30..agak baik thn ni….tu pun sbb byk training gan kawan2 kayuhjom chap ayam..terima kasih kpd semua kwn2 yg beri semangat….terbaikk laaa…tahniah jgk kpd kwn2 yg habiskan kayuhan…sekian je dr bdk darjah 5 utk karangan kali ni…jumpa anda dilain kayuhan…salam hormat dr orenman utk anda,wassalam..nak gi sambung tido,ari ni cuti yahhoo!!.......(.kepala pun masih ting tong ni…) ( report diambil dari orenman..memang menangis baca..huhu..sengsara sungguh)

Friday, May 18, 2012

PJ Dawn 2012 - Laporan

Acara: PJ Dawn 2012
Tempat: Stadium Kelana Jaya
Tarikh: 13 Mei 2012
Masa: 3.00 pg
Jarak: 21km / 12km

Catatan Masa Rakan2 CAR:
Men Open - 21km

1:41:35 Mizan Rosli
1:45:56 Zulkifle Hassan (CAR18)
1:49:22 Azim Ghani – Position 55
1:50:00 Ghejanthran a/l Kalaimani (CAR8)
1:57:08 Wan Azmi Wan Ngah (CAR130)
2:03:07 Pejai
2:07:58 Azrul Adnan
2:08:58 Bola Kampong – Position 210
2:14:48 William Cheah Wei Liang (CAR256)
2:16:21 Mahdi Mazelan (CAR 145)
2:17:49 Redz Ismail
2:20:00 Mohd Reza Faiz Mohamad Zulkifli (CAR227)
2:21:21 Damanhuri Abu Samah (CAR148)
2:25:30 Ajo Ku
2:27:05 Fazlie Mohd
2:35:02 Mohan Ganapathy (CAR131)
2:55:51 Khairul Amran Abd Aziz (CAR14)
3:10:00 Azwan

Men Senior Veteran – 21km
2:24:37 Ab Aziz Bin Jantan (CAR154) – Position 50

Women Open - 21km
2:21:22 Nur Azyan Yusof (CAR194)
2:25:00 Erni Wati Mohd Arip (CAR280)
2:29:44 Ida Shahidah

Women Junior Veteran – 21km
2:19:12 Rafidah Abdullah (CAR30) – Position 16

Men Open – 12km
0:46:32 Mohd Syahidan Alias (CAR87) – Tempat Ke-2! Tahniah!
1:15:00 Mohamad Sufian Sarbani
1:16:52 Anas Najhi
1:16:56 Sufian Amirudin
1:27:02 Abeman Mung

Uit, lama tul dh tak tulis repot. Ayat pun mcm payah skit nk keluar, haha. Apapun, demi menunjukkan sokongan pd cip Aki, sy cuba la buat repot ni sehabis baik. Mana2 yg terkurang tu sy mohon maaf terlebih dahulu.

Jd, seingat sy acara PJ Dawn ni dh lama dibuka pendaftarannya, seingat sy dr bulan Januari lepas. Jd boleh la dikatakan ia acara yg ditunggu2. Maklumla, acara ‘mengejar fajar’, yg pertama kali dibuat di Malaysia. Start lari kul 3pg tu. Org lain dok nyenyak tido dibuai mimpi, x pasal2 kita gi seksa diri berlari jauh2 … ni kalo x kata hardcore runners ni, xtau la …


Seawal jam 1pg, ramai dh runners yg berkumpul di perkarangan stadium Kelana Jaya menunggu detik dan waktu utk dilepaskan. Ni sempat tido ke tidak pun xtau la. Jgn sat g sambil lari, stop tido tepi jalan udah la yek.


15minit sebelum dilepaskan, semua mula berkumpul utk acara memanaskan badan yg disediakan oleh penganjur dan pd jam 3pg, semua peserta 21km pun dilepaskan manakala bg peserta 12km mereka dilepaskan satu jam kemudian pd jam 4pg. Angin pg mmg sejuk, kena lak pd ketika ia bertiup, tp semua runners nmpk terus gigih meneruskan pelarian masing2. Sama ada sekadar suka2 mengumpul mileage, ataupun utk mengejar PB, ataupun sekadar mencari pengalaman berlari (dan tiba di finishing) sebelum Subuh, semua terus maju.


Penanda KM diletakkan bg setiap 3km yg mana disitu juga terletaknya water station. Jd, utk acara 21km, terdapat 6 water station yg disediakan. Walaupun air disediakan dgn cukup utk setiap water station, malangnya pihak penganjur hanya menyediakan air mineral semata-mata sedangkan mengikut aturan larian, setiap larian yg melebihi satu jam, pelari perlu menggantikan elektrolit yg hilang menerusi peluh yg keluar (itu yg sy baca la, tp kalau ada yg larat tak minum air selepas 15km berlari tu, lain citer la ek. Korang ni makhluk asing ke hapa). Jd, agak mengecewakan apabila terdapat penganjur yg tidak peka dgn perkara asas sebegini.


Selepas selesai 10km berlari, route pelarian memasuki kawasan Ara Damansara yg mana terdapat beberapa kawasan dimana pelari2 disajikan dgn bukit2 manja. Nak tak nak, terpaksa la redah juga bukit2 tersebut. Di sepanjang pelarian, sy rasakan marshall dan polis menjalankan tugas dgn baik (kereta pun x byk kan). Tp ada juga terdengar tentang kemalangan yg berlaku di awal larian, di mana terdapat pertembungan di antara 2 kereta. Memandangkan sy tiada di tempat kejadian, sy tak dapat nk mengulas dgn lebih lanjut tentang kemalangan ini tetapi sy berharap tiada kecedaraan yg serius berlaku.


Selepas 17km, route membawa pelari2 ke jalan besar semula, dan setelah mengharungi 4km yg selebihnya, selesai la sudah acara 21km di PJ Dawn. Di finishing line, peserta terus menebus finishing medal dan tee di khemah2 yg disediakan tanpa perlu beratur panjang. Tp untuk menebus breakfast yg disediakan, setibanya sy di finishing line, queue sudah berliku2 dgn pelari2 yg beratur, tak sanggup rasanya utk beratur sama.


Apapun, acara ini sy kira dilangsungkan dgn baik terutama sekali apabila berita tentang kemunculan semula Josie selepas haru biru di ENR tahun lepas. Walaupun terdapat beberapa penambahbaikan yg boleh dibuat utk tahun depan, ia tidaklah seburuk pengalaman di ENR. Akhir kata, sy ucapkan syabas kepada semua yg mengambil bahagian. Pd yg Berjaya mendapat PB, TAHNIAH diucapkan dan yg mendapat podium, SETINGGI-TINGGI TAHNIAH diucapkan. Pd yg lain, anda juga hebat sbb berjaya menghabiskan larian tatkala org lain sedang lena bermimpi. Apapun, usaha lg utk PB yek … ;) Sekian, terima kasih.

SAS International Eco Challenge 2012 - Laporan

Acara: SAS International Eco Challenge 2012
Tempat: Pulau Tioman
Tarikh: 12 Mei 2012
Masa: 8.30 pg
Jarak: 36.5km

Catatan Masa Rakan2 CAR
0:00:00 Mohammad Affendi Nudin -(3) men local (tahniah..)
3:13:00 Jasni Khairil Jamaluddin (CAR101) - (11)
3:49:58 Lim Gam Mat - (32)
4:01:02 Zulazlan Shah Ibrahim (CAR71) - (41)
4:14:28 Mohd Faizal Jamil
4:20:00 Alam Shah Ismail Ahmad (CAR24)
4:20:00 Azri Zolkipli (CAR199)
5:19:57 Fadhilah Abdul Manan (CAR91) -(4) women local (tahniah..)
5:20:00 Mohd Zaki Mansor (CAR16)
5:20:00 Munzir Alawi (CAR90) (jadi media..ambil gambar untuk majalah..)
5:40:00 Iskandar Abd Wahab (CAR258)
5:43:00 Yim Heng Fatt (CAR188) - (88)
7:00:00 Shahrol Salleh (CAR178)

Lama dah tak buat report..ni nak kene try balik..saya Aki Kiki (CAR16) ditugaskan buat report untuk SAS Eco Challenge ni yg telah berlangsung pada hari Sabtu yg lepas..okeh untuk pengetahuan semua penganjurannya adalah yang ke5 pada tahun 2012..antara acara yg memang setiap tahun akan ada dalam jadual larian..seramai 240 orang telah hadir pada tahun ni..larian trail ni adalah antara yg bagi saya cukup sukar untuk diharungi sebab trek sentiasa berubah dan jaraknya sangat2 jauh..tapi pada tahun ni boleh dikatakan mudah sikit dari yg lalu sebab kesemua peserta dapat habiskan pada masa yg telah ditetapkan..jarak pada tahun ni sejauh 36.5km dan masa yg telah diberi adalah 8 jam sahaja..ada 6 CP kesemuanya yg perlu dihabiskan..larian bermula pada 8.30am di Dataran Tiong..untuk medal masa yg perlu dihabiskan adalah 5 jam di CP 4 iaitu sebelum jam 1.30pm..pada tahun ni diberi finisher t-shirt jika peserta dapat habiskan larian sebelum 8 jam iaitu sebelum jam 4.30pm..



Okeh serba sedikit route SAS Eco Challenge..8km yg pertama adalah flat rode dimana selepas pelepasan dibuat peserta kene berlari menuju ke CP 1 sejauh 8.5km..sampai di CP1 peserta akan mula masuk ke hutan dan mendaki..untuk pada yg baru masuk, tiada jalan trail dibuat..hanya berpandukan pada tali caution tape berwarna kuning hitam yg diikat sepanjang jalan..


jadi marking kalau terlepas kita perlu berpatah balik semula ketempat marking yg sebelumnya bagi mengelakkan kita tersesat jauh kedalam hutan..okeh..di CP1 ke CP2 sejauh 3.5km..ada water station kat sini jadi dapat lah menghilangkan dahaga sedikit..nak bagi tips skit..dapat air botol tu jgn la habiskan pulak..bawak air tu sebab kat dalam hutan tu takde air diberi so pandai2 laa tahan yea..disini para peserta akan mendaki dan meredah belukar didalam hutan tersebut..kat sini jangan tanya lah habis kulit2 disiat2 dengan pokok2 berduri..nama pun larian trail so mmg calar balar kaki korang semua..okeh di route ini juga peserta akan mendaki curaman bukit setinggi 450 meter..hmm jgn nak berlari dah dalam ni..jalan saja..tak larat dah nak lari..haha..janji habis..okeh..di CP2 ke CP3 masih lagi didalam hutan..dan masih lagi mendaki..ada water point disini..bukan water station yea..


water point ni hanyalah air sungai..so minum la air sungai..ada botol yg diberi masa di CP1 tu isi laa..bawak la bekalan tu sepanjang jalan sebab organizer tak sediakan air pada hentian seterusnya..okeh..di CP3 ke CP4 jaraknya adalah sejauh 9.1km..ini adalah jarak yg paling jauh sekali..tapi jalan nya hanya mendaki sedikit dan menurun..banyak pokok2 tumbang dan pokok berduri serta kawasan berbatu..jgn terkejut kat dalam ni akan jumpa tanda2 marking yg lama tidak dibuka..so pastikan marking korang betul..hehe..


okeh..diakhir CP4 ni keluar terus dari hutan..lega rasanya lepas nampak jalan raya berturap..korang akan berlari sedikit sejauh 2.8km sebelum masuk semula kedalam hutan..okeh di CP4 ke CP5 adalah sejauh 2.8km..di CP5 ke CP6 masuk semula kedalam hutan tetapi trek nya mudah sedikit sebab ada jalan..so habiskan larian sejauh 2.8km sehingga CP6..keluar saja ke CP6 terus habiskan larian sejauh 1.8km sehigga penamat..hmm ada berani masuk tahun depan..hehe..sy pun tak berani sebenarnya sebab da 4 kali sy masuk..ini kali kedua saya dapat habiskan..jadi sebelum masuk tu kalo boleh banyak2 la berdoa..jangan cakap besar..niat kita nak berlari dan habiskan dengan selamat..so just enjoy dan run safe..

Ok lahh..da macam bagi penerangan la plak tentang trek pertandingan..hehe..walaupun ramai yg da surrender dengan SAS Tioman ni tapi bagi sy ianya satu pengalaman yg jarang kita dapat dimana2 event yg ada..anggaplah gi jalan2 makan angin..habis run boleh bercuti plak kat Pulau Tioman..hehe..okeh itu saja serba sedikit tentang SAS International Eco Challenge..tahniah pada yg bertanding..walaupun agak kecewa diantara kami sebab nak bergambar medal dan juga t-finisher tak kesampaian, pengalaman berada disana yg kita nak sebenarnya..jadi jgn patah semangat untuk terus berlari..tahniah pada yg menang..tahniah pada Fadilah Abd Manan (CAR tak ingat) placing no 4 local women category..ada jugak ahli dari Chap Ayam Runners yg dapat placing kat sana..so teruskan perjuangan semua demi sukan Negara..sekian..

Monday, April 2, 2012

Health and Shape Night Run 2012


The much-anticipated Men’s Health and Shape Night Run ’12
presented by GNC LiveWell will be held on the
14th July 2012 in Putrajaya. Make sure you book
your spot this year before it runs out!
More details coming soon

Friday, March 30, 2012

7th Malaysia International Ekiden Run 2012

Acara : 7th Malaysia International Ekiden Run 2012
Tempat : Putrajaya
Tarikh : 27hb Mei 2012
Masa : 07:30 Pagi
Jarak : 15km (5 Orang)
Yuran : RM100 (1 Pasukan)
Tarikh Tutup : 15hb Mei 2012

MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DISINI


Thursday, March 29, 2012

World Tibi Day Run 2012 - Laporan Ringkas

World Tibi Day Run 2012


Tarikh : 24.03.2012
Masa: 8.30 pagi
Hari: sabtu
Pendaftaran: free

Ringkasan report..

Serba sedikit tentang larian hari tibi sedunia..larian tersebut telah diadakan pada hari Sabtu yg lalu bersempena dengan sambutan hari tibi sedunia..dengan ini pihak DBKL ingin menganjurkan satu aktiviti bersempena dengan hari tersebut dan pihak persatuan tibi kuala lumpur telah memilih aktiviti larian untuk diadakan..untuk pengetahuan semua larian tersebut adalah percuma dengan mendaftarkan diri pada pagi tersebut jam 7.00pagi..anggaran peserta dari pihak DBKL seramai 400 orang dan open pada org luar seramai 100 peserta..kehadiran pada pagi tersebut seramai 232 orang..ok tentang route larian tibi menggunakan jalan luar sepenuhnya iaitu sejauh 4.19km..tak sampai 5km pun..walaupun pendaftarannya percuma jangan tak tahu hadiah nya lumayan jugak..ada cash,piala,hamper dan juga sijil penyertaan pada sesiapa yg menghabiskan larian..pada pagi tersebut juga aktiviti larian 40 taman yg kebetulan diadakan di Tasik permaisuri juga dilakukan secara tak langsung memberi pendedahan pada peserta mengikuti larian..


Tepat jam 8.32pagi larian dilepaskan oleh DBKL..2 kategori dipertandingkan iaitu terbuka lelaki dan terbuka perempuan..hanya 14.03 minit saja masa diambil untuk peserta pertama sampai..semua peserta diberi sarapan pagi..dasyat..da la free ada sarapan pagi lagi..hmm memang mewah pagi tuu..rugi pada sapa2 yg tak join..hehe..apapun tiada kecederaan serius berlaku tetapi ada insiden yg berlaku sewaktu acara dimulakan seorg budak 8 tahun telah jatuh di tolak sewaktu keluar ke jalan besar..kesian kat budak tu tapi org yg menolak budak tu telah pun di panggil untuk memohon maaf..hmm apapun semua berjalan lancar..tahniah pada semua pemenang..okeh..serba sedikit tentang hari larian tb sedunia..sekian..


Report disediakan ..
Aki kiki.. aka Abg Reban

Tuesday, March 27, 2012

The Orang Asli Trail Run 2012

Acara : The Orang Asli Trail Run 2012
Tempat : Kampung Batu 16, Jalan Bentong Lama, Gombak
Tarikh : 28hb april 2012
Masa : 08:00 Pagi
Jarak : 15km
Yuran : RM35

MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DISINI

Friday, March 23, 2012

Ipoh Century Ride 2012

Acara : Ipoh Century Ride 2012
Tempat : Kinta Riverfront Hotel, Ipoh
Tarikh : 15hb Julai 2012
Masa : 07:00 Pagi
Jarak : 160km
Yuran : RM100
Tarikh Tutup : 10hb Julai 2012

MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DISINI

Tuesday, March 20, 2012

KBC Metric Century Ride 2012

Acara : KBC Metric Century Ride 2012
Tempat : Hutan Bandar Putra, Kulaijaya, Johor
Tarikh : 20hb Mei 2012
Masa : 08:00 Pagi
Jarak : 120km
Yuran : RM80

MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DISINI

Monday, March 19, 2012

Larian Bendang Menara Condong 2012

Acara : Larian Bendang Menara Condong 2012
Tempat : Padang Speedy B, Teluk Intan, Perak
Tarikh : 08hb April 2012
Masa : 08:00 Pagi
Tarikh Tutup : 02hb April 2012

MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DISINI

Friday, March 16, 2012

Selabak MTB Jamboree 2012

Acara : Selabak MTB Jamboree 2012
Tempat : Sekolah Kebangsaan Selabak, Teluk Intan, Perak
Tarikh : 08hb April 2012
Masa : 08:00 Pagi
Jarak : 50km
Yuran : RM50
Tarikh Tutup : 26hb Mac 2012

MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DISINI

Thursday, March 15, 2012

KL Tower Day & Night Towerthon Challenge 2012

Acara : KL Tower Day & Night Towerthon Challenge 2012
Tempat : Menara Kuala Lumpur
Tarikh : 19hb Mei 2012
Masa : 03:00 Petang
Tarikh Tutup : 10hb Mei 2012

MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DISINI



"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"