EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Sunday, February 20, 2011

Terminologi Larian - Info



Haa ... post yg ni berlainan skit dr post2 yg lain. Ye la, asyik letak post pasal register larian dan laporan larian jek ... skali skala tu nk la jugak post2 berupa informasi cam ni. Utk post pertama ni, kita target pada beginners dulu. Jadi istilah2 di bawah adalah perkataan2 yg wajib diketahui kalo korang nk bergelar runners. Sebelum kita pandai, kita tak pandai ... sebelum kita tau, kita tak tau ... ye tak?


Istilah #1: Marathon
Larian yg berjarak 42.195km. Kalo kurang dr 42.195km, ia tidaklah boleh dipanggil Marathon. Jarak ini bersamaan dgn 26.2 batu (miles) mengikut unit ukuran di mana sukan marathon ini berasal - Athens. Sukan ini mula diperkenalkan semasa Sukan Olimpik 1896 di Athens. Marathon juga merupakan sebuah bandar di Greece. Mengikut sejarahnya dr beberapa sumber, semasa peperangan antara Greek dan Parsi, seorg askar Greek bernama Pheidippides telah berlari dr bandar Marathon ini ke Athens utk menyampaikan utusan bahawa askar Parsi telah kalah. Dikatakan askar Greek tersebut telah berlari sepanjang jarak 40km**. Sebaik sahaja utusan tersebut disampaikan, askar tersebut jatuh pengsan dan mati! Jd, marathon dianggap sebagai sukan ekstrem di mana kalo korang leh khatam jarak ni, korang mmg power giler la!

(** ye, 40km tu kurang dr jarak marathon sebenar. Ada citer di sebaliknya, tp panjang lebo ... kalo nk tau gak, len kali je la sy citer ye)


Istilah #2: PR/PB
Personal Record atau Personal Best. Kedua2 nya membawa maksud yg serupa. Maksudnya timing paling power korang leh buat utk jarak tertentu. PR/PB ni rekod masing2. Ada org PR marathon 4 jam. Ada org PR marathon 7 jam. Dan selalunya, bila dh buat sesuatu jarak tu (half-marathon atau marathon atau 10k), kita akan cuba dptkn PR/PB. Maksudnya dptkn timing yg lebih baik dr sebelumnya, contohnya org yg PR marathon 7 jam tu, kalo dpt siapkan marathon len kali dlm 6jam 59min ... PR la!


Istilah #3: Carbo-loading
Part yg paling menyeronokkan dalam kehidupan seseorg pelari tu. Sbb leh melantak byk2 utk dijadikan bekalan glycogen yg bakal dibakar semasa larian. Tp slalunya carbo-loading ni sesuai utk jarak 21km ke atas. Jarak yg lebih skit dr tu makan cam biasa pun ok, takyah carbo-loading2 ni. Namun, andaikata tiada larian berjarak 21km ke atas dlm masa terdekat, tp korang melantak gak … tu dh bukan carbo-loading namanya, tu dh jd mentekedarah. Hati-hati ye … hehe


Istilah #4: Flag-off Masa pelari2 dilepaskan dr kandang atau dr belakang garisan permulaan. Tak kira la kalo diorg pakai bende lain utk melepaskan org, contohnya: horn atau pistol, ia tetap dipanggil ‘flag-off’ dan tidak pula bertukar menjadi ‘horn-off’ ataupun ‘pistol-off’.


Istilah #5: Cut-off Time
Masa yg diberi kepada pelari2 utk menghabiskan sebarang acara larian. Selalunya cut-off ni diberi utk acara yg melebihi 10km dan ke atas. Ini untuk menggalakkan pelari2 mengambil acara larian secara serius dan tidak pula melenggang kangkong gaya kak limah balik umah. Ye la, kalo dh lari tu berkm-km, mesti la penat, dan semestinya ada yg slow dan ada yg laju. Abih kalo yg slow ni slow sgt sampai pagi besok br nk sampai (kecuali acara ultramarathon, harap maklum), jenuh la penganjur nk tgu, ye tak? Tapi selalunya, (selalunya la, kalo penganjur tu x berhati perut lain lak citer), masa yg diberikan cukup utk semua pelari menghabiskan larian dgn selamat.


Istilah #6: LSD
Long Slow Distance atau dalam bahasa Melayu, 'Jarak Perlahan Panjang' (direct translation). LSD ni sangat bagus utk melatih kaki bertahan dlm larian yg mengambil masa yg panjang. Kalo x buat LSD ni, nnti ada yg masa acara tu nnti, kejap2 korang nk duduk, kejap2 korang nk stop. Takpun kejap2 rasa nk balik tido. Walaupun LSD ni bunyinya sedikit menakutkan (sbb LSD ni biasanya berjarak 20km ... dh ada perkataan ‘Long’ kat situ kan, agak2 aa), tp ia boleh menjadi aktiviti yg menghiburkan terutama skali kalo korang ada partner bergosip yg lari skali. Sbbnya, dh ada perkataan ‘Slow’ kat situ, maksudnya kena la korang lari tu ‘slow’ jugak (tp jgn smpi tahap merangkak la). Utk memastikan yg korang wat cukup ‘slow’, korang mesti boleh berbual2 dgn ayat yg lengkap tanpa tercungap2 masa lari tu (skit2 tercungap takpe lg, tp jgn smpi berpinor2 mata lepas sebut 1 perkataan ...). Hah! Tak ke sesuai utk bergosip tu! Kalo takleh menyebut ayat yg lengkap, ertinya korang buat laju sgt. Tp xleh jugak slow sgt. Nak tau samada slow sgt ke tak, check korang leh nyanyi ke tak, haa ... kalo leh, itu dh slow sgt tu! Haha!


Okay, so itu antara 6 perkataan yg wajib setiap runners tau. Haa, jd skrg dh tau dan dh pandai ... so kalo berborak ngan runners len kali, takde la blur jek dgr diorg guna istilah2 ni sumer kan ... hehe. Part #2 akan menyusul minggu depan ...

Apa2 pun, Keep on Running!!


8 comments:

Rozmi Yunus said...

Bagus juga info ni...tambah lagi..cthnya RBR, RBS..

CAR194 said...

Wokeh ... next week sy add dua2 tu pulak ... tq! :)

Ajo CAR51 said...

-best! ayat yg straight to the point (terus pada titik - direct translation :P)
-tak saba nak tggu next week nye tisu..oppss Isu

CAR194 said...

Time kasih ... :)

Next week nyer isu dalam pembikinan ... tguuu ... ;)

CAR 94 said...

dlm semua2 info pasal carbo-loading yg paling best ... hari2 carbo-load ^_^

CAR194 said...

Tu sbb xleh berenti berlari ... kang xleh carbo-loading ... rugi!! Haha!

Ecah said...

menarik..... mintak perjelaskan pasal sub sub pulak next isu ye! hehehe

CAR194 said...

ko cam tau2 jek, ecah ... a'a, next issue mmg ada nk citer pasal sub pun ... tguuuu :)

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"