EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Saturday, February 26, 2011

Terminologi Larian #2 - Info


Okay geng, berjumpa lagi kita di post terminologi untuk kali ni. Baik, mari kita sambung pelajaran kita ye murid2 ...


Istilah #7: Runner’s high
Satu keadaan yg mungkin dialami oleh seseorg pelari. Ada yg mengatakan ia mitos semata-mata sbb x semua mengalaminya. Ia boleh berlaku semasa larian ataupun selepas habis larian. Kalo semasa larian tu, runner’s high ni boleh berlaku ketika di saat2 akhir di mana korang cam hampir putus asa. Pada ketika tu, badan dh penat, tp sbb semangat tu masih ada, dikerah la jugak tenaga dan pastu rasa korang masih boleh berlari dan habiskan larian. Laju lak tu. Bila dh habis baru la rasa pelik cemana leh buat td, padahal dh penat. Kalo dipikirkan mmg x logik. Jd toksah pikir2, terima jek kenyataan yg korang ni terer, haha. Kalo selepas larian lak, runner’s high ni dialami bila korang merasa sgt seronok, gembira x hingat2, seperti diawang-awangan lagaknya (pendek citer, cam tgh ‘high’ la). Tapi lain org lain effectnya. Sains cuba menjelaskan ini disebabkan oleh hormon endorphins yg dilepaskan oleh badan selepas sesuatu aktiviti aktif untuk jangka masa panjang (ada yg kata hormon adrenaline, ada lak kata serotonin, mana yg betul pun xtau). Tp ntah, sbb bukan semua dpt rasa, susah nk explain cemana leh berlaku runner’s high ni. Cuma individu2 terpilih yg penah alaminya jek kot yg tau. Namun, perlu berhati-hati kerana perasaan sgt seronok ini memungkinkan korang berbuat sesuatu tanpa disedari seperti tersengih sorang2, menyanyi tiba2 atau apa2 la yg org lain x buat. Bahaya gak nih, takut nnti org kata skru otak dh longgar lak…


Istilah #8: Sub
Bukan nama timangan org yg bernama Sabrina mahupun Sabri. Akan disebut bersama suatu nombor dihujungnya, seperti Sub-2 atau Sub-5:40 contohnya. Ini bermakna, habiskan larian sebelum masa yg korang sebut bersama perkataan ‘sub’ tu. Ala, sub tu kan maksudnya sebagian … jd kalo Sub-2 tu maksudnya, sebagian dr 2 jam iaitu abiskan larian sebelum 2 jam. Dan kalo Sub-5:40 tu maksudnya, abiskan larian sebelum 5 jam 40 min ... kalo dpt 5jam 39min 59saat, kira berjaya la tu! Dalam kebanyakan kes, nombor pertama tu mewakili jam dan kemudian br minit. Tp ada jugak org sebut Sub-15 yg bermaksud sebagian dr 15min. Contohnya acara 5K … korang target PR, mesti kena dpt Sub-15. Jd, kalo dh 5K tu, mesti la sub-15 tu sebagian dr 15min … takkan korang nk wat 5km lam 15jam lak kan … baby naik walker pun leh siap sblm tu, ye tak?). Tapi agak2 kalo acara ultramarathon, ada tak org sebut Sub-1 … sebagian dr 1 hari? Haha, ultraman jek leh jawab …


Istilah #9: FMV
Full Marathon Virgin. Ini gelaran yg diberikan pada mereka yg pertama kali berani berjuang mengazabkan diri untuk menyertai acara marathon. Disebabkan sekali jek korang pegang title ni, iaitu sebelum buat marathon tu, abadikanla baik2 pengalaman tu. Susah nk dapek ni! Takleh nk ulang balik kalo kiranya korang miss dan tak enjoy moments tu, nk kena pulak cari time-machine patah balik. Sbb lepas tu, xde la virginnya lg, sbb korang dh pun jd marathon finisher! Pengalaman pertama tu pun penting dalam menentukan masa depan korang dalam hidup sebagai pelari ni ... adakah korang dh serik xmo buat lg marathon, atau korang punya seronok sampai makin berselera nk join lg? Korang jek leh decide ... (** gamba t-shirt fmv ni courtesy of Cik Lily kita ... tq, Lily!)


Istilah #10: Pace/pacing
Unit ukuran masa untuk menghabiskan larian berjarak 1 km atau 1 batu (sbb di Malaysia kita byk pakai km, tak pakai ukuran batu (miles), jd kalo sebut pace/pacing tu utk 1km la). Kalo sebut pace/pacing ni kena berpada2, sbb ada runners yg slow, ada runners yg laju (yg mana kalo ada speed trap, konpom dpt saman). Jd, kalo kita rasa pace kita slow, mungkin pd org lain, itu la pace idaman dia. Contoh, dlm acara 5K, kita target sub-15 (chewah, mentang dh belaja td, trus pakai istilah ni) tp tak dpt. Timing yg dpt 15min 25saat. Jd pace/pacing nyer ialah 3min 5saat. Pd kita mungkin gagal, tp kalo org len dpt pace tu, dh buat kenduri kesyukuran kot dh … hehe. Jd bersyukur la apa pace pun kita ek, kalo x capai target, training lg kuat2 and try lg next time ... ok, itu citer pace. Pacing lak, boleh juga bermaksud lari sesame. Contoh dialog: “Pace kita dekat2 sama, next race I nk pacing ngan u leh?” Hmm, bunyi nyer lebih gempak drp kalo kita kata, “Speed kita dekat2 sama, next race I nak lari ngan u leh?” Huuu … x best, x best … best yg pertama td kan … lari xlaju xpe, tp berckp mesti ada gaya … hehe.



Istilah #11: Full/FM
Bermaksud full marathon. Kalo bahasa sebutan, kita pakai ‘full’. Kalo bahasa tulisan, kita pakai ‘FM’ … sbb kalo nk sebut FM cam susah jek ... lgpun kalo sebut FM, nnti org ingat frekuensi radio ke apo … so sebut full lg senang. Selain tu, nama panjang bg jarak ni, boleh juga disebut sebagai ‘exam akhir tahun’ ... walaupun korang wat full pada bulan Februari ia tetap dipanggil begitu dan x pula bertukar menjadi 'exam awal tahun' lak yek ... tidak, tidak ...


Istilah #12: Half/HM
Bermaksud half marathon. Sama cam full/FM td, bahasa sebutan, kita pakai ‘half’. Kalo bahasa tulisan, kita pakai ‘HM’. Ada juga usul yg meminta agar half marathon ni diberikan nama yg khusus. Antara cadangan ialah ‘Pikermi’. Pikermi ni adalah bandar yg berada di tgh2 antara bandar Marathon dan Athens. Tp ntah, maybe bunyi dia cam tak ganas kot (ye aa, silap2 sebut ada bunyi cam Kermit the Frog lak), so usul tu tidak diterima ramai. Nama panjang jarak ni lak? Of course la, ‘exam tengah tahun’ … hehe


Okay, so itu dia 6 lagi perkataan yg boleh dipelajari oleh runners. Kiranya bahasa kita la, sbb kita2 jek paham ... hehe. Next week kita akan citer pasal jenis2 larian lak cam tempo run, cross training, fartlek, lari geli2 … lari hantu pun ada, haha ... Tguuuu …

4 comments:

Ecah said...

masuk skali maksud keliwon..... hahaha... hny car je tau natang ape tu! ngeee

CAR194 said...

hahaha ... okeh2, keliwon ek ... orait. ;)

KR said...

thanks for dis info..

CAR194 said...

you're welcome! it's my pleasure ... :)

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"