EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Monday, October 31, 2011

Fraser Cameron Range Ride 2011

Acara : Fraser Cameron Range Ride 2011
Tarikh : 13hb November 2011
Tempat : Bukit Frazer, Pahang
Masa : 08:00 Pagi
Jarak : 187km
Yuran : RM60
Tarikh Tutup : 04hb November 2011 atau 500 Penyertaan Pertama

MAKLUMAT LANJUT

Friday, October 28, 2011

1st Thailand International Half Marathon 2011

Acara : 1st Thailand International Half Marathon 2011
Tarikh : 11hb Disember 2011
Tempat : Rama 8 Bridge, Bangkok Thailand
Masa : 05:00 Pagi
Jarak : 21km
Yuran : 600 Bhats
Tarikh Tutup : 1000 Penyertaan Pertama Sahaja

MAKLUMAT LANJUT

Thursday, October 27, 2011

Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun - Julai hingga Oktober



Ok geng, sekali lagi sukacita utk sy dimaklumkan yg CAR akan mengadakan sambutan hari ulang tahun kali ke-3 utk tahun ini bg ahli2 yg lahir pada bulan Julai, Ogos, September dan Oktober pula. Sambutan yg berlangsung secara portluck ini akan diadakan seperti butiran di bawah:


Tarikh: 30 Oktober 2011
Tempat: Petaling Jaya
Masa: +-9pg (selepas acara PJ Half Marathon 2011)


Senarai member2 CAR yg menyambut hari ulang tahun bg bulan Julai, Ogos, September dan Oktober ialah:

--- JULAI ---


01hb - CAR28 Abdul Azri
02hb - CAR228 Rahmattun Kamalia
02hb - CAR256 Cheah Wei Liang
03hb - CAR59 Rojizah
04hb - CAR107 Abu Soffian
04hb - CAR246 Mohamad Syauqi
09hb - CAR161 Mohd Khaerul
12hb - CAR32 Mohd Zuhari
12hb - CAR119 Thalagavathy
13hb - CAR264 Faridah Haryati
15hb - CAR87 Syahidan
18hb - CAR12 Mohd Fadhli
20hb - CAR58 Ahmad Hadafi
22hb - CAR54 Suhailywati
23hb - CAR229 Norazurah
26hb - CAR205 Intan Suraya
29hb - CAR18 Zulkifle Hassan
30hb - CAR92 Nik Azlan
31hb - CAR23 Haslinda


--- OGOS ---


03hb - CAR90 Munzir
03hb - CAR43 Samsudin
05hb - CAR4 Ahmad Farid
05hb - CAR96 Siti Nur Aisyah
06hb - CAR103 Wan Hanifa
07hb - CAR159 Mohd Hanafy
08hb - CAR106 Azizi Farish
08hb - CAR207 Siti Affira
09hb - CAR249 Amir Faizal Ismail
10hb - CAR267 Adanan Abdullah
11hb - CAR199 Azri
14hb - CAR40 Farhanah
15hb - CAR113 Hafis
19hb - CAR141 Muhammad Khairuddin
22hb - CAR131 Mohan
23hb - CAR136 Nor Asyikin
27hb - CAR39 Mohd Imran
27hb - CAR172 Basiruddin
30hb - CAR126 Mohd Jaafar
30hb - CAR48 Rustam Afandi
30hb - CAR129 Zamanhuri
31hb - CAR27 Hamidon


--- SEPTEMBER ---


01hb - CAR190 Ganesan
03hb - CAR188 Yim
06hb - CAR31 Azlan
06hb - CAR209 Abd Halim
06hb - CAR231 Nurhidayah
06hb - CAR234 Nurul Bariyah
08hb - CAR65 Mohd Zahari
15hb - CAR243 Nur Adli Azinudin
15hb - CAR251 Ida Syahidah
20hb - CAR36 Irina
21hb - CAR110 Muhd Huzaily
23hb - CAR98 Nik Raiha
23hb - CAR193 Najmuddin
27hb - CAR7 Ram Bo
27hb - CAR81 Shawaluddin
28hb - CAR137 Fatahah
29hb - CAR200 Suuhaimi


--- OKTOBER ---


01hb - CAR82 Afif
05hb - CAR53 Zaki
07hb - CAR162 Muhammad Ashaari
08hb - CAR24 Alam Shah
08hb - CAR192 Kamaruzaman
09hb - CAR41 Mohd Azali
12hb - CAR150 Ahmad Safian
12hb - CAR158 Shahruldisah
13hb - CAR223 Azuria Camalia
19hb - CAR171 Sahida
20hb - CAR235 Ubaidillah
20hb - CAR273 Muhammad Ameer
23hb - CAR104 Aiman Cheah
25hb - CAR22 Harry Sharizan
25hb - CAR55 Nur Azhar
27hb - CAR261 Mohd Rozaidi Ramli
27hb - CAR266 Hadri Ghazali
28hb - CAR100 Muhammad Hafiz Wong
28hb - CAR163 Johanis
28hb - CAR164 Herddy
28hb - CAR182 Mohd Saifudin
29hb - CAR95 Melissa Aliana
31hb - CAR47 Zulkipli


Sekiranya anda salah seorg yg diraikan, tetapi tidak menyertai acara PJ Half Marathon tu, dijemput untuk menghadirkan diri selepas selesai acara. Bg yg ada join larian tu pulak, diharap dpt stay sekejap utk majlis ni ya! Dan pada yg tidak menyambut hari ulang tahun, kehadiran anda juga dialu-alukan bg memeriahkan majlis.

Disebabkan majlis ini berlangsung secara portluck, kepada sesiapa yg sudi membawa makanan, kami sgtlah berterima kasih! Boleh la nnti kita makan bersama.

Ok, jumpa anda di sana!!

Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 26, 2011

Mizuno Wave Run 2011

Acara : Mizuno Wave Run 2011
Tarikh : 15hb Januari 2012
Tempat : Stadium Universiti Putra Malaysia, Serdang
Masa : 07:30 Pagi
Jarak : 10km
Yuran : RM60

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Run For Your Heart 2011

Acara : Run For Your Heart 2011
Tarikh : 26hb November 2011
Tempat : Dewan Sri Iskandar, UTM Skudai, Johor
Masa : 07:00 Pagi
Jarak : 5km
Yuran : RM15

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Tuesday, October 25, 2011

The North Face 100 Singapore 2011 - Laporan Ringkas


Acara: The North Face (TNF) 100 Trail Ultra Marathon
Tempat: MacRitchie Park, Singapura.
Tarikh: 15 Oktober 2011
Masa: 8.00 pagi
Jarak: 100km Solo/ 100km Duo / 50km Duo

Catatan Masa Rakan2 CAR:
100km Duo – 50km Setiap Ahli


07:30:15 Yim Heng Fatt (CAR188) - Team MY Ultra Oldies
07:57:59 Syahril Nizam Kamaruddin (CAR72) – Team Geng Bas Sekolah
07:59:25 Sanorhizam Sadili (CAR149) – Team Macam Bagus – TAHNIAH Sah Bergelar Ultra Marathoner
08:36:27 Razif Yahya (CAR121) – Team Raydeo
08:36:35 Azrulhisyam Bin Hussin (CAR201) – Team Raydeo - TAHNIAH Sah Bergelar Ultra Marathoner

50km Duo – 25km setiap ahli

04:39:41 Muhammad Izuan Bin Zainuddin (CAR217)- Team In Your Face




Laporan ringkas disediakan oleh Razif Yahya (CAR121)

Shah Alam MTB Masters Challenge 2011

Acara : Shah Alam MTB Masters Challenge 2011
Tarikh : 30hb Oktober 2011
Tempat : Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
Masa : 09:00 Pagi
Jarak : 35km
Yuran : RM50

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Monday, October 24, 2011

Larian Warga Emas - Laporan


Acara: Larian Warga Emas
Tempat: Pusat Rakan Muda, Kompleks Arena, Petaling Jaya, Selangor Malaysia
Tarikh: 22 Oktober
Masa: 7:30 pg
Jarak: 7km

Catatan masa rakan2 CAR:

Kategori warga emas 50 thn keatas
27:25 Redzuan Sulaiman (CAR68) - naib johan
28:00 Mohd Suwoto Indi (CAR76) - tmpt keenam
36:25 Ab Aziz Jantan (CAR154)
40:05 Rustam Affandi (CAR48)

Kategori Men Open
24:39 Amirul Syazwan (CAR tak tau) - johan
28:50 Zainal Ismail (CAR268),
29:00 Harry Shahrizan Romle (CAR22)- tak bwk jam tapi dlm anggran
32:00 Mohd Azri (CAR tak tau)
36:01 Ramlan Sulaiman (CAR2)

Laporan disediakan oleh Ramlan Sulaiman (CAR2)

Larian Warga Emas ini telah dianjurkan Bahagian Pembangunan Komuniti Sosial & Belia MBPJ dengan teknikal dibantu Julie Wong dan Rakan2 bersempena dengan Hari Sambutan Warga Emas Kebangsaan.

Penyertaan tidak lah ramai cuma dalam linkungan 200 peserta sahaja namun larian sejauh 7km telah disertai oleh pelbagai usia dengan satu tujuan iaitu meraikan warga emas yang dikasihi. Flag off tepat pada jam 7.30 pagi, air hon di tekan oleh Julie selaku race director. Jumlah penyertaan dari warga emas ialah dalam lingkngan 30% dari jumlah semua penyertaan. M. Ramakrishnan (warga emas 50 tahun ke atas) telah memenangi juara keseluruhan dengan catatan masa 24:08s mengalahkan Amirul Syazwan (kategori men open) dengan perbezaan masa 31 saat dengan purata pace 3:48s. Sah ... warga emas memang mantap. Walau begitu Amirul tetap memenangi tempat pertama di bawah 49 tahun ke bawah.

Laluan bermula dari Pusat Rakan Muda, Komplek Arena, PJ yang berhadapan pula dengan Hospital Assunta menuju ke Jalan Templer masuk ke Jalan Gasing dan selepas itu terus ke Jalan Yong Shook Lin. Disini terletaknya Bangunan MBPJ. Selepas itu ditempuh pula Jalan Penchala menuju ke Jalan Othman. Di Jalan Othman terletak sebuah pasar yang paling besar dan sibuk yang dinamakan Pasar Old Town dan akhir sekali berpatah balik ke Jalan Templer.

Ramai juga pesakit2 dari dalam Hospital Assunta yang berdekatan menjengok dari tingkap wad memerhati kelibat2 pelari di Kompleks Arena yang berdekatan seolah memberi signal kepada yang sihat2 dibawah – aku jeles. Ok kot, laporan ni dengan ingatan ,marilah kita berlari & bersenam selalu supaya sihat dan tak lah menjengok dari tingkap wad sepital nanti.

Across 3 State Half Marathon Run 2011

Acara : Across 3 State Half Marathon Run 2011
Tarikh : 04hb Disember 2011
Tempat : Taman Nibong Tebal Jaya, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Masa : 06:00 Pagi
Jarak : 21km
Yuran : RM20
Tarikh Tutup : 22hb November 2011

Sunday, October 23, 2011

The Pink Hope Charity Walk 2011

Acara : The Pink Hope Charity Walk 2011
Tarikh : 30hb Oktober 2011
Tempat : FRIM Kepong
Masa : 08:00 Pagi
Jarak : 4.3km
Yuran : RM25
Tarikh Tutup : 300 Penyertaan Sahaja

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Sahabat Baru CAR

Selamat Abu (Selamat)
CAR#274
Muhammad Adam Zarin (Phat Albert)
CAR#275

Ok geng..seperti dijanjikan..aku malas nak peram..so kasi publish trus time dorang tgh ranum ni..haha

Ok selamat datang kita ucapkan pada bro power kita ni Bro Selamat..sungguh patriotik sahabat kita ni..besar tul logo 1 Malaysia tu tersemat kat vest bro kita ni..maybe logo bawak tuah or maybe gak buatkan bro kita ni bertambah power time lari..tp bukan tarap tangkal la..sori beb..haha

Dan yg lagi sorang tu pun tak kurang hebat gak..nama je sure korang dah seram..aku pun tak tau nape bro Adam ni leh jdk Phat Albert lak..maybe ada nilai sentimental disebalik nama tu kot..takpe2 nanti kalo jumpa kita soal selidik arr..haha

Apa2 pun terima kasih kami warga CAR ucapkan pada bro dua org..semoga api semangat larian akan disemarakkan lg..atau nanti lari bwk la unggun api ke..woohooo..apa daa melalut ni..ok geng..jumpa nanti..sekian..

Saturday, October 22, 2011

Walkathon Shah Slam 2011

Acara : Walkathon Shah Slam 2011
Tarikh : 23hb Oktober 2011
Tempat : Tasik Kota Kemuning, Shah Alam
Masa : 07:30 Pagi

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Sahabat Baru CAR

Mohd Nazri Hashim (Chico)
CAR#272
Muhammad Ameer Razlin Razif (Boboy)
CAR#273

Ok geng semua..tanpa membuang masa lg sebab aku dah malas nak peram..so kita ucapkan selamat datang pada sahabat kita yg senior & junior ni..

Bro Chico ni memang gempak..segempak nama gelaran nya..haha tak kisahla nama apa pun..janji bri Chico ni sporting abis..sebab dia memang slalu abiskan larian yg dia join..uikkk ke situ plak..adoyai..ok yg si junior ni..nama pun org dah tau junior..Boboy ni memang betul2 menerima tumpahan kuah dari ayahanda nye yg tercinta..sapa lg kalo bukan Mr Ultraman Razif CAR121..sure si Boboy ni jeles tgk ayahanda nya jdk ultraman..juz tak pakai sut ultraman taro je..haha takpe2 dik..dah besar sok jdk ultraman ek..mintak tips & ilmu dari bapak ultraman tu ye..hehe

So terima kasih kami di CAR ucapkan..semoga dengan kehadiran korang dpt menyemarakkan lg api larian yg berapi2 pasni..jgn stop berlari..sebab kalo anda stop berlari sure anda akan berjalan lak..so join event walk lak ekk..apa daa aku melalut ni..nape leh byk lak idea aku ni..huhu

Ok geng sori terpanjang lak story..ok berjumpa nanti..sekian..

Friday, October 21, 2011

Otto Hutt Dragon Back Run 2012

Acara : Otto Hutt Dragon Back Run 2012
Tarikh : 01hb Januari 2011
Tempat : Kelab Penembak Bandar Diraja Klang, Selangor
Masa : 06:30 Pagi
Jarak : 15km
Yuran : RM45
Tarikh Tutup : 13hb November 2011

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Sahabat Baru CAR

Mazarul Arif Osman (Mat)
CAR#270
Iman Nur Athiah Mazarul Arif (Iman)
CAR#271

Ok geng semua..bertemu kembali setelah lama mengeram..huhu apa2 pun aku minta maaf pada sahabat anak beranak kita yg baru ni..sebab terlalu lama memeram dorg..sebulan lebih rasanya..dah kire telur tembelang pun dah kot..apa daa aku ni..huhu

Ok selamat datang kita ucapkan pada Ayah & Anak runners ni..memang sah..mana tumpahnya kuah kalo tak ke nasi..lain la kalo makan gelojoh..sure kuah melimpah atas meja or kat lantai..weii apa daa..melencong lak..huhu kita bg tabik spring sket toingggg..!!pd abg Mat & adik Iman ni..sebab berjaya menjadikan diri sebagai pelarian yg positif..haha apa daa..

Terima kasih kami di CAR ucapkan..semoga anda berdua akan meningkatkan lg tahap pelarian anda sampai ke puncak kasih..jgn sampai jd pelarian PBB suda ye..maaf skali lg dan bertemu kita pada larian yg akan datang..sekian..

Wednesday, October 19, 2011

MMU Rakan Muda Run 2011

Acara : MMU Rakan Muda Run 2011
Tarikh : 17hb Disember 2011 (Sabtu)
Tempat : MMU Stadium, Cyberjaya
Masa : 07:00 Pagi
Jarak : 10km
Yuran : RM35

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Tuesday, October 18, 2011

Perhentian Island Challenge 2011

Acara : Perhentian Island Challenge 2011
Tarikh : 14hb - 16hb Oktober 2011
Tempat : Pulau Perhentian, Terengganu

Kontinjen CAR Sebelum Bertolak

Kontinjen CAR selepas selesai "azab"..

Repot..nanti la eekkk..!!!apa2 pun TAHNIAH GENG..!!!

Monday, October 17, 2011

Putrajaya Night Marathon 2011 - Laporan


Acara: Putrajaya Night Marathon 2011
Tempat: Istana Kehakiman, Putrajaya
Tarikh: 15 Oktober 2011
Masa: 8.00mlm
Jarak: 42.195km/21km/10km/5km

Catatan Masa Rakan2 CAR:
Men Open (Full Marathon)
03:17:42 Jasni Khairil Jamaluddin(CAR101)
03:38:46 Azlan Norul Anhar (CAR31)
03:45:30 Rozmi Yunus (CAR181)
04:49:55 Azri Zolkipli (CAR199)
05:01:56 Abdul Latiff Dollah (CAR218)
05:23:56 Rohaizad Bharin (CAR105)
05:44:26 Mohd Zaki Omar (CAR111)
05:52:51 Sharafi Abdullah Fauzi (CAR67)
05:57:57 Ahmad Farid Ellias (CAR4)
06:20:46 Mohd Hailmi Masro (CAR1)

Women Open (Full Marathon)
05:45:49 Robiyatul Munawarah Md Arif (CAR69)
06:21:06 Intan Suraya Maad (CAR205) - TAHNIAH sah bergelar marathoner!
06:21:39 Ida Maria Amiruddin (CAR166)
07:03:42 Nor Aini Abu Kasim (CAR135)
07:03:43 Irina Ramli (CAR36)

Men Jr Veteran (Full Marathon)
03:36:31 Alam Shah Ismail Ahmad (CAR24)
05:29:46 Yim Heng Fatt (CAR188)

Men Open (Half Marathon)
01:29:48 Mohd Noordhamiri Mohd Amran (CAR86)
02:01:36 Ahmad Yusran Khalid (CAR127)
02:04:07 Shahrizal Md Hussein (CAR184)
02:06:55 Azizul Manaf (CAR210)
02:07:38 Kamarul Faizal Tajaruddin (CAR10)
02:09:15 Muhamad Rizal Osman (CAR191)
02:20:17 Johari Isahak (CAR156)
02:22:19 Mohd Jufri Mohd Din (CAR51)
02:22:21 Fairul Mizam Zamani (CAR145)
02:29:22 Ghejanthran a/l Kalaimani (CAR8)
02:32:30 Mohd Hafiz Asmungi (CAR220)
02:33:40 Mohd Zuki Wahab (CAR216)
02:37:17 Mohamed Rais Mohamed (CAR230)
03:08:41 Mohd Zuhari Amat Sadikin (CAR32)

Women Open (Half Marathon)
02:23:08 Wan Noor Mahirah (CAR44)
02:42:41 Nur Azyan Yusof (CAR194)
02:44:26 Siti Nur Aisyah Norden (CAR96)
02:55:11 Rafidah Abdullah (CAR30)
03:37:34 Norjiana Jimain (CAR169)

Men Jr Veteran (Half Marathon)
01:30:55 Silahuddin Salim (CAR74)
01:56:43 Abd Rashid Ahmad (CAR79)

Men Sr Veteran (Half Marathon)
02:38:19 Ab Aziz Bin Jantan (CAR154)
03:22:50 Rustam Affandi Zaihan (CAR48)

Men Open (10km)
01:03:28 Rozaimi Mohd Said (CAR187)
01:05:25 Mohd Zuhair Mohd Nor (CAR208)
02:03:02 Roslan Muhamad (CAR175)

Women Open (10km)
01:12:27 Ida Syahidah Ibrahim (CAR251)
01:58:56 Norashikin Mohamad Arip (CAR202)

Lega larian dh tamat ...

Satu lagi acara larian yg dikendalikan dgn baik sekali yg dpt disertai oleh semua org. Walapun terdpt salah silap atau kata omputih 'hiccup' bila mana race bib masih lg diedarkan sejam sebelum larian bermula, keseluruhan larian berlangsung dan berakhir dgn baik sekali tanpa apa2 kejadian organizer yg cabut lari sebelum larian tamat seperti yg berlaku pd satu lg larian malam awal tahun ini.

Peserta full marathon dilepaskan pd jam 8mlm diikuti dgn half marathon (8.20mlm), 10km (8.30mlm) dan akhir sekali 5km(9.00mlm). Hampir 2km selepas larian, peserta dihiburkan dgn gendang2 dan sorakan penyokong2 yg disediakan di tepi jalan semasa di melalui jambatan yg menuju ke PICC. Tp baru 2km, semangat larian pun masih berkobar2, jd muka pun senyum jek melihat gelagat penyokong2 dgn kata2 semangat yg diberikan.

Setiap water station yg dilalui dikendalikan dgn sgt baik di mana air telah pun siap dituang tanpa perlu pelari2 menunggu. Terdapat dua pilihan iaitu air mineral dan juga 100Plus. Pilih la ikut selera tekak masing2 ...

Penanda KM juga diletakkan utk setiap KM bg kategori FM dan HM, tp penanda utk HM kurang jelas kerana pilihan warna yg gelap dgn tulisan hitam menyebabkan ia susah dilihat dr jauh. Route marshall juga menjalankan tugas dgn baik di mana di setiap persimpangan jalan, kenderaan ditahan bg memberi laluan kepada pelari2. Di beberapa jalan terpilih, jalan ditutup sepenuhnya membuatkan pelari2 terkenang pengalaman berlari di KOTR umpamanya.

Pink is the new black!

Beberapa kelainan yg dpt dilihat di dalam acara PNM ini ialah 'water sprinkler' yg dijanjikan utk peserta FM dan HM. Pada awalnya, disangkakan 'water sprinkler' akan berupa seperti Coolzone di SCKLM ataupun dgn bantuan ahli bomba seperti Energizer Run tahun lepas, rupa-rupanya tugas tersebut diserahkan kepada 'clown' yg menggunakan pistol air! Kelakar juga melihat gelagat 'clown' tersebut yg tidak putus2 'menembak' pelari2 setelah menyedut air drp baldi berdekatan. Boleh la membuat rasa penat hilang seketika.

Satu lg kelainan ialah dgn kehadiran 'superheroes' yg berdiri di satu sudut sambil memberikan galakan. Superman, Spiderman, Ninja Turtle dan lain2 dgn tanpa jemu menyokong pelari2 utk terus berlari dan menghabiskan larian.

Tak pasti jika ada yg perasan, tetapi sy juga ada terserempak dgn 'Silver Man' sewaktu menyeberangi jambatan di sekitar KM10. Rajinnya dia duduk terpaku di situ berjam2 ... tak dapat nk dibayangkan.

Setibanya di garisan penamat, pelari2 terus diberikan medal dan finisher t-shirt seperti yg dijanjikan tanpa perlu beratur panjang. Mungkin dgn kawasan yg luas dan volunteer yg ramai membuatkan finishing line tidak kelam-kabut walaupun ramai pelari yg mengambil bahagian. Organizer juga terus menerus menunggu peserta2 FM tiba sehingga waktu memcecah jam 3 pagi. Mmg satu pengalaman yg menarik dan semoga ia dpt membantu melenyapkan kejadian ngeri yg berlaku di satu event dulu yg juga berlangsung pada waktu malam.

Antara hero2 dan heroin2 CAR yg menyertai FM

Akhir kata, TAHNIAH pada semua yg berjaya tidak kira apa jarak sekalipun yg anda sertai. 90% kejayaan sudah pun dikecapi hanya dgn menghadirkan diri di garisan permulaan ... :) Sehingga di repot yg akan dtg, tingkatkan usaha dan teruskan berlari!

Saturday, October 15, 2011

Tanjung 10km Run Penang 2011

Acara : Tanjung 10km Run Penang 2011
Tarikh : 30hb Oktober 2011 (Ahad)
Tempat : Jalan Sepyi Line, Pulau Pinang
Jarak : 10km
Masa : 07:30 Pagi
Yuran : RM12
Tarikh Tutup : 12hb Oktober 2011 atau 1000 Penyertaan Pertama

Thursday, October 13, 2011

New Year Newton Challenge 2012

Acara : New Year Newton Challenge 2012
Tarikh : 01hb Januari 2012
Tempat : Bandar Kinrara, Puchong
Masa : 05:30 Pagi
Jarak : 25km & 12km
Yuran : RM65 (Kategori A) RM130 (Kategori B - Dengan MIO Heart Rate Monitor Watch berharga RM290, terhad untuk 2000 penyertaan pertama sahaja)
Tarikh Tutup : 01hb Disember 2011

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Malakoff Interstate Fellowship Ride 2011

Acara : Malakoff Interstate Fellowship Ride 2011
Tarikh : 31hb Disember 2011 - 01hb Januari 2012
Tempat : Taman Belia, Pulau Pinang
Masa : 07:00 Pagi
Jarak : 250km (70km + 180km)
Yuran : RM50
Tarikh Tutup : 700 Penyertaan Pertama

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Tuesday, October 11, 2011

Larian Amal Kebangsaan (Muar Half Marathon) - Laporan

Photo Credit to Rosli Saaban. Thanks!

Acara: Larian Amal Kebangsaan (Muar Half Marathon)
Tempat: Tg Emas, Muar, Johor.
Tarikh: 9 Oktober 2011
Masa: 6.35pg
Jarak: 21km dan 11km

Catatan Masa Rakan2 CAR:
21km Men Open

1:54:13 Azrulhisyam Hussin (CAR201) - PB tu yahooo!
2:09:00 Razif Yahya (CAR121) - tempat ke-40
2:09:39 Mahdi Mazelan (CAR245)

21km Women Open podium picture. Photo credit to Kbc Runner. Thanks!

21km Women Open
2:27:26 Robiyatulmunawarah Md Arif (CAR69) - tempat ke-5 (Tahniah! RM100 tuuuu)
2:38:40 Nor Aini Kassim (CAR135) - tempat ke-8 (Tahniah! RM50 balik modal makcik)
2:38:46 Suhailywati Ramli (CAR54) - tempat ke-9 (Tahniah! RM50 jugak)
3:09:40 Irina Ramli (CAR36)

21km Men Veteran
2:40:00 Tan Teck Hoe

11km Men Open podium picture. Photo credit to Kbc Runner. Thanks!

11km Men Open
0:00:00 Mohd Syahidan Alias (CAR87) - tempat ke-3 Tahniah!
1:11:29 Mohamed Rais Mohamed (CAR230)
1:15:00 Abdul Rahim Rameli (CAR242)

11km Women Open
1:37:00 Al-Husna Mohd Nor Al-Haj (CAR259)


Laporan disediakan oleh Azrulhisyam Hussin@Deo (CAR201)

Pada 16 Oktober lepas, telah berlangsung Larian Amal Kebangsaan 1Malaysia ataupun Muar Half Marathon di Bandar Muar, Johor. Tahun ini merupakan tahun kedua acara ini diadakan yang membabitkan dua jarak larian, 11km dan 21km. Memandangkan tarikh acara ini banyak bertembung dengan larian-larian lain di ibu kota, tidak ramai pelari-pelari CAR yang mengambil bahagian dalam acara ini.

Majlis pengambilan nombor bib dan t-shirt berjalan secara lancar di Dataran Tg. Emas pada hari Sabtu. Pihak penganjur masih lagi menerima pendaftaran secara ‘walk-in’ pada hari tersebut.

Pada hari perlumbaan, kedengaran guruh berdentam-dentum di langit seawal jam 5 pagi. Ramai yang menjangkakan larian ini akan diadakan dalam suasana hujan. Hujan mulai turun dengan agak lebat, membasahi bumi Muar seawal jam 5.50 pagi. Dalam keadaan basah dan agak gelap di garisan permulaan, para peserta kategori 21km berbaris untuk memulakan larian. Alhamdulillah, hujan mula berhenti beberapa minit sebelum peserta dilepaskan pada jam 6.35 pagi namun, para peserta harus menyusuri jalanraya yang mempunyai lopak-lopak air di beberapa tempat.

Jarak 9km pertama, peserta menyusuri Jalan Abdul Rahman yang lurus dan panjang dan melewati Parit Sakai laut, Parit Keroma Laut, Parit Besar Laut, Parit Raja Laut and Parit Ahmad Laut. Tidak banyak aktiviti ataupun kenderaan melalui jalan ini di pagi yang bening ini. Keindahan pemandangan dan kehijauan sepanjang Jalan Abdul Rahman ini terus melupakan pelari-pelari dari menyusuri jalan yang panjang ini.

Di KM9, pelari-pelari membelok ke kanan dan memasuki Parit Unas Laut dan dikejutkan dengan jalan merah tidak bertar dan berbatu-batu kerikil. Situasi ini agak unik dan jarang sekali terdapat dalam ‘road races’ lain di Malaysia. Selepas dalam 500m, kami membuat satu pusingan U sebelum memasuki satu lagi jalan yang lurus dan panjang, Jalan Junid. Sekali lagi, larian peserta tidak membosankan dengan pemandangan rumah-rumah kampung dan kehijauan sepanjang Jalan Junid. Masih tidak banyak kenderaan melalui jalan ini dan orang-orang Muar pun tidak ramai yang kelihatan, mungkin sedang lena diulit kedinginan cuaca di pagi Ahad.

Di 3km terakhir, para peserta disajikan dengan pemandangan yang cukup indah. Kami berlari di tepi laut yang juga bersebelahan dengan Kelab Golf Muar. Suasana nyaman dan indah, sambil disapa dengan kedinginan angin laut, satu suasana yang tidak terdapat di larian-larian lain di ibu kota, membolehkan peserta membuat ‘pace’ terbaik di kilometer terakhir larian dan terasa hilang penat dan lelah berlari sejauh 10km atau 20km sebelumnya.

CAR bergambar dgn bendera kesayangan. Photo credit to Aini Kasim. Thanks!

Larian tamat di Dataran Tg. Emas, sama dengan tempat permulaan larian. Para peserta dijamu dengan sarapan pagi dan dihiburkan dengan persembahan dari penghuni-penghuni rumah istimewa di Muar. Para peserta, terutamanya pelari-pelari CAR, seperti biasa menggamatkan suasana di kawasan penamat dengan gelak ketawa dan mengambil peluang bergambar bersama-sama 'peminat' masing-masing. Beberapa pelari-pelari CAR turut berjaya menggegarkan Bandar Muar dengan berjaya menempatkan diri masing-masing di podium. Tahniah.

Ayam2 dara CAR. Photo credit Kbc Runner. Thanks!

Secara keseluruhan, setinggi-tinggi tahniah kepada penganjur Muar Half Marathon yang telah membuat perubahan drastik daripada penganjuran acara ini tahun lepas. Jarak larian yang tepat, laluan yang menarik dan unik dan juga flat macam di Berlin, air dan buah yang mencukupi sepanjang dan selepas larian, saiz acara yang tidak terlalu besar dan bilangan peserta yang tidak terlalu ramai, tidak was-was jika larian ini diletakkan sebaris dengan Bidor Half Marathon ataupun Seremban Half Marathon. Secara ringkas, boleh dikatakan Muar Half Marathon patut dijadikan acara wajib tahunan untuk setiap pelari tegar di Malaysia.

Tidak lengkap berkunjung ke Muar jika tidak menikmati juadah-juadah istimewa seperti asam pedas, rojak petis, mi bandung, mi rebus, satay yang dimakan di siang hari dan juga kopi Muar 434 yang sangat terkenal.

Setakat itu sahaja repot utk kali ini, berjumpa lg di repot yg akan datang. Sekian, terima kasih.

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"