EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Friday, June 15, 2012

Aktiviti Kayuhan Ke-14 Jom Kayuh Chap Ayam Fraser Hill - Laporan

Acara: Aktiviti Kayuhan Ke-14 Jom Kayuh Chap Ayam Fraser Hill
Tarikh: 10 June 2012
Tempat: Frazer Hill

Assalamualaikum dan salah sejahtera kpd semua warga2 kayuh jom..kita kembali lagi dgn laporan atau lebih dikenali sebagai karangan darjah 5 hehehe…semua sedia maklum yg kita baru sahaja buat kayuhan kali ke14 ahad lepas 10.6.12 ke Frazer hill..kayuhan yg pada mulanya dijanjikan tayar bergolek jam 730pagi tapi pkul 9 baru nak tergolek2…biasa la janji Aki kiki kan hahahaha….



Kayuhan ke frazer kali ni dihadiri lebih kurang 18org,semua power2 ni..mcm biasa bermula agak lewat iaitu pukul 9pagi,kayuhan bermula dr 7Eleven KKB ke puncak Frazer hill lebih kurang jarak 80km,kayuhan terjah embun pagi bertukar kpd kayuhan terjah bdk hitam sbb matahari dah terpacak kat atas kepala keh3…kayuhan pagi tadi agak meriah sbb ada group kayuh dr sekitar KKb so bertambah ramai pagi tadi,memang best la ramai2 kayuh..kita juga ucapkan selamat dtg kpd kaki kayuh baru kita iaitu cik Fida dido sbb kali pertama join group kayuhjom buat kali pertamanya…pertama kali pun sampai GAP oiii…kuat betul kaki dia tu…tahniah2.kpd abag K kita yg sampai awal ke KKB tahniah jgk,dia pun power jgk..



kayuhan kali ni agak mencabar dr selalu sbb keadaan jln yg bersepah gan batu2,pasir2,pokok2 yg tumbang sbb hujan dimalam sebelum kayuh,kenderaan bertali arus,tetapi Alhamdulillah sbb semuanya selamat sampai ke Gap iaitu water station pertama konon2nya hahaha…water station siap nasi lemak,bihun sup,burger n mcm2 adaaa…yg tak tahan tu siap oder 2pgan nasi lemak,sape ler org tu tah ler hahaha…tu yg power lebih sampai ke JAM tu..selepas sahaja rest dkat Gap lebih kurang 30min kayuhan diteruskan ke puncak Frazer (jam) dr gap lebih kurang 8km ke atas,kayuhan dikepalai oleh otai Yim,Aiman tak kesah,Din,yg lain2 ikut blkang sbb power dh kurenggg…ada yg mintak nyawa di km 6 hahaha….lagi dekat nk sampai lagi mencanak bukit dia,adoiyaiii layan je la slow2..kali ni orenman dpt follow bro Din yg power tu,terima kasih bro Din sbb kasi ikut..setelah perah keringat utk ke puncak akhirnya sampai jugak kami kat menara JAM yg anda sedia maklum,kalu tak bergbr tak sah,so bergambarlah kami beramai2…



Kaki2 kayuh berehat seketika lebih kurang 30min,setelah rehat bergbr sebagainya kami siap2 utk turun ke GAP,kayuhan turun pun bermula…lebih kurang 3,4km pertama kayuhan turun kami diGEMPARkan dgn kemalangan salah seorg kaki besi wanita terunggul kami iaitu cik ERNIza(ehh..ada “za”plak kt blkang..hehe),beliau terjatuh dr basikal sbb terlangar seketul BATU,dan beliau terbabas ditepi jln,luka agak dlm dkt siku beliau,nasib kami baik ketika itu sbb ada Group kayuh siap ada support car tah dr mana oren pun lupa Tanya,dtg beri bantuan,mereka pun otw turun ke Gap ketika itu,setelah dicuci dan dibersihkan oleh pakar jururawat (kah4….)kami iaitu REZAni(ehh..ada nama ‘ni’plak kat blkang hehe)luka beliau dpt dirawat,Alhamdulillah syukran2,tu pun degil nak kayuh lagi..dgn desakan oleh rakan2 akhirnya beliau akur dan naik support car hingga ke KKB...kayuhan kami diteruskan dgn menuruni bukit bukau Frazer ke KKB,kelajuan dlm 20 ke 55kmj(turun laju ler,naik tgkkk..10kmj aje hehehe…)



Sampai sahaja di KKB semua dlm keletihan,kepenatan teramat sgt..ape lagi..serang kedai mamak lerr hehehe…apa2 pun terima kasih kpd semua yg join kayuhan kali ke14 ni..yg sponser air bro Yim n bro Din terima kasih..hilang dahaga kami tadi…kpd Erni,jgn nak cuba serik ikut kami lagi ok..alamak,xsedar la..panjang la plak karangan ni hahaha…akhir sekali kita jumpa dilain kayuhan,kayuhan ke15…kemana?tungguuuuu!!!!....sekian terima kasih semua yg join.wassalam..

Orenman







Ekiden Run - Laporan

Acara: Ekiden Run
Tarikh: 27 June 2012
Tempat: Putrajaya
Jarak:15km

Haa Ekiden dtg lagi, Sedia maklum event ni betembung dgn Hari Sejuta Belia, nah amik ko.....memey la...ramai betol umat belia dtg. Pagi tu kami dtg dgn hati yg penuh dgn bunga2 debaran coz tahun ini ekiden kena fight medal. Memandangkan kami ni sume pelari2 tegar chap ayam...hahaha..tegar la sangat kan....kena la atur strategi. Sebenor2 nye kami ni patut lari kat hadyai tp dek bom yg dah meletop..kebabommmm..kat sana tu maka kami batalkan hasrat kami untuk beraksi di luar negara. huhuhu....

Dalam kul 6 pagi, kami dah terpacak kat precint 3....Ya Allah.....Putrajaya punya la busy...maklumla jutaan Belia berkumpul kat sana....yg pengakap sebuk berkhemah sblh Masjid Mizan...kalau gerai2 jualan ni tak yah cerita la... kalah pasar malam jalan tuanku abdul rahman tu... mak aiii... mmg havoc la kato org kg den... Mana team mate aku lg ni....jgn buat pasal ... mana leh wat One man show masa EKIDEN ni... mula la sebuk call sana call sini...on d wayyyy....hahaha.. jawapan standard tu.... tunggu punye tunggu akhirnya team mate iaitu Napy, Shah, Ijad n Wan sampai... lega dah chek...

Tengok jam dah kul 7....uishh tak leh jadi nie... ape lg...manager kami iaitu bro KADok.. cepat2 cari bus masing2...yeahhhh....berlari2 anak la kami mencari geng bus sekolah yg bakal bawa kami ke station...bukan station bus kat putrajaya tu da.. tp station utk runner tunggu n terima sach.. wah cakap org puteh lak... selempang ratu cantik tu la yg kita pakai masa lari...Bila dah dapat naik bus tu.. rasa lega da.. tiba2 ada pulak satu mamat tu tanya sape runner ke 3 stay dlm bus ni.. ape hal lak... aku kan runner ke 2... turun2 katanye.. aduhhh... ape lg turun la sume runner yg ada dlm bus tu termasuk la chek nie.. Ingat dah leh la lepak tenangkan hati dan fikiran utk berlari sejauh 2.8km je ... adoyaiiii... turun la chek dan cari bus lain....

Untuk starting... chek tak de la kat sana tp bro Kadok ada sana juga... so kul 8 pagi....pelepasan pelari yg pertama sejauh 2.4 km katanye....Masa kat kandang, nampak Ida Maria, Jasni, Nafy,Shahir dan beberapa org lg anak2 ayam yg bakal di lepaskan ...Pang.... bedesup si Jasni lari...tinggal la runner lain kat belakang... Kejor Yob kejor...sume lari mcm kena kejar anjing da... maklum la sume nak cepat sampai... hahaha...mcm2 xpresi muka runner ni kan....lps runner pertama sampai kat station runner ke 2...ada gak yg jalan kaki patah semula ke starting point.. bus ada tp nak tunggu penuh br nak jalan... ape driver tu ingat deme ni nak balik raye ye... dah la letih2 lari...lepas tu nak kena tunggu lagi... so ramai la yg menapak setapak demi setapak ke starting point. perghhhhhh....Boleh dikatakan sume runner jalan kaki semula ke starting point termasuk la chek ni....

Kat finishing mcm kelam kabot cikit... coz masa tu dah ramai org datng ke Putrajaya.. so finisher lari celah2 org ramai la. Ada gak runner yg nak mengiringi last runner ke finishing line tp di halang oleh staff organizer yg bertugas masa tu.. ye la may be sebab keselamatan kut... tp ada kejadian tak diingini berlaku. Ada sorg runner lelaki telah mengalami kemalangan .. dia telah jatuh tersembam ke jalan Tar...tak tau la sb ape..tp teruk gak la...darahhhhhh beb..... Chek pun taktau la nape dah tau mmg tak placing...wat pe la nak lari sampai mcm nak menyembah bumi... kan...kan.... coz SaFETy CoMe FiRsT!!!!!...

Anyway, tahniah pd sume runner yg telah beraksi pada hari 27hb June 2012..tak kira anda berada di mana2 event jua...MALAYSIA, SINGAPORE or THAILAND!!! memeyyyy terbaikkkk la... MaNTopppppp.......


Putrajaya Urban Adventure Challenge - Laporan

Acara:Putrajaya Urban Adventure Challenge
Tarikh: 27 Mei 2012
Tempat: Putrajaya
Jarak: Berbasikal=33km / Berlari=8km / Berenang=100m / Berkayak=1km / Hiking= / Biathlon=3km

Assalamualaikum dan selamat sejaterah kepada semua sahabat sahabat chap ayam runners.

Saya Mohd Noorazwan Bin Abdul rahman ( Azwan Nawzaroon ) di beri kepercayaan oleh tok Ketua Reban tuk membuat laporan tentang Event putrajaya urban adventure challenge (PUAC) .tuk pengetahuan umum rakan2…PUAC nie di anjuran kn julung2 pertama kali nya di putrajaya nie…event nie di organize kn oleh tuah adventure management challenge.

Serba sedikit maklumat tentang PUAC=

Setiap disiplin yang terlibat adalah satu disiplin yang sentiasa dipertandingkan individu tetapi dalam PUAC 2012, kami ingin membuat ia berbeza dan kami telah menggabungkan semua disiplin di bawah satu peristiwa. PUAC 2012 juga telah memperkenalkan Biathlon pasukan yang mana setiap pasukan mesti berjalan dan berbasikal sepanjang laluan bahawa kita mempunyai persediaan untuk disiplin. Di sepanjang laluan, para peserta dibenarkan untuk berbasikal dan berjalan tanpa apa-apa had. Ini adalah untuk memastikan kerjasama semua ahli pasukan yang telah ditubuhkan dan mereka perlukan untuk membantu dan menyokong antara satu sama lain untuk menyelesaikan tugas.

PUAC 2012 adalah perlumbaan pengembaraan pertama yang akan diadakan di Putrajaya. PUAC 2012 akan menjadi bendera-off di Taman Putra Perdana Putrajaya dan akan melalui beberapa kawasan pusat pemeriksaan yang telah disediakan. Kawasan pusat pemeriksaan yang terlibat adalah taman rekreasi yang dibangunkan oleh Perbadanan Putrajaya dan kawasan yang terlibat adalah Taman Botani Putrajaya, Taman Saujana Hijau, Taman Rekreasi Air Wetland dan Kelab Tasik Putrajaya. Dengan kerjasama dengan Perbadanan Putrajaya, PUAC 2012 secara tidak langsung akan memperkenalkan taman-taman rekreasi di sekitar Putrajaya untuk peserta di seluruh negara dan memperkenalkan Putrajaya sebagai bandar yang paling sesuai untuk aktiviti rekreasi.

Event nie m’limit kn hanya 200 team sahaja berdaftar tuk 4kategory y di pertandingan. Iaitu :-
1) Category men open
2) Category mix
3) Category university /media
4) Category novice ( putrajaya)

Dalam PUAC nie kitaorg di suru buat 6 benda , .

1. Berbasikal=33km
2. Berlari=8km
3. Berenang=100m
4. Berkayak=1km
5. Hiking=
6. Biathlon=3km
Ini adalah event urban adventure challenge yang pertama y sy ikuti. Event nie start nya kul 8pagi mcm tuh. Di mn sblm waktu para perserta dilepaskan ,kesemua peserta di minta tuk m’hantar sendiri beskal masing2 ke tpt cek point kedua di taman botani….adoiiii awal2 pagi da warming up ms antar beskal da la kene kayuh sendiri pastu blk tuh kene jog la skit dlm beberape ratus meter….( la sgt kn )

Event nie peserta di sarakan membawa air sendiri atau hydration beg di sebabkan pihak penganjur hanya menyediakan hanya satu water station di area taman saujana hijau di bahagian hiking.perhhhh dgr2 jew trus cuak sb mesti seksa nie kompom2…abis la lemak2 comey nie ^____________^

Untuk maklumat y baru tentang PUAC, para perserta di minta memakai helmet beskal sepanjang perlumbaan dr mula smp abis…adoi rimas2……

Start2 jew event kita org berlari sejauh 8km kea rah taman botani untuk ke check point beskal y seterusnya…mak aiii lari rasa mcm jauh giler ms tuh…tp tahan jew gn harapan cpt la smp kt beskal leh rilek2 kayuh …lari pon adoiii ingat flat jew tgk2 naik trun bukit da….dan paling mgerikan ms tuh tgk ada team mix y kene towing oleh partner adoiii kecian nya muka ada y mcm nk nagis da tgk…sb xlarat kene tarik partner y laju2….nasib bukan sy y kene tarik …kang xterjalan hahaaha

Selepas beberape lama berlari ala2 hamster lapaq….akhirnya smp ga kt tpt beskal dan bermula la kayuhan …. Dlm event nie beskal y di pakai adalah MTB dan kene pakai tayar besar tuh sb jln hamper semua offroad…batu2 byk ….dan ada separuh tuh xleh kayuh kene angkat atau tolak beskal…dan pengalaman paling best sy buat wekang akibat penuh konpidem nk lalu titi jln kecik y berbatu2…rasa2 nya sape y join event PUAC mesti tau jln nie…..

Selepas beskal pla…kene lari skit pi tepi tasik kna berenang pla…tp nasib xjauh dlm anggaran 50m rasanya..tp kna pakai lifejacket …pas berenang trus lari semula ke tpt beskal n kayuh ke arah tempat nk berkayak….dan selepas kayak pla acara last skali Biathlon iaitu satu kne lari n satu pla kayuh smp la ke finishing line sm2….Pengalaman paling xleh lupe dan rasa2 nya semua y join event nie akan ingat iaitu acara hiking….sb byk gile nk kna naik tpt2 tinggi dan trun tangga y curam …ada sesat ms hiking akibat terlepas pandang hiking tanda2 jln dan kurang crew y jaga tpt hiking tuh……

selepas da settle harungi liku2 azab hiking tuh kita org kna kayuh blk tuk ke tpt swim Perrrhhh!!!!! Ms swim tuh la antara tpt paling best dan di tunggu2 oleh para perserta semua sb sejuk lepas berpanas lama ….nikmat sgt2 smp rasa xnk naik2 da kt darat hahahaha……….swim pla kami disuru berenang berganti2 .mula2 sorg pi swim dlu smp tgh tasik touch pelampung bulat tuh then blk ke darat ber partner sorg lg msk…swim semua peserta di arah memakai lifejacket….

Selepas tuh pla kitaorg kene berkayak dlm 1km pusing tasik putrajaya tuh dan akhirnya benda last y di tunggu2 oleh semua peserta iaitu biathlon kerna tuh ada lah tanda last benda nk di buat then selesai semua seksa hahahaa……….

Akhir nya team sy dan partner sy afiq zulkifli mendapat tpt ke-10 dlm category university , team redz ismail dan partner nya dayat no -9 dlm category novice dan team rozmi yunus dan puteri nabiilah no 6 dlm mix category serta team Liyana dan pasangan dia pon podium gat p xingat no brape hehehe…..maaf if ada y sy xmsk kn kt sni sb xknal sgt sowie2 ….ampun kn daku~~~~~

Akhir nya selesai la semua nya ..dan syukur kami semua selamat menghabiskan race dgn selamat dan membawa medal dan wang tunai heheh $$$$$ tq As’slm…. –my 2cents

Hatyai International Marathon - Laporan

Acara: Hatyai International Marathon (6th)
Tarikh: 27 Mei 2012
Tempat: Stadium Jiranakorn Hatyai, Thailand
Jarak: 42km / 13km
Masa: 3.30 pagi (waktu tempatan)

Catatan Masa Rakan2 CAR
M16-29
4:37:55 Mohamad Azan (tahniah, podium!!) - position 11
4:56:35 Omar Khalif (tahniah, podium!!) - position 15
5:13:14 Mohamad Azrul Adnan (1st FM) - position 17

M30-34
5:01:29 Syed Jay - position 19
6:14:40 Amirul Asraff (1st FM) - position 25

M35-39
3:26:34 Rozmi Yunus (tahniah, podium!!) - position 7
3:39:30 Abdul Azri (tahniah, podium!!) - position 11
3:54:15 Azrul Hisham (tahniah, podium!!) - position 15
4:10:05 Zul Hassan - position 20
4:37:54 Ahmad Hadafi - position 26
5:13:14 Mohd Zuki - position 37
5:24:37 Khairol Faisal - position 38
5:55:33 Irwan Anuar - position 39
7:01:37 Ahmad Farid Ellias - position 41

M40-44
3:57:15 Azlan Aiman (tahniah, podium!!) - position 12
4:14:46 Yim Heng Fatt - position 20
5:44:25 Gergoris Gedua Azman - position 39

M45-49
5:28:17 Zainudin Kadir (1st FM) - position 36
5:53:29 Ahmad Bahauddin Tawang - position 41

M50-54
6:25:51 Rustam Affandi Zaihan - position 41

F16-29
6:14:46 Nor Aini Abu Kasim - position 6

F30-39
5:24:38 Suzanna Ibrahim (1st FM & tahniah, podium!!) - position 6
5:24:31 Suhailywati Ramli (tahniah, podium!!) - position 7
5:31:31 Erniwati Mohd Arip - position 8
6:25:51 Robiyatulmunawarah Md Arif - position 10

F40-39
7:01:37 Idaizumi Othman - position 14


13km
1:07:55 Kamarul Faizal - position 28
1:20:17 Tajaruddin Jasi - position 49
1:38:06 Norasikin Suboh - position 17
1:39:21 Acacia Mardiana Binti Daud - position 18
1:40:50 Fatin Najihah Binti Tajaruddin - position 20
1:46:56 Azalea Mardiana Binti Daud - position 21


Laporan disediakan oleh Cik Ruby

Dalam semua orang merasa was-was untuk datang ke Hatyai bagi menyertai acara ini akibat daripada kejadian bom yang berlaku di sana, kumpulan kami masih meneruskan perancangan untuk menyertai acara larian yang dianjurkan buat kali ke-6 ini. Terima kasih tak terhingga kepada ABDUL AZRI (mantan KR) dan LILY yang bertungkus-lumus memastikan trip ke Hatyai ini berjaya dengan segala perancangan dan persiapan yang mereka lakukan. Lebih daripada 30 orang yang menyertai trip ini samaada dari Chap Ayam Runners sendiri atau tidak. Tahniah kepada semua yang telah menamatkan larian mereka tidak kira bagi kategori 13km atau 42km. Saya juga amat berbangga kerana ramai daripada mereka telah naik podium dan menyemarakkan lagi slogan MALAYSIA BOLEH!!

Thursday, June 7, 2012

Sundown Marathon 2012 - Laporan

Acara: Sundown Marathon 2012
Tarikh: 26.05.2012
Masa: 10.30am
Tempat: Nicoll Highway, Singapore
Jarak: 10km, 21km, 42km

Tanggal 26 May 2012 saya Fieda Dida telah bertolak dari Seremban menuju ke Jb tepat (sebenarnya tak tepat sangat la pun) pada pukul 9:30 pg di Terminal One. Kerana apa saya ke Jb itu?..jeng greng greng..semuanya adalah kerana gara-gara untuk menyertai event Sundown Marathon Singapore 2012. Ini merupakan event pertama saya berlari di luar negara dan juga merupakan event pertama saya untuk membuat Full Marathon. Debaran yang dirasakan toksah cakap la berdup dap dup dap. Plus mata yang tetiba sakit plak.adoii time macam ni la dia nak merah. Mood masa tu dh bercampur baur nak teruskan misi ini atau lupakan sahaja sebab takut ia memberi kesan pada mata saya. TAPI! dengan azam yang kuat didorong pula dengan sokongan kawan-kawan dan keluarga saya pergi juga untuk menyahut cabaran ini.yihaaaaa…

Saya tiba di JB lebih kurang pukul 2 petang di stesen bas Larkin dan berhenti makan jap sebelum masuk ke Singapura dengan menaiki bas sehingga ke MRT Kranji.

Setibanya di MRT Kranji saya meneruskan perjalanan ke Jurong East dan bertukar pula ke Paya Lebar dan akhir sekali ke Nicoll Highway.

Tapak event tu betul-betul berhadapan dengan stesen MRT Nicoll Highway. Jadi sangat mudah bagi mereka untuk dating?..eh bukan untuk datang kesini dengan menaiki MRT. Setibanya saya di Nicoll Highway kelihatan crew2 telah berada di tapak event untuk memasang lampu, banner, stage dan khemah. Ada juga volunteer yang sedang diberi briefing tentang tugas yang akan mereka lakukan pada malam nanti. Ok setelah selesai saya melihat keadaan disekitar event, saya pun menuju ke tempat penginapan saya iaitu Superb Hotel yang terletak tidak jauh dari tempat event. Saya berehat antara 2 – 3 jam sebelum larian bermula. Hati toksah cita la takot..ketaq lutot noo. Tapi rasa tak sabar dah nak lari ni..fuhhh.

Tepat pukul 10 malam, saya bergerak ke tempat event dengan diiringi doa semoga segalanya diberkati dan sentiasa dilindungi. Larian bermula dengan kategori 10km pada pukul 10.30 malam dan kelihatan begitu meriah sekali. Event ini dianggarkan lebih kurang 70,000 runners yang menyertainya. Ramai gak tu. Selain itu, event ini juga telah mengasingkan runners’ yg target akan menghabiskan larian dalam masa 2jam, 3-4 jam, 5-6 jam dan 7-8 jam. So sape yang rasa akan habis pada masa 2 jam akan berada dihadapan dan seterusnya runners yang akan sampai pada 3-4 jam dan seterusnya. Tepat jam pukul 1 pagi, runners 21km dan 42km dilepaskan. Di setiap 3km ada disediakan water station yang menyediakan air mineral dan 100 plus. Di sini ada sedikit kelemahan iaitu jalan yang di sediakan untuk runners sangatlah kecil dan sempit. Apabila 21km dan 42km dilepaskan serentak so jalan yang dilalui sangat lah padat, sesak, dan crowded sehinggakan runner’s terpaksa berjalan atau menyelit kat celah-celah untuk ke depan. Situasi sebegini membuatkan masa terbuang macam tu sahaja. Ini betul-betul merugikan masa. Ada route yang sangat ‘cool’ iaitu berlari di tepi shopping complex..haha..ada runners yang sempat lagi masuk kat dalam shopping complex untuk mendapat kan air cond. huhuhu.selain itu kami ada juga lalu kat tepi pantai, kat taman dan juga tasik. haha..tapi sangat la enjoy sebab dapat diberi peluang untuk melihat pemandangan di Singapore.

Di kilometer ke 16, tiba-tiba ribut melanda. Ohh My..dalam fikiran ini hanya terpikir macamana kalau hujan, perjalanan masih jauh, larian perlu diteruskan, nak patah balik pun tak guna juga sebab dah jauh. So nak tak nak larian perlu diteruskan tanpa menyerah kalah.

Di km-16 lah runners 21km dan 42km dipisahkan. Runners 42km meneruskan perjalanan ke laluan pantai yang sangat lah jauhhhhhhhhhh haa kan macam tu la jauhnya sehinggakan xtahu bila nak patah balik. Masa ini lah hujan turun dengan lebatnya. Kasut, baju toksah cete la basah lencun habis. Sangat la mental kalau berlari dalam hujan sebab kasut dah jadi berat dan kaki pun da mula sakit Tapi semangat untuk menghabiskan larian ni tetap ada so saya teruskan berlari dan tidak berputus asa. So saya mengambil keputusan untuk berjalan sekejap sekejap untuk meredakan kesakitan. Kelihatan ada runners yang berhenti untuk berteduh di bawah bumbung kerana tidak tahan kesejukkan. Memang mental bila berlari dalam hujan. Tetapi semangat yang kuat di dalam diri tidak langsung mematahkan semangat untuk kami meneruskan larian ini. Lari di tepi pantai pun dah ambik lebih kurang 20km..mak aih..route yang sangat panjang dan sangat lah bosan. Disebabkan kekurangan crew yang menjaga di hujung route, ada runners yang lari separuh sahaja kerana tiada penjagaan crew di hujung jalan. Mungkin disebabkan hujan yang sangat lebat dan route yang sangat bosan membuatkan diorang malas lagi nak meneruskan larian. Tapi bak kata omputih tak fair lah kalau buat macam tu. Orang lain bersusah payah habiskan larian sampai hujung sanun dia pulak senang2 nak cut jalan. Hmm. Itu terpulang pada hak masing-masing.

Setelah hampir 3 jam hujan pun berhenti.syukur alhamdulillah.runners tetap meneruskan larian.keluar dari kawasan pantai dalam km-36 jadinya ada lagi 6km yang perlu kami tempuh. Ada yang dah tak larat nak lari, ada yang berhenti sekejap dan meneruskan larian. Kaki dah sakit tapi dengan semangat yang ada sy teruskan larian dengan berlari perlahan.Alhamdulillah dengan berkat dan usaha akhirnya berjaya juga saya sampai di garisan penamat.syukur alhamdulillah. Kenangan berlari dalam hujan memang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Saya dah rasai 42km,ANDA bila lagi??hehehe..

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"