EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Sunday, February 20, 2011

Terminologi Larian - Info



Haa ... post yg ni berlainan skit dr post2 yg lain. Ye la, asyik letak post pasal register larian dan laporan larian jek ... skali skala tu nk la jugak post2 berupa informasi cam ni. Utk post pertama ni, kita target pada beginners dulu. Jadi istilah2 di bawah adalah perkataan2 yg wajib diketahui kalo korang nk bergelar runners. Sebelum kita pandai, kita tak pandai ... sebelum kita tau, kita tak tau ... ye tak?


Istilah #1: Marathon
Larian yg berjarak 42.195km. Kalo kurang dr 42.195km, ia tidaklah boleh dipanggil Marathon. Jarak ini bersamaan dgn 26.2 batu (miles) mengikut unit ukuran di mana sukan marathon ini berasal - Athens. Sukan ini mula diperkenalkan semasa Sukan Olimpik 1896 di Athens. Marathon juga merupakan sebuah bandar di Greece. Mengikut sejarahnya dr beberapa sumber, semasa peperangan antara Greek dan Parsi, seorg askar Greek bernama Pheidippides telah berlari dr bandar Marathon ini ke Athens utk menyampaikan utusan bahawa askar Parsi telah kalah. Dikatakan askar Greek tersebut telah berlari sepanjang jarak 40km**. Sebaik sahaja utusan tersebut disampaikan, askar tersebut jatuh pengsan dan mati! Jd, marathon dianggap sebagai sukan ekstrem di mana kalo korang leh khatam jarak ni, korang mmg power giler la!

(** ye, 40km tu kurang dr jarak marathon sebenar. Ada citer di sebaliknya, tp panjang lebo ... kalo nk tau gak, len kali je la sy citer ye)


Istilah #2: PR/PB
Personal Record atau Personal Best. Kedua2 nya membawa maksud yg serupa. Maksudnya timing paling power korang leh buat utk jarak tertentu. PR/PB ni rekod masing2. Ada org PR marathon 4 jam. Ada org PR marathon 7 jam. Dan selalunya, bila dh buat sesuatu jarak tu (half-marathon atau marathon atau 10k), kita akan cuba dptkn PR/PB. Maksudnya dptkn timing yg lebih baik dr sebelumnya, contohnya org yg PR marathon 7 jam tu, kalo dpt siapkan marathon len kali dlm 6jam 59min ... PR la!


Istilah #3: Carbo-loading
Part yg paling menyeronokkan dalam kehidupan seseorg pelari tu. Sbb leh melantak byk2 utk dijadikan bekalan glycogen yg bakal dibakar semasa larian. Tp slalunya carbo-loading ni sesuai utk jarak 21km ke atas. Jarak yg lebih skit dr tu makan cam biasa pun ok, takyah carbo-loading2 ni. Namun, andaikata tiada larian berjarak 21km ke atas dlm masa terdekat, tp korang melantak gak … tu dh bukan carbo-loading namanya, tu dh jd mentekedarah. Hati-hati ye … hehe


Istilah #4: Flag-off Masa pelari2 dilepaskan dr kandang atau dr belakang garisan permulaan. Tak kira la kalo diorg pakai bende lain utk melepaskan org, contohnya: horn atau pistol, ia tetap dipanggil ‘flag-off’ dan tidak pula bertukar menjadi ‘horn-off’ ataupun ‘pistol-off’.


Istilah #5: Cut-off Time
Masa yg diberi kepada pelari2 utk menghabiskan sebarang acara larian. Selalunya cut-off ni diberi utk acara yg melebihi 10km dan ke atas. Ini untuk menggalakkan pelari2 mengambil acara larian secara serius dan tidak pula melenggang kangkong gaya kak limah balik umah. Ye la, kalo dh lari tu berkm-km, mesti la penat, dan semestinya ada yg slow dan ada yg laju. Abih kalo yg slow ni slow sgt sampai pagi besok br nk sampai (kecuali acara ultramarathon, harap maklum), jenuh la penganjur nk tgu, ye tak? Tapi selalunya, (selalunya la, kalo penganjur tu x berhati perut lain lak citer), masa yg diberikan cukup utk semua pelari menghabiskan larian dgn selamat.


Istilah #6: LSD
Long Slow Distance atau dalam bahasa Melayu, 'Jarak Perlahan Panjang' (direct translation). LSD ni sangat bagus utk melatih kaki bertahan dlm larian yg mengambil masa yg panjang. Kalo x buat LSD ni, nnti ada yg masa acara tu nnti, kejap2 korang nk duduk, kejap2 korang nk stop. Takpun kejap2 rasa nk balik tido. Walaupun LSD ni bunyinya sedikit menakutkan (sbb LSD ni biasanya berjarak 20km ... dh ada perkataan ‘Long’ kat situ kan, agak2 aa), tp ia boleh menjadi aktiviti yg menghiburkan terutama skali kalo korang ada partner bergosip yg lari skali. Sbbnya, dh ada perkataan ‘Slow’ kat situ, maksudnya kena la korang lari tu ‘slow’ jugak (tp jgn smpi tahap merangkak la). Utk memastikan yg korang wat cukup ‘slow’, korang mesti boleh berbual2 dgn ayat yg lengkap tanpa tercungap2 masa lari tu (skit2 tercungap takpe lg, tp jgn smpi berpinor2 mata lepas sebut 1 perkataan ...). Hah! Tak ke sesuai utk bergosip tu! Kalo takleh menyebut ayat yg lengkap, ertinya korang buat laju sgt. Tp xleh jugak slow sgt. Nak tau samada slow sgt ke tak, check korang leh nyanyi ke tak, haa ... kalo leh, itu dh slow sgt tu! Haha!


Okay, so itu antara 6 perkataan yg wajib setiap runners tau. Haa, jd skrg dh tau dan dh pandai ... so kalo berborak ngan runners len kali, takde la blur jek dgr diorg guna istilah2 ni sumer kan ... hehe. Part #2 akan menyusul minggu depan ...

Apa2 pun, Keep on Running!!


Tesco Walk for Kids 2011



Acara: Tesco Walk for Kids 2011
Tempat : Putrajaya Water Sport Complesx, Precinct 6, 62000 Putrajaya, Malaysia
Tarikh : 13 Mac 2011
Jam : 8.00pg
Jarak : 4.5km
Yuran : RM10
Tarikh Tutup : 6 Mac 2011

BORANG PENDAFTARAN BOLEH DIDAPATI DI SINI

NBD Run 2011 - Laporan


Acara: National Blood Donation (NBD) Run
Jarak: 5km
Tarikh: 20 Februari 2011
Tempat: Hadapan Perpustakaan, Universiti Malaya
Jam: 8pg
Catatan Masa Rakan-rakan CAR:


Men Open
26:00 - Samsudin Pardi (CAR43)
29:00 - Ramlan Sulaiman (CAR2)
29:50 - Mohd Khaerul Azlin Abdul Manaf (CAR161)

30:06 - Munzir Alawi (CAR90)
31:00 - Wan Azmi Wan Ngah (CAR130)
33:00 - Mohd Shazly Shawal (CAR170)

48:00 - Mohd Farid Shakirin (CAR189)

Women Open
30:06 - Fazilah Abdul Manan (CAR91)

43:00 - Nur Azyan Yusof (CAR194)

00:00 - Norashikin Mohamad Arip (CAR202)



Ok geng, berjumpa lg kita kali ni dalam repot larian … lama betul dh xbuat repot larian ni. Sib baik la ada jugak event ni, kalo x, hmm … tgu Bareno sok la baru ada. Walaupun jarak larian cuma 5km, tp haha, kalo route tu dh lalu kat bukit chenta tu, seksa dia len macam skit. Kalo korang x caya, tanya kat org yg dh khatam bukit chenta ni … (haa, cer citer, cer citer …) Nak citer lerr ni …

Di waktu ramai rakan2 lain dok asyik wat LSD kat Bukit Aman, sy mengambil keputusan utk join larian ni … walaupun sy tau jarak 5km tu xleh dimasukkan dalam pengiraan anugerah pelari tegar (tahun ni pengiraan utk pelari tegar bermula dr event 7km dan ke atas). Sbbnya sy ingat, time dolu2 pun sy start lari ngan 5km jek. Tak berani nk join jarak yg lebey2 ni, 7km pun kecut perut dgr (tu br dgr dh kecut perut, lom try lari … pancit lorr!). Jd rasa xbest lak kalo dh xde penglibatan chap ayam runners utk larian jarak pendek (iaitu yg di bwh 7km). Cemana nk tarik beginners atau org yg br start lari (eh, cam sama jek dua2 tu) join kita kan … Dh kalo jarak pendek ni dh xde muka2 CAR yg masuk, cemana org nk kenal atau tau kewujudan group ni, ye tak? Motto group ni pun, ‘berlari utk kesihatan’, sgt sesuai utk beginners mengenal sukan peberet kita ni sebenarnya. Tp, yg nyata ini semua pilihan masing2. Terpulang la kita sumer nk wat yg mana, LSD boleh, join event boleh, dok umah sambung tido membuta pun boleh … setiap dr kita ni adalah duta pada CAR, jd lari la kat mana2 pun, cumanya anugerah pelari tegar tu sekadar insentif supaya kita terus berlari, bukan penyebab kita xmo join event jarak pendek lg … hehe. Jd pasni, kalo leh, ramai2 la kita join event jarak pendek gak ye! Eh, bukan nk kata xleh wat LSD tau, jgn lak salah paham. Lg bagus rajin wat LSD ni, train kaki kita lari jauh2, leh up endurance, cumanya jgnla sbb anugerah tu korang xmo join event jarak pendek ek. Tu jek yg sy nk kabo, story punya panjang lebo kat sini. Mukadimah jek lebey, point nyer skit jek … hua hua hua.

Okeh, okeh … sambung balik kat repot ni. Sori lerr, tersimpang jauh jap td, huhu. Em, tgk dalam tiket pendaftaran tu, dia tulih event ni start kul 7pg. So, walaupun dunia masih golap, terpacak dh sy kat situ kul 7. Rupa-rupanya, kul 7 tu start registration daa … larian start kul 8. Ek eleh, wat suspense jek diorg ni. Ko jgn main2 tau, runners ni punctual nyer org. Kalo kata 6pg start LSD, 6pg la start. Sapa lmbt, tinggal … haha (mesti slalu kena tinggal ni, tu yg tau, hua hua hua … adehh). Haa, tp larian kali ni berlainan beno ngan larian lain yg sy penah join. Dia x bg bib ko, tp bg badge pakai kat baju! T-shirt pun tarak. Lerr, tau awal2 lari haram jek sonang … ye arr, badge tu kalo pakai kat baju bukan nampak pun! Hmm, abih tu apo nk wat sejam lg br start ni. Sebelum mati kutu (isy, elok ler mati kutu, takkan nk ternak lak kutu tu kot!) sy pun round2 la tasik kat UM tu, lari anak2 ayam jek, leh gak collect mileage (aiseyman, org len wat LSD, takkan kita wat 5km jek kot arini… hehe). Pengabihnya, tiba kul 8, mengah dh sy … haha … apa daa … tu lom start larian tu. Adehh, x sedor diri lerr, sat g nk panjat bukit chenta, huaa …

Tepat jam 8.12 (jam sy, jam org len sy xcheck), kami sumer pun diflag-off kan. Berpusu-pusu la sumer org memulakan larian. Dua2 kategori pun dilepaskan sekali, sbb ala, bukan ramai pun, ada la 2-3 ratus org kot. Waahh, bersemangat sumer org lari menuju bukit chenta ekk … dasat korang. Route kali ni berbeza dr Larian Gemilang ari tu, sbb ye aa, yg ni pun 5km, Larian Gemilang ari tu 8km. Kami sumer bermula di hadapan library UM, menuju bukit chenta, buat satu pusingan besar menuju gate KL dan balik semula ke library. Takde kuar UM pun. Bagus gak, xde la rasa keselamatan diri tu terancam cam ari tu (tak pasal2 kena jd superman tahan kete). So layan je la. Lari punya lari, akhirnya tiba la di kaki bukit chenta. Apa lagi, senyum, jgn x senyum! Kalo nampak bukit musti mau senyum, br la kaki tu nk pegi, sbb hati riang jek … nk tambah riang, cakap dlm hati ‘sy suka bukit! bukit suka sy!’ ulang2 … ehem, DALAM HATI … jgn cakap kuat2, kang ada lak ambulen dtg bwk korang pegi wad sakit jiwa … gilor ko apo budak ni … haha! Apa punya tips la ni … berlainan beno ngan yg coach ajor … adehh …

Lepas berjaya menawan bukit chenta, br la bahagia skit rasa, sbb jalan depan tu turun bukit dan flat. Dlm syok2 layan lari tu, nampak ramai org yg lari bertentangan arah ngan kitorg. Aik, ada u-turn ke pulak kat depan tu? Tgk route map, cam xde. Waahh, kalo kena u-turn, sat g kena lalu balik bukit chenta! Xmo mak!! Sekali perati betul2 … ooh, diorg ni larian lain daa. Tgk kat baju diorg pun ada bib. Fuh, sib baik … kalo x, kena ulang balik ayat keramat td (DALAM HATI). So, layan punya layan, akhirnya tiba la balik kat library, abih sudaa … fuh lega. Tp medal xde, goodie bag ada … jadi la, dr xdpt apa2, ye tak? Tp satu bende la penganjur larian ni … diorg xwat water station. Ari tu yg sy join 3km kat UKM pun ada water station (walaupun sy xamik air masa diorg hulur, tu len citer …). Patut la mengah semacam jek td. Isy, mmg la jarak tu 5km jek, tp lalu bukit chenta beb, peluh bukan skit2 nyer kuar (dh la lepas sy round tasik, sy x minum air … bukan apa, lupa, hehe … padan muka). Naper la diorg x peka psl ni. Sib baik xde yg pengsan ke apa ke td … kalo x, naya jek x pasal2.

Tp apa2 pun, TAHNIAH la sy ucapkan kt korang yg dpt habiskan larian ni td. Tak kira la, laju ke slow ke, janji abih. Pasni kalo nmpk bukit, tau la nk wat apa ek … haha! Ok, jumpa lg di repot yg akan datang, chow cin ciao!

Friday, February 18, 2011

Green Run 2011



Acara: Green Run
Tempat : MMU, Cyberjaya.
Tarikh : 27 Mac 2011
Jam : 6.00pg
Jarak : 10KM or 8KM
Yuran : RM28 (ATAU bawa suratkhabar lama seberat 2KG utk dapat rebate RM3 semasa hari larian)
Tarikh Tutup : 20 Mac 2011

BORANG PENDAFTARAN BOLEH DIDAPATI DI SINI

Video Menarik Utk Dikongsi Bersama



Sekadar ingin berkongsi ... musim2 ujan ni, jgn lak korang dengki sesama sendiri n buat apa yg diorg ni buat yek ... haha ... per2 hal, keep on running!! (lari dlm ujan sejuk jek ... tp kalo dh kilat sabung-menyabung, stop la yek, kang ada lak yg rentung x pasal2 ... huhu)



** Perhatian: Video di atas adalah hak milik Nike, Inc. sepenuhnya. Harap maklum.

Energizer Night Race 2011






ATAS PERMINTAAN RAMAI!!
REGISTRATION MASIH DIBUKA!!



Disebabkan terdapat lagi permintaan utk join race ni secara halal, ENR telah membuka 50 SPOT lg utk sesiapa yg belum register. Tp cuma ada utk acara 21km, 11km dan 5.5km sahaja.

Pada sesiapa yg nk register tu, MANUAL REGISTRATION akan dibuat di:

Tempat: SS2, Petaling Jaya - berhadapan Starbuck
Tarikh: Ahad, 20 Februari 2011
Jam: 1 - 5 petang

Ni dh abih last dh ni. Pasni, kompom registration x diterima dh..jd sesapa yg masih teringin jgn lepaskan peluang ni ye!

MAKLUMAT LANJUT

Thursday, February 17, 2011

XPDC CAR ke Gunung Angsi 2011 - Laporan



Acara : XPDC Chap Ayam Runners Ke Gunung Angsi 2011
Lokasi : Hutan Lipur Ulu Bendol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tarikh : 15hb Februari 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 Pagi



KEHADIRAN


Ketua Rombongan: Ekin (aka Nikehobus Red) - belum CAR
Pen. Ketua Rombongan: Suhailywati Ramli - CAR54

Ahli2 Rombongan:
Idaizumi Othman CAR5
Wong Ram Bo CAR7
Wan Noor Mahirah CAR44
Rojizah Ismail CAR59
Robiyatul Munawarah Md Arif CAR69
Zulazlan Shah Ibrahim CAR71
Shawaluddin Mohd Nor CAR81
Kamarul Arieffin Rosli CAR84
Siti Nur Aisyah Norden CAR96
Nor Aini Abu Kasim CAR135
Mohd Sabri Che Kar CAR138
Yim Heng Fatt CAR188
Nur Azyan Yusof CAR194
Nordiana Busero (rakan Azyan) - belum CAR
Rosnah Ismail (kakak Rojizah) - belum CAR
Nizam ‘iamarunaholic’ - belum CAR


Repot disediakan oleh 'Asisten Seketeri'



Auw, chak! Haha..ni pehal lak main chak2 ni..org nk baca repot lerr bukan main chak2. Bukan apa geng..kan dh lama xde apa2 laporan dlm blog ni. Mana tak nyer..Februari kan senyap sunyi xde event..jd blog ni pun sepi la xde laporan. Yg ni pun bukan laporan larian..tp laporan panjat Gunung Angsi. Sajer je nk kongsi pengalaman..mana la tau..pas baca repot ni ada geng lain yg tak penah menawan gunung berminat nk cuba..kan kan.Em..tanpa disedari..rupa2nya CAR pernah menakluki puncak Gunung Angsi setahun yg lepas..pd tarikh yg sama lak tu!! Mmg pandai pilih tarikh la korg ni..haha. Tahun depan kita wat lg ek..hehe.

Asal planning..sumer yg dok area Shah Alam..PJ dan KL berkumpul di rumah Kak Ida (CAR5) pada jam 6.20pg. Pastu bertolak beramai2 dan tgu yg lain di Tol Senawang. Tp ye lah..jam masing2 lain..kete masing2 pun speed berbeza2..jd utk memudahkan keadaan..sumer org trus tunggu di Tol Senawang jek senang. Tak yah berkumpul byk kali. Em..ramai gak la yg join xpdc kali ni..18 org..mmg meriah abis!!

Bila sumer dh selamat tiba di tol tu..bergerak la kitorg sumer menuju ke bdr Senawang. Sebelum sampai di tempat kejadian..kitorg stop lg bersarapan di restoren tepi jalan..ye la..takkan nak sarapan tgh jalan..kompom tak sempat sampai puncak sbb kena lenyek kete..haha. Kat restoren tu..Kak Ida dh start collect duit pendaftaran utk mendaki gunung Angsi..sorang kena RM5..sama la cam tahun lepas. Huh..efisien tul Kak Ida ni kan..awal2 g dh siap collect.

Tiba di Hutan Lipur Ulu Bendul..jumpa lak Bro Zulazlan (CAR71) atau nama glamernyer Zas. Tak melepaskan peluang Bro Zas ni..start daki jap g..sure zasss jek dia dh ilang kat depan..haha. Tgk nama pun dh tau..hehe. Lgpun..dia ni mmg kaki trail running. Trail ‘running’ tau..bukan ‘walking’. Walking2 ni x main aa..haha (dia ler, bukan sy).

Bila tiba di pejabat pengurusan..masing2 pun mula la mencari tempat meng’unload’. Td dh carbo-loading..skrg nk carbo-unloading la plak!! Haha..suka hati jek aku reka perkataan baru. Tp skali tandas dia xde air la pulok!! Apa kes ler bilik air xde air ni..tu bkn bilik air..tu dh jd bilik xde air!! Bila tny kat pengurusan naper xde air..ada ka patut diorg bagi baldi kat kitorg suh tadah kat luar!! Ni dh jd kes berat dh ni..berat nk angkat baldi, haha!! Nasib la ko, janji business beress..

Bila Kak Ida dh bagi nama2 bakal penawan Gunung Angsi..kitorg pun start la pengembaraan masing2. Ada yg first time naik gunung..ada yg biasa ngan gunung tp first time naik angsi..ada yg dh bertime2 naik angsi..mcm2 pengalaman la. Satu persamaan..kita sumer runners..hoyeah!! (pinjam perkataan Ruby sat)

Memula tu landai je..so kitorg pun bersenang lenang lemah gemalai la berjalan..tp yg mental tu sbb lalu tepi sungai. Dok teneng jek sungai tu..hai..bila la nk dpt mandi. Mesti sejuk sampai kejung badan..fuh, x sabo (aik..nk bg kejung badan pun x sabo ek? haha). Tp nnti la aa..kita kasi tawan dulu itu puncak angsi..dh tawan nnti br kita celebrate mandi manda!!

Lama gak la berjalan tu (tp kalo lari kejap jek kot)..lebih kurang sejam lebih la jugak. Akhirnya br la ada skit2 pendakian ala2 warmup gitu. Pehh..kiranya td tu br tapak kaki gunung kot. Haa..ni br sampai buku lali dia. Dlm berjalan masuk hutan tu..ada la bbrp batang sungai yg nk kena dilintas. Skit jek..x mencabar mana pun. Cuma yg last skali tu je la kot..ada lebar skit dr yg lain. Batu2 loncatan tu sah2 la licin..ada lak yg tajam2 tak sesuwei dipijak..ada yg jauh2 antara satu sama lain..haa..kalo silap pijak mmg mandi sungai awal la ko jwbnya. Jd utk mengelakkan diri menjadi mangsa..aku pun bukak la kasut utk meredah masuk sungai tu pelan2. Hah..korang nk gelak pun gelak la. Aku sayang kasut hokeh!! Sat g aku ngan kasut aku skali basah sbb menjunam masuk lam sungai tu lg meraung aku kat situ. So..biarla seluar basah skit..janji kasut slamat..hehe (ayat cover line).

Tak lama pastu..br la cabaran pendakian sebenar bermula. Ha..skit demi skit bunyi air sungai makin sayup ilang. Naik..naik..naik..huh..betul menduga keupayaan quads ni..sbb payah nk cari tempat nk rehat..so mendaki je la x henti2. Bagus gak..slalu tu bila lari lanyak calves jek..time panjat gunung ni..kita lanyak quads lak!! Keadaan trail dia agak lembab..jd kena berhati2..takut tergelincir..kang tak pasal2 kena amik MC lak sok. Tp byk la pokok di kiri dan kanan trail yg leh jd tpt berpaut. Naik..naik..naik..akhirnya jumpa la penanda ni (gamba bawah..)



Wah..sejam lg nk sampai ni..semangat berkobar2 nk sampai puncak!! Ada yg mula melajukan langkah. Tp semangat setia kawan antara ahli rombongan tetap diteruskan. Sumer org xde pikir pasal diri masing2..selalu check ke belakang tgk kalo2 ada kawan yg perlukan bantuan..huh..bagus tul korang. Terharu sungguh aku..hehe. Bangga seyh jd ahli group ni!! Lgpun..bukan nyer sumer org ada pengalaman panjat gunung..ye tak..em, tak lama pastu (sebenornya lg lama..haha) nampak lak penanda seterusnya ni..



Lerr..rasa cam dh lama tgk penanda 60 mins td. Br 23 mins ke beza?! Diorg ni wat penanda ikut jam mana daa..jam diorg mati tgh jalan kot. Tu yg tgk br 23 mins beza, huhu..ala, x kisahla. At least kat sini dh ada nmpk progress. So..tau la nk agak berapa minit lg sebetulnya leh sampai. Adehhh..nama pun gunung beb!! Takkan memanjat tu cam tahap bukit jek!! (tau xpe..)



Hah..mmg sah jam diorg ni kejap jalan..kejap berenti! Haha..aku dh memanjat dekat setengah jam dr td..dia kt br 10mins..bila mau sampai la wei..mental jugak mendaki gunung angsi ni ek (skit2 je la - ayat cover line lg). Seperti biasa..Kak Ida terus ‘meracun’ sumer yg ada. “Skit jek lg, depan tu je..Nak sampai dh”. Sib baik ada Kak Ida (dan ‘racun’ dia yg x penah kehabisan)..kalo x..goyah gak iman..haha.



Akhirnya..sampai la kami ke tempat yg diceritakan ramai. Kat sini..nk teruskan perjalanan nk kena pakai tali tau. Sbb bongkah2 batu tu bukan leh main paut pakai tangan jek. Dan keadaannya ada skit challenging..sbb permukaan tanah tu berpasir..jd kemungkinan utk tergelincir agak tinggi (tak caya, tanya aku..haha). Walaupun kasut tu leh grip baekk punya..kaki nk kena kuat dan tangan pun kena kuat jugak nk angkat badan ke atas. Kalo x kuat, haa..silap2..berhayun la korang kat tali tu x naik2 atas ..sadis, sadis.. Tp berkat semangat setia kawan..sumer berjaya melepasi cabaran ni!! Sib baik ada 4 org hero ikut kitorg skali - Nizam, Shawal (CAR81), Kamarul (CAR84) dan Rambo (CAR7). Diorg la yg asyik offer tangan..kaki..sumer la utk nk memudahkan kitorg naik ke atas. Kak Ida pun x kurang hardcorenya..sampai sanggup jadikan tangan dan peha sebagai tpt berpijak! Haha, tp muka jgn pijak la ek..(tak gitu, Kak Ida?? Hehe..) Tp..apa yg penting?! KERJASAMA!!



Rasanya diorg ni suka beno kat no.7 la. Asal ada update jarak jek..mesti diorg pakai no.7..37mins..27mins..yg ni 17mins lak. Kat umah pun mesti asyik nengok ntv7..haha. Em..walaupun jarak antara setiap penanda ni kitorg amik lebih dr 10mins..tp kitorg mmg nk layan slow and steady jek. Yg penting sampai atas dlm keadaan selamat. Dan akhirnya..dengan disambut sorakan dr group pertama..dpt jugak kami sampai di puncak Gunung Angsi tu!! Wahh..sepanjang nk naik tu..manjang jek tanah hutan. Sampai atas..leh ada padang rumput! Leh main bola sepak lg..(tp xleh sbb bola xbwk..haha) Tgk group yg dh ada kat situ..diorg dh siap masak nasi lemak sementara tgu kitorg sampai hokeh..dasat la korang!! Apa tak bawak kuali ngan periuk skali..leh wat ayam goreng ke mee kari ke roti canai ke auntie anne's pretzels ke..hehe. Adehh..apa la aku merepek ni..huhu..perut time tu tgh lapo..tu yg pikir makanan sedap2 jek tu..sori arr..hehe..



Lepas menjamu selera dan melepaskan penat..kitorg pun mula la mengemaskan barang2 utk bersiap turun. Oh..tp sebelum tu..group photo mesti mau ada beb!! Tp sayang..banner CAR tertinggal dlm kete Kak Ida..so xleh la nk bergaya ngan banner kesayangan tu..kalo ada otroman leh mintak dia terbang turun sat g amik..tp xde otroman yg ikut (kalo ada pun..otroman yg xleh terbang..so xleh jugak..haha). Takpe..kitorg bwk nama CAR je la kat atas tu. Dh xde banner nk iklan kan. Takpe..takpe..15 Feb next year..kita naik lagi gunung ni bwk banner!! Em..dh ler nnti jadi acara tahunan lak ek..haha..



Perjalanan turun pun menggunakan jalan yg sama. Mungkin ada sedikit senang dr masa nk mendaki naik..tp kitorg wat slow and steady jugak. Ye aa..kalo x kena gaya..leh sakit lutut tau. Biasa aa..dh nama pun runners..kalo leh xmo la injured..nnti lama kena rest..xleh lari!! Oh tidak!! Tp..malangnya ada gak yg injured. Dgn xsemena2..lutut kaki kiri kwn kita sorang ni sakit. Adehh..sian..sib baik time sakit dh dekat nk sampai bwh. Lutut tu mintak dimanjakan la tu. Takpe..takpe..kasi rest nnti baik la ek. Huh..sedar tak sedar..tau2 kitorg dh sampai kat kaki gunung tu balik. Alhamdullillah..part yg susah dh selesai. Skrg time nk mandi manda!! Yippee!! (Err.. disebabkan gamba mandi manda tidak sesuai diletakkan di sini demi menjaga hak2 peribadi..jd..korang paham2 je la yek..haha).

Apa2pun..setinggi2 TAHNIAH sy ucapkan pada semua yg berjaya menawan Gunung Angsi ni. Korang mmg mabeles..fantabulous la! Group yg pertama tu berdesup2 korang wat..hardcore abih!! Dh macam road race jek korang kejekan trail gunung tu. Selamba jek layan..Mmg sy suspek la kat korang sumer!! Dan pada anda yg belum penah mendaki gunung..rasanya Gunung Angsi ni sangat sesuai utk korang mula berjinak2 pada sukan ekstrem ni. Walaupun tak seekstrem mana..tempoh nk mendaki tu agak lama..tp ala..dh sah2 nama dia gunung..mmg la tinggi dan lama nk mendaki!! Tapi kalo kitorg sumer boleh..korang pun mesti boleh buat jugak la. Tinggal nk ngan tak nak jek..hehe.

Okeh..semoga berjumpa di repot yg akan datang..chow cin ciao!

Wednesday, February 16, 2011

Janamanjung Fellowship Ride 2011

Acara : Janamanjung Fellowship Ride 2011
Tempat : SJSAS TNB Janamanjung, Teluk Rubiah, Perak
Tarikh : 24hb April 2011
Jarak : 135km
Masa : 07:00 Pagi
Yuran : RM50
Tarikh Tutup : 25hb Mac 2011 atau 300 Penyertaan Pertama

MAKLUMAT LANJUT

Le Tour De Fraser Hill 2011

Acara : Le Tour De Fraser Hill 2011 - MTB
Tempat : Kuala Kubu Bharu, Selangor
Tarikh : 26hb Mac 2011
Yuran : RM50
Tarikh Tutup : 10hb Mac 2011

Tuesday, February 15, 2011

Larian Bangi Perdana 2011

Acara : Larian Bangi Perdana 2011
Tempat : Padang Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi
Tarikh : 27hb Februari 2011 (Ahad)
Masa : 08:00 Pagi
Jarak : 10km & 7km
Yuran : RM10

Monday, February 14, 2011

Bidor Half Marathon 2011

Acara : Bidor Half Marathon 2011
Tempat : Dewan Muhibbah, Bidor, Perak
Tarikh : 24hb April 2011 (Ahad)
Masa : 07:00 Pagi
Jarak : 21km & 10km
Yuran : RM40
Tarikh Tutup : 08hb April 2011

Saturday, February 12, 2011

PCC Interstate Ride 2011 - Berbasikal

Acara : PCC Interstate Ride 2011
Tempat : Raub - Cameron Highlands - Bukit Merah - Damai Laut
Tarikh : 29hb April - 01hb Mei 2011
Yuran : RM400 (termasuk kos penginapan & makanan)
Tarikh Tutup : 28hb Februari 2011 atau 350 Penyertaan Pertama

MAKLUMAT LANJUT
BORANG PENYERTAAN

Friday, February 11, 2011

Jogathon Warisan 2011 (Larian Kubur)

Acara : Jogathon Warisan 2011 (Larian Kubur)
Tempat : Pejabat Urusan Perkuburan Kwong Tong
Tarikh : 24hb April 2011
Jarak : 11km & 8km
Masa : 07:00 Pagi
Yuran : RM20
Tarikh Tutup : 25hb Mac 2011

MAKLUMAT LANJUT

Thursday, February 10, 2011

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2011

Acara : Larian Hari Wilayah Persekutuan 2011
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Tarikh : 12hb Mac 2011 (Sabtu)
Masa : 07:30 Pagi
Jarak : 7km, 5km & 3km
Yuran : RM20

BORANG PENDAFTARAN

Wednesday, February 9, 2011

NBD Run 2011

Acara : NBD (National Blood Donation) Run 2011
Tempat : Perpustakaan Universiti Malaya
Tarikh : 20hb Februari 2011 (Ahad)
Jarak : 5km
Masa : 07:00 Pagi
Yuran : RM10
Tarikh Tutup : 10hb Februari 2011

MAKLUMAT LANJUT

Tuesday, February 8, 2011

Pacesetters - LSD (Long Slow Distance) Feb 2011

Acara : LSD aka Long Slow Distance Feb 2011 by PACM
Tempat : Bukit Aman, Kuala Lumpur
Tarikh : 13hb Februari 2011 (Ahad)
Jarak : 10km - 20km (atau lebih)
Masa : 06:30 Pagi - 09:00 Pagi

SEMUA DIJEMPUT HADIR..!!!
Bukit Aman - Sri Hartamas
2 "Water Station" akan disediakan..!!

Sabahat Baru CAR

Mohd Shazly Shawal (Shazz)
CAR#170
Basiruddin Siman (Din)
CAR#172

Ok geng semua..sebelum terlupa..ni 2 org lagi sahabat baru kita..selamat datang kita ucapkan pada CAR170 Mohd Shazly Shawal (Shazz) & CAR172 Basiruddin Siman (Din)..

Ok bro Din (leh panggil uncle kot..huhu) ni memang dah kire otai la dlm dunia larian nie..so skang join larian lebih pada bersantai..iala dah otai..so dah puas dah bikin rekod itu ini..sampai dah tak tau nak bikin rekod apa dah..so kasi bikin rekod tersantai la plak kot..haha dan bro Shazz nie pon tgk gaya cam dah imum dah ngan azab sengsara dlm larian nie..pon kaki santai gak kot..haha tak kisahla yg penting korang enjoy arr..

Ok terima kasih kita ucapkan dan selamat datang kita ucapkan sekali lg ke dalam keluarga CAR..berjumpa kita di larian akan datang..sekian..

Saturday, February 5, 2011

Sahabat Baru CAR

Roslan Muhamad (Chulan)
CAR#175
Mohammad Redzuan Othman (Wan)
CAR#173

Ok geng..tambah lg 2 sahabat masuk reban..dah takleh duk reban nie..kena upgrade dari reban ke ladang dah nie..haha ok selamat datang kita ucapkan pada CAR175 Roslan Muhamad (Chulan)..eemm jgn konpius lak..walaupon nama panggilan manja dia Chulan..yg pasti dia takde kena mengena ngan susur galur "Raja Chulan"..eemm agaknya "Raja Chulan" ni dulu kakimarathon gak kot..huhu

Dan tak lupa pada CAR173 Mohammad Redzuan Othman (Wan)..haa dia ni mesti familiar sket..walupon nama panggilan manja dia "Wan"..tp yg pasti dia bukan dari keturunan keluarga yg guna nama "Wan"..haha apa daa aku melalut nie..huhu

Ok geng..terima kasih kami ucapkan pada korang berdua..so nanti jumpa kat larian mana2 jgn lupa nyembang yer..sekian..

Friday, February 4, 2011

Cabaran Bukit Putus 2011 - MTB Jamboree

Acara : Cabaran Bukit Putus Negeri Sembilan 2011 - MTB Jamboree
Tempat : Starfresh Argo Park, Jalan Bukit Putus Lama
Tarikh : 03hb April 2011
Jarak : 40km
Masa : 07:00 Pagi
Yuran : RM50
Tarikh Tutup : 10hb Mac 2011

MAKLUMAT LANJUT

Sahabat Baru CAR

Mohd Haffis Mansor (Fis Runner)
CAR#177
Azanis Azamin (Zanis)
CAR#186

Ok geng semua..berjumpa lg berturut2 ngan posting nie..ok memperkenalkan 2 org sahabat baru kita yg merupakan sahabat baik antara mereka berdua..

CAR177 Mohd Haffis Mansor (Fis Runner)..so nick name pon dah Fis Runner..so konpom kaki runner..dan gaya pon memang runner..so sah memang runner tegar yg konpom keelitan nya..dan rakan beliau CAR186 Azanis Azamin (Zanis)..so kalo rakan dia dah elit..konpom dia pon tekena tempias elit gak..haha tak kisahla elit ke tak elit ker..janji runner..elit2 lain tak masuk book arr..huhu

Ok selamat datang kita ucapkan pada mereka berdua..semoga akan bertambah meriah lagi keluarga ceria kita nie..dan terima kasih sekali lagi..berjumpa di larian akan datang yer..sekian..

Thursday, February 3, 2011

Energizer Night Race 2011 - Closed


PERHATIAN..!!

PENDAFTARAN UNTUK "LARIAN BATERI" SUDAH DITUTUP SECARA RASMI SEPENUHNYA..!!
PADA YANG GAGAL MENDAFTAR..SILALAH "RIKI2" SAPA2 YANG NAK JUAL BIB..KALO TAKDE LARI "HAREM" PON OK..!!

Sahabat Baru CAR

Muhammad Izuan Zainuddin (Izuan)
CAR#217
Abdul Latiff Dollah (Latif Fuzi)
CAR#218

Ok geng semua..wahh nampaknya posting ni tak berkali2 ulang dlm minggu ni eekk..takpela..aku pon "tak sanggup" nak peram lama dorg nie..so mesti kena kasi perkenalkan secepat mungkin..haha

Ok selamat datang kita ucapkan pada CAR217 Muhammad Izuan Zainuddin (Izuan)..Izuan ni asal dari negeri di bawah bayu..so stay pon kat sana rasanya kot..haha so maybe jarang jumpa kot..tp tak kisahla kat mana pon..yg penting kita serupa..suma suka berlari..haha ala lgpon kita bkn takde sahabat dari Sabah ye tak..

Dan tak lupa juga pada CAR218 Abdul Latiff Dollah (Latif Fuzi)..haa bro ni konpom asal dari semanjungla..haha tak kisahla beb..yg penting sok kalo jumpa jgn lupa beramah mesra la yer..so selamat datang skali lagi dan terima kasih..

Tuesday, February 1, 2011

Larian Bandaraya Alor Setar 2011

Acara : Larian Bandaraya Alor Setar 2011
Tempat : Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
Tarikh : 26hb Februari 2011
Jarak : 10km, 7km & 5km
Masa : 06:30 Pagi
Yuran : RM10
Tarikh Tutup : 17hb Februari 2011

Sahabat Baru CAR

Nur'Rasyidin Mohamad Amin (C-Deen)
CAR#215
Mohd Zuki Wahab (Zukie)
CAR#216

Ok geng semua..2 org lg sahabat baru masuk reban..so selamat datang kita ucapkan buat CAR215 Nur'Rasyidin Mohamad Amin (C-Deen) & CAR216 Mohd Zuki Wahab (Zukie)..kedua2 nya memang aktif berlari menyukat jalan kat Mesia ni..

Bro C-Deen tu walaupon gambar nampak santai jer..tp awas..!!jgn kena makan asap ngan dia udahla yer..haha dan bro C-Deen ni merupakan adik/abang kepada bro Fendi (ala yg satu family skali dia hangkut berlari tu)..dan bro Zukie tu konpom tgk gaya dah memang elit dah..lari siap pakai plastik beb..sapa leh bikin..jgn main2 arr..haha

Ok selamat datang sekali lagi dan terima kasih..

Monday, January 31, 2011

1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2011

Acara : 1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2011
Tempat : Menara Kuala Lumpur
Tarikh : 26hb Februari 2011 (Ahad)
Jarak : 15km
Masa : 08:00 Pagi
Yuran : RM50 (2 Orang Satu Pasukan)
Tarikh Tutup : Terhad 200 Pasukan Sahaja

MAKLUMAT LANJUT

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"