EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Friday, June 15, 2012

Aktiviti Kayuhan Ke-14 Jom Kayuh Chap Ayam Fraser Hill - Laporan

Acara: Aktiviti Kayuhan Ke-14 Jom Kayuh Chap Ayam Fraser Hill
Tarikh: 10 June 2012
Tempat: Frazer Hill

Assalamualaikum dan salah sejahtera kpd semua warga2 kayuh jom..kita kembali lagi dgn laporan atau lebih dikenali sebagai karangan darjah 5 hehehe…semua sedia maklum yg kita baru sahaja buat kayuhan kali ke14 ahad lepas 10.6.12 ke Frazer hill..kayuhan yg pada mulanya dijanjikan tayar bergolek jam 730pagi tapi pkul 9 baru nak tergolek2…biasa la janji Aki kiki kan hahahaha….



Kayuhan ke frazer kali ni dihadiri lebih kurang 18org,semua power2 ni..mcm biasa bermula agak lewat iaitu pukul 9pagi,kayuhan bermula dr 7Eleven KKB ke puncak Frazer hill lebih kurang jarak 80km,kayuhan terjah embun pagi bertukar kpd kayuhan terjah bdk hitam sbb matahari dah terpacak kat atas kepala keh3…kayuhan pagi tadi agak meriah sbb ada group kayuh dr sekitar KKb so bertambah ramai pagi tadi,memang best la ramai2 kayuh..kita juga ucapkan selamat dtg kpd kaki kayuh baru kita iaitu cik Fida dido sbb kali pertama join group kayuhjom buat kali pertamanya…pertama kali pun sampai GAP oiii…kuat betul kaki dia tu…tahniah2.kpd abag K kita yg sampai awal ke KKB tahniah jgk,dia pun power jgk..



kayuhan kali ni agak mencabar dr selalu sbb keadaan jln yg bersepah gan batu2,pasir2,pokok2 yg tumbang sbb hujan dimalam sebelum kayuh,kenderaan bertali arus,tetapi Alhamdulillah sbb semuanya selamat sampai ke Gap iaitu water station pertama konon2nya hahaha…water station siap nasi lemak,bihun sup,burger n mcm2 adaaa…yg tak tahan tu siap oder 2pgan nasi lemak,sape ler org tu tah ler hahaha…tu yg power lebih sampai ke JAM tu..selepas sahaja rest dkat Gap lebih kurang 30min kayuhan diteruskan ke puncak Frazer (jam) dr gap lebih kurang 8km ke atas,kayuhan dikepalai oleh otai Yim,Aiman tak kesah,Din,yg lain2 ikut blkang sbb power dh kurenggg…ada yg mintak nyawa di km 6 hahaha….lagi dekat nk sampai lagi mencanak bukit dia,adoiyaiii layan je la slow2..kali ni orenman dpt follow bro Din yg power tu,terima kasih bro Din sbb kasi ikut..setelah perah keringat utk ke puncak akhirnya sampai jugak kami kat menara JAM yg anda sedia maklum,kalu tak bergbr tak sah,so bergambarlah kami beramai2…



Kaki2 kayuh berehat seketika lebih kurang 30min,setelah rehat bergbr sebagainya kami siap2 utk turun ke GAP,kayuhan turun pun bermula…lebih kurang 3,4km pertama kayuhan turun kami diGEMPARkan dgn kemalangan salah seorg kaki besi wanita terunggul kami iaitu cik ERNIza(ehh..ada “za”plak kt blkang..hehe),beliau terjatuh dr basikal sbb terlangar seketul BATU,dan beliau terbabas ditepi jln,luka agak dlm dkt siku beliau,nasib kami baik ketika itu sbb ada Group kayuh siap ada support car tah dr mana oren pun lupa Tanya,dtg beri bantuan,mereka pun otw turun ke Gap ketika itu,setelah dicuci dan dibersihkan oleh pakar jururawat (kah4….)kami iaitu REZAni(ehh..ada nama ‘ni’plak kat blkang hehe)luka beliau dpt dirawat,Alhamdulillah syukran2,tu pun degil nak kayuh lagi..dgn desakan oleh rakan2 akhirnya beliau akur dan naik support car hingga ke KKB...kayuhan kami diteruskan dgn menuruni bukit bukau Frazer ke KKB,kelajuan dlm 20 ke 55kmj(turun laju ler,naik tgkkk..10kmj aje hehehe…)



Sampai sahaja di KKB semua dlm keletihan,kepenatan teramat sgt..ape lagi..serang kedai mamak lerr hehehe…apa2 pun terima kasih kpd semua yg join kayuhan kali ke14 ni..yg sponser air bro Yim n bro Din terima kasih..hilang dahaga kami tadi…kpd Erni,jgn nak cuba serik ikut kami lagi ok..alamak,xsedar la..panjang la plak karangan ni hahaha…akhir sekali kita jumpa dilain kayuhan,kayuhan ke15…kemana?tungguuuuu!!!!....sekian terima kasih semua yg join.wassalam..

Orenman







Ekiden Run - Laporan

Acara: Ekiden Run
Tarikh: 27 June 2012
Tempat: Putrajaya
Jarak:15km

Haa Ekiden dtg lagi, Sedia maklum event ni betembung dgn Hari Sejuta Belia, nah amik ko.....memey la...ramai betol umat belia dtg. Pagi tu kami dtg dgn hati yg penuh dgn bunga2 debaran coz tahun ini ekiden kena fight medal. Memandangkan kami ni sume pelari2 tegar chap ayam...hahaha..tegar la sangat kan....kena la atur strategi. Sebenor2 nye kami ni patut lari kat hadyai tp dek bom yg dah meletop..kebabommmm..kat sana tu maka kami batalkan hasrat kami untuk beraksi di luar negara. huhuhu....

Dalam kul 6 pagi, kami dah terpacak kat precint 3....Ya Allah.....Putrajaya punya la busy...maklumla jutaan Belia berkumpul kat sana....yg pengakap sebuk berkhemah sblh Masjid Mizan...kalau gerai2 jualan ni tak yah cerita la... kalah pasar malam jalan tuanku abdul rahman tu... mak aiii... mmg havoc la kato org kg den... Mana team mate aku lg ni....jgn buat pasal ... mana leh wat One man show masa EKIDEN ni... mula la sebuk call sana call sini...on d wayyyy....hahaha.. jawapan standard tu.... tunggu punye tunggu akhirnya team mate iaitu Napy, Shah, Ijad n Wan sampai... lega dah chek...

Tengok jam dah kul 7....uishh tak leh jadi nie... ape lg...manager kami iaitu bro KADok.. cepat2 cari bus masing2...yeahhhh....berlari2 anak la kami mencari geng bus sekolah yg bakal bawa kami ke station...bukan station bus kat putrajaya tu da.. tp station utk runner tunggu n terima sach.. wah cakap org puteh lak... selempang ratu cantik tu la yg kita pakai masa lari...Bila dah dapat naik bus tu.. rasa lega da.. tiba2 ada pulak satu mamat tu tanya sape runner ke 3 stay dlm bus ni.. ape hal lak... aku kan runner ke 2... turun2 katanye.. aduhhh... ape lg turun la sume runner yg ada dlm bus tu termasuk la chek nie.. Ingat dah leh la lepak tenangkan hati dan fikiran utk berlari sejauh 2.8km je ... adoyaiiii... turun la chek dan cari bus lain....

Untuk starting... chek tak de la kat sana tp bro Kadok ada sana juga... so kul 8 pagi....pelepasan pelari yg pertama sejauh 2.4 km katanye....Masa kat kandang, nampak Ida Maria, Jasni, Nafy,Shahir dan beberapa org lg anak2 ayam yg bakal di lepaskan ...Pang.... bedesup si Jasni lari...tinggal la runner lain kat belakang... Kejor Yob kejor...sume lari mcm kena kejar anjing da... maklum la sume nak cepat sampai... hahaha...mcm2 xpresi muka runner ni kan....lps runner pertama sampai kat station runner ke 2...ada gak yg jalan kaki patah semula ke starting point.. bus ada tp nak tunggu penuh br nak jalan... ape driver tu ingat deme ni nak balik raye ye... dah la letih2 lari...lepas tu nak kena tunggu lagi... so ramai la yg menapak setapak demi setapak ke starting point. perghhhhhh....Boleh dikatakan sume runner jalan kaki semula ke starting point termasuk la chek ni....

Kat finishing mcm kelam kabot cikit... coz masa tu dah ramai org datng ke Putrajaya.. so finisher lari celah2 org ramai la. Ada gak runner yg nak mengiringi last runner ke finishing line tp di halang oleh staff organizer yg bertugas masa tu.. ye la may be sebab keselamatan kut... tp ada kejadian tak diingini berlaku. Ada sorg runner lelaki telah mengalami kemalangan .. dia telah jatuh tersembam ke jalan Tar...tak tau la sb ape..tp teruk gak la...darahhhhhh beb..... Chek pun taktau la nape dah tau mmg tak placing...wat pe la nak lari sampai mcm nak menyembah bumi... kan...kan.... coz SaFETy CoMe FiRsT!!!!!...

Anyway, tahniah pd sume runner yg telah beraksi pada hari 27hb June 2012..tak kira anda berada di mana2 event jua...MALAYSIA, SINGAPORE or THAILAND!!! memeyyyy terbaikkkk la... MaNTopppppp.......


Putrajaya Urban Adventure Challenge - Laporan

Acara:Putrajaya Urban Adventure Challenge
Tarikh: 27 Mei 2012
Tempat: Putrajaya
Jarak: Berbasikal=33km / Berlari=8km / Berenang=100m / Berkayak=1km / Hiking= / Biathlon=3km

Assalamualaikum dan selamat sejaterah kepada semua sahabat sahabat chap ayam runners.

Saya Mohd Noorazwan Bin Abdul rahman ( Azwan Nawzaroon ) di beri kepercayaan oleh tok Ketua Reban tuk membuat laporan tentang Event putrajaya urban adventure challenge (PUAC) .tuk pengetahuan umum rakan2…PUAC nie di anjuran kn julung2 pertama kali nya di putrajaya nie…event nie di organize kn oleh tuah adventure management challenge.

Serba sedikit maklumat tentang PUAC=

Setiap disiplin yang terlibat adalah satu disiplin yang sentiasa dipertandingkan individu tetapi dalam PUAC 2012, kami ingin membuat ia berbeza dan kami telah menggabungkan semua disiplin di bawah satu peristiwa. PUAC 2012 juga telah memperkenalkan Biathlon pasukan yang mana setiap pasukan mesti berjalan dan berbasikal sepanjang laluan bahawa kita mempunyai persediaan untuk disiplin. Di sepanjang laluan, para peserta dibenarkan untuk berbasikal dan berjalan tanpa apa-apa had. Ini adalah untuk memastikan kerjasama semua ahli pasukan yang telah ditubuhkan dan mereka perlukan untuk membantu dan menyokong antara satu sama lain untuk menyelesaikan tugas.

PUAC 2012 adalah perlumbaan pengembaraan pertama yang akan diadakan di Putrajaya. PUAC 2012 akan menjadi bendera-off di Taman Putra Perdana Putrajaya dan akan melalui beberapa kawasan pusat pemeriksaan yang telah disediakan. Kawasan pusat pemeriksaan yang terlibat adalah taman rekreasi yang dibangunkan oleh Perbadanan Putrajaya dan kawasan yang terlibat adalah Taman Botani Putrajaya, Taman Saujana Hijau, Taman Rekreasi Air Wetland dan Kelab Tasik Putrajaya. Dengan kerjasama dengan Perbadanan Putrajaya, PUAC 2012 secara tidak langsung akan memperkenalkan taman-taman rekreasi di sekitar Putrajaya untuk peserta di seluruh negara dan memperkenalkan Putrajaya sebagai bandar yang paling sesuai untuk aktiviti rekreasi.

Event nie m’limit kn hanya 200 team sahaja berdaftar tuk 4kategory y di pertandingan. Iaitu :-
1) Category men open
2) Category mix
3) Category university /media
4) Category novice ( putrajaya)

Dalam PUAC nie kitaorg di suru buat 6 benda , .

1. Berbasikal=33km
2. Berlari=8km
3. Berenang=100m
4. Berkayak=1km
5. Hiking=
6. Biathlon=3km
Ini adalah event urban adventure challenge yang pertama y sy ikuti. Event nie start nya kul 8pagi mcm tuh. Di mn sblm waktu para perserta dilepaskan ,kesemua peserta di minta tuk m’hantar sendiri beskal masing2 ke tpt cek point kedua di taman botani….adoiiii awal2 pagi da warming up ms antar beskal da la kene kayuh sendiri pastu blk tuh kene jog la skit dlm beberape ratus meter….( la sgt kn )

Event nie peserta di sarakan membawa air sendiri atau hydration beg di sebabkan pihak penganjur hanya menyediakan hanya satu water station di area taman saujana hijau di bahagian hiking.perhhhh dgr2 jew trus cuak sb mesti seksa nie kompom2…abis la lemak2 comey nie ^____________^

Untuk maklumat y baru tentang PUAC, para perserta di minta memakai helmet beskal sepanjang perlumbaan dr mula smp abis…adoi rimas2……

Start2 jew event kita org berlari sejauh 8km kea rah taman botani untuk ke check point beskal y seterusnya…mak aiii lari rasa mcm jauh giler ms tuh…tp tahan jew gn harapan cpt la smp kt beskal leh rilek2 kayuh …lari pon adoiii ingat flat jew tgk2 naik trun bukit da….dan paling mgerikan ms tuh tgk ada team mix y kene towing oleh partner adoiii kecian nya muka ada y mcm nk nagis da tgk…sb xlarat kene tarik partner y laju2….nasib bukan sy y kene tarik …kang xterjalan hahaaha

Selepas beberape lama berlari ala2 hamster lapaq….akhirnya smp ga kt tpt beskal dan bermula la kayuhan …. Dlm event nie beskal y di pakai adalah MTB dan kene pakai tayar besar tuh sb jln hamper semua offroad…batu2 byk ….dan ada separuh tuh xleh kayuh kene angkat atau tolak beskal…dan pengalaman paling best sy buat wekang akibat penuh konpidem nk lalu titi jln kecik y berbatu2…rasa2 nya sape y join event PUAC mesti tau jln nie…..

Selepas beskal pla…kene lari skit pi tepi tasik kna berenang pla…tp nasib xjauh dlm anggaran 50m rasanya..tp kna pakai lifejacket …pas berenang trus lari semula ke tpt beskal n kayuh ke arah tempat nk berkayak….dan selepas kayak pla acara last skali Biathlon iaitu satu kne lari n satu pla kayuh smp la ke finishing line sm2….Pengalaman paling xleh lupe dan rasa2 nya semua y join event nie akan ingat iaitu acara hiking….sb byk gile nk kna naik tpt2 tinggi dan trun tangga y curam …ada sesat ms hiking akibat terlepas pandang hiking tanda2 jln dan kurang crew y jaga tpt hiking tuh……

selepas da settle harungi liku2 azab hiking tuh kita org kna kayuh blk tuk ke tpt swim Perrrhhh!!!!! Ms swim tuh la antara tpt paling best dan di tunggu2 oleh para perserta semua sb sejuk lepas berpanas lama ….nikmat sgt2 smp rasa xnk naik2 da kt darat hahahaha……….swim pla kami disuru berenang berganti2 .mula2 sorg pi swim dlu smp tgh tasik touch pelampung bulat tuh then blk ke darat ber partner sorg lg msk…swim semua peserta di arah memakai lifejacket….

Selepas tuh pla kitaorg kene berkayak dlm 1km pusing tasik putrajaya tuh dan akhirnya benda last y di tunggu2 oleh semua peserta iaitu biathlon kerna tuh ada lah tanda last benda nk di buat then selesai semua seksa hahahaa……….

Akhir nya team sy dan partner sy afiq zulkifli mendapat tpt ke-10 dlm category university , team redz ismail dan partner nya dayat no -9 dlm category novice dan team rozmi yunus dan puteri nabiilah no 6 dlm mix category serta team Liyana dan pasangan dia pon podium gat p xingat no brape hehehe…..maaf if ada y sy xmsk kn kt sni sb xknal sgt sowie2 ….ampun kn daku~~~~~

Akhir nya selesai la semua nya ..dan syukur kami semua selamat menghabiskan race dgn selamat dan membawa medal dan wang tunai heheh $$$$$ tq As’slm…. –my 2cents

Hatyai International Marathon - Laporan

Acara: Hatyai International Marathon (6th)
Tarikh: 27 Mei 2012
Tempat: Stadium Jiranakorn Hatyai, Thailand
Jarak: 42km / 13km
Masa: 3.30 pagi (waktu tempatan)

Catatan Masa Rakan2 CAR
M16-29
4:37:55 Mohamad Azan (tahniah, podium!!) - position 11
4:56:35 Omar Khalif (tahniah, podium!!) - position 15
5:13:14 Mohamad Azrul Adnan (1st FM) - position 17

M30-34
5:01:29 Syed Jay - position 19
6:14:40 Amirul Asraff (1st FM) - position 25

M35-39
3:26:34 Rozmi Yunus (tahniah, podium!!) - position 7
3:39:30 Abdul Azri (tahniah, podium!!) - position 11
3:54:15 Azrul Hisham (tahniah, podium!!) - position 15
4:10:05 Zul Hassan - position 20
4:37:54 Ahmad Hadafi - position 26
5:13:14 Mohd Zuki - position 37
5:24:37 Khairol Faisal - position 38
5:55:33 Irwan Anuar - position 39
7:01:37 Ahmad Farid Ellias - position 41

M40-44
3:57:15 Azlan Aiman (tahniah, podium!!) - position 12
4:14:46 Yim Heng Fatt - position 20
5:44:25 Gergoris Gedua Azman - position 39

M45-49
5:28:17 Zainudin Kadir (1st FM) - position 36
5:53:29 Ahmad Bahauddin Tawang - position 41

M50-54
6:25:51 Rustam Affandi Zaihan - position 41

F16-29
6:14:46 Nor Aini Abu Kasim - position 6

F30-39
5:24:38 Suzanna Ibrahim (1st FM & tahniah, podium!!) - position 6
5:24:31 Suhailywati Ramli (tahniah, podium!!) - position 7
5:31:31 Erniwati Mohd Arip - position 8
6:25:51 Robiyatulmunawarah Md Arif - position 10

F40-39
7:01:37 Idaizumi Othman - position 14


13km
1:07:55 Kamarul Faizal - position 28
1:20:17 Tajaruddin Jasi - position 49
1:38:06 Norasikin Suboh - position 17
1:39:21 Acacia Mardiana Binti Daud - position 18
1:40:50 Fatin Najihah Binti Tajaruddin - position 20
1:46:56 Azalea Mardiana Binti Daud - position 21


Laporan disediakan oleh Cik Ruby

Dalam semua orang merasa was-was untuk datang ke Hatyai bagi menyertai acara ini akibat daripada kejadian bom yang berlaku di sana, kumpulan kami masih meneruskan perancangan untuk menyertai acara larian yang dianjurkan buat kali ke-6 ini. Terima kasih tak terhingga kepada ABDUL AZRI (mantan KR) dan LILY yang bertungkus-lumus memastikan trip ke Hatyai ini berjaya dengan segala perancangan dan persiapan yang mereka lakukan. Lebih daripada 30 orang yang menyertai trip ini samaada dari Chap Ayam Runners sendiri atau tidak. Tahniah kepada semua yang telah menamatkan larian mereka tidak kira bagi kategori 13km atau 42km. Saya juga amat berbangga kerana ramai daripada mereka telah naik podium dan menyemarakkan lagi slogan MALAYSIA BOLEH!!

Thursday, June 7, 2012

Sundown Marathon 2012 - Laporan

Acara: Sundown Marathon 2012
Tarikh: 26.05.2012
Masa: 10.30am
Tempat: Nicoll Highway, Singapore
Jarak: 10km, 21km, 42km

Tanggal 26 May 2012 saya Fieda Dida telah bertolak dari Seremban menuju ke Jb tepat (sebenarnya tak tepat sangat la pun) pada pukul 9:30 pg di Terminal One. Kerana apa saya ke Jb itu?..jeng greng greng..semuanya adalah kerana gara-gara untuk menyertai event Sundown Marathon Singapore 2012. Ini merupakan event pertama saya berlari di luar negara dan juga merupakan event pertama saya untuk membuat Full Marathon. Debaran yang dirasakan toksah cakap la berdup dap dup dap. Plus mata yang tetiba sakit plak.adoii time macam ni la dia nak merah. Mood masa tu dh bercampur baur nak teruskan misi ini atau lupakan sahaja sebab takut ia memberi kesan pada mata saya. TAPI! dengan azam yang kuat didorong pula dengan sokongan kawan-kawan dan keluarga saya pergi juga untuk menyahut cabaran ini.yihaaaaa…

Saya tiba di JB lebih kurang pukul 2 petang di stesen bas Larkin dan berhenti makan jap sebelum masuk ke Singapura dengan menaiki bas sehingga ke MRT Kranji.

Setibanya di MRT Kranji saya meneruskan perjalanan ke Jurong East dan bertukar pula ke Paya Lebar dan akhir sekali ke Nicoll Highway.

Tapak event tu betul-betul berhadapan dengan stesen MRT Nicoll Highway. Jadi sangat mudah bagi mereka untuk dating?..eh bukan untuk datang kesini dengan menaiki MRT. Setibanya saya di Nicoll Highway kelihatan crew2 telah berada di tapak event untuk memasang lampu, banner, stage dan khemah. Ada juga volunteer yang sedang diberi briefing tentang tugas yang akan mereka lakukan pada malam nanti. Ok setelah selesai saya melihat keadaan disekitar event, saya pun menuju ke tempat penginapan saya iaitu Superb Hotel yang terletak tidak jauh dari tempat event. Saya berehat antara 2 – 3 jam sebelum larian bermula. Hati toksah cita la takot..ketaq lutot noo. Tapi rasa tak sabar dah nak lari ni..fuhhh.

Tepat pukul 10 malam, saya bergerak ke tempat event dengan diiringi doa semoga segalanya diberkati dan sentiasa dilindungi. Larian bermula dengan kategori 10km pada pukul 10.30 malam dan kelihatan begitu meriah sekali. Event ini dianggarkan lebih kurang 70,000 runners yang menyertainya. Ramai gak tu. Selain itu, event ini juga telah mengasingkan runners’ yg target akan menghabiskan larian dalam masa 2jam, 3-4 jam, 5-6 jam dan 7-8 jam. So sape yang rasa akan habis pada masa 2 jam akan berada dihadapan dan seterusnya runners yang akan sampai pada 3-4 jam dan seterusnya. Tepat jam pukul 1 pagi, runners 21km dan 42km dilepaskan. Di setiap 3km ada disediakan water station yang menyediakan air mineral dan 100 plus. Di sini ada sedikit kelemahan iaitu jalan yang di sediakan untuk runners sangatlah kecil dan sempit. Apabila 21km dan 42km dilepaskan serentak so jalan yang dilalui sangat lah padat, sesak, dan crowded sehinggakan runner’s terpaksa berjalan atau menyelit kat celah-celah untuk ke depan. Situasi sebegini membuatkan masa terbuang macam tu sahaja. Ini betul-betul merugikan masa. Ada route yang sangat ‘cool’ iaitu berlari di tepi shopping complex..haha..ada runners yang sempat lagi masuk kat dalam shopping complex untuk mendapat kan air cond. huhuhu.selain itu kami ada juga lalu kat tepi pantai, kat taman dan juga tasik. haha..tapi sangat la enjoy sebab dapat diberi peluang untuk melihat pemandangan di Singapore.

Di kilometer ke 16, tiba-tiba ribut melanda. Ohh My..dalam fikiran ini hanya terpikir macamana kalau hujan, perjalanan masih jauh, larian perlu diteruskan, nak patah balik pun tak guna juga sebab dah jauh. So nak tak nak larian perlu diteruskan tanpa menyerah kalah.

Di km-16 lah runners 21km dan 42km dipisahkan. Runners 42km meneruskan perjalanan ke laluan pantai yang sangat lah jauhhhhhhhhhh haa kan macam tu la jauhnya sehinggakan xtahu bila nak patah balik. Masa ini lah hujan turun dengan lebatnya. Kasut, baju toksah cete la basah lencun habis. Sangat la mental kalau berlari dalam hujan sebab kasut dah jadi berat dan kaki pun da mula sakit Tapi semangat untuk menghabiskan larian ni tetap ada so saya teruskan berlari dan tidak berputus asa. So saya mengambil keputusan untuk berjalan sekejap sekejap untuk meredakan kesakitan. Kelihatan ada runners yang berhenti untuk berteduh di bawah bumbung kerana tidak tahan kesejukkan. Memang mental bila berlari dalam hujan. Tetapi semangat yang kuat di dalam diri tidak langsung mematahkan semangat untuk kami meneruskan larian ini. Lari di tepi pantai pun dah ambik lebih kurang 20km..mak aih..route yang sangat panjang dan sangat lah bosan. Disebabkan kekurangan crew yang menjaga di hujung route, ada runners yang lari separuh sahaja kerana tiada penjagaan crew di hujung jalan. Mungkin disebabkan hujan yang sangat lebat dan route yang sangat bosan membuatkan diorang malas lagi nak meneruskan larian. Tapi bak kata omputih tak fair lah kalau buat macam tu. Orang lain bersusah payah habiskan larian sampai hujung sanun dia pulak senang2 nak cut jalan. Hmm. Itu terpulang pada hak masing-masing.

Setelah hampir 3 jam hujan pun berhenti.syukur alhamdulillah.runners tetap meneruskan larian.keluar dari kawasan pantai dalam km-36 jadinya ada lagi 6km yang perlu kami tempuh. Ada yang dah tak larat nak lari, ada yang berhenti sekejap dan meneruskan larian. Kaki dah sakit tapi dengan semangat yang ada sy teruskan larian dengan berlari perlahan.Alhamdulillah dengan berkat dan usaha akhirnya berjaya juga saya sampai di garisan penamat.syukur alhamdulillah. Kenangan berlari dalam hujan memang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Saya dah rasai 42km,ANDA bila lagi??hehehe..

Thursday, May 24, 2012

Trip Broga & Gunung Tok Wan - Laporan Chap Ayam Hutan

Acara: Trip Broga & Gunung Tok Wan
Tarikh: 24 Mac 2012
Tempat: Bukit Broga dan Gunung Tok Wan, Semenyih, Selangor
Masa: 6pg

Senarai nama yang mengikuti trip ini :

Robiyatulmunawarah Md Arif (CAR69) – ketua Chap Ayam Hutan
Zas Ibrahim (CAR71) – Penolong Chap Ayam Hutan
Wan Noor Mahirah (CAR44)
Razis Rahim (CAR89)
Siti Nur Aisyah Norden (CAR96)
Afif Badroddin (CAR82)
Adik Afif Badroddin (belum CAR)
Ida Maria (CAR166)
Kawan Ida Maria 1 (belum CAR)
Kawan Ida Maria 2 (belum CAR)
Kawan Ida Maria 3 (belum CAR)
Shafiq Nik Azman (belum CAR)
Zulkiflee Zainal (belum CAR)
Arman Arshad (belum CAR)
Zainudin Kadir (CAR 285)
Sharifah Noordaryanti Syed Abdul Aziz (belum CAR)
Amirul Asraff (belum CAR)
Idot Da Da (CAR251)
Mohd Shazly (CAR170)

Pertama kali teman mohon ampun & maaf pada peminat-peminat blog CAR atas kelewatan laporan trip ni untuk dipostkan di sini. Atas insiden-insiden yang tak disengajakan, maka teman tanpa segan atau silu mengajak anda semua menghayati laporan aktiviti yang dah berkurun lamanya tersimpan dalam pc teman. Jom kite layan…….

Lama rasanye teman sesat tak balik reban ni.. Asyik jadi volunteer aje badan pon dah naik (tapi itu memang misi teman untuk naikkan berat badan kepada 46kg). Lama tak perah peluh, badan dah takde bau taik ayam.. dulu kalau bau busuk masam ni nikmatnye tak terperi! Hehe.. Taji pon dah tumpul, nak kena asah ni.. baru sedap nak merempit! Kaki dah gatal2 almaklum ler lama bebenor rasanye teman tak lari.. hampir 4 purnama lamanye! Wow!!


Tapi tu lah peram kaki sampai 4 bulan, berat badan teman tak naik2 jugak! Rasenye naik kat ‘drumstik’ je kot.. hihi..ok lah tak nak merapu bagai, teman pon dah pulang ke pangkal jalan ni, ate teman nak tanye mengkome-mengkome sekalian yang bijak laksana kamus Besta, Ayam kalau masuk hutan jadi ape? Cer teka…. 10 sekens… 10..9..8..7..6..5..4..3..2..1…teeetttt!! ok mase dah time.. ape? Ayam tu sesat? Kahkahkah salah! Jawapannye.. ayam kalau masuk hutan jadi ayam hutan ler.. apeda tu pn tak tau ke? Ayam kalau balik reban jadi reban ayam, ayam kalau masak kari jadilah kari ayam.. ade mengkome semua dengar ayam kalau masak kari jadi Ayamas atau jadi ayam 3 rase? Wow!! Kalau ade bgtau teman nak cube.. Hahaha aduii lapor pulak..

Ok berbalik pada cerite Ayam Hutan ni, pada 24 Mac 2012 (Sabtu) yang lalu, **punya lah lama citer ni kena peram** CAR sayap Ayam Hutan telah mengadakan satu aktiviti “berkokok” di Bukit Broga & Gunung Tok Wan, Semenyih. Wow!! Panjat skali dua tau.. hebat.. hebat.. Rombongan dianggotai oleh 19org otai2 gunung (kecuali teman pasal teman beginner lagi.. hihi). Di ketuai oleh saudari Robiyatulmunawarrah (CAR69) merangkap ketua Chap Ayam Hutan & dibantu oleh saudara Zas Ibrahim (CAR 71). Wow!! Bukan calang2 kaki gunung ni.. untuk pengetahuan mengkome semua, ini merupakan projek pertama Chap Ayam Hutan pada tahun ini.


Seperti yang dijanjikan meetpoint kite adalah di stesen Petronas Jalan Semenyih pada pukul 06:00 pagi. Teman ni yang sebenornye dapat tido 3jam je! Malam tu pegi hill training, badan letih tak hilang lagi pukul 3pagi dah bangun pasal takut terlepas nak tengok Sunrise. Jarak perjalanan dari KL ke Semenyih ni kira-kira dalam sejam jugak la.. Wow!! Pukul 5pagi teman dah terpacak kat Petronas tu tapi kelibat geng2 yang lain tak nampak la pulak.. hmm awal lagi kot.. so teman pon amik peluang untuk sambung tido balik.. dah nama pon trip ayam hutan jadi tido2 ayam la.. kang terlelap betul2 bukak mate bukan nampak sunrise lagi dah tapi nampak sunset! Haha kan naya tu… Jam beganjak ke angka 6 pagi, kami sepakat meneruskan perjalanan tanpa penolong ketua Chap Ayam Hutan, saudara Zas Ibrahim yang tak dapat dikesan pada waktu itu. Setibanya di kaki bukit Broga sudah kelihatan berduyun-duyun manusia kat kaki bukit tu. Tua, muda, kecik, besor semua ada.. malah tak kurang juga mereka2 yang membawa binatang peliharaan mendaki sama. Errmm dalam hati teman pon berkata “ ade yang balik nanti kena mandi air tanah ni”. hehee.. Tepat jam 07:00 pagi dengan langkah kanan serta kalimah Bismillahirrahmanirrahim, kami memulakan pendakian. Mana yang super speed tu sah2 la dah kedepan. Bukak enjin turbo masing2 bedesup bukan main! Teman yang enjin ‘waksegan’ macam siput ni, slow2 je la merangkak naik bukit tu. Bila dah ramai sangat orang mula lah teman jadi rimas. Kalau tengok dari jauh seolah-olah semut hurung gula je! Ade yang nak turun, ade yang nak naik. Hadoii… matahari pun dah menampak kan wajahnye di celah2 bukit nun jauh disana.. tak sempat la nak tengok sunrise. Huhu..


Time cuaca panas ni la rase macam berat je kaki nak angkat. Hmm tu lah akibatnye lama sangat peram kaki. Bak kate org N9 - Nak monyosal pon tak guno eiihh! Naik, punya naik, punya naik, akhirnya sampai lah dipuncak Bukit Broga dengan catatan masa 45min ( itu timing otai2 ye.. timing teman macam hampeh! Huhu). Alangkah terkujatnye teman bila melihat keadaan sekeliling puncak broga tu yang kotor dengan sampah sarap. Hmm disini teman nak sampaikan nasihat pada kawan CAR, kalau pergi hiking TOLONG JANGAN TINGGALKAN SAMPAH SARAP yang mengkome sume bawak. Kutip la bawak turun. Bukan berat pun stakat plastik roti, cekedis (org johor panggil jajan), botol2 & tin2 minuman yang dah kosong tu.. kalau ada sisa2 makanan yang tak habis tanam lah. Cintailah alam sekitar kita. Kalau bukan kita siapa lagi? Ini bila teman nak hirup udara segar dah bau macam kentut je! Tak jadi nak sedut udara.. hadoii.. sedih! Credit untuk para peserta kita yang rajin kutip serta membawa turun sampah2 tu.. u did a good job guys.. Thumbs up!! Sementara tunggu kawan2 yang lain sampai, apa lagi masing2 jadi fotogedik la.. bukan fotogenik nih.. asik2 muka yang sama je kat atas batu tu.. tak bagi peluang kat orang lain langsung hehee.. jangan marah! Tunggu, punya tunggu, punya tunggu, member kiter lagi 7 org tak muncul-muncul. Rupenye mereka nak naik sampai 2nd peak Broga je. Jadi yang lagi 10 org ni meneruskan pendakian ke Gunung Tok Wan. Tanpa buang masa, pukul 08:15 pagi kami begerak dengan bantuan tunjuk arah oleh saudara Arman Arshad yang memang dah pro dengan selok belok Gunung Tok Wan ni. Siap bagi pesanan hati-hati bila berlari takut tersepak sarang tebuan tanah sebab beliau penah kena! Dalam hati teman “alamak kena lari ke nih? Habislah aku” glurpp! (telan air liur). Sepanjang perjalanan mendaki ape yang teman boleh katakan, kira Gunung Tok Wan ni masih suci dalam debu lagi la. Mana tak nye segala atuk nenek nyamuk semua ada.. sedapnye dapat darah free ye cik nyamuk! Selalunye kite dengar kalu panjat gunung ada pacat, ini tidak dah ganti ngan nyamuk. Tapi teman tak pasti lah kalau teman sorang je yang kena gigit dek nyamuk, sebab otai2 kite yang didepan tu semua dah bedesup hilang!


Nasib baik la ada bro Zulkiflee Zainal yang penuh sabar jadi sweeper dibelakang teman. Sadis betul kena tinggal! Nak tau hebat ke tak hebat otai2 kite ni, dari jauh teman dah dengar suara mereka tapi makin teman cepatkan langkah, kelibat mereka tak nampak-nampak pun! Perggh dasat.. ilmu apa depa pakai ni? hmm rasa nak nangis pun ada bila tengok bukit tinggi mencanak-canak, gedebak gedebuk naik! nafas pun dah berbunyi macam kobau diselang-selikan dengan bunyi cengkerik menyanyi2 seperti mengejek teman sebab kena tinggal! Huhu..Badan letih, perut lapor, mata mengantuk ya amat rasa dah nampak bantal ngan tilam je time tu… Huuuaaaaa… makk nak balik!! Sambil berborak2 dengan bro Zul, akhirnya sampai jua kami di puncak Gunung Tok Wan pada pukul 09:40pagi (kira2 1jam 25min tapi tu timing otai2 la, timing teman macam biasalah hampeh, hampas kelapa, hampagas la, semua yang ada ham ham tu teman la.. huhu). Lega rasanye dapat menghirup udara segar & dingin di puncak gunung. Kali ni takde bau kentut okay! Sebab kat atas tu bersih takde sampah pon... siap ade kerusi lagi.. kelas kau Maria! Haha.. Ade pulak sekumpulan hikers ni siap tido bagai. Hah tido? Hmm teman apa lagi sandar pada pokok, letak kepala atas lutut,,, krroohhh..krrohhh.. hihi dapat lah lena sekejap! Sementara kawan2 yang lain tu tengah makan, barulah muncul penolong Chap Ayam Hutan, bro Zas diikuti dengan bro Razis Rahim (CAR 89) dengan langkah penuh bergaya tersengih-sengih. Kata bro Zas, dia terbabas tido & mohon maaf pada semua yang menunggu dia. Hehee.. tak da hal la bro janji selamat sampai ye! Laju tak laju dorang berdua ni korang bayangkan lah sempat sampai puncak Tok Wan sebelum kami semua turun.. pergghhh ini enjin kompom v-tec cucuk NOS skali.. mantop!


Macam biasa sebelum turun mesti nak ada gambor kenang-kenangan dulu.. dengan bangganye kami semua telah berjaya mengibarkan bendera CAR kesayangan kite di puncak Gunung Tok Wan buat pertama kalinye! Fuyohh terpancor jelas kepuasan terserlah di wajah masing-masing.. hehe.. bravooo!! Wow!! Tepat jam 10:35pagi kami semua beredar turun meninggalkan puncak Tok Wan. Hmm macam biasa lah, teman yang paling last skali! Kelompok depan berlumba-lumba untuk membuat catatan masa terbaik (Personal Best). Pada mulanye 1 kelompok je, dipertengahan jalan ketua Chap Ayam Hutan kite buat ‘breakaway’..(chewahh macam main beskal pulak ye.. hihi) maka terjadilah 2 kelompok, yang di depan dikenali sebagai peloton ‘super speed’ dimana pelumba-pelumba Ayam Hutan terdiri daripada Arman, Zas, Amirul, bro Zainudin, Razis, Shazly, Shafiq, Ruby, Mahi, & Yanti. Manakala kelompok kedua atau lebih dikenali sebagai tompok tompok taik ayam, tak lain tak bukan sapa lagi kalu bukan teman seorang! Huhu.. Bro Zulkiflee tu sweeper je kalau ikotkan pace dia pun macam otai2 yang lain… Kelompok ‘super speed’ berjaya merekod waktu 50minit sahaja untuk turun daripada Gunung Tok Wan sehingga ke puncak Broga, manakala teman menyusul 5minit kemudian. Itupun separuh napas ku pergi! Hadoii letih… kami semua sempat singgah main buai lagi.. hehe.. sebagai reward kerana masing-masing berjaya buat PB, bro Arman kite dengan murah hati belanja air kelapa sawit sorang sebijik! Eh eh kelapa sawit pulak peginye.. silap2.. air kelapa muda.. sapa minum kompom muda! Hehe.. Pergghhh lega dapat teguk air kelapa + ais.. dengan isinye yang lembut.. gluurpp (telan air liur) alamak kecur air liur bila teringat! Huhu. Apa-apa pun terima kasih bro Arman, semoga panjang usia & murah rezeki.. amin..


Matahari pun dah meninggi, masing-masing dah letih ade yang sampai tertido bawah pokok kelapa sawit.. kesian.. hehe.. tepat pukul 12:35 kami semua bersurai ke destinasi masing-masing. Ade yang balik rumah, ade yang mentekedarah, ade yang pegi mandi kat sungai Tekala. Hmm teman pon dah letih, balik tu pekena nasi beriani Anje kt sec15 Bandar Baru Bangi.. wow!! memang terbaek der! Gluurpp (telan air liur) aduhh lapor pulak bila teringat! Ok sampai disini saje laporan dari teman, Insya’Allah bila ada waktu terluang Chap Ayam Hutan pasti buat trip panjat gunung lagi. Dan teman pasti membuat perhitungan sekali lagi dengan kak Ruby & kak Yanti sebab ‘sayur’ teman macam kangkung goring belacan je! Tunggu… teman nak repeat balik.. tak puas hati ni! hahaha.. Teman mohon ampun & maaf andai ada tersalah laporan ye. Akhir kalam, terima kasih daun keladi, kalau dah gatal macam keladi, moh kite panjat memanjat lagi! Eh.. eh.. berpantun pulak dah… hehe.. adios!

Laporan disediakan oleh AYAM KUDUT

Race Against Time - Run for Life, Kuching – Laporan


Event: Race Against Time - Run For Life 2012
Date: 19th May 2012, Saturday
Venue: Pullman Hotel & Resort, Kuching, Sarawak
Distance: 7km

Saya Azrul Adnan (CAR254) ditugaskan untuk membuat laporan event kali ni. Race Against Time - Run For Life 2012 dianjurkan oleh Malaysian Society of Transplantation. Sebab utama race ini diadakan adalah bertujuan untuk mengumpul para penderma organ. Untuk pengetahuan, Malaysia adalah antara negara yang masih kekurangan penderma organ. Setakat ini, terdapat hanya 366 penderma organ di negara ini yang telah mati. Sementara itu, di Malaysia, lebih daripada 14,000 orang dalam senarai menunggu untuk pemindahan organ.


Ini adalah kali kedua saya menyertai event larian seumpama ini selepas World Kidney Day pada 4th March lalu. Seramai 500peserta yang mengambil bahagian pada kali ini. Race kali ini tidak dirancang seperti race-race sebelumnya, hanya kebetulan saya ke Kuching pada minggu lepas. Jadi, bila saya tahu ada larian akan diadakan di sana saya tidak melepaskan peluang yang ada. Kali pertama berlari di Sarawak adalah satu kelebihan daripada biasa yang pernah saya lakukan.


Dari Kuala Lumpur saya terbang ke Kuching untuk melancong pada asalnya berubah kepada misi larian 7km. Memulakan larian tepat jam 6.45pagi, dilepaskan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Dr Jerip Susil. Sedikit rushing sebulum memulakan larian kerana saya sampai di tempat permulaan hanya kurang 10minit dari flag off. Setelah siap menyalin pakaian, saya tercari-cari tempat untuk menyimpan bag. Oleh kerana event kali ini bukan skala besar, tiada tempat menyimpan beg disediakan. Terpaksalah saya mengambil risiko menyimpan beg di belakang pentas.


Apabila ‘pistol’ ditembak, semua peserta mula berlari. Mungkin kerana tidak sempat membuat stretching, saya mula berlari dengan ankle yang sakit sehingga penamat. Semasa berlari, saya terserempak dengan salah seorang ahli Chap Ayam Runners jugak! Rupanya saya tidak keseorangan.

Inilah orangnya..hehe bersama Dr Rafidah Abdullah, one of committee from Malaysian Society of Transplantation

Congrats Dr Rafidah Abdullah(CAR30) - 1st Runner Up for Female Veteran

Berlari di Bandar Kuching memang seronok! Di sana semua sedia maklum, matahari lebih awal muncul di negeri Sabah dan Sarawak. Tak hairan lah bila race di sana dah habis, race di semenanjung baru nak mula :O BUT! Diingatkan satu perkara yang amat mustahak kepada mereka yang ingin berlari di Bandar Kuching pada masa akan datang! Berhati-hatilah dengan Anjing disana, di sekitar Bandar Kuching sangat banyak Anjing. Kuat menyalak dan agak liar jika tidak bertuan! Route race di Kuching boleh tahan, sebabnya banyak jugak bukitnya walaupun berlari keliling bandar. Walaupun berbagai halangan, alhamdulilah saya dapat juga menghabiskan larian 7km dalam masa 39minit.

Men Open : 7km : 39minit


Saya berharap semua pelari dapat membantu kerajaan dan seterusnya dapat menjadi penderma organ di Malaysia. Kerana mungkin dengan bantuan anda dapat menyelamatkan nyawa ramai manusia. Sekian dari saya CAR254.

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"