EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Wednesday, April 21, 2010

Keputusan Rasmi | CAR's 10K Family Run 2010


Acara : Chap Ayam Runners 10K Family Run
Tempat : Lake Garden, KL
Jarak : 10km (Men Open/ Veteran) & 7km (women Open/ Veteran)



Syukur! Syukur! Syukur!

CAR 10k Family Run 2010 akhirnya berjaya direalisasikan seadanya setelah mengharungi ombak dan badai sepanjang proses penganjuranya. Al-maklumlah ini adalah merupakan julung-julung kalinya Chap Ayam runners menganjurkan larian, Dengan sokongan berbakul-bakul dan muka-muka penuh yakin yang terpancar dari semua AJK CAR dan sahabat-sahabat. Akhirnya kami mengambil langkah berani mati menyahut cabaran ini. huhuh!

Bersama-sama sokongan semua peserta-peserta dan kakitangan unit sukarelawan yang cukup komited walaupun pada berlangsung larian ini, ia dipakejkan bersama-sama hujan renyai-renyai dari awal pagi.Tapi berlandaskan kecintaan semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung terhadap penganjuran larian ini, anda semua rela meninggalkan dunia mimpi indah ditilam empuk anda untuk hadir bersama-sama memeriahkan Chap Ayam Runners 10K Family Run 2010 ini. Terima kasih berbakul-bakul kami ucapkan!

Buat semua unit kakitangan sukarelawan yang mengerah keringat disepanjang pembikinan penganjuran larian ini, anda semua adalah tunjang kejayaan kepada lahirnya larian Chap Ayam Runners 10K Family Run 2010. Hasil kerja anda semua sangat CAR hargai...sementara pada kakitangan sukarelawan jemputan Ms. Julie Wong & Co...Terima kasih kerana sudi mengembleng tenaga berganding bahu bersama unit sukarelawan CAR yang sedia ada.

Hip-Hip Horray!!!!!

Kami di pihak Chap Ayam Runners juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf diatas segala kekurangan/ kecacatan sepanjang penganjuran larian ini berlangsung. Dengan pengalaman menganjurkan larian untuk kali pertama ini, pihak kami akur terhadap segala kelemahan yang berlaku dan diharapkan semua yang terlibat mahupun yang terlibat dibelakang tabir dapatlah memberikan komen/ cadangan untuk penambahbaikan, supaya kami dapat memberikan hasil yang lebih baik pada penganjuran larian yang akan datang.

Itupun sekiranya ada....huhuh!

CAR 10k Family Run Commitee
- Larian Untuk Kesihatan -

Untuk gambar yang cantek2 CAR 10k Family Run boleh klik sini:-
Mohd Hailmi site
Tey's 3rd site

Sedikit sedutan video - ihsan Runwitme

Berikut adalah keputusan rasmi kedudukan 10 peserta terbaik bagi setiap kategori yang dipertandingkan:-




Keputusan Penuh Kedudukan Peserta Setiap Kategori: Klik Sini!

6 comments:

Haza said...

Syabas kepada semua!!

Anonymous said...

syabas semua...

p/s : CAR1 kasi link lah itu gambar kat sini...ape daaa

irnfrick said...

link ada kat tepi laaa.. carik album gambar maka akan berjumpa.. selamat mencuba!

Anonymous said...

where is others runners finishing timing? why only shown top 10 finisher!!!!

CAR3 said...

anon...

Harap maklum, kami sememangnya menyedari pemasalahan itu dari awal, dan kami berusaha semampu yang mungkin sekurangnya untuk mencatatkan masa bagi 10 pelari terbaik disetiap kategori...sesungguhnya kami kekurangan kakitangan untuk mencatatkan semua timing peserta dengan tepat disebabkan kami hanya menggunakan kaedah manual sahaja.

Harap anon berpuashati dengan penjelasan saya dan memahami keadaan kami. Kami harap kami mampu untuk memperbaiki lagi penganjuran kami di masa depan. sekiranya ada...huhuh

CAR3
- LARIAN uTK kESIHATAN -

Diana MDP said...

just watch dis video,sangat kelakar la background music dia..make me laugh..k next car 10k family run D nak join boleh ya..tq

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"