Photo Credit to Rosli Saaban. Thanks!
Acara: Larian Amal Kebangsaan (Muar Half Marathon)
Tempat: Tg Emas, Muar, Johor.
Tarikh: 9 Oktober 2011
Masa: 6.35pg
Jarak: 21km dan 11km
Catatan Masa Rakan2 CAR:
21km Men Open
1:54:13 Azrulhisyam Hussin (CAR201) - PB tu yahooo!
2:09:00 Razif Yahya (CAR121) - tempat ke-40
2:09:39 Mahdi Mazelan (CAR245)
21km Women Open podium picture. Photo credit to Kbc Runner. Thanks!
21km Women Open
2:27:26 Robiyatulmunawarah Md Arif (CAR69) - tempat ke-5 (Tahniah! RM100 tuuuu)
2:38:40 Nor Aini Kassim (CAR135) - tempat ke-8 (Tahniah! RM50 balik modal makcik)
2:38:46 Suhailywati Ramli (CAR54) - tempat ke-9 (Tahniah! RM50 jugak)
3:09:40 Irina Ramli (CAR36)
21km Men Veteran
2:40:00 Tan Teck Hoe
11km Men Open podium picture. Photo credit to Kbc Runner. Thanks!
11km Men Open
0:00:00 Mohd Syahidan Alias (CAR87) - tempat ke-3 Tahniah!
1:11:29 Mohamed Rais Mohamed (CAR230)
1:15:00 Abdul Rahim Rameli (CAR242)
11km Women Open
1:37:00 Al-Husna Mohd Nor Al-Haj (CAR259)
Laporan disediakan oleh Azrulhisyam Hussin@Deo (CAR201)
Pada 16 Oktober lepas, telah berlangsung Larian Amal Kebangsaan 1Malaysia ataupun Muar Half Marathon di Bandar Muar, Johor. Tahun ini merupakan tahun kedua acara ini diadakan yang membabitkan dua jarak larian, 11km dan 21km. Memandangkan tarikh acara ini banyak bertembung dengan larian-larian lain di ibu kota, tidak ramai pelari-pelari CAR yang mengambil bahagian dalam acara ini.
Majlis pengambilan nombor bib dan t-shirt berjalan secara lancar di Dataran Tg. Emas pada hari Sabtu. Pihak penganjur masih lagi menerima pendaftaran secara ‘walk-in’ pada hari tersebut.
Pada hari perlumbaan, kedengaran guruh berdentam-dentum di langit seawal jam 5 pagi. Ramai yang menjangkakan larian ini akan diadakan dalam suasana hujan. Hujan mulai turun dengan agak lebat, membasahi bumi Muar seawal jam 5.50 pagi. Dalam keadaan basah dan agak gelap di garisan permulaan, para peserta kategori 21km berbaris untuk memulakan larian. Alhamdulillah, hujan mula berhenti beberapa minit sebelum peserta dilepaskan pada jam 6.35 pagi namun, para peserta harus menyusuri jalanraya yang mempunyai lopak-lopak air di beberapa tempat.
Jarak 9km pertama, peserta menyusuri Jalan Abdul Rahman yang lurus dan panjang dan melewati Parit Sakai laut, Parit Keroma Laut, Parit Besar Laut, Parit Raja Laut and Parit Ahmad Laut. Tidak banyak aktiviti ataupun kenderaan melalui jalan ini di pagi yang bening ini. Keindahan pemandangan dan kehijauan sepanjang Jalan Abdul Rahman ini terus melupakan pelari-pelari dari menyusuri jalan yang panjang ini.
Di KM9, pelari-pelari membelok ke kanan dan memasuki Parit Unas Laut dan dikejutkan dengan jalan merah tidak bertar dan berbatu-batu kerikil. Situasi ini agak unik dan jarang sekali terdapat dalam ‘road races’ lain di Malaysia. Selepas dalam 500m, kami membuat satu pusingan U sebelum memasuki satu lagi jalan yang lurus dan panjang, Jalan Junid. Sekali lagi, larian peserta tidak membosankan dengan pemandangan rumah-rumah kampung dan kehijauan sepanjang Jalan Junid. Masih tidak banyak kenderaan melalui jalan ini dan orang-orang Muar pun tidak ramai yang kelihatan, mungkin sedang lena diulit kedinginan cuaca di pagi Ahad.
Di 3km terakhir, para peserta disajikan dengan pemandangan yang cukup indah. Kami berlari di tepi laut yang juga bersebelahan dengan Kelab Golf Muar. Suasana nyaman dan indah, sambil disapa dengan kedinginan angin laut, satu suasana yang tidak terdapat di larian-larian lain di ibu kota, membolehkan peserta membuat ‘pace’ terbaik di kilometer terakhir larian dan terasa hilang penat dan lelah berlari sejauh 10km atau 20km sebelumnya.
CAR bergambar dgn bendera kesayangan. Photo credit to Aini Kasim. Thanks!
Larian tamat di Dataran Tg. Emas, sama dengan tempat permulaan larian. Para peserta dijamu dengan sarapan pagi dan dihiburkan dengan persembahan dari penghuni-penghuni rumah istimewa di Muar. Para peserta, terutamanya pelari-pelari CAR, seperti biasa menggamatkan suasana di kawasan penamat dengan gelak ketawa dan mengambil peluang bergambar bersama-sama 'peminat' masing-masing. Beberapa pelari-pelari CAR turut berjaya menggegarkan Bandar Muar dengan berjaya menempatkan diri masing-masing di podium. Tahniah.
Ayam2 dara CAR. Photo credit Kbc Runner. Thanks!
Secara keseluruhan, setinggi-tinggi tahniah kepada penganjur Muar Half Marathon yang telah membuat perubahan drastik daripada penganjuran acara ini tahun lepas. Jarak larian yang tepat, laluan yang menarik dan unik dan juga flat macam di Berlin, air dan buah yang mencukupi sepanjang dan selepas larian, saiz acara yang tidak terlalu besar dan bilangan peserta yang tidak terlalu ramai, tidak was-was jika larian ini diletakkan sebaris dengan Bidor Half Marathon ataupun Seremban Half Marathon. Secara ringkas, boleh dikatakan Muar Half Marathon patut dijadikan acara wajib tahunan untuk setiap pelari tegar di Malaysia.
Tidak lengkap berkunjung ke Muar jika tidak menikmati juadah-juadah istimewa seperti asam pedas, rojak petis, mi bandung, mi rebus, satay yang dimakan di siang hari dan juga kopi Muar 434 yang sangat terkenal.
Setakat itu sahaja repot utk kali ini, berjumpa lg di repot yg akan datang. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment