EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Wednesday, February 3, 2010

Sahabat Baru CAR

Nor Aini Abu Kasim (Aini)
CAR#135
Nor Asyikin Abu Kasim (Asyikin)
CAR#136

Ok geng semua..jeng jeng jeng..!!dua org lg geng "ayam dara" masuk reban..CAR135 Nor Aini Abu Kasim (Aini) & CAR136 Nor Asyikin Abu Kasim (Asyikin)..dari nama kita leh tau..konpom mereka berdua ni adik beradik..wahh..!!bagusla dpt adik beradik yg mempunyai minat yg sama iaitu berlari..eemm aku difahamkan mereka berdua ni baru nak berjinak2 ngan dunia larian..dan sudah pon mendapat momentum dan rhytam yg membuatkan mereka untuk terus aktif dlm dunia sukan larian..bagus2..jgn risau kita di CAR akan sentiasa menyokong dan memberi sokongan kuat yg diperlukan..

So berbanyak terima kasih dan selamat datang kami ucapkan pada anda berdua kerana sudi untuk menjadi sebahagian dari ahli keluarga Chap Ayam Runners..so pasni kalo ada join larian kat mana2 jgn lupa cari geng2 CAR yg lain..tak kirala geng "ayam dara" ke or geng "ayam jantan" ke..yg penting kita dpt beramah mesra serta dpt bertukar2 pengalaman dan pengetahuan..sekian..

XPDC Ke Gunung Angsi 2010

Acara : XPDC CAR Menawan Puncak Gunung Angsi
Lokasi : Kaki Gunung Angsi, Mukim Ulu Bendol, Kuala Pilah
Tarikh : 15hb Februari 2010 (Isnin)
Masa : 08.00 Pagi (Mula Mendaki)
Pengelola :-
Sayap "CAR Kaki Gunung"
Ketua - Razis Rahim CAR89 (012-5516670)
Pembantu - Suhaimi Sulaiman CAR21 (017-3261165)


SEMUA DIJEMPUT UNTUK MENYERTAI..!!
"ONE DAY TRIP" PERGI PAGI & BALIK PETANG
SIRKIT KEDUA XPDC MENDAKI GUNUNG OLEH "CAR KAKI GUNUNG"


JADUAL :-
- BERKUMPUL DI STESEN MINYAK SHELL SELEPAS TOL SUNGAI BESI JAM 5.30 PAGI
- TEPAT JAM 5.45 PAGI BERGERAK KE ARAH SEREMBAN
- SOLAT SUBUH DI R&R SEREMBAN
- KELUAR DI "EXIT SENAWANG"
- BERSARAPAN DI KAWASAN SEKITAR SENAWANG
- BERGERAK KE KAKI GUNUNG ANGSI SEKITAR JAM 7.00-7.15 PAGI
- MULA MENDAKI JAM 8.00 PAGI
- BAYARAN RM5 SETIAP SEORANG DIKENAKAN OLEH PIHAK BERKUASA GUNUNG

Anda dinasihatkan membawa bekalan minuman sendiri..bekalan makanan sekadar mengisi atau mengalas perut mungkin bleh disediakan..bergantung kepada persetujuan pihak yg berkenaan..jika tidak anda dinasihatkan membawa makanan sendiri juga..dan elakkan membawa makanan yg terlalu banyak dan terlalu berat..kalo bleh seminimum mungkin..

Pada yg berminat untuk menyertai..sila berhubung dengan pengelola di atas untuk maklumat lanjut..sila nyata dan sahkan kehadiran anda pada pengelola di atas..ini bg mengelakkan sebarang kesulitan di masa akan datang..

Sebarang petukaran jadual dan maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa..

Tuesday, February 2, 2010

Sahabat Baru CAR

Arumugam Subramaniam (Aru)
CAR#134
Farihah Abd Ghani (Faha)
CAR#122

ok geng..CAR134 Arumugam Subramaniam (Aru)..aku rasa korang dah biasa ngan uncle Aru ni kan..dan dia pon memang dah biasa ngan geng2 CAR nie..memang muka biasa tgk kat mana2 larian..dan uncle Aru nie sah2 memang peramah giler beb..so nanti jumpa borak2 la ngan dia eekk..

Dan "ayam dara" CAR122 Farihah Abd Ghani (Faha) ni..merupakan sahabat dari geng Shah Alam..aku tak brape kenal sgt..tp dgr criter kire leh tahan gak la "kepoweran" si Faha nie..so bagus gak nie..so konpom si Faha ni masuk list utk kontinjen CAR masa Penang Island Relay akan datang nie..

So terima kasih dan selamat datang kita ucapkan pada mereka berdua..yg penting kita sama2 memeriahkan lg sukan larian tanahair di samping menjaga kesihatan diri..sekian..

KL Masters Relay Run 2010

Acara : KL Masters City Day Relay Run 2010
Lokasi : Kompleks MSN, Bukit Jalil
Tarikh : 31hb Januari 2010 (Ahad)
Masa : 7.30 Pagi
Jarak : 3km x 3

ANTARA GAMBAR SEKITAR ACARA INI
(Sori ni je yg aku ada..sebenarnya ramai lg..huhu)


ANTARA "TEAM RELAY" YANG MENGAMBIL BAHAGIAN
(Sori ni je gambar 3 team yg sempat aku amik..kalo aku jumpa yg lain nanti aku upload lain kali arr..nama team pon aku tak tau..huhu)


Sorila geng..memang kelam kabut masa nie..aku tak sempat nak ejas..nak bikin repot pon aku takde idea coz aku tak join event nie..huhu takpela..nanti kalo aku jumpa gambor kat mana2 aku upload la..dan kalo ada geng yg sudi nak bikin repot dipersilakan..send je repot korang kat aku..nanti aku post kat sini arr..

Sahabat Baru CAR

Norizan Mat Kassim (Pen)
CAR#132
Abdul Rahim Shafie (Black)
CAR#133

Ok geng semua..ni lg dua org sahabat baru yg merupakan sahabat kepada sahabat baru CAR yg aku post minggu lepas iaitu Amy & Macha (aduh..brape byk sahabat da)..CAR132 Norizan Mat Kassim (Pen) & CAR133 Abdul Rahim Shafie (Black)..mereka memang slalu berempat kalo join larian kat mana2..kire cam madu 4 lebih kurangla..tak leh nak dipisahkan..so keje pon dlm kompeni yg sama..so kire kenala..keje bersama..lari bersama..so jdk madu pon bersama2..huhu so pasni dah takleh berempat la..dah kena beramai2..iala geng CAR memang bersepah2 kat event mana2..

Ok geng..selamat datang dan terima kasih kami dari geng CAR ucapkan pada korang bedua..moga dengan kehadiran kalian dlm keluarga bahagia CAR nie..akan dpt menambahkan lg seri keluarga CAR..walaupon "kau bukan bernama seri"..huhu ok geng jumpa korang di event akan datang..jgn lupa jengah2 geng CAR yg lain..bkn apa saja nak menambahkan dan mempelbagaikan gosip2 yg sedia ada..haha sekian..

Sunday, January 31, 2010

CAR Membakar Track….Meriah! Mantop!


PACESETTERS TRACK MEET (31 Januari 2010, Stadium Selayang)
Keputusan CAR yang mengambil bahagian

100m (men 18-29 years)
Emas: Mohd Noordhamiri Mohd Amran – 11.93s (CAR86)
Kelima: Nazib Ngainin – 13.7s (CAR3)

100m (men 35-39 years)
Tempat Keenam: Abdul Azri K.Peer Mohamed – 22.90s (CAR28)
(Keceradaan hamspring)

100m (men 40-49 years)
Tempat Kelima: Arumugam Subramaniam – 14.46s (CAR134)

400m (men 18-29 years)
Emas: Mohd Noordhamiri Mohd Amran – 59.90 (CAR86)

400m (men 35-39 years)
Gangsa: Abdul Azri K.Peer Mohamed – 69.10s (CAR28)

400m (men 40-49 years)
Tempat Keempat: Arumugam Subramaniam – 72.12s (CAR134)

4x100m (men open)
Perak: Nazib Ngainin (CAR3), Farid Alias (CAR4) - kecederaan hamstring , Azhar Johari (CAR 6), Mohd Noordhamiri (CAR86) – 51.09s

Tempat Keenam: Ramlan Sulaiman (CAR2), Ghejanthran a/l Kalaimani (CAR8)
Khairul Amran Abd Aziz (CAR14), Harry Shahrizan Romle (CAR22) – 61.34s

4x100m (women 30-39 years)
Emas: Idaizumi Othman (CAR5), Rafidah Abdullah (CAR30), serta dua Jemputan - 75.11s

4x400m (men open)
Perak: Nazib Ngainin (CAR3), Harry Shahrizan Romle (CAR22), Azhar Johari (CAR 6), Mohd Noordhamiri (CAR86) – 4.09.52s

Tempat Kelima: Ramlan Sulaiman (CAR2), Ghejanthran a/l Kalaimani (CAR8)
Khairul Amran Abd Aziz (CAR14), Wong Kei Meng (Jemputan) – 5.10.34s

4x400m (women 30-39 years)
Perak: Idaizumi Othman (CAR5), Rafidah Abdullah (CAR30),
serta dua Jemputan – 6.14.18

Open Mixed Relay – 200m, 400m, 600m, 800m)
Gangsa: Idaizumi Othman (CAR5), Hasfiza Ramley (CAR37), Harry Shahrizan Romle (CAR22), Azhar Johari (CAR 6) – 6:51.58s

Keputusan keseluruhan CARs berjaya mengutip 3 emas, 3 perak dan 2 gangsa


Walaupun ini saja yang ada, ayam tetap paling meriah dan riuh!
Next year kita plan bebetul....ok tak! memang syiok worr!

Team campuran yang power! Dengan aksi yang paling mendebarkan!

Naik podium placing ke-2, tapi riuh cam Champion...huhu!

Sedikit sedutan aksi terpongeh dari tukang pass baton!

Hero CAR - Memang Mabeles! next year kita usahakan supaya hang dinobatkan Sportman

Hasil tuaian CAR di Pacesetter Track Meet

Laporan disediakan oleh: Ketua Reban
Gambar disediakan oleh: Khairul Amran Abd Aziz (CAR14)

Sahabat Baru CAR

Wan Azmi Wan Ngah (Amy)
CAR#130
Mohan Ganapathy (Macha)
CAR#131

Ok geng semua..ni ada dua lg sahabat baru kita yg aku rasa korang mesti familiar ngan dorang..

CAR130 Wan Azmi Wan Ngah (Amy) & CAR131 Mohan Ganapathy (Macha)..mereka berdua ni actually rakan sepejabat..so dari asalnya rakan sepejabat trus jdk rakan sepelarian plak..pasni leh jdk rakan sebantal kot..huhu ok si Amy nie masa kat Penang Marathon ari tuh..korang ada prasan tak sorang runner yg pakai rambut afro kaler2..join half 21km..rambut tuh kaler macam kaler balung yg pernah ku pakai sebelum ini..ha kalo korang nak tau tuh la si CAR130 Amy..

Ok apa2 pon terima kasih dan selamat datang kita ucapkan pada dua orang sahabat baru kita nie..so jgn tak caya dorang ni peramah beb..dan pada korang berdua pasni jgn lupa cari geng2 CAR bila lepas lari yer..so leh la kita beramah mesra mana2 yg patut..huhu sekian..

Friday, January 29, 2010

Kasut Untuk Dijual

Model : NB1063 (Brand New)
Colour : Blue
Mileage Used : Only 5km..!!
Size : Men 8.5 US (Wide)
Retail Price : RM429
Offering : RM345 (Negotiable)

He found it not comfortable and cannot exchange because it was more than a week he bought baru try and he lost the receipt

Interested please call : June - 012 9117846

Sahabat Baru CAR

Zabba Otin (Pa)
CAR#128
Zamanhuri Otin (Man)
CAR#129

Ok geng semua..haa ni ada lg geng Elephant Stone masuk reban..CAR128 Zabba Otin (Pa) & CAR129 Zamanhuri Otin (Man)..eemm maybe mereka berdua ni adik beradik kot..iala nama bapak sama daa..tp tak taula..sok kalo kita jumpa dorang kita tanyala sendiri arr..tp yg nyatanya sah2 mereka ni sekampung..sama seperti geng Batu Gajah yg sebelum nie..kira sekampung gak..

Apa2 pon tabik spring kita pada sahabat kita nie..iala sanggup turun KL slalu semata2 nak join berlari atas jln raya..dan kita mengucapkan selamat datang juga pada mereka..so nampaknya CAR dah leh bukak cawangan kat Batu Gajah dah nie..hehe ok Pa & Man..terima kasih banyak2 yer..so tak sabar kitaorang nak beramah mesra ngan korang..sekian..

Thursday, January 28, 2010

TESCO Walk For Schools 2010 - Charity

Acara : TESCO Walk For Schools
Lokasi : Dataran Merdeka
Tarikh : 07hb Mac 2010 (Ahad)
Masa : 08.00 Pagi
Jarak : 4.5km
Yuran : RM10 (Dewasa) 7 RM5 (Kanak-Kanak)

PENDAFTARAN SERTA BORANG PENDAFTARAN BOLEH DIDAPATI DISEMUA GEDUNG TESCO YANG MENGAMBIL BAHAGIAN SEPERTI DI BAWAH :-

Tesco Mutiara Damansara
Tesco Puchong
Tesco Ampang
Tesco Kajang
Tesco Setia Alam
Tesco Semenyih
Tesco Banting
Tesco Shah Alam Hyper
Tesco Klang
Tesco Extra Shah Alam
Tesco Extra Cheras
Tesco Extra Selayang


Maklumat lanjut sila klik di sini

Sahabat Baru CAR

Nazrul Mat Zizi (Jooi)
CAR#125
Ahmad Yusran Khalid (Aan)
CAR#127

Ok geng semua..ni ada dua sahabat baru dari nun jauh dari Elephants Stone (Batu Gajah) Perak..hehe CAR125 Nazrul Mat Zizi (Jooi) & CAR127 Ahmad Yusran Khalid (Ann)..mereka berdua ni sekampung..jgn tak caya..haha iala bkn senang nak cari geng sekampung yg kaki sepelarian..huhu aku rasa maybe ada di kalangan korang yg kenal ngan sahabat kita nie..tak kisahla..pasni kalo jumpa cam biasala..beramah mesra la eekk..

So selamat datang kita ucapkan dan berbanyak terima kasih juga kita ucapkan kepada mereka berdua kerana sudi nak menjadi sebahagian dari ahli keluarga Chap Ayam Runners..secara tak langsung 'membesarkan' lg keluarga meriah ni..ok geng berjumpa kita di larian yg akan datang (Putrajaya Night Marathon)..

Wednesday, January 27, 2010

Wira CAR Di Dubai Marathon 2010

Acara : Standard Chartered Dubai Marathon 2010
Lokasi : Dubai Media City Amphitheatre
Tarikh : 22hb Januari 2010 (Ahad)


VETERAN WANITA 42KM
5'11'17 - Jenap M Said CAR62
5'56'00 - Hazaliza Mat Zean CAR42

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DARI KAMI SAHABAT CAR BUAT 2 ORANG "AKAK POWER" NI..SEMOGA IANYA AKAN MEMBERIKAN INSPIRASI BUAT SAHABAT2 LAIN UNTUK TURUT SERTA DLM ACARA INI DI MASA AKAN DATANG..KAMI AMAT BERBANGGA DENGAN SEMANGAT AKAK BERDUA..GOOD WELL DONE..!!MAKIN JAUH DAH "AYAM" MENGEMBARA..

Sahabat Baru CAR

Muhamed Suhaimi Shahrifuddeen (Amy)
CAR#124
Mohd Jaafar Mohamed Abdul Hamid (Mat Perak)
CAR#126

Ok geng semua..sorang lg geng "2 alam" yg aktif dah join kita..CAR124 Muhamed Suhaimi Shahrifuddeen (Amy)..beliau ni dari jauh beb..nun kat Teluk Intan Perak..memang tinggal kat sana..geng2 "2 alam" sure kenal ngan Amy ni..jgn tak tau..Amy ni mempunyai kedai basikal sendiri kat Teluk Intan tuh..so kalo ada g sana jgn la lupa singgah2 la kat kedai beliau..kalo nak beli beskal pon ok jugak..

Dan CAR126 Mohd Jaafar Mohamed Abdul Hamid (Mat Perak)..lg sorang org dari Perak..iala nama pon dah Mat Perak..so konpom dari Perak..Pak Jaafar nie dari raut wajah korang mesti tau dia ni dah kategori "Otai"..memang pon..beliau pun tinggal nun jauh kat Batu Gajah Perak..tp walaupon dah otai tp beliau tetap bersemangat untuk berlari..untuk kesihatan katanya..kira kena la ngan motto CAR..berlari untuk kesihatan..

So berbanyak terima kasih dan selamat datang kami dari CAR ucapkan pada korang berdua..tak sabar nak jumpa pasni..leh beramah mesra lg..sekian..

Penganjuran - Klinik Khas Teknik Larian

SUKACITA DIMAKLUMKAN CHAP AYAM RUNNERS AKAN MENGHANTAR WAKIL UNTUK MENGANJUR SATU KLINIK KHAS ASAS TEKNIK LARIAN YANG BETUL ATAS JEMPUTAN PIHAK INSTITUT TEKNOLOGI PETRONAS (INSTEP)..SEGALA MAKLUMAT ADALAH SEPERTI DI BAWAH :-
Acara : Klinik Asas & Teknik Larian
Lokasi : Kampus Institut Teknologi Petronas (INSTEP) Batu Rakit, Terengganu
Tarikh : 31hb Januari 2010 (Ahad)
Pengendali : CAR71 Zulazlan (Ketua) & CAR87 Syahidan (Pembantu)

Kita harus berbangga kerana kita CAR telah mendapat kepercayaan Pihak INSTEP untuk mengendalikan Klinik Asas & Teknik Larian ni khas untuk para pelajar mereka..dan program ini juga merupakan satu program perintis bagi Sayap Baru Chap Ayam Runners "CAR Klinik Teknik Larian" yg baru ditubuhkan pada mesyuarat tahunan CAR 2hb Januari lalu..

Kita mengucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH kepada ketua dan pembantu sayap ini kerana berani menyahut cabaran ini..walaupon tanpa pengalaman mengendalikan program ini..tetapi dengan pengalaman dan pengetahuan yg luas dlm bidang sukan larian INSYALLAH ianya pasti akan membantu..TAHNIAH sekali lg dari kami sahabat Chap Ayam Runners..semoga berjaya diucapkan..

Pada sahabat2 yg ingin nak mengikut sekali program ini di Kampus INSTEP Terengganu..sila la berhubung atau berurusan dengan CAR71 Zulazalan di talian 012-3537277..

p/s : INSYALLAH..program ini akan diadakan secara berkala khas untuk sahabat2 CAR di masa akan datang..demi untuk medapat tips serta teknik larianyg betul..segala maklumat akan diberitahu kelak..

Sahabat Baru CAR

Mohd Ishak Mendan (Pak Sahak)
CAR#120
Razif Yahya (Fizar Kelana)
CAR#121

Ok geng semua..CAR120 Mohd Ishak Mendan (Pak Sahak)..jgn tak caya..umur Pak Sahak ni dah melebihi 60 tahun..!!memang otai tulen nie..walaupon dah meningkat usianya..tp Pak Sahak kita nie masih aktif dlm dunia larian..perlari tegar la katakan..sorila Pak Sahak bg gambar posing kat shopping complex..coz gambar tgh berlari masih takda dan aku pon dah cari tp tak jumpa..kalo dah jumpa nanti aku tukar la..

Dan yg lagi satu tuh CAR121 Razif Yahya (Fizar Kelana)..dan beliau katanya sudah mula nak mengaktifkan diri semula dlm sukan larian yg dah lama beliau ditinggalkan..kira cinta sudah berputik semula la..bagus fren..teruskan niat anda tuh..kita sentiasa menyokong..

Apa2 pon kita ucapkan berbanyak terima kasih dan selamat datang kepada mereka berdua ke dalam ahli keluarga Chap Ayam Runners..so pasni kalo terjumpa kita beramah mesra la yer..sekian..

Monday, January 25, 2010

Mesyuarat Bulanan - Januari 2010 (Laporan)

Lokasi : Dewan Serbaguna Kg Pandan
Tarikh : 23hb Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi hingga 1.30 petang

KEHADIRAN
CAR2 Ramlan Sulaiman - Presiden
CAR47 Zulkipli Galeh - Timbalan Presiden
CAR3 Nazib Ngainin - Naib Presiden
CAR1 Mohd Hailmi Masro - Setiausaha
CAR36 Irina Ramli - Bendahari
CAR14 Khairul Amran Abd Aziz - AJK
CAR37 Hasfiza Ramley - AJK
CAR49 Abdul Talib Haron - AJK
CAR67 Sharafi Abdullah Fauzi - AJK
CAR54 Suhailywati Ramli - AJK
CAR21 Suhaimi Sulaiman - AJK CAR Kaki Gunung

Sekitar suasana perjalanan mesyuarat bulanan (Januari) CAR

AGENDA MESYUARAT
1) Pembentangan serta pengesahan minit mesyuarat agung tahunan CAR 2hb Januari yg lepas
- Dibentangkan oleh Presiden satu persatu dan disahkan oleh AJK yg hadir

2) Perbincangan secara terperinci mengenai syarat-syarat serta masalah berbangkit bg anugerah perlari CAR paling tegar 2010
- Sesi soal jawab mengenai hal dan masalah berbangkit dan penerangan lanjut diberikan oleh Setiausaha

3) Pengumuman perlancaran aktiviti kendalian sayap "CAR Kaki Gunung" untuk menganjurkan XPDC mendaki Gunung Angsi di Daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan
- Dimaklumkan oleh Penolong Ketua Sayap saudara Suhaimi Sulaiman CAR21
- Maklumat lanjut mengenainya akan diumum dlm blog sedikit masa lagi

4) Pengumuman perlancaran program pertama sayap "CAR Klinik Teknik Larian"
- Dimaklumkan oleh Setiausaha sebagai wakil dari sayap ini memandangkan kedua-dua ketua dan penolong sayap ini tidak dpt hadir atas sebab-sebab yg tidak dpt dielakkan
- Program ini akan diketuai dan dikelolakan sendiri oleh Ketua dan Penolong Sayap iaitu saudara Zulazlan Ibrahim CAR71 dan saudara Syahidan Alias CAR87
- Program klinik khas teknik larian adalah atas jemputan pihak Institut Teknologi PETRONAS (INSTEP) bertempat di Kampus INSTEP Batu Buruk Terengganu pada 31hb Januari 2010
- Ianya merupakan satu penghargaan dan penghormatan tinggi buat kita kerana pihak INSTEP memberikan kepercayaan penuh khususnya kepada Chap Ayam Runners untuk mengendalikan program ini khas untuk para pelajar mereka
- Maklumat lanjut mengenai program ini akan diumumkan sedikit masa lagi

5) Pembentangan cadangan serta perbincangan mengenai penganjuran larian yg dianjurkan oleh Chap Ayam Runners
- Merupakan agenda utama perbincangan
- Hasil perbincangan nama "CAR Family Run" telah dipilih sebagai nama rasmi larian
- Tetapi untuk permulaan larian ini hanya terbuka kepada semua sahabat CAR sahaja, dan CAR akan menjemput beberapa perlari dari running group dan kelab larian yg terpilih bg memeriahkan lg larian ini dan tempat adalah terhad
- Maklumat lanjut mengenai penganjuran larian ini akan diumumkan kelak

SEGALA BUTIRAN TERPERINCI MENGENAI SELURUH AGENDA DAN PERBINCANGAN MESYUARAT BULANAN CAR (JANUARI) 2010 AKAN DIBENTANG DAN DISIARKAN SETELAH MINIT MESYUARAT SIAP SEPENUHNYA..!!

Sahabat Baru CAR

Norazilah Abdullah (Nora)
CAR#115
Muhammad Annizam Mohd Mohtar (Annizam)
CAR#118

Salam geng semua..dipendekkan cerita..tp takleh..nak kena panjangkan gak..huhu

Jeng jeng jeng..!!sorang lg "ayam dara" masuk reban..hehe CAR115 Norazilah Abdullah (Nora)..tp sorila gambar tak brape clear la..so tak brapa nak cam muka..takpe nanti kalo aku terjumpa gambar baru aku gantila..tp aku rasa sebahagian dari korang dah kenal kot..coz Nora ni dah slalu gak join training..so dah familiar dah wajah beliau..tp pada yg tak fimiliar tuh..pasni rajin2 la beramah mesra ngan CAR115 ni yer..jgn terlebih mesra udah..huhu..Nora ni kira baru nak berjinak2 ngan dunia larian nie..so skang tgh aktif menjalani latihan di bawah kendalian CAR71 Bro Zulazlan kat Putrajaya..dan Nora ni pon sebenarnya rakan sekerja ngan Bro Zul gak..

Dan yg lg sorang tuh..CAR118 Muhammad Annizam Mohd Mohtar (Annizam)..memang aku tau..wajah dia memang kurang familiar..coz sahabat kita ni duk jauh nun kat Ipoh daa..tp sanggup turun KL atau kat mana2 saja untuk join larian..iala kalo dah nama perlari tegar nak ckp camne lg yer tak..demi larian sanggup berkorban apa saja..huhu well done Bro..!!pasni kita lari sesama yer..

So selamat datang dan terima kasih diucapkan pada korang berdua..

Larian ASTAR - Larian 1 Ringgit @ Larian 1 Malaysia



Larian 1 Ringgit dapat 1 Printer ngan Wang Saku

24 November 2010 - Satu larian kecil-kecilan telah dapat di hidu Fadzli @ Kenya UM, CAR9 dan Ketua Reban, CAR2 di 1st Residential College, Universiti Malaya disekitar jam 10.23 malam pada 23hb. Lalu Ketua Reban terus mengwar-warkan larian tersebut di cbox dan sms kepada jiran-jiran terdekat. Diketika kebanyakan kaum-kaum sedang asyik mengulit bantal dan menjaring air liur basi, kebanyakannya berkemungkinan tidak perasan kehadiran berita larian di cbox dan sms ini.

Larian yang dinamakan Larian Astar itu hanya menggenakan bayaran serendah 1 ringgit sahaja, ia menepati kehendak dan saranan Perdana Menteri kita sekarang ni dengan slogan '1 Malaysia'. mana nak dapatkan ditambah dengan hadiah-hadiah yang hebat seperti printer, speker, pen drive disamping wang tunai untuk pemenang-pemenang. Ok! la sangat.

Dengan kekurangan gerakan promosi yang betul, larian ini boleh dikatakan kurang menerima sambutan luar hanya ramai dari kalangan pelajar dan staf UM sendiri. Larian ini memerlukan semua peserta untuk mendaki 'bukit Cinta' yang pastinya membuat setiap peserta 'bercinta sakan' dengan bukit itu. huhuhu!

Larian yang berjarak 8 km ini, akhirnya didominasi mudah oleh sahabat CAR iaitu Jasni Khairil, CAR101 dengan catatan masa 29:20 minit, yang menobatkan beliau selaku Juara Larian ASTAR 2010 diiringi dengan hadiah sebuah Printer berjenama Canon, disamping wang tunai RM150. Penyampaian hadiah juga disampaikan dalam satu majlis spesel yang meriah pada malamnya di dewan Kolej Pertama UM. Fuh! memang berbaloi Turut menerima tempias hadiah saguhati ialah Asmadi Abdullah, CAR75 hasil kedudukan ke-4 melayakkan beliau menerima hamper. Tahniah! Tahniah!

Yang menariknya, penyerahan sijil penyertaan juga disempurnakan dalam satu majlis sederhana dan meriah selepas larian berlangsung, Dengan setiap sijil diberikan berserta dengan nama peserta lengkap di cetak! Tidak pernah berlaku dalam mana-mana larian yang aku sertai, memang sempoi! Harap selepas ini kalau Chap Ayam Runners ada buat event larian, Jasni Khairil, CAR101 bolehlah pinjamkan printer yang dia menang tu....huhuhuh


Keputusan sahabat CAR
29:20 - Jasni Khairil, CAR101 (1st)
33:34 - Asmadi Abdullah CAR75 (6th)
35:34 - Fadzli Abu Bakar CAR9 (7th)
36:35 - Nazib Ngainin (8th)
42:30 - Ramlan Sulaiman @ Ketua Reban (10th)

Sunday, January 24, 2010

Pacesetters Breakfast Run 2010

PACESETTERS BREAKFAST RUN 2010
Lokasi : Lembah Kiara Park, Taman Tun Dr Ismail
Tarikh : 24hb Januari 2010 (Ahad)
Masa : 07:30 Pagi
Jarak : 11km
Catatan Masa CAR & Rakan-Rakan

LELAKI
45'00 - Azlan Othman CAR108
47'00 - Shawaluddin Mohd Nor CAR81
49'50 - Sharafi Abdullah Fauzi CAR67
54'45 - Abdul Azri K Peer Mohamed CAR28
59'08 - Ahmad Farid Ellias CAR4

WANITA
54'45 - Suhailywati Ramli CAR54
59'08 - Idaizumi Othman CAR5

TAHNIAH SEMUA..!!kalo ada dari geng2 yg join Breakfast Run ni yg nak buat repot dialu-alukan..nanti email kat aku repot tuh..nanti aku post kat sini..

Dan satu lg..sempena Bukit Jalil Bareno Run bln 3 nanti..sebelum acara tuh..penganjur decide nak buat breakfast run gak..jarak sama gak 15km..penyertaan PERCUMA..!!pada sesiapa sahabat yg berminat nak join dan ada sebarang pertanyaan leh la bg nama dan bertanya lebih lanjut pada CAR5 Idaizumi (012-2442771)..coz TEMPAT TERHAD..!!tarikh aku tak pasti..nanti aku refer ngan dia..kalo ok nanti aku post gak pasal Bukit Jalil Breakfast Run tuh..dan untuk makluman..jarak untuk Bukit Jalil Breakfast Run juga akan dikira untuk carta perlari tegar CAR 2010..so cepat..!!tempat terhad..so siapa cepat dia la yg dpt..

p/s : jika ada sahabat2 yg menyertai acara ini tp nama takde dlm list kat atas tuh..sila maklumkan pada aku yer..email or sms..coz mau update dlm carta..TQ

Latihan LSD Malam - Laporan

Lokasi : Taman Empangan (Depan Bangunan PICC Putrajaya
Tarikh : 23hb Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 08.15 Malam (biasala lewat..)
Jarak : 20km jer..huhu

KEHADIRAN
CAR71 Zulazlan Shah Ibrahim (Ketua)
CAR27 Hamidon Mat Aris (Pembantu)
CAR1 Mohd Hailmi Masro
CAR8 Ghejanthran Kalaimani
CAR44 Wan Noor Mahirah
CAR45 Ahmad Daud Abdul Manan
CAR52 Rusfarizal Rusli
CAR56 Deti Affendi A Kadir
CAR57 Shakhir Ishak
CAR72 Syahril Nizam Kamaruddin
CAR75 Asmadi Abdullah
CAR77 Siti Sarah Rimasari Sulani
CAR79 Abd Rashid Ahmad
CAR115 Norazilah Abdullah
CAR117 Rahini Kerishnan
CAR119 Thalagavathy Suriyakumar

Pehh..!!macam tak caya..tak sangka ramai sahabat yg turun latihan malam kat Putrajaya ni..dan ada lg 5 6 org runners yg bukan geng CAR yg turut serta..tp malang sket coz misi untuk LSD terencat..hujan turun dengan lebatnya sewaktu kami melepasi jarak 2km..so berterusan la hujan itu sehingga ke kilometer ke-10..takpela dah kehendak ALLAH nak turunkan hujan..nak wat camner ye tak..kita redha jer..

So disebabkan hujan yg terlalu lebat dan kadangkala bunyi guruh & petir menyinggah telinga..sebelum petir itu menyinggah ke badan kitaorang..so terpaksa kitaorang mengambil "take 5" yg terlebih 5..lgpon sementara nak menunggu rakan2 yg lain tiba..so bila dah amik terlebih 5..badan pon dah terlebih sebu..maka beberapa geng terpaksa mengalah..badan dah sejuk pon ye gak..tp memandangkan minda serta mental dorang tidak mampu lg untuk meneruskan larian utk 10km yg seterusnya..dek kerana minda mereka ketika itu sudah membayangi makanan2 yg penuh ngan kolesterol yg enak2 blaka..seperti maggi goreng telor mata..capati gulung cicah susu pekat lemak berkrim..roti telor banjir ala2 banjir pantai timur..teh & nescafe panas berasap..pehh..!!tp jaga2..ianya mampu membakar kerongkong jika menghirupnya dengan gelojoh dan tanpa berhati2..ataupon kalo nak kurang ekstrem sket..amik versi tarik yg amat menarik serta tertarik akan buih di atasnya..dek kerana tarikan sedepa tangan atas bawah..so mereka terpaksa mengalah juga..

Walaupon begitu masih ada juga geng2 yg berhati waja tetap mahu meneruskan latihan dlm kesejukan demi mencukupkan mileage..kerana kebanyakan mereka datang dari jauh dari luar daerah Putrajaya..so takkan nak buat 10km jer ye tak..iala dah bayar tol..minyak lg..tak berbaloila takat layan 10km jer..bagus2 geng..aku respek anda semua..tp time ni air yg turun dari langit sudah mula menampakkan tanda2 untuk berhenti..

Paling mencuri tumpuan pada mlm itu iala kehadiran dua "twin" dari klang..CAR117 & CAR119..pehh..!!dasat la dorang ni beb..sanggup datang dari klang tu semata2 untuk memeriahkan lg majlis pelarian ini..well done to both of u..we really appreciated..but unfortunately one of u dah lost lak masa first loop..risau juga kami bila kelibat CAR117 Rahini tidak muncul2 juga setelah lama menunggu..memaksa ketua dan pembantu untuk mengerah tenaga lebih berlari-lari ayam untuk memulakan misi mencari dan menyelamat (jika perlu)..disebabkan kerisauan yg amat sgt..tup2 tgk ketua dah memendekkan jarak latihan tanpa disedari..sedar2 aku sampai je kat stating masa second loop(itu pon cilok..tak ikut route betul..huhu)..tgk2 ketua dah "hensem" siap tukar pakaian..wahh lama sampai dah kot..haha

Tapi takperla..apa2 pon latihan LSD malam kat Putrajaya ni best..walaupon tak dapat nak capai sasaran milage..iala dah hujan ye tak..nak wat camner..takkan nak marahkan hujan lak..hujan tuh rahmat..huhu pada CAR44 & CAR77..next time try dtg awal eekk..iala sian korang berdua..dah la kena tinggal..dah la dtg jauh2..korang dpt training mlm tuh pon 10km pon tak sampai..ni kes cilok gak ni..huhu pada CAR27..hang memang sesuai sgt jdk bodigad ayam dara sewaktu berlari..cayala Midon..hehe

Dan pada sahabat2 yg lain..well done guys..takper INSYALLAH next time kita buat lg..kalo tak sempat nak buat latihan malam sebelum Putrajaya Night Marathon nie..kita bikin lepas Putrajaya Marathon..kire sebelum Energizer Marathon..iala Energizer Marathon tuh pon lari malam gak..ok geng jumpa next time..tp sayang coz tak dapat nak bergambor ramei2..huhu

Sekian..

Sahabat Baru CAR

Rahini Kerishnan (Rai)
CAR#117
Thalagavathy Suriyakumar (Thilaga)
CAR#119

Ok geng Semua..ni ada dua orang sahabat baru "ayam dara" untuk diperkenalkan pada korang..

CAR117 Rahini Kerishnan (Rai) & CAR119 Thalagavathy Suriyakumar (Thilaga)..mereka berdua ni merupakan sahabat baik..yg selalu berlari bersama makan bersama berjalan bersama dan tido umah lain2..dan mereka ni juga merupakan rakan kepada sahabat kita CAR69 Ruby..tp tak taula kalo si Ruby ni ada berlari, berjalan atau makan bersama..huhu

Apa2 pon kita mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua kerana sudi menjadi sebahagian dari ahli keluarga Chap Ayam Runners dan selamat datang..so cam biasala..kalo terjumpa jgn lupa bertegur sapa la yer..and pada u all berdua..pasni jgn lupa cari geng2 CAR bila lepas lari eekk..

Ok geng..sekian..

p/s : sori geng..lambat publish ini dua orang sahabat baru..mlm td mereka berdua ni turun training kat Putrajaya..dari Klang tuh..well done..!!

Friday, January 22, 2010

Mesyuarat Bulanan AJK CAR [ Januari 2010 ]


Lokasi : Dewan Serbaguna Kg. Pandan (Berdekatan Restoran Kari Kepala Ikan Kg. Pandan)
Tarikh : 23hb Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari

Kehadiran semua AJK adalah amat dihargai bagi mempastikan kelancaran mesyuarat bulanan CAR - Januari 2010.

Peta Lokasi : Klik di sini!

Latihan LSD - Malam

Lokasi : Taman Empangan (Depan Bangunan PICC Putrajaya
Tarikh : 23hb Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 07.45 Malam
Jarak : 20km - 25km (Terpulang pada individu)

PERSEDIAAN UNTUK PUTRAJAYA NIGHT MARATHON
SEMUA SAHABAT DIJEMPUT HADIR

JURULATIH : CAR71 ZULAZLAN SHAH (012-3537277)
PEMBANTU JURULATIH : CAR27 HAMIDON MAT ARIS


Ok geng..pada yg berminat untuk menyertai latihan malam ni..bleh la trus berjumpa di sana..lokasi tempat berkumpul maybe korang tak penah dgr or tak tau kat mana..taman tu kat sebelah tasik tp kat depan PICC (Putrajaya Convention Centre)..senang je..lepas je jambatan yg dekat PICC tu..korang tgk sebelah kiri..kat sebelah kiri tu ada satu taman baru..korang leh nampak ada satu jambatan besi kecil kat situ..masuk je taman tuh..so leh park keta kat situ..kat situ toilet pon ada..

So kalo ada sebarang pertanyaan atau kesulitan..korang trus la hubungi Bro Zul..coz laluan untuk latihan ni dia yg arif..so dia la yg afdal untuk menjawab segala pertanyaan..huhu ok geng jumpa di sana..jgn lupa bawak air..coz kita tak menyediakan water station..

P/S : DIGALAKKAN MEMAKAI PAKAIAN (BAJU/VEST) YG BERWARNA CERAH..DAN DI TAMAN ITU JUGA ADA KEMUDAHAN SURAU..BOLEHLAH BERJEMAAH SOLAT MAGHRIB BERSAMA DULU SEBELUM MEMULAKAN LATIHAN..TQ

Thursday, January 21, 2010

Sahabat Baru CAR

Muhammad Hafiz Wong (Ah Thiam)
CAR#100

Ok geng..pertama kali..JANGAN TERKEJUT & JANGAN TAK PERCAYA ARR..!!iala aku pon memula memang tak caya gak beb..huhu aku rasa korang mesti kenal sangat2 ngan sahabat atau ahli keluarga baru kita ni..

Aku rasa memang suma kenal kot ngan 'sifu' CAR100 Muhammad Hafiz Wong (Ah Thiam) a.k.a Wong Ah Thiam..aku rasa memang sesuai kot aku panggil dia 'sifu'..huhu iala kebolehan dan 'kepoweran' sifu memang tak leh nak dinafikanla..apa yg aku leh ckp..memang aku terharu dan berbangga sgt2 coz sifu dengan rasa rendah diri tanpa memikirkan 'status elit' yg dipegangnya dan tanpa dipengaruhi oleh sesiapa..sudi nak jdk sebahagian dari ahli keluarga kita..

Korang maybe nampak sifu ni macam serius dan sombong ye tak..tp sebenarnya peramah giler tahap babun beb..tak kedekut ilmu plak tuh..kalo korang tak caya kalo korang jumpa cuba borak2 ngan sifu..dan sifu pon siap ajak skali sesiapa geng2 CAR nak join training sama dia memang dialu2 kan..apa2 pon terima kasih juga kita ucapkan pada sahabat kita CAR107 Abu Power..kerana beliau la yg bertanggungjawab mempromosi dan memperkenalkan CAR ni pada sifu..

Ok geng..so kalo jumpa ngan sifu pasni jgn malu2 arr..tegur jer..jgn risau sifu very the bery sporting maa..so pada geng2 yg nak upgrade jdk '3 alam' yg power lehla berguru ngan sifu arr..so gunakan la kesempatan ini..sifu pon memang nak curahkan ilmu gak tuh..janji kena displin..akhir kata..TERIMA KASIH DAN SELAMAT DATANG DARI KAMI AHLI KELUARGA CHAP AYAM RUNNERS..!!

Ok geng..sekian..

Kasut Untuk Dijual

SOLD OUT..!!

Jenama : Mizuno
Model : Wave Inspire 4
Saiz : US8 Normal Width (D) - tapi toebox cukup luas & selesa
Tujuan : Stability
Tahun : Awal 2009
Milage : 264km
Condition : Masih elok dan bagus, sesuai untuk kegunaan buat lenjan training

HARGA JUALAN : RM50 SAHAJA..!!

Jika berminat atau sebarang rundingan dan pertanyaan sila hubungi :-
CAR57 Shakhir : 012-2696814

p/s : aku tgk kasut ni masih ok lg keadaan nya..mungkin dijaga seperti menatang minyak dalam dulang yg penuh oleh tuannya..iala minyak dah naik harga so kena la tatang elok2..huhu so pada sesiapa yg berminat jgn pikir panjang sambor jer..murah beb 50 hengget..mana nak dpt..Mizuno tuh..huhu memang sesuai utk buat training..pehh..!!baiknya promote nampak..but don wory..aku tak amik komisen..aku tolong kengkawan je bg melariskan jualan..haha

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"