EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Wednesday, April 21, 2010

Keputusan Rasmi | CAR's 10K Family Run 2010


Acara : Chap Ayam Runners 10K Family Run
Tempat : Lake Garden, KL
Jarak : 10km (Men Open/ Veteran) & 7km (women Open/ Veteran)



Syukur! Syukur! Syukur!

CAR 10k Family Run 2010 akhirnya berjaya direalisasikan seadanya setelah mengharungi ombak dan badai sepanjang proses penganjuranya. Al-maklumlah ini adalah merupakan julung-julung kalinya Chap Ayam runners menganjurkan larian, Dengan sokongan berbakul-bakul dan muka-muka penuh yakin yang terpancar dari semua AJK CAR dan sahabat-sahabat. Akhirnya kami mengambil langkah berani mati menyahut cabaran ini. huhuh!

Bersama-sama sokongan semua peserta-peserta dan kakitangan unit sukarelawan yang cukup komited walaupun pada berlangsung larian ini, ia dipakejkan bersama-sama hujan renyai-renyai dari awal pagi.Tapi berlandaskan kecintaan semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung terhadap penganjuran larian ini, anda semua rela meninggalkan dunia mimpi indah ditilam empuk anda untuk hadir bersama-sama memeriahkan Chap Ayam Runners 10K Family Run 2010 ini. Terima kasih berbakul-bakul kami ucapkan!

Buat semua unit kakitangan sukarelawan yang mengerah keringat disepanjang pembikinan penganjuran larian ini, anda semua adalah tunjang kejayaan kepada lahirnya larian Chap Ayam Runners 10K Family Run 2010. Hasil kerja anda semua sangat CAR hargai...sementara pada kakitangan sukarelawan jemputan Ms. Julie Wong & Co...Terima kasih kerana sudi mengembleng tenaga berganding bahu bersama unit sukarelawan CAR yang sedia ada.

Hip-Hip Horray!!!!!

Kami di pihak Chap Ayam Runners juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf diatas segala kekurangan/ kecacatan sepanjang penganjuran larian ini berlangsung. Dengan pengalaman menganjurkan larian untuk kali pertama ini, pihak kami akur terhadap segala kelemahan yang berlaku dan diharapkan semua yang terlibat mahupun yang terlibat dibelakang tabir dapatlah memberikan komen/ cadangan untuk penambahbaikan, supaya kami dapat memberikan hasil yang lebih baik pada penganjuran larian yang akan datang.

Itupun sekiranya ada....huhuh!

CAR 10k Family Run Commitee
- Larian Untuk Kesihatan -

Untuk gambar yang cantek2 CAR 10k Family Run boleh klik sini:-
Mohd Hailmi site
Tey's 3rd site

Sedikit sedutan video - ihsan Runwitme

Berikut adalah keputusan rasmi kedudukan 10 peserta terbaik bagi setiap kategori yang dipertandingkan:-




Keputusan Penuh Kedudukan Peserta Setiap Kategori: Klik Sini!

Wednesday, April 14, 2010

CAR's 10K Family Run for Bib & T-shirt Collection


Chap Ayam runners 10K Family Run Bib collection
Dear runners,

Chap Ayam runners 10K Family Run Bib and T-shirt are ready for collection!

Please come to collect your race pack, the venue and time as below :

Date : 17th April 2010
Venue : Car Park, Bukit Aman
Time : 9.00pagi - 12.00 tengahari sahaja!

COLLECTION ON BEHALF MUST PRODUCE PHOTOCOPY OF IC, RUNNERS ADDRESS AND CONTACT NUMBER

Regards,
Chap Ayam Runners

Sunday, April 11, 2010

Larian Amal Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 2010

Acara : Larian Amal UniKL (Universiti Kuala Lumpur, Kampus Kota)
Tempat : Sentul (Kg Batu Muda)
Tarikh : 11hb April 2010 (Ahad)
Masa : 08:30 Pagi
Jarak : 5km
Catatan Masa CAR & Rakan-Rakan

"PAHLAWAN CAR" ada di mana2 saja..tak penah missed..!!

LELAKI TERBUKA
10:51 - Jasni Khairil Jamaluddin CAR101 - JUARA..!!TAHNIAH..!!
11:14 - Mohd Imran Anuar CAR39 - NAIB JUARA..!!TAHNIAH..!!
12:30 - Hamidon Mat Aris CAR27 - Ke-4..!!TAHNIAH..!!
12:32 - Abdul Hadi Nik Mohd Hasyudeen CAR102 - Ke-5..!!TAHNIAH..!!
13:50 - Mohd Zaini Mansor CAR17 - Ke-6..!!TAHNIAH..!!
13:59 - Mohd Hailmi Masro CAR1 - Ke-10..!!TAHNIAH..!!

14:13 - Mohd Zaki Mansor CAR16
14:44 - Sharafi Abdullah Fauzi CAR67
14:50 - Yahya Yusof CAR151
15:12 - Mohd Faisal Paisan CAR63
15:47 - Zulkipli Galeh CAR47

00:00 - Abdul Talib Haron CAR49

WANITA TERBUKA
00:00 - Noorzila Abdul Latiff CAR123 - NAIB JUARA..!!TAHNIAH..!!
00:00 - Siti Nur Aisyah Norden CAR96 - Tempat Ke-3..!!TAHNIAH..!!
00:00 - Putri Nor Fazlin Ghazali CAR97

Bersama "HARTA RAMPASAN" dari Larian Amal UniKL..amat berbaloi..TAHNIAH..!!

TAHNIAH BUAT SEMUA..!!dan maaf juga ku pohon pada geng2 CAR yg lain coz tak diberitahu pasal event ni..kitaorang pon tau last minit..memula cam malas je nak masuk..memandangkan yuran pon 3 hengget jer..so blasah je la..haha tp memang tak ramai pon yg tau pasal larian nie..maybe dorang nak bg kat pelajar2 UniKL je kot..tp tak gak..dorang gak suh bgtau kat kengkawan lain suh join, promote & support sket event nie..eemm tahla..

Mengikut perancangan asal larian ni patut mula kul 7.30 pagi..so aku, jasni, sharafi, imran & talib kul 7 dah terpacak kat stating point..sampei2 jer tgk lengang jer..aik..!!ada ke tak event nie..tp khemah urusetia ada..urusetia nya pon ada kat bawah khemah tuh..macam hidup segan mati tak mau je aku tgk..tp bila tanya je..rupanya kul 8.30 pagi daa stat..patutnla lengang semacam..awal lg..adusss..!!rentung la kitaorang nak tunggu kul 8.30..huhu stat kul 8.30 pagi tuh mentari merah di ufuk timur sudah mula memancarkan kehangatannya..aduii..apa daa..!!eemm mau tak mau tunggu jerla..

Bila kul 8 je kelibat pelari2 pro, semi-pro, tak-pro dan pro-geli2 dah mula membanjiri kawasan permulaan..eemm not bad ramai gak..tp tgk muka memang sah suma tuh student..so konpom student UniKL..dah ada la gak team budak2 sekolah Bandar Baru Sentul..aku tau pon coz dorang pakai baju tertera nama skolah dorang kat blakang baju tuh..kalo tak haram aku tak tau..haha hanya kelibat kitaorang geng CAR je yg nampak cam pelari pro..haha dorang pon tgk semacam jer..aikk..!!tak penah tgk runners ke bro..huhu

So tak tepat kul 8.30 pon stat..kul 8.40 baru air-horn tuh berbunyi..so bunyi je horn cam biasala memang berdesup2 pelari tak-pro ni berlari..mengalahkan macam nak lari 100m..padahal 5km tuh..apa daaa..glojoh bebenor..so pelari2 pro lari relak man-man ontok2 jer..lepas 300m baru speedddd (cilok ayat midon)..eemm dari tgk kalangan pelari aku leh agak..konpom jasni, imran n midon mesti champion, naib champion & naib kepada naib champion..so bila u-turn jer dah nampak dah kelibat jasni mengepalai larian..pastu diekori rapat imran di blakang..pastu mengekori jauh (jauh kena tinggal beb)..adai tempat ketiga (memang cam langit dan bumi daa)..tp mana midon..??midon ni sah lari geli2 la nie..

Sebenarnya memang midon dtg tuh pon tak plan nak lari..dtg saje nak tgk katanya..tp setelah dipujuk rayu berkali2 akhirnya dia mengalah gak..ingatkan dia nak lari pakai jeans jer..rupa ada gak spare suar..tp kasut jela..memang dia ckp faktor kasut jer yg membuatkan dia gagal nak dpt tempat ketiga..tp bg aku bkn faktor tuh..faktor sebenarnya..ok2 sambung kat bawah..hehe

So bila belok masuk kiri dari jalan besar tuh..ni dah lari dlm kawasan perumahan..eemm aku agak2 baru 10 minit je lari nie..kalo 5km slalunya aku bikin 25 minit..so kira jauh lg perjalanan nie..tp tah camne tah tetibe jer..eehhh..!!dah tamat..???biar betul nie..trus dia bg aku tag no 10..ishh..takkan dah abis kot..??mustahil 5km nie..cam sekejap jer..tp bila sharafi sampei memang sah tak sampai 5km..dia bgtau GPS dia tunjuk 3.3km..laa patutla..kempunan aku nak pakok mamat depan aku tuh..huhu

Kalo route ni betul2 5km aku rasa ada can aku pakok 3 runners lg kat depan tuh..coz tgk dorang dah pancit giler dah..termasukla aku..hehe tp aku ada lg sisa2 perjuangan untuk dijuangkan hingga ketitisan peluh jantan..huhu haa so faktor nila sebenarnya yg membuatkan midon gagal nak dpt tempat ketiga..coz dia pon tak sangka dah tamat..kalo dia tau konpom dia speed..so kalo betul 5km aku rasa memang konpom dia akan dpt no 3..tp tara hal la midon..at least berbaloi gak..bayar 3 hengget trus bwk blk hamper..haha

Tp acara ni stating kat tempat lain n abis pon kat tempat lain..so dah abis melepakla kitaorang sementara menunggu penyampaian hadiah..punyala lama nunggu..rupanya nak tunggu canselor ke or presiden UniKL dorang sampai..ada ke dah kul 9 lebih baru nak makan..apa daa..!!so masa penyampaian hadiah tuh memang glamer la Chap Ayam Runners..setiap kali geng kita g depan amik hadiah..dan tiap kali la nama Chap Ayam Runners akan mengiringi skali selepas nama pemenang dipanggil..eem dan rata2 org kat situ(student UniKL) tak penah dgr dan terkejut bila nama Chap Ayam Runners dilaungkan oleh tuan pengacara majlis..ada gak org pakai nama Chap Ayam nie..sampai Prof yg tukang bg hadiah tuh pon tanya.."Chap Ayam Runners nie dari mana..??"..hehe walaupon nama Chap Ayam tuh bunyi cam kelakar..tp dorang tetap respek..walaupon Chap Ayam..tp bkn calang2 Chap Ayam tau..haha

Bg aku penganjuran kira okla..iala lari 3km jer kan..walaupon simple tp not bad la..cert pon cantik gak..so dgr cite next time kalo dorang ada plan nak wat lg..dorang nak jemput Chap Ayam Runners untuk sama2 join n sama2 organised..eemm bagus2..satu penghormatan buat kita geng CAR..so TAHNIAH pada semua pemenang $$$ & hamper..korang suma memang power..!!sekian..


p/s : cian kat Talib & Sharafi..keta memasing takleh stat..huhu

Sirkit Mendaki Gunung Negeri Sembilan 2010

Acara : Sirkit Mendaki Gunung Negeri Sembilan 2010 - Gunung Datok
Tempat : Gunung Datok, Negeri Sembilan
Tarikh : 10hb April 2010 (Sabtu)
Masa : 07:30 Pagi
Catatan Masa CAR & Rakan-Rakan

LELAKI TERBUKA (14km)
56:59 - Jasni Khairil Jamaluddin CAR101 (4)

1:33:45 - Munzir Alawi CAR90

00:00 - Zulazlan Shah Ibrahim CAR71
00:00 - Hamidon Mat Aris CAR27

WANITA TERBUKA
1:36:02 - Fazilah Abdul Manan CAR91 (7)

00:00 - Haslinda Dollah CAR23

TAHNIAH BUAT SEMUA "PENDAKI2 GUNUNG TEGAR CAR"..!!!

Saturday, April 10, 2010

Thursday, April 8, 2010

NEWTON Shoe Trial Session

BERITA BAIK..!!

EN CHOI (Saucony) telah berbesar hati untuk membuka semula program (Newton shoe trial session) semasa "CAR Family RUN 2010" 18hb April ini..jadi pada sesiapa yg berminat untuk mencuba secara PERCUMA Kasut Newton untuk digunakan semasa "CAR Family Run 2010" nanti..boleh la berjumpa terus dengan EN CHOI pada pg 18hb April sebelum larian dimulakan..

Ada 30 pasang kasut yg disediakan untuk diberikan pada sesiapa yg berminat..tetapi ianya bergantung kepada saiz yg ditawarkan..siapa cepat dia dapat..!!dan untuk keselamatan..kad pengenalan anda diperlukan sebelum kasut Newton ini akan diberikan kepada anda..dan pastikan anda memulangkan semula kasut ini kepada En Choi semula setelah abis larian..dan ambil semula kad pengenalan anda..jadi ayuh kita ambil peluang ini untuk mencuba "kehebatan" kasut Newton..

BERBANYAK TERIMA KASIH KITA UCAPKAN KEPADA EN CHOI (SAUCONY) DI ATAS KESUDIAN BELIAU UNTUK MENAJA PROGRAM INI..

Jemputan Majlis Perkahwinan

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SAHABAT KITA..!!!
CAR11 MUHAMAD NIZAM RAHMAN a.k.a Kaki Ayam

PASANGAN PENGANTIN @ RAJA & PEMAISURI SEHARI :-
Muhamad Nizam Rahman
Dengan
Che Roziana Mohd Roni


Tarikh : 11hb April 2010 (Ahad)
Masa : 12.00 Tengahari - 4.00 Petang

Lokasi / Alamat :-
No.1, Lorong Suria 1,
Taman Prima Suria,
43200 Batu 9 Jalan Cheras,
Selangor

Maklumat lanjut sila klik kat gambar di atas
Atau hubungi CAR11 Nizam a.k.a kaki ayam di talian 013-323 2050



Ok sahabat semua..CAR11 menjemput kita semua sahabat CAR termasuk keluarga untuk ke majlis perkahwinan beliau..so mari kita serbu ramai2 majlis perkahwinan Nizam Ahad ni..!!

Tuesday, April 6, 2010

Basikal Untuk Dijual

MODEL : SCHWINN
HARGA ASAL : RM1850
HARGA JUALAN : RM1300 SAHAJA..!!

Sedikit maklumat :-
Size - S
Rim baru depan belakang
Sora 8 speed
Free mini pump
Free cat eye

Berminat atau maklumat lanjut hubungi :-
012-6371989 (Mie)
mohd_hailmi2020@yahoo.com.my

CAR Family Run 2010 - Terkini

PEMBAYARAN PENDAFTARAN SECARA RASMINYA DITUTUP..!!

Untuk makluman semua peserta "CAR FAMILY RUN 2010"..pihak kami telah menerima semua pembayaran bagi tujuan di atas..jadi tiada lagi pembayaran akan diterima untuk larian ini selepas ini..kepada sesiapa yang sudah membuat pembayaran tetapi gagal untuk mendapat tempat..sila berhubung terus dengan saudari Irina Ramli..

CAR MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN PADU ANDA SEMUA..!!

Monday, April 5, 2010

Larian Bukit Putus 2010

Acara : Larian Bukit Putus 2010
Tempat : Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tarikh : 04hb April 2010 (Ahad)
Jarak : 18km
Catatan Masa CAR & Rakan-Rakan

LELAKI
1:07:15 - Jasni Khairil Jamaluddin CAR101 (5) - Pakcik Kayoo..!!!
1:13:00 - Alam Shah Ismail Ahmad CAR24 (12) - Pakcik Kayoo..!!!
1:22:34 - Mohd Imran Anuar CAR39 (20) - Pakcik Kayoo..!!!
1:33:50 - Ahmad Farid Ellias CAR4 (29)
1:44:40 - Sharafi Abdullah Fauzi CAR67 (36)

WANITA
1:36:28 - Haslinda Dollah CAR23 (2) - Akak Kayoo..!!!
2:09:13 - Idaizumi Othman CAR5 (9) - Makcik Kayoo..!!!
2:15:00 - Suhailywati Ramli CAR54 (10) - Akak Kayoo..!!!
2:39:43 - Irina Ramli CAR36 (21)

PAHLAWAN CAR MENGGANAS DI BUKIT PUTUS - hampir putus urat kentut daa..!!TAHNIAH..!!byk tul "pakcik & makcik kayoo" lepas lari kat bukit putus..bagus2 byk hasil..tak sia2 g jauh2..haha

Night Jogathon 2010

Acara : Night Jogathon 2010
Tempat : Kolej IUCTT Bangi (Berhampiran Stesen Komuter Bangi)
Tarikh : 03hb April 2010 (Sabtu)
Catatan Masa CAR & Rakan-Rakan

LELAKI
24:36 - Jasni Khairil Jamaluddin CAR101 (8)
00:00 - Ridzwan Sulaiman CAR68 (12)
00:00 - Hamidon Mat Aris CAR27 (15)
35:56 - Munzir Alawi CAR90 (0)
37:58 - Asmadi Abdullah CAR75 (0)

00:00 - Alam Shah Ismail Ahmad CAR24
00:00 - Kamarul Faizal Tajaruddin CAR10
00:00 - Omar Khaliff Tajaruddin CAR15

WANITA
33:46 - Haslinda Dollah CAR23 - NAIB JUARA..!!TAHNIAH..!!
35:49 - Fazilah Abdul Manan CAR91 - TEMPAT KE-3..TAHNIAH..!!

PAHLAWAN "MALAM" CAR - TAHNIAH SEMUA..!!sori gambar kelam sket..gambar ihsan dan dicilok dari FB Uncle..huhu

Saturday, April 3, 2010

KOMTAR Tower Run 2010

Acara : KOMTAR Tower Run 2010
Tempat : Menara KOMTAR, Georgetown, Pulau Pinang
Tarikh : 05hb Jun 2010 (Sabtu)
Tarikh Tutup Pada 22hb Mei 2010

Maklumat lanjut sila klik link di bawah :-

KOMTAR Tower Run 2010

Friday, April 2, 2010

Kenyir Lake International Triathlon 2010

Acara : Kenyir Lake International Triathlon 2010
Tempat : Pangkalan Gawi, Tasik Kenyir, Terengganu
Tarikh : 27hb & 28hb Mac 2010

DUA PAHLAWAN CAR BERJAYA MENAKLUK KENYIR TRIATHLON 2010..!!

Muhammad Hafiz Wong CAR100 - JUARA..!!TAHNIAH..!!
Kategori Lelaki 30-39 Tahun
Berenang 1.5km - 24:35
Berbasikal 40km - 1:05:57
Berlari 10km - 42:53
2:13:25

Abu Soffian Azzahari Abu Hasan Sazalli CAR107 - Tempat Ke-15..!!TAHNIAH..!!
Kategori Lelaki 30-39 Tahun
Berenang 1.5km - 32:25
Berbasikal 40km - 1:13:24
Berlari 10km - 55:13
2:41:02


SEKALUNG TAHNIAH DARI KAMI SAHABAT CHAP AYAM RUNNERS BUAT KORANG BERDUA..!!

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"