EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Monday, October 24, 2011

Larian Warga Emas - Laporan


Acara: Larian Warga Emas
Tempat: Pusat Rakan Muda, Kompleks Arena, Petaling Jaya, Selangor Malaysia
Tarikh: 22 Oktober
Masa: 7:30 pg
Jarak: 7km

Catatan masa rakan2 CAR:

Kategori warga emas 50 thn keatas
27:25 Redzuan Sulaiman (CAR68) - naib johan
28:00 Mohd Suwoto Indi (CAR76) - tmpt keenam
36:25 Ab Aziz Jantan (CAR154)
40:05 Rustam Affandi (CAR48)

Kategori Men Open
24:39 Amirul Syazwan (CAR tak tau) - johan
28:50 Zainal Ismail (CAR268),
29:00 Harry Shahrizan Romle (CAR22)- tak bwk jam tapi dlm anggran
32:00 Mohd Azri (CAR tak tau)
36:01 Ramlan Sulaiman (CAR2)

Laporan disediakan oleh Ramlan Sulaiman (CAR2)

Larian Warga Emas ini telah dianjurkan Bahagian Pembangunan Komuniti Sosial & Belia MBPJ dengan teknikal dibantu Julie Wong dan Rakan2 bersempena dengan Hari Sambutan Warga Emas Kebangsaan.

Penyertaan tidak lah ramai cuma dalam linkungan 200 peserta sahaja namun larian sejauh 7km telah disertai oleh pelbagai usia dengan satu tujuan iaitu meraikan warga emas yang dikasihi. Flag off tepat pada jam 7.30 pagi, air hon di tekan oleh Julie selaku race director. Jumlah penyertaan dari warga emas ialah dalam lingkngan 30% dari jumlah semua penyertaan. M. Ramakrishnan (warga emas 50 tahun ke atas) telah memenangi juara keseluruhan dengan catatan masa 24:08s mengalahkan Amirul Syazwan (kategori men open) dengan perbezaan masa 31 saat dengan purata pace 3:48s. Sah ... warga emas memang mantap. Walau begitu Amirul tetap memenangi tempat pertama di bawah 49 tahun ke bawah.

Laluan bermula dari Pusat Rakan Muda, Komplek Arena, PJ yang berhadapan pula dengan Hospital Assunta menuju ke Jalan Templer masuk ke Jalan Gasing dan selepas itu terus ke Jalan Yong Shook Lin. Disini terletaknya Bangunan MBPJ. Selepas itu ditempuh pula Jalan Penchala menuju ke Jalan Othman. Di Jalan Othman terletak sebuah pasar yang paling besar dan sibuk yang dinamakan Pasar Old Town dan akhir sekali berpatah balik ke Jalan Templer.

Ramai juga pesakit2 dari dalam Hospital Assunta yang berdekatan menjengok dari tingkap wad memerhati kelibat2 pelari di Kompleks Arena yang berdekatan seolah memberi signal kepada yang sihat2 dibawah – aku jeles. Ok kot, laporan ni dengan ingatan ,marilah kita berlari & bersenam selalu supaya sihat dan tak lah menjengok dari tingkap wad sepital nanti.

No comments:

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"