EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Monday, September 26, 2011

Adidas King Of The Road 2011 - Bib Collection Date


Sahabat Baru CAR

Zainal Ismail (Jena Ismail)
CAR#268
Mohd Haidir Abdul Hamid (Botak)
CAR#269

Salam geng semua..berjumpa lg kita..maaf sebab memang aku terperam lama gambar sahabat baru kita ni..patutnye dah kena publish ni..dua2 power beb..terserlah keelitan nya..

Ok selamat datang kita ucapkan pada Bro Jena Ismail & Bro Botak (adoyaii..)..dua2 memang hebat & elit dalam kelas masing2..sorang power kelas sastera & sorang power kelas sains..uikkk..apa daa..tp yg nyatanye Bro Jena ni memang elit la dalam kelas larian..dan Bro Botak ni memang elit abis dalam kelas kayuhan..so terima kasih la sebab ada gak lg geng elit nak join masuk reban..huhu

Ok terima kasih skali lg..semoga kita dpt memeriahkan kembali reban kita ni..harap bleh bersuai kenal kat events akan datangla ye..sekian..

Monday, September 19, 2011

KLIUC Unity Run 2011

Acara: KLIUC Unity Run 2011
Tarikh: 18 September 2011
Tempat: KLIUC, Kajang
Jam: 7.30pg
Jarak: 10km, 8km

Catatan Masa Rakan2 CAR:
Men Open (10km)
00:37:00 Mohd Syahidan Alias (CAR87) – placing ke-3
00:49:39 Azri Zolkipli (CAR199) – placing ke-44
00:53:11 Mohd Zaki Mansor (CAR16)

Men Junior (10km)
00:40:51 Silahuddin Salim (CAR74) - placing ke-4
00:40:56 Alam Shah Ismail Ahmad (CAR24) - placing ke-6

Women Open (10km)
01:04:54 Robiyatul Munawarah Md Arif (CAR69) – placing ke-16
01:05:47 Nur Aini Kasim (CAR135) – placing ke-17
01:16:00 Nur Azyan Yusof (CAR194) – placing ke-34

00:00:00 Ida Maria Amiruddin (CAR166)


Event diteruskan lagi di bulan Syawal yg mulia ini. Dan kalo dh bulan Syawal tu, open house mmg merata2 la, jd apa lg kena la berlari2 supaya leh bako balik segala makanan yg dh masuk mulut tu kan. Xde maknanya … haha.

Apapun, minggu ni mmg byk event la, sampai ke Kluang sana nun … dan beberapa geng2 CAR ada jugak jd wakil ke event KLIUC ni. Event ni small scale jek, yg join pun ramai bebudak kolej tu sendiri (dgrnya ia sebahagian drp aktiviti kokurikulum diorg, so tu yg diorg kena join tu), tp top runners tetap ada!

Event dimulakan agak lambat, dalam kul 7.30pg, hmm … kira lambat la sbb matahari dh start kuar dh time tu. So jap g time lari konpom kena panahan matahari, huhu. Tp satu la, walaupun event ni small scale, bukit yg diorg bg x kurang hebatnyer! Mengah jugak nk mendaki, dh la perut tu berat ngan segala macam makanan dr open house semalam … pehh, hamek ko!

Lepas buat satu bulatan di luar kampus KLIUC tu, lalu la depan kampus tu balik. Tgk time, aik takkan nk abih dh kot. Depan tu jek, nmpk finish line, tp tgk time cam br 6-7km lari … rupa-rupanya diorg suh plak kita round2 kampus tu. Cett, org yg jaga checkpoint tu kemain la gtau aku lg sengah km nk sampai, tp aku rasa mau 2-3km gak round lam kampus tu! Apa celuuppp … Haha, layankan ajer laa beb …

Apapun, best la jugak la join event ni. Satu aktiviti yg sihat di pagi hari Ahad di kala semua umat2 yg lain lom tentu dh bangun tido ke tak kan … hehe. Tahniah sy ucapkan pd sumer member CAR yg tegar2 join event di kala org2 lain masih syok ber’cuti’ … keh keh keh. Ok, semoga kita berjumpa di repot yg akan datang, chow cin cau! :D

Wednesday, September 14, 2011

Tourism Taiping Heritage Run 2011 - Laporan

Acara: Tourism Taiping Heritage Run 2011
Tarikh: 11 September 2011
Tempat: Padang Esplanade, Taiping, Perak
Jam: 6.15pg

Catatan Masa Rakan2 CAR:
Men (21km)
01:46:28 Mohd Zaki Mansor (CAR16) – placing 31 (PB, TAHNIAH!)
01:49:00 Abdul Latiff Dollah (CAR218) – placing 36 (PB, TAHNIAH!)
01:50:20 Yim Heng Fatt (CAR188) - (lengkap satu set baju melayu, dr jauh dh nmpk … cayalah!)
01:52:46 Azri Zolkipli (CAR199) – placing 44 (PB,TAHNIAH!)
01:53:00 Wan Azmi Wan Ngah (CAR130) - placing 54
01:59:00 Muhammad Izuan Zainuddin (CAR217)

00:00:00 Yum Kin Kok (CAR288)

Women (21km)
02:28:35 Siti Nor Aishah (CAR96) – placing 26 (PB, TAHNIAH!)
02:36:09 Nur Azyan Yusof (CAR194) – placing 30 (PB, TAHNIAH!)
03:01:00 Ida Syahidah Ibrahim (CAR251) – placing 44 (TAHNIAH, sah jd Half-Marathoner!)

Women (10km)
01:07:00 Norazurah Abdul Jalil (CAR229) – placing 40 (PB, TAHNIAH!)
01:07:45 Rahmattun Kamila Abd Rahman (CAR228) – placing 45 (PB, TAHNIAH!)
01:40:00 Norashikin Mohamad Arip (CAR202) – placing 164 (PB, TAHNIAH!)


00:00:00 Faridah Haryati Kamarudin (CAR264)

Hujan yg turun bagaikan mutiara … haish, kalo betul la mutiara, konpom dh kaya dh sy ni … sbb bukan sahaja kitorg kena lari dlm ujan, tp ujan trus turun di sepanjang larian … mmg satu pengalaman sy rasa lari kat Taiping semalam. Ala, nk salahkan cuaca pun xleh jugak … agaklah padang esplanade tpt kitorg start off tu sebelah jek ngan bukit larut. Ala, bukit yg jd tempat tadahan air di Malaysia tu la, tempat yg paling lembab di Malaysia (tu la, len kali time kelas Geografi jgn tido … ada len kali ke aa? Nk kena masuk sekolah balik kalo cam tu, haha)

Apapun, walaupun kami semua terpaksa berlari di dalam ujan (sampai nk kejung satu badan) dengan di saksikan penduduk Taiping sampai diorg geleng2 kepala lam kereta tgk kitorg lalu, sy rasa event ni kira ok la … water station ada 5, air pulak terlebih2 cukup. Mana taknya, diorg bukan tuang air lam paper cup tapi amik ko dia bg sebotol air trus setiap org. Dh siap bukak penutup dh, tinggal nk tonggang masuk mulut jek. Tp sayang la jugak, sbb byk jugak org yg buang botol air ke tepi walaupun air masih byk dalam tu … hmmm … ntahla. Cuba gak nk bawak sambil berlari, tp leceh tul rasa, so buang jugak last2.

Distance utk setiap kategori pun cukup. Route pun byk yg flat jek. Dan walaupun laluan tu melalui pinggir bandar Taiping (yg mana kereta2 yg lalu boleh tahan la lajunya berdesup sebelah kita), polis yg jaga jalan pun ramai. Siap ada yg encourage kita lg … Sampai di finish line, medal dh pun menunggu … yezzaa, berjaya juga dapat medal yg (kononnya) limited tu … selain tu, ada jugak stall cendol dan bihun goreng! Bihun tu masak kat situ tau … panas2 dpt makan dalam ujan yg sejuk membeku tu … peehh, sedap pulak jdnya bihun tu …

Yg pasti, kalo tgk dr timing rakan2 CAR, kira hebat betul la korang sumer … ramai gak yg dpt PB! Mmg sah kita ni suka main air ek … haha.

Terima kasih pd organiser event ni. Event ni mmg best! Tahun depan kalo buat lg, kitorg mesti akan join …

Apapun, tahniah pada semua ahli CAR yg dpt PB dan pada yg dpt, jgn risau2 cuba lg lain kali. Apa yg pasti, kita enjoy lari dalam ujan! Sehingga berjumpa di repot yg akan dtg, chow cin cau!

Tuesday, September 13, 2011

Cycling For A Cure 2011

Acara : Cycling For A Cure 2011
Tempat : Dataran Putrajaya
Tarikh : 24hb September 2011
Masa : 08:30 Pagi
Yuran : RM50

MAKLUMAT LANJUT

Thursday, September 8, 2011

The Zon Run 2011

Acara : The Zon Run 2011
Tarikh : 16hb Oktober 2011
Tempat : The ZON Johor Bharu, Johor
Jarak : 10km
Masa : 08:00 Pagi
Yuran : RM20
Tarikh Tutup : 16hb September 2011

MAKLUMAT LANJUT

Wednesday, September 7, 2011

Sahabat Baru CAR

Hadri Ghazali (Hadri)
CAR#266
Adanan Abdullah (Kudan)
CAR#267

Ok geng..3 hari berturut2 aku posting posting ni..eemm nak wat camne..aku tak leh nak simpan lama2 gambar2 hensem sahabat baru kita ni..ok selamat datang kita ucapkan pada Bro Hadri & Bro Kudan..eemm sib baik Kudan..kalo kudapan dah lain dah tu..woohoo..

Tak kisahla nama apa pun..yg penting minat kita sama..jgn letak nama vampire ke firecracker ke suda..huuhu ok terima kasih kami ucapkan pada korang sebab menambahkan lg bilangan saf jemaah CAR..sure skang CAR dah bersepah2 diserata Malaysia Barat & Timur..cayala beb..

Ok geng..Insyallah kalo berkesempatan kita jumpala kat next event ye..jgn malu2 nganjemaah lain ye..jemaah CAR ni suma sempoi2 blaka..sekian..

Larian Amal Kebangsaan Muar 2011

Acara : Larian Amal Kebangsaan Muar 2011
Tarikh : 09hb Oktober 2011
Tempat : Dataran Tg.Emas, Muar Johor
Masa : 06:30 Pagi
Jarak : 21km & 11km
Yuran : RM30
Tarikh Tutup : 25hb September 2011

MAKLUMAT LANJUT

Tuesday, September 6, 2011

Sahabat Baru CAR

Faridah Haryati Kamarudin (Fieda)
CAR#264
Hanisah Hashim (Nisa)
CAR#265

Ok geng..cam biasa..ayam dara masuk reban..woohoo..ok selamat datang kita ucapkan pada Cik Kak Fieda & Cik Kak Nisa kita..eemm simple je nama timangan korang ekk..senang nak ingat..huhuhu

Cerita org mereka ni baru berjinak2 dlm dunia larian ni..eemm sapala yg berjaya menjinakkan dorg ekk..bagus sungguh org itu..woohoo..takpela lgpun bukan elok jd liar ye tak..hahaha so truskan berlari n berlari ye..jgn pandang belakang lg..pandang depan je..kang pandang belakang surela nampak runners kat belakang kan..apa ingat nampak hantu ke..chett..

Ok terima kasih gak kita ucapkan sebab mereka sudi menambahkan lg saf jemaah wanita kita..takpela nanti next run kita beramah mesra la ye..terima kasih skali lg..sekian

NPC-AmBank-Milo Media Run 2011

Acara : NPC-AmBank-Milo Media Run 2011
Tarikh : 18hb September 2011
Tempat : Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur
Jarak : 5km
Yuran : RM10
Tarikh Tutup : 16hb September 2011

MAKLUMAT LANJUT

Monday, September 5, 2011

Sahabat Baru CAR

Azhar Ismail (Azhar)
CAR#262
Muhaimin Abdul Basher (Min)
CAR#263

Ok geng semua..selamat datang kita ucapkan pada dua orang sahabat baru kita ni..Mr Azhar & Mr Min..bergaya sungguh gambar dorang ni..terserlah bakat pelariannya..fuuhhh bagus2..

Apa2 pun terima kasih kita ucapkan pada mereka sebab mereka sudi nak meramaikan lg jemaah CAR ni..walaupun wajah jarang ketemu..harap pasni dapat ketemu la ye..kita eratkan silaturahim & silaturahman (ada ke) antara kita ye..

Terima kasih skali lg..sekian

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"