EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Saturday, January 9, 2010

Sahabat Baru CAR

Aiman Cheah Tiong Chap (Aiman)
CAR#104
Azlan Othman (Lan)
CAR#108

Ok geng semua..ni ada dua sahabat baru kita yg nak diperkenalkan pada korang..

Apa2 pon kita mengucapkan selamat datang pada CAR104 Aiman Cheah Tiong Chap (Aiman) & CAR108 Azlan Othman (Lan)..ke dalam ahli keluarga kita Chap Ayam Runners..eemm bro Aiman ni maybe korang penah jumpa kot..lgpon masa mesyuarat tahunan CAR kat Universiti Malaya minggu lalu bro Aiman ni ada dtg..tp terpaksa bergegas pulang sejurus selepas habis majlis coz ada agenda lain selepas itu..tp sempat juga menyumbangkan dua kotak limau mandarin pada mesyuarat tuh..TERIMA KASIH BRO..!!dan bro Lan nie merupakan sahabat dari team Shah Alam..

So dipendekkan cerita..terima kasih juga kita ucapkan pada mereka berdua kerana sudi nak menjadi sebahagian dari ahli keluarga kita..so pasni kalo berjumpa jgn lupa beramah mesra yer..

ok geng..sekian..

Thursday, January 7, 2010

Latihan LSD

Tarikh : 10hb Januari 2010 (Ahad)
Lokasi : Tempat Letak Kereta Bukit Aman (Bersebelahan Tandas Awam)
Masa : 06.00 pagi
Laluan : Bkt Aman - Petronas Sri Hartamas - Bkt Aman
Jarak : 20km - 30km

PANDUAN JARAK (GPS):-
Bkt Aman - Hartamas (melalui Masjid Wilayah) = 9.7km
Bkt Aman - Hartamas (melalui bangunan MATRADE) = 11.1km
Pusingan Petronas Hartamas = 0.97km
Pusingan Sek.Ren.Hartamas = 2.3km

SEMUA DIJEMPUT HADIR
ANDA DIGALAKKAN DTG AWAL DAN BERSOLAT SUBUH DI MASJID BKT AMAN
JUMPA ANDA DI SANA..!!

Pada sahabat2 yg join Larian Kelab Penembak Selangor di Klang ari ahad ni 10hb..SELAMAT BERJAYA diucapkan..jgn lupa bg timing korang kat Komander AHMAD FARID CAR4..kalo tak nanti takut aku termiss point korang utk anugerah pelari CAR paling tegar 2010..huhu so cari komander sampai jumpa yer..

Dan juga sahabat yg join Penang 12Hour Walk ari ahad ni gak..SELAMAT BERJAYA diucapkan gak..so nanti update result korang kat penolong seketeri MOHD ZAKI MANSOR CAR16..coz jarak acara jln kaki layak dikira utk anugerah pelari CAR paling tegar 2010..

Ok geng..SELAMAT BERJAYA..!!

Monday, January 4, 2010

Mesyuarat Pertama Chap Ayam Runners - Laporan

Lokasi : Rumah Universiti, Universiti Malaya
Tarikh : 02hb Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 03.00 - 05.00 Petang

KEHADIRAN (41 Orang)
CAR2 - Ramlan Sulaiman
CAR1 - Mohd Hailmi Masro
CAR37 - Hasfiza Ramley
CAR36 - Irina Ramli
CAR54 - Suhailywati Ramli
CAR10 - Kamarul Faizal Tajaruddin
CAR49 - Abdul Talib Haron
CAR14 - Khairul Amran Abd Aziz
CAR67 - Sharafi Abdullah Fauzi
CAR28 - Abdul Azri K Peer Mohamed
CAR95 - Melissa Aliana Bahrin
CAR73 - Abdul Malek Abd Kadir
CAR58 - Ahmad Hadafi Jus
CAR50 - Abdul Rahman Mohamed
CAR21 - Suhaimi Sulaiman
CAR30 - Rafidah Abdullah
CAR29 - Siti Hasanah Abu Samah
CAR40 - Farhanah Mohamed Khatib
CAR59 - Rojizah Ismail
CAR77 - Siti Sarah Rimasari Sulani
CAR89 - Mohd Razis Abdul Rahim
CAR71 - Zulazlan Shah Ibrahim
CAR5 - Idaizumi Othman
CAR27 - Hamidon Mat Aris
CAR16 - Mohd Zaki Mansor
CAR12 - Mohd Fadhli Mohd Fadzil
CAR9 - Fazli Abu Bakar
CAR20 - Mohd Hamdi Baharuddin
CAR15 - Omar Khaliff Tajaruddin
CAR66 - Khairol Faisal Husin
CAR4 - Ahmad Farid Ellias
CAR39 - Mohd Imran Anuar
CAR17 - Mohd Zaini Mansor
CAR8 - Ghejanthran Kalaimani
CAR18 - Zulkifle Hassan
CAR55 - Nur Azhar Azizi
CAR56 - Deti Afendi A Kadir
CAR101 - Jasni Khairil Jamaluddin
CAR104 - Aiman Cheah Tiong Chap
CAR74 - Silahuddin Salim
CAR13 - Nur Afandi Tamar

41 orang sahabat Chap Ayam Runners yg hadir

CARTA ORGANISASI BARU CAR BAGI SESI 2010
PRESIDEN : Encik Ramlan Sulaiman CAR2
TIMBALAN PRESIDEN : Encik Zulkipli Galeh CAR47
NAIB PRESIDEN : Encik Nazib Ngainin CAR3
SETIAUSAHA : Encik Mohd Hailmi Masro CAR1
PENOLONG SETIAUSAHA : Encik Mohd Zaki Mansor CAR16
BENDAHARI : Cik Irina Ramli CAR36
PENOLONG BENDAHARI I : Puan Farhanah Mohamed Khatib CAR40
PENOLONG BENDAHARI II : Encik Nur Azhar Azizi CAR55

AHLI-AHLI JAWATANKUASA TETAP (7 Orang Dipilih)
Encik Abdul Talib Haron CAR49
Encik Abdul Azri K Peer Mohamed CAR28
Encik Kamarul Faizal Tajaruddin CAR10
Encik Sharafi Abdullah Fauzi CAR67
Encik Khairul Amran Abd Aziz CAR14
Cik Suhailywati Ramli CAR54
Cik Hasfiza Ramley CAR37

AHLI-AHLI JAWATANKUASA CHAP AYAM RUNNERS BAGI SESI 2010
Dari kiri : Hasfiza Ramley, Suhailywati Ramli, Irina Ramli, Mohd Hailmi Masro, Ramlan Sulaiman, Kamarul Faizal Tajaruddin, Abdul Talib Haron, Khairul Amran Abd Aziz, Sharafi Abdullah Fauzi & Abdul Azri K Peer Mohamed

USUL-USUL SERTA KETETAPAN YG TELAH DIPUTUSKAN DAN DILULUSKAN

1) Meluluskan pelancaran Tabung Perhentian Island Challenge 2010
- Tabung diseliakan oleh Puan Idaizumi Othman CAR5

2) Meluluskan penubuhan "sayap" baru "CAR Kaki Kayuh"
- Khas untuk menyelia segala aktiviti yg melibatkan sukan berbasikal
- Akan diketuai oleh Encik Abdul Rahman Mohamed CAR50
- Dan dibantu oleh Encik Shakhir Ishak CAR57

3) Mengumumkan pelancaran pertandingan "Anugerah Pelari CAR Paling Tegar 2010"
- Sahabat yg berdaftar sebelum 01/01/2010 layak secara automatik
- Formula dan kriteria pemilihan adalah berdasarkan jumlah kilometer (KM)
- Maklumat terperinci akan dikemukakan di dalam blog ini kelak

4) Meluluskan penubuhan "sayap" baru "CAR Kaki Gunung"
- Khas untuk menyelia segala aktiviti yg melibatkan sukan mendaki gunung
- Akan diketuai oleh Encik Mohd Razis Abdul Rahim CAR89
- Dibantu oleh Encik Suhaimi Sulaiman CAR21 dan Cik Rafidah Abdullah CAR30

5) Meluluskan Perlantikan AJK khas bg urusan yg melibatkan "Relay Run"
- Akan diketuai oleh Encik Mohd Zaki Mansor CAR16
- Dibantu oleh Cik Siti Sarah Rimasari Sulani CAR77
- Mereka akan menguruskan segala urusan penyertaan dan pendaftaran pasukan CAR bagi menyertai sebarang acara "Relay Run" seperti menyusun dan mencari ahli pasukan
- Maklumat terperinci akan dikemukakan kelak

6) Meluluskan pelancaran klinik khas "Teknik Larian"
- Akan diketuai oleh Encik Zulazlan Shah Ibrahim CAR71
- Dibantu oleh Encik Syahidan Alias CAR87
- Akan mengelola dan mengendalikan klinik khas mempelajari teknik larian yg betul untuk sahabat2 yg berminat
- Juga memberikan tips2 lain yg berkaitan
- Akan dikelolakan sekerap yg mungkin, tempat dan tarikh akan diberitahu kemudian

7) Meluluskan pelancaran kelas serta klinik khas "Perubatan"
- Akan diketuai oleh Encik Omar Khaliff Tajaruddin CAR15
- Dibantu oleh Encik Tajaruddin Jasi CAR38
- Lebih menjurus untuk berkongsi serta mengajar teknik urutan khas yang betul
- Bertujuan mengajar apa yg perlu dilakukan terutamanya urutan yg sesuai jika mengalami sebarang kesakitan atau kecederaan semasa berlari

8) Meluluskan serta mengumumkan rekabentuk baju rasmi CAR
- Akan dilancarkan pada Januari 2010

Gimik khas upacara perasmian mesyuarat disempurnakan oleh Dr Rafidah Abdullah CAR30..iaitu sebagai tanda penghargaan kepada beliau kerana sudi untuk menanggung perbelanjaan kos mesyuarat ini..SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DIUCAPKAN..tidak dilupa juga kepada Encik Zulkipli Galeh yg turut memberi sumbangan..
Salah satu gimik yg dicetuskan hasil ilham Tuan Presiden a.k.a Ketua Reban kita Encik Ramlan Sulaiman..
Dr Rafidah menampal plat "Logo Chap Ayam Runners" merupakan salah satu dari upacara perasmian..
Sebagai tanda upacara selesai..majlis menandatangani banting baru "Chap Ayam Runners" hasil ilham serta sumbangan dari Tuan Presiden a.k.a Ketua Reban kita Encik Ramlan Sulaiman..dan semua gimik upacara perasmian ini diilhamkan dan disediakan oleh beliau..TAHNIAH SERTA TERIMA KASIH DIUCAPKAN..
Kek ulangtahun Chap Ayam Runners yg pertama..kek ini disumbangkan oleh Encik Suhaimi Sulaiman CAR21..TERIMA KASIH DIUCAPKAN..
Kek kedua bagi upacara sambutan ulangtahun pertama Chap Ayam Runners..
Upacara memotong kek ulangtahun sambil menyanyikan lagu selamat hari jadi..
Para penaja Chap Ayam Runners sesi 2009 mempengerusikan mesyuarat ini..
(Dari kiri) Idaizumi Othman (Bendahari) Ramlan Sulaiman (Presiden a.k.a Ketua Reban) Mohd Hailmi (Setiausaha) & Irina Ramli (Pencatat Minit)
Penerangan mengenai rekabentuk baju rasmi Chap Ayam Runners yg bakal dikeluarkan..
(Bersama model bidan terjun Encik Hamidon Mat Aris CAR27)
Aksi "Pengerusi Sementara" Encik Zulkifle Hassan CAR18 yg mempengerusikan majlis pemilihan AJK baru Chap Ayam Runners bg sesi 2010..
Antara Ahli-Ahli Jawatankuasa yg sudah dipilih bersama ketua-ketua "sayap" baru Chap Ayam Runners..

SEGALA MAKLUMAT TERPERINCI LAIN MENGENAI PERJALANAN MESYUARAT INI AKAN DIKEMUKAKAN SETELAH "MINIT MESYUARAT" SIAP DISUNTING UNTUK TATAPAN SEMUA..HARAP MAKLUM

p/s : laporan penuh akan menyusul kelak..harap maklum

Sahabat Baru CAR

Naresh Kumar Panjimanadan (Naresh)
CAR#105
Muhammad Zul Ashmann Zulazlan Shah (Ashmann)
CAR#116

Ok geng semua..sesi suai kenal kembali lg..kali ni jgn terkejut arr..

Ok sahabat yg kat atas tuh aku rasa tak perlu la aku nak perkenalkan lg pada korang..coz dia dah memang terkenal..huhu CAR105 Naresh Kumar Panjimanadan (Naresh) memang terkenal ngan kelajuan nya..tp satu yg korang maybe terlepas pandang..ini 'macha' byk peramah tau..tgk je cam garang..kalo borak nya time memang ckp susah mau brek woo..dan tak kedekut ilmu..kalo tak caya korang tryla borak2 ngan dia..jgn malu2..dia memang ok..

Dan yg kat bawah tuh maybe korang rasa cam pelik sket..aiikk..!!napa ada 'budak kecik' lak jdk CAR nie..CAR116 Muhammad Zul Ashmann Zulazlan Shah (Ashmann) ni memang la budak sekolah lg..tp minat dia dlm sukan larian ni memang takleh nak disangkal2 lg..so kalo macam tuh rasanya memang patut kita menggalakkan dan memberi peluang serta ruang untuk dia menceburi sukan ni dengan lebih serius..bak kata perpatah "melentur buluh biarla dari rebungnya"..dan satu lg perpatah "bapak borek anak rintikla"..coz adik Ashmann ni merupakan anak kesayangan kepada sahabat kita CAR71 Bro Zulazlan Shah..hehe so kita memang menggalakkan "junior runners" utk join CAR..sekurang2 nya Chap Ayam Runners dah ada pelapis untuk memimpin Chap Ayam Runners di masa akan datang..INSYALLAH

Apa2 pon kita mengucapkan selamat datang dan berbanyak terima kasih coz mereka sudi menjadik sebahagian dari ahli keluarga Chap Ayam Runners..semoga dengan kedatangan mereka berdua ke dalam keluarga kita akan menambahkan seri serta memeriahkan lg keluarga kita CAR yg dah memang meriah..

Ok geng..sekian

Sunday, January 3, 2010

Latihan LSD

Bila : 03hb Januari 2010 (Ahad)
Di Mana : Tempat Letak Kereta Bukit Aman (Bersebelahan Tandas Awam)
Masa : 06.00 pagi
Laluan : Bkt Aman - Petronas Sri Hartamas - Bkt Aman
Jarak : 20km - 25km

KEHADIRAN
Ahmad Farid Ellias CAR4 - 35km
Mohd Hailmi Masro CAR1 - 25km
Abdul Azri K Peer Mohamed CAR28 - 25km
Khairul Amran Abd Aziz CAR14 - 20km
Suhailywati Ramli CAR54 - 20km
Siti Sarah Rimasari Sulani CAR77 - 20km
Hasfiza Ramley CAR37 - 20km
Nur Azhar Azizi CAR55 - 20km
Irina Ramli CAR36 - 20km
Ramlan Sulaiman CAR2 - 11km

TAHNIAH..!!buat sahabat2 yg turun latihan LSD nie..walaupon cuaca sejuk dan sedikit hujan..tetapi korang tetap kental dan sanggup meninggalkan keenakkan menarik selimut dikala pagi yg dingin untuk turun dengan penuh semangat berlari meredah hujan..walaupon sedia maklum..mileage training sama sekali tidak akan dikira masuk untuk "Anugerah Pelari CAR Paling Tegar 2010"..tetapi demi mileage peribadi..korang tetap lanyak gak..iala bak kata pujangga..hujan batu ku redah..inikan pula hujan air..apa da pasal..

Pada sahabat2 yg tidak dpt hadir..maybe nak join tp disebabkan "tarikan" ulitan buaian mimpi sambil "keberatan" badan untuk bangun dari tilam peraduan diliputi plak oleh selimut yg mendamaikan..ditambah lak ngan ada sedikit masalah teknikal dan mekanikal yg kritikal yg kalo elak pon kena gak..takper2..minggu ni (10hb Januari) ari ahad Latihan LSD akan kembali lg di arena dan waktu yg sama..kuatkan semangat anda untuk bangun dari ulitan indah..INSYALLAH dengan keazaman yg tinggi dan kental..anda mampu untuk bangun dari tido yg indah..selamat berjaya..

So bertemu anda di sana ya..


p/s : PERHATIAN SEMUA..!!Laporan untuk Mesyuarat CAR yg pertama akan dibentang kan esok di sini..kerana ianya sedang dalam proses editing yg ketat..harap maklum..

Friday, January 1, 2010

Saucony Pacemakers Network Run 2010

Acara : Saucony Pacemakers Network Run 2010
Lokasi : Tapak A, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur
Tarikh : 01hb Januari 2010 (Jumaat)
Masa : 07.30 Pagi
Jarak : 12km
Catatan Masa RASMI CAR dan Rakan-Rakan

LELAKI (Umur 17-29 Tahun)
53'16 - Jasni Khairil Jamaluddin CAR101 - Tempat Kedua TAHNIAH..!!
63'49 - Mohamad Saiful Razawan CAR35 (10th)
65'25 - Kamarul Faizal Tajaruddin CAR10 (11st)
69'17 - Mohd Fadzli Mohd Yusoff CAR33 (13rd)
70'07 - Mohd Zaini Mansor CAR17 (14th)
70'22 - Ghejanthran Kalaimani CAR8 (15th)
71'42 - Omar Khaliff Tajaruddin CAR15 (18th)
73'25 - Mohd Zaki Mansor CAR16 (21st)
80'48 - Sharafi Abdullah Fauzi CAR67 (25th)


LELAKI (Umur 30-34 Tahun)
55'05 - Naresh Kumar Panjimanadan CAR105 (4th)
55'34 - Hamidon Mat Aris CAR27 (5th)
58'30 - Azlan Norul Anhar CAR31 (8th)
60'00 - Harry Shahrizan Romle CAR22 (11st)
66'24 - Ahmad Fardi Ellias CAR4 (15th)
67'01 - Azhar Johari CAR6 (16th)
73'20 - Rusfarizal Rusli CAR52 (24th)
76'00 - Ahmad Hadafi Jus CAR58 (28th)
84'09 - Nur Azhar Azizi CAR55 (30th)
1'42'20 - Mohd Rashidi Yusof CAR94 (34th)


LELAKI (Umur 35-39 Tahun)
56'33 - Rozmi Yunus (1st)
64'32 - Zulazlan Shah Ibrahim CAR71 (6th)
65'33 - Asmadi Abdullah CAR75 (8th)
69'11 - Chanthiran Sivaperuman (10th)
69'58 - Abdul Azri K Peer Mohamed CAR28 (11st)
73'51 - Deti Affendi A Kadir CAR56 (14th)
74'17 - Shakhir Ishak CAR57 (15th)
80'52 - Khairul Amran Abd Aziz CAR14 (22nd)


LELAKI (Umur 40-49 Tahun)
58'11 - Alam Shah Ismail Ahmad - Tempat Kedua TAHNIAH..!!
70'55 - Nor Afandi Tamar CAR13 (18th)
79'49 - Ramlan Sulaiman CAR2 (33rd)
92'07 - Zulkipli Galeh CAR47 (38th)


LELAKI (Umur 50 Tahun Ke Atas)
82'11 - Long Bongsu Long Mamat CAR26 (7th)
82'50 - Rustam Afandi Zaihan CAR48 (9th)
90'02 - Tajaruddin Jasi CAR38 (16th)


WANITA (Umur Di Bawah 34 Tahun)
50'00 - Haslinda Dolah CAR23 - Tempat Kedua TAHNIAH..!!
58'15 - Wan Noor Mahirah CAR44 (5th)
68'16 - Hasfiza Ramley CAR37 (11st)
68'47 - Siti Sarah Rimasari Sulani CAR77 (12nd)
69'55 - Suhailywati Ramli CAR54 (13rd)
86'09 - Irina Ramli CAR36 (17th)
90'16 - Rojizah Ismail CAR59 (19th)


WANITA (Umur 34 Tahun Ke Atas)
86'09 - Idaizumi Othman CAR5 (12nd)



PAHLAWAN CAR - Bersama banner keramat..ramai tul..tp sebenarnya lg ramai..malangnya ada sahabat yg dah blk..huhu

Bergambar bersama2 rakan2 seperlarian yg lain..

"AYAM's DARA" - Ni pon sayang gak coz ada gak geng "ayam dara" yg dah pulang..huhu

"Operasi Memecahkan Kereta Lily" - setelah bertungkus lumus lebih sejam..akhirnya berjaya gak geng CAR mendapat ijajah utk menjadi "pemecah kereta"..tp kalo try pecah keta org lain pasni konpom kena tangkap..huhu

Inilah hasil baik pulih setelah kereta CAR54 berjaya "dipecahkan"..nak cabut susah daa..so lilit je la kat side mirror tuh abis citer..huhu

p/s : repot nanti arr..lusa aku bikin..otak aku jem lak ari ni..lgpon esok nak concentrate pecah kepala utk meeting nya agenda lak..huhu

One Mile Dash : New Year Bash 2009

Acara : One Mile Dash : New Year Bash 2009
Lokasi : Jalan Doraisamay (Heritage Row), Kuala Lumpur
Tarikh : 31hb Disember 2009 (Khamis)
Masa : 8.00 Malam
Jarak : 1.6km
Catatan Masa CAR dan Rakan-Rakan

LELAKI (Umur 25-35 Tahun)
4'49 - Murali Nathan (1st)
4'52 - Jasni Khairil Jamaluddin CAR101 (2nd)
5'04 - Naresh Kumar CAR105 (3nd)
5'12 - Harry Shahrizan Romle CAR22
5'14 - Gunaselan Rajagopal
5'40 - Stanley Cheong
5'42 - Azhar Johari CAR6
5'43 - Meyappan Manickam
5'46 - Ronnie See
6'27 - Syahril Nizam Kamaruddin CAR72
0'00 - Khairul Amran Abd Aziz CAR14
0'00 - Abdul Talib Haron CAR49
0'00 - Sharafi Abdullah Fauzi CAR67
0'00 - Abdul Hadi Nik Mohd Hasyudeen CAR102

LELAKI (Umur 36-45 Tahun)
6'40 - Ramlan Sulaiman CAR2
0'00 - Zulkipli Galeh CAR47
0'00 - Rozmi Yunus

LELAKI (Umur 46 Tahun Ke Atas)
0'00 - Rizwan Sulaiman CAR68
0'00 - Abd Malek A Kadir CAR73

WANITA (UMUR 25-35 Tahun)
0'00 - Siti Sarah Rimasari Sulani CAR77 - JUARA..!!

CAR77 Sarah - JUARA KATEGORI WANITA..TAHNIAH..!!!senyuman seorang juara..senyuman yg pertama diukir..katanya dia tak penah senyum camni..pertama kali naik podium jdk champion kot..so ukiran senyuman pon lain la..hehe
Di Dataran Merdeka..ramai gak sahabat yg tak join tp tetap datang bg memberi sokongan pada sahabat2 lain yg berjuang berlari 1.6km..TAHNIAH SEMUA..!!

Tuesday, December 29, 2009

Mesyuarat Pertama Chap Ayam Runners

UPDATE - 31 Disember 2009

PEMBERITAHUAN & PERINGATAN..!!

AGENDA MESYUARAT
02:30 Petang - 03:00 Petang
- Pendaftaran
- Masuk Ke Dalam Dewan
- Majlis Dimulakan

03:00 Petang - 04:50 Petang
- Bacaan Doa
- Powerpoint Presentation
- Ucapan Alu-Aluan Dari Pengerusi / Presiden
- Upacara Khas Pembukaan Mesyuarat
- Mesyuarat Dimulakan Dengan Pembentangan Usul Oleh Setiausaha
- Usul Perlantikan AJK Baru Bagi Sesi 2010-2013

04:50 Petang - 05:00 Petang
- Pembentangan Dan Perbincangan Usul Tamat
- Sesi Memotong Kek Ulangtahun
- Mesyuarat Ditangguhkan Secara Rasmi
- Sesi Bergambar

05:00 Petang - 06:00 Petang
- Jamuan Ringan

SENARAI TUGASAN
Tempahan Tempat Mesyuarat - Presiden
Hebahan & Jemputan - Setiausaha
Design Grafik / Header - Presiden
Back Drop / Banner - Presiden / Azhar Azizi(P)
Jamuan - Setiausaha
Pendaftaran - Irina Ramli & Suhailywati Ramli
Surat Kepada Bahagian Keselamatan UM - Presiden
Parking Kereta - Fazli Abu Bakar
LCD / Projektor & Laptop - Fazli Abu Bakar / Azhar Azizi (P)
PowerPoint Presentation - Nazib Ngainin
Tempahan Kek - Suhaimi Sulaiman
Susun Atur Dewan - Setiausaha / Abdul Azri (P)
Pengacara Majlis - Idaizumi Othman / Siti Sarah Sulani (P)
Pencatat Minit Mesyuarat - Irina Ramli
Jurugambar - Farhanah Mohamad Khatib
Bacaan Doa - Kamarul Faizal Tajaruddin
Helaian Aturcara Majlis - Suhailywati Ramli & Hasfiza Ramley

Di atas adalah serba sedikit mengenai senarai tugasan dan agenda perjalanan mesyuarat..perjalanan agenda mesyuarat mungkin berubah mengikut kesesuaian..dan apa yg penting pada mesyuarat ini nanti..diharap sahabat2 dapat memberikan seberapa banyak cadangan, pandangan, penambahbaikan atau apa saja pada mesyuarat ini..demi untuk menambahbaik serta memantapkan dan memeriahkan lg Chap Ayam Runners..sebarang cadangan, pandangan, penambahbaikan atau apa saja yg dikemukakan kita akan cuba bincangkan bersama serta diputuskan pada mesyuarat ini juga melalui undian..

Dan untuk sesi jamuan..kita memang ada menyediakan beberapa sajian ringan (kuih 2 jenis & meehon goreng serta teh/kopi) untuk yg hadir selepas mesyuarat berakhir..tetapi jika ada dikalangan sahabat yg ingat membawa sedikit juadah kuih muih atau apa saja (pot luck) untuk dikongsi bersama..kami amatlah menghargai dan berbesar hati menerimanya serta mengalu-alukan anda untuk berbuat demikian..

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai mesyuarat ini..bolehlah menghubungi terus CAR2 Presiden 019-322 5011 atau CAR1 Mohd Hailmi 012-637 1989..jadi jgn lupa temujanji kita Sabtu ini..berjumpa kita Sabtu ni di Rumah Universiti, Universiti Malaya, Lembah Pantai, Kuala Lumpur..jam 3 petang..anda digalakkan hadir awal..

Sekian..terima kasih..


Surat Kebenaran Masuk dari Pengarah Keselamatan UM


Pelan Lokasi ke Rumah Universiti, Uni. Malaya

(tempat berlangsungnya Mesyuarat Pertama Chap Ayam Runners)

-----------------------------------------------------------------

Ketua Reban a.k.a CAR2 Melancarkan Aksi Berani!

31 Disember 2009
Dengan tinggal berapa jam dari sekarang, Mesyuarat Pertama Chap Ayam Runners bakal berlangsung!

Pada mulanya mesyuarat yang dijangka hanya bakal berlangsung di bawah pokok mahupun di kedai kopi, tidak semena-mena melangkah diluar jangkaan apabila bakal diadakan didewan yang ditempah khas di Rumah Universiti, Universiti Malaysia. Ini adalah sumbangan ihsan dari sahabat CAR sendiri yang memungkinkan terjadi keadaan yang tak dijangkakan ini. Jutaan Terima Kasih pada penyumbang samada berbentuk modal, keringat, buat pikiran dan sebagainya. Chap Ayam Runners sangat terhutang budi!

Dengan para petugas-petugas makin tak senang duduk menyiapkan dan memikirkan segala persiapan sehingga ke saat akhir untuk memastikan kelancaran mesyuarat untuk julung kalinya ini.

Ketua Reban seperti yang dikenali sahabat CAR dan sahabat luar, mempunyai satu daya dan kemampuan melakukan perkara yang diluar dugaan. Kali ini, beliau yang bak "wira bola sepak sukan sea yang mengalahkan vietnam" telah melakukan aksi secara solo dimana paras tahap "selamba badaknya" tidak dapat dibendung lagi, apabila beliau dengan penuh tanggungjawabnya telah menghantar surat jemputan kepada 2 syarikat surat khabar Melayu Ulung di Malaysia iaitu Berita Harian dan Kosmo untuk sama-sama menyertai Mesyuarat Kali Pertama Chap Ayam Runners nanti.

Tahap Keselambaan badak beliau, amatlah kita puji....huhuhu

Perbualan telefon bersama ketua reban dipetik seperti berikut:-

"Seandainya pihak akhbar berkelapangan dan sudi hadir nanti, Ketua reban akan dihubungi"
Jadi sebagai makluman pada sahabat yang bakal tersiar gambarnya diseluruh Malaysia, seandainya ada reseki. huhuhu! Sebagai langkah persiapan supaya "muka tak kelihatan pecah" seandainya tersiar diakhbar nanti bolehlah melaram dan make-up tebal2. Melaram pada hari tersebut adalah tidak dilarang!

Berikut adalah surat jemputan kepada 2 akhbar tersebut yang difaks oleh ketua reban


Sahabat Baru CAR

Elyas Nordin (Elyas)
CAR#99
Abu Soffian Azzahari Abu Hasan Sazalli(Abu)
CAR#107

Ok geng semua..ada dua org lg sahabat baru kita yg 'power' utk diperkenalkan..

CAR99 Elyas Nordin (Elyas)..mungkin kita suma jarang melihat sahabat kita nie..tp walau apa pon beliau tetap seorang pelari tegar..so dah kenal ni nanti pasni kalo jumpa jgn lupa bertegur sapa la yer..dan pada Elyas jgn lupa cari geng2 CAR kat event larian kat mana2..

CAR107 Abu Soffian Azzahari Abu Hasan Sazalli (Abu)..konpom korang kenal sgt2..ni dari geng '3 alam'..so dah tentu seangkatan ngan sahabat kita CAR18 Zulhasan..kalo dah geng '3 alam' ni..konpom power memang tak ingat..eemm bagus2..maybe ni pemangkin buat geng2 lain dlm CAR utk naikkan status dorang kepada '3 alam' gak satu hari nanti..INSYALLAH..

Apa2 pon kita ucapkan selamat datang pada mereka berdua ke dalam keluarga kita Chap Ayam Runners..dan berbanyak terima kasih juga diucapkan..yg penting kalo terjumpa lepas ni jgn lupa bertegur sapa..coz kita skang dah dlm satu keluarga yg semakin membesar..

Ok geng..sekian..

Sunday, December 27, 2009

XDPC Menawan Gunung Nuang 2009

CHAP AYAM RUNNERS BERJAYA MENAWAN PUNCAK YG TERTINGGI DI NEGERI SELANGOR..!!

Acara : XPDC Chap Ayam Runners Ke Gunung Nuang 2009
Lokasi : Hutan Lipur Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor
Tarikh : 26hb Disember 2009 (Sabtu)
Masa : 7.30 Pagi

KEHADIRAN
Suhaimi Sulaiman CAR21 (Ketua Trip)
Siti Hasanah Abu Samah CAR29
Mohd Razis Abd Rahim CAR89
Mohd Zaki Mansor CAR16
Idaizumi Othman CAR5
Ahmad Farid Ellias CAR4
Siti Sarah Rimasari Sulani CAR77
Mohd Hailmi Masro CAR1
Elisa Dayyana (Rakan Razis)
Syed Hazlan (Rakan Suhaimi)
Nor Ili Diyana Aziz (Rakan Razis)
(Rakan Syed Hazlan)

Bergambar bersama banner keramat di puncak yg tertinggi di negeri Selangor Darul Ehsan..TAHNIAH semua..!!

MENGAGUMKAN DAN AMAT MENYERONOKKAN..!!itula yg bleh aku ungkapkan utk trip memanjat gunung yg pertama kali CAR anjurkan ni..macam tak percaya lak aku berjaya tiba kat kemuncak nuang tu..iala aku ni bkn nya kaki panjat gunung..ikut plan asal kitaorang nak mula mendaki dlm kul 7..tp biasala sure terlajak gak..so kul 7.30 baru stat..bg aku tu dah kire lambat dah..iala ni trip satu hari..ngikut saranan org yg berpengalaman mendaki nuang nie..kalo plan nak daki pagi dan turun petang nya..paling lewat pon kul 7 pagi..bkn apa juz nak mengelakkan kemungkinan bila turun nanti ari dah gelap..tp memang ada kebenaran pon..coz itula yg terjadi kat kitaorang..huhu

Perjalanan bermula dengan berjalan melalui laluan 4WD..atau senang ckp laluan balak..aku ingatkan dekat jer..tp MASYALLAH..ni nak daki gunung ke atau acara 12hour walk..!!lama tul rasanya berjalan ni..azab juga jln turun naik ikut laluan balak nie..aik baru stat dah rasa azab..ish ish bahaya nie..real trail mendaki pon tak lalu lg..sejam gakla berjalan kaki ala2 lenggang mak limah g pasar..jenuh tuh weehh..!!
Di pertengahan laluan balak sebelum sampai ke kem lolo..jenuh gak nak sampai ke sini..huhu

Ha habis gak laluan balak ni..walupon byk pokok buluh yg aku nampak sepanjang laluan tuh..aku ingatkan dah sampai kem lolo..rupanya lum lagi..aik mana lak kelibat lolo nie..kono jln lg la ni..kali ni dah stat laluan hutan dan cross sungai..dah macam askar wat operasi dlm hutan pon ye gak..lepas setengah jam barula sampai ke kem lolo..oooo..ni ke kem lolo nya..patutla..memang ramai org yg berkhemah pon kat sini..iala time cuti kan..kalo g panjat hari bekerja aku tak pikir ada org yg berkhemah kat sini..kalo ada gak tak taula nak ckp..eemm lgpon sebelah ngan punca air..so sesuai sgt2 la utk aktiviti perkhemahan..

Eemm kire ni pit stop kitaorang yg pertamala..untuk mengisi perut ke apa ker..iala kat atas tuh bukan nya ada gerai nasi campur or kedai mamak beb..lgpon dah dekat pukul 10..breakfast pon lum lg..konpom perut dah mula mengeluarkan irama keroncong dan kencorong..so Razis dan aweks layan nasi lemak..Ida lak ngan pisang lorr..yg lain mkn ala2 kadar je..cam ala kad gakla..tp memang semua pendaki nuang lepak jap kat kem lolo ni utk dorang refill air utk dibawa ke puncak..iala pasni dah takde dah sumber air..air liur je yg ada..ala amik air sungai tu je..jgn risau air tu bersih suci dan murni..dijamin halal INSYALLAH..tp jgn repot kat JAKIM lak..payah citer nanti wehh..!!ala minum je tanpa was2..kalo tak yakin next time beli air byk2 sebelum daki ye..kalo nak lg yakin beli la air kat wisma yakin..
Di kem lolo..muka ceria selepas bersantap..jap lg nak tanggung azab..huhu

Next pit stop iala kat kem pacat..aku tak tau brape tinggi dan jauh dari kem lolo ni..dorang ckp dlm sejam setengah pendakian..uishh..lama gak tuh..eemm dari sini byk gak kitaorang nampak group or pendaki2 lain yg mulakan pendakian ke puncak..iala kebanyakannya berkampung kat situ..kitaorang je yg nak tunjuk terer daki blk ari..huhu..meriah gak..kire tak keseorangan la kitaorang dlm hutan simpan kepunyaan kerajaan Selangor nie..terus terang perjalanan ke kem pacat dari kem lolo barula bleh dikatakan erti pendakian yg sebenar..yg td sebelum ke kem lolo tuh masih lg lum benar la..eemm kem pacat ye..??napa dorang panggil kem pacat eekk..??byk pacat ker..??ish bahaya nie..takkan nak bg pacat hisap darah aku..baik aku g derma darah kat sepital..

Akhirnya selepas 1 jam mendaki sampai jugak ke kem pacat..mak aii leh tahan gak azabnya nak sampai ke kem yg dikonker oleh pacat ni..tp takde lak pacat yg aku jumpa bersepah2 kat sini..eemm agaknya pacat2 tuh dah g merantau ke port lain kot..iala port dorang ni dah tak segemilang dulu..mungkin byk pemberontak dari golongan pacat yg berhaluan kiri yg berjaya menghuru hara kan keadaan..akhirnya kampung pon tergadai..harimau mati tinggalkan belang..pacat blah tinggalkan nama..eemm patutla kekal nama kem pacat nie..ish2..ni dah menyimpang nie..tuh citer dongeng jer..jgn dihebahkan pada umum..kang salah fakta kang kono saman lak pakcik..huhu ok2 sambung blk..pada geng lain jgn risau kat kem pacat nie takde pacat pon..pacat pon takde selera nak beriadah kat kem dorang ni..
Di kem pacat..aku rasa ni pertengahan perjalanan nak ke puncak kot..

Alamak..apa kes si Hazlan ni pakai stokin lak..laa member dia tapak kasut tercabut..pehh..!!dasat tul penangan gunung nuang nie..sampai tercabut tapak dibuatnya..tp memang byk pon aku nampak tapak2 kasut yg ditinggalkan bersendirian sepanjang laluan hingga ke puncak..cian tapak kasut suma tuh..ditinggalkan begitu jer oleh pemiliknya..nak wat camner kalo aku pon aku tinggalkan gak..apa ke jadahnya aku nak bwk blk..wat nambahkan KG kat beg aku jer..tp tabik springla kat Hazlan..coz sanggup berkorban jiwa raga saga memberi member dia tu pakai kasut dia sendiri..so stat dari situ mamat ni daki gunung pakai stokin jer..wahh ni kire rekod gak nie..mendaki gunung nuang berkaki ayam bersama group Chap Ayam Runners..kire kene ngan konsep la..huhu tp lu memang dasat la beb..salute abis kitaorang kat lu..well done bro..!!next time bwk kasut spare arr..

Haaa Kem Pengasih..!!aik bila lak ada kem pengasih nie..??aku tak penah dgr dan org tak penah cite pon kewujudan nya..??coz itula sign yg aku nampak..tp apa pon ALHAMDULLILAH sampai gak aku kat kem pengasih nie..so kire ni perhentian yg seterusnya la..actually takde plan nak berenti pon..aku ingat dah sampai puncak..iala aku tak tau pon ada kem pengasih selepas kem pacat..eemm maybe kem ni dibiayai oleh Persatuan Pengasih Malaysia kot..tuh yg dinamakan kem pengasih..dan maybe juga pencipta lagu Ziana Zain mendapat ilham mencipta lagu 'puncak kasih' kat sini sewaktu mendaki gunung nuang satu ketika dulu yg aku tak tau bila..eemm ada kemungkinan gak tuh..macam2 hal..

Tapi yg nyatanya kat kem ni cuaca sejuk dan berkabus..menurut seorang pendaki yg berpangalaman yg bersama2 melepak kat situ memberitahu tinggi kem pengasih tuh sama parasnya ngan puncak genting..eemm patutla sejuk..memang nyaman je suasana sambil titisan2 air jatuh ke bumi..tp bkn air hujan..air dari kabus yg dah bertukar sifat..nak tau lebih lanjut camner dia bertukar sifat..korang bukakla buku sains ye..tak reti aku nak meng explain kat sini..huhu dan perhentian seterusnya iala menuju puncak..gemilang cahaya..seindah rasa..seazab juga..dari kem ni kena jln menuruni bukit sket pastu trus mendaki ke puncak idaman..
Di Kem Pengasih..gambar aku ngan suhaimi je yg ada..Syd tukang amik gambor nie..yg sorang lg tuh dari group lain tp memang org gunung..tgh menunggu geng2 lain..

Perjalanan ke puncak dari kem pengasih memang penuh ngan lecak berair dan kotor..elo beb memangla kotor..kalo nak bersih g la panjat gunung batu caves tuh..apa daa..environment pon lembab2 dan basah2 jer..laluan kebanyakan nya batu2..so kena hati2 sket coz licin..kalo degil tak nak hati2 nak rempit gak..kemungkinan adegan nangka busuk jatuh ke tanah bleh disaksikan disini dgn izin LPF..so jgn buat pasal ye..hehe elek broo..hihihihi..!!jgn takut..aku gebang je lebih..senang je trail nak ke puncak tuh..saje bikin gempak selebriti astro masuk hutan..huhu

Haa..tu dia..sket lg sket lg..!!kan betul aku ckp..akhirnya sampai gak aku ke kemuncak yg tertinggi kat Selangor nie..ye ke..??ala tuh pondok yg bumbumg ala2 piramid giza tuh..buktila tuh..betul ke nie..??ish budak ni..byk lak songeh..org ckp dah sampai lg ckp macam2..!!macam tak caya lak aku berjaya sampai ke puncak..so kena caya gakla..sori beb..tuh perbualan aku ngan diri aku sendiri arr..takde kena mengena ngan pendaki2 lain arr..tak kira la yg dah sampai mahupon yg tgh bersusah payah lg nak sampai..tp kat puncak ni byk agas daaa..ala binatang kecik yg satu family lain mak bapak ngan langau tuh..huhu time ni cuaca agak berkabus..kata org kalo cuaca ok tak berkabus..kita leh nampak puncak genting dari sini..tak taula betul ke tidak..yg nyatanya memang aku tak nampak..huhu

Perkara pertama yg kitaorang buat..itu banner kasi bukak dan mesti digantung dulu..kasi gempak sket ngan pendaki2 lain..tp sebelum tuh aku rasa kita patut bg pujian serta kredit khas buat CAR16 Zaki..kerana beliau la yg bersusah payah menjinjing banner tuh dari bawah hingga ke puncak..TERIMA KASIH BRO..!!kalo takde hang maybe tak sampai kot banner keramat kita tuh ke puncak yg tertinggi di Selangor..tabik spring pada hang..well done..!!nanti aku suh Kreban blanja hang mkn kari Nuar Lucky Garden haa..huhu
Bergambar bersama2 sebahagian pendaki2 lain yg tinggal..coz byk pendaki yg dah turun masa ni..

Dah gantung banner apa lagi kasi kuarkan la suma bekalan..stat acara mengisi perut lak..skali dah macam kenduri beb..mewah tul ngan makanan..memang byk..especially dari CAR5 Ida & CAR21 Suhaimi..dorang yg paling byk bwk makanan..dan dorang gakla yg paling byk melantak makanan especially Suhaimi..yg tak henti2 makan dari bawah hingga ke puncak..haha takpe beb..dah lapar ye tak..so kasi load kaw2..kat sini kita patut bg kredit lak CAR5 Ida & CAR21 Suhaimi..coz byk sponsor makanan..siap ngan sosej nasi daging burger segala..huhh..hebat..!!
Bersila sambil bersantap di puncak Nuang..memang mkn tak pandang kiri kanan depan blakang..huhu

Makan memang tak hingat2..sampaikan lupa ada sorang lg rakan yg tak sampai..rakan Hazlan yg tapak kasut tercabut tuh dgr citer kaki dia dah terseliuh lak..kire injured la..alamak ni yg tak best nie..cian beb..itu pon si Hazlan yg bgtau..mamat tuh bergelut ngan kesakitan nak sampai ke puncak..memang dia yg last sampai ke puncak..so sebelum turun kitaorang kasi tampal salon pas kat tempat yg berkenaan kat kaki dia bg mengurangkan kesakitan..coz nak turun ni lg sakit dan azab dari mendaki sebenarnya..takpela..so abis makan amik gambar klik klok klik klok..pack barang bukak banner trus chow..kang lepak lelama kang tup2 malam lak sampai kat keta kang..

Time nak turun..aku Zaki Sarah Suhaimi dan Syd sampai kat kem lolo dulu..memang tuh pon yg aku cadangkan pada dorang..tunggu geng2 kat kem lolo..at least kat situ dah ada sumber air..geng lain suma kat belakang turun sambil menemani rakan yg injured tuh..iala takkan nak tinggalkan lak..mamat tuh memang memerlukan bantuan utk turun..kaki dia memang sakit sgt2 tuh..

Kat kem lolo ni sempat la gak kitaorang berendam dlm air turujun utk menyegarkan badan sambil mencuci badan utk membuang segala kekotoran serta bau-bauan yg kurang menyenangkan hasil dari aktiviti peluh yg kluar mencurah2 dari dlm badan..tak lupa gak mencuci kasut kesayangan yg penuh ngan palitan lumpur dan dah bertukar warna pun..pehh..!!memang sejuk air sungai nie..minum air botol yg kitaorang bawak pon dah rasa cam air yg baru kuar dari peti ais..eemm sungguh segar dah dpt berendam..

Lepak punya lepak..aku tgk hari macam dah nak gelap..so tukar plan lg..aku ckp baik kita truskan perjalanan sampai ke kereta..kita tunggu dorang kat sana jela..bkn apa aku risau nanti ari dah gelap..yg bawak torch light dua org jer..Ida ngan Razis je..so baik kita kuar cepat2 dari hutan nie..so takla ramai sgt nak share 2 torch light tu nanti..torch light pon kecik jer..kategori lightweight..huru hara beb kalo 12 orang nak share 2 torch light jer..huhu so next time kalo nak gegar nuang lg..torch light ni mesti suma org wajib bwk yer..kena bwk yg kategori heavyweight punya..lightweight tidak dibenarkan sama sekali..kalo dpt bwk spotlight lg bagus dialu2 kan..huhu

Dan akhirnya ALHAMDULILLAH dlm kul 6.30 kami berlima berjaya sampai ke bawah..memang terasa lega yg teramat2 sgt..iala perjalanan pulang melalui jln balak tuh memang mental gak..aku rasa ada dlm 6 7 km gak kot..memang jauh beb..naik bosan aku coz lama dah berjalan tp tak sampai2..kan ke elok dorang bg sewa moto ke or dorang buat transpot khas bwk pendaki2 dari bawah naik 4WD hingga ke penghujung laluan blk..kan ke senang sket..kurang sket azab pandaki2 ni..fahami la isi hati kami para pendaki nuang wahai pihak berkuasa yg berkenaan..huhu tp apa yg aku leh ckp trip gunung nuang nie memang best beb..lebih best dari yg aku jangkakan..rasa ketagih lak nak panjat gunung lg..iala maybe kengkawan ramai..tuh yg best tuh..eemm maybe pasni kitaorang plan nak g gunung angsi kat negeri sembilan tuh lak..

Pada kengkawan yg join xpdc nie..well done guys..!!memang sronok beb moment ngan u all sepanjang xpdc nie..memang meninggalkan kenangan manis dan terindah dlm hidup aku..pasni kita bikin lg arr..TAHNIAH pada CAR21 Suhaimi kerana berjaya menganjurkan xpdc yg menyeronok kan ni..kalo ko tak buat memang takde la aku akan masuk list sebagai salah seorang pendaki amatur yg berjaya memijakkan kaki kat puncak nuang tuh..tak lupa jugak pada CAR16 Zaki yg bertungkus lumus membawa bannner keramat kita naik ke puncak nuang..pada kengkawan yg byk bwk makanan cam CAR5 Ida CAR21 Suhaimi & CAR77 Sarah..terima kasih byk2..pasni kalo ada join xpdc memanjat gunung jgn lupa bwk makanan byk2 lg yer..hehe dan pada kengkwan yg lain..TAHNIAH buat semua kerana semuanya berjaya menawan puncak yg tertinggi di negeri Selangor tu..next time kita buat lg..

Ok geng..jumpa di xpdc yg akan datang..sekian..

Sahabat Baru CAR

Wan Hanifa Wan Yusoff (Hanifa)
CAR#103
Azizi Farish Zainal Abidin (Azizi)
CAR#106

Ok geng semua..kali ni sesi perkenalan nampaknya berturut2 lak..iala ramai tu..so kena publish cepat..kasi geng2 lain tau dan kenal..

CAR103 Wan Hanifa Wan Yusoff (Hanifa)..beliau mula mengenali CAR ni masa kat Perhentian Island Challenge bln 10 lepas..dan aktif dan pakar dalam bidang2 masuk hutan dan panjat gunung..dan CAR106 Azizi Farish Zainal Abidin (Azizi)..beliau merupakan suami kepada sahabat kita CAR85 Ida..wahh..!!makin bertambah running couple dlm keluarga kita ye..eemm bagus2..satu perkembangan yg sihat..

Tak kisahla kalo korang tak pernah atau pernah lihat ngan dua orang sahabat baru kita nie..yg penting kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka kerana sudi menjadi sebahagian dari ahli keluarga Chap Ayam Runners dan selamat datang diucapkan pada mereka berdua..so korang jdkkan la group CAR ni sebagai platform dan pemangkin untuk korang lebih maju dan serius lg dalam dunia larian/maratahon INSYALLAH..kalo jumpa jgn lupa bertegur sapa la yer..

Ok geng..sekian..

Friday, December 25, 2009

Sahabat Baru CAR

Mohd Rashidi Yusof (Non Vespa)
CAR#94
Abdul Hadi Nik Mohd Hasyudeen (Abe)
CAR#102

Ok geng semua..ni ada lg sesi perkenalan 2 orang sahabat baru yg boleh dikatakan power gak..

CAR94 Mohd Rashidi Yusof (Non Vespa)..sorila aku tak tau napa nama panggilannya 'non vespa'..maybe peminat setia skuter vespa kot..huhu aku tak pastila korang penah jumpa tak ngan bro 'non vespa' nie..maybe penah kot..dan CAR102 Abdul Hadi Nik Mohd Hasyudeen (Abe) pon maybe penah gak..so kalo dah nama 'abe' tuh konpom sahabat kita nie org 'kelate'..huhu tp yg nyatanya mereka berdua ni pon pelari tegar gak tu..cuma aku je yg tak perasan dorang lg..huhu

Apa2 pon berbanyak2 terima kasih dan selamat datang diucapkan pada mereka berdua kerana sudi nak menjadi sebahagian dari ahli keluarga Chap Ayam Runners..apa yg penting pasni..kerjasama..hehe ok geng berjumpa kita pada larian yg akan datang..jgn lupa cari 'sedara2' CAR yg lain pas lari nanti ye..

Ok geng..sekian..

Selamat Hari Natal 2009


KAMI SELURUH AHLI KELUARGA CHAP AYAM RUNNERS MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL (KRISMAS) 25HB DISEMBER 2009 PADA SEMUA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN YANG BERAGAMA KRISTIAN

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL (KRISMAS)


"WE WISH YOU A MERRY CHRISTMAS..WE WISH YOU A MERRY CHRISTMAS..WE WISH YOU A MERRY CHRISTMAS..AND A HAPPY NEW YEAR.."

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"