EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Sunday, February 27, 2011

Larian Bangi Perdana - Laporan

Acara: Larian Bangi Perdana
Tarikh: 27 Februari 2011
Tempat: Hadapan Kompleks PKNS
Jarak: 10km dan 7km
Jam: 8pg

Lepas lari kalo tak bergambo mmg x sah!! Pada yg xde lam gambo, sorry bebyk ... len kali kita amik gambo sesama k!

Gambo kaki pecut CAR! Punya laju diorg lari, sampai xsempat bergambo sama ... hehe ... ;)


Ok geng, berjumpa lg kita di repot larian kali ini. Walaupun lotih diperlakukan seperti hamster malam td (bukan nk menang sgt, sy nk beg Reebok tu jek! haha), atas semangat juang yg tinggi pada sukan larian, sy teruskan pula dalam larian di bangi pagi ni. Rupanya bukan sy sorang jek yg kepenatan, ramai geng2 CAR yg lain yg masuk KL Heritage Explorace semalam! Ada yg sampai amik masa 5 jam utk habiskan sumer task dan mencari clue yg diberi … peehhh … 5 jam ko … dh rupa cam masuk marathon pun ada dh ni … dan atas dasar semangat juang yg tinggi pada sukan larian (ayat sama td) mereka pun join jugak larian kat bangi ni. Caya lah, korang! Suspek sy, suspek … kiranya minggu ni merupakan minggu yg sibuk dlm hidup ramai pelari2 (kalo diorg join event2 ni sumer aa) sbb dh la ada event Reebok Zigtech Treadmill Challenge, ada lak KL Heritage Explorace … pas tu pg ni Larian Bangi Perdana.. dan x salah sy kat Klang tgh wat Trial Run 15km kan … emm, dh x cukup2 dh kaki nk berlari ni ... hehe

Masa sy tiba di tempat kejadian, tgk dh ramai dh org yg ke hulu ke hilir memanaskan badan. Kalo ikut pd borang, kul 8 kami sumer (yg 10km) akan dilepaskan. Round2 area kat situ, terjumpa la ramai geng2 CAR berkumpul sambil menunggu waktu pelepasan. Waahh! Ramai tul yg join larian ni pg ni! Ada lebih 20org la… pusing2 kenal, pusing2 kenal … bagus2, sah ayam2 ni sumer x reti nk dok dlm reban. Apa kes dok dlm reban lama2 … menternak lemak jek pulak kang … hehe.

Dalam kul 8.04 (ikut jam sy … abih xkan nk ikut jam org sebelah) kategory A dan D yg bakal mengukur jalan kat bangi ni sejauh 10km pun dilepaskan la (kategori lain lupa lak check kul baper diorg dilepaskan, selang 10 minit kot). Maka berpusu2 la pelari2 sumer memulakan larian mereka, sekejap jek dh penuh jalan depan PKNS tu ngan org. Cuaca masih lg ok, matahari pun lom panas sgt, so selamba je la layan. Sib baik kaki pun x buat perangai pagi ni, tapi kalo dia leh berckp la, nk jugak dia komplen kot, “berapa byk mau lari daa … semalam dh lari, ari ni lari lg, xde keje lain ke tuan aku ni … apa yg dikejo pun xtau”. Haha … sabo ek kaki, dh abih nnti kita leh rest.

Memula tu pacing ngan Kak Ida (CAR5) dan Lily (CAR54) (pink Kak Ida ari ni u … I likeee, hehe), tp pastu ilang dh diorg. Lgpun, masa tu tgh syok2 pintas org yg dh mula start jalan, so xperasan ... kui kui. Em, org yg dh start jalan ni … dh kata dh, 10km kena start slow2, kalo cepat sgt berpusu2 ke depan, cepat la lactic acid berkumpul kat muscle…haa, kan dh cepat mengah … takpe2, berguru lg lepas ni, pastu kompom pandai (kalo nk berguru la).

Lepas bih kurang 3km (kot) lari, sy kena pintas ngan Uncle Onn (CAR197)! Huh, tegar betul Uncle Onn ni … sapa kata dh berumur xleh aktif lg beb … tgk skali, ko yg kena pakok ngan dia … haha, adehh. Tp eh, bukan kategori veteran wat 7km ke? Tanya ngan dia, rupanya dia yg request nk masuk 10km, sbb kalo dh alang2 berlari tu kata dia, biar la buat betul2 sampai berpeluh sakan (waahh … Uncle Onn, sy kalo lari 7km pun berpeluh sakan, Uncle Onn … hehe). Dasat la dia ni, apa kes nk bg cut2 jarak bg skit ni … biar la walau dia layak amik kategori veteran, tp dia tetap nk berjuang bersama2 org2 muda. Fuuhh … kasi tabik spring skit kat Uncle Onn!!

Lepas dh lari dekat setengah jam br la nmpk water station pertama. Rasanya ada 2 water station. Fuh, aku ni br lari 3.5km ke? Mak aii, rasa cam dh jauh, tp ni br water station pertama … tak kisah la, jom kita minum dulu … haa, camni la baru best. Bg air revive … ok la, sbb diorg bg air revive kan, leh la kita maafkan bib marker sempoi gilor diorg ni. Agaknya diorg pun ingat, pas lari org buang jek kot bib tu, so takyah buat cantik2 pun xpe (isy, org lain buang le kot, sy simpan … bib yg cantik jek la, haha).

Time tu walaupun matahari dh mula panas, tp byk la pokok yg leh dijadikan sunscreen. Cuma mungkin kat roundabout yg nk masuk tol tu agak panas skit sbb xde pokok langsung sepanjang jalan tu (tp sy lg kesian kat org yg jaga checkpoint kat situ, lagi lama berdiri tgh panas!). Route kali ni best jugak nk dilayan, sbb byk yg straight jek. Sy mmg suka jalan straight ni. Kalo byk sgt belok2, ada skit mental la, sbb rasa cam dh jauh beno berlari walaupun tidak. Ntah, ada org yg terbalik lak, kalo jalan straight yg kaco mental. Masing2 la kan … Pastu setiap simpang pun ada polis yg jaga … walaupun kete tu xla byk mana, bila ada polis ni, ada rasa selamat skit la.

Dalam syok2 lari sekali nmpk signboard jalan ke PKNS, dia kata lg 1.3km lg nk sampai. Waahh, dh dekat dh, so dh leh start bukak langkah ni. Tp br jek nk start, skali sampai lak water station ke-2. Alahai … lg 1km jek ni br nk ada water station ke. Nk amik, xnak … nk amik, xnak … dilema gak ni. Last2 amik jugak sbb ada org tolong huluq, haha. Rasa cam tak baik lak kalo x amik, penat org tu angkat tangan huluq. Sedapnya air lalu tekak … tp aisey, bila tgh minum, pace pun slow la balik, tu sbb cam xnk amik td, tp tergoda gak ngan revive, huhu. Hmm, br jek syok nk layan pace sedap, dh slow balik. Ingatkan route flat kat bangi ni kurang la dugaan mental, rupanya dugaan mental dia ngan cara lain daa, haha. Fuh, xpe2 … still leh bukak langkah, pelan2 upkan jek pace tu.

Dan akhirnya selesai … haha, xsempat nk dapek top30 medal, terlepas skit jek. Takpe2, diorg tu dapek medal jek, gantung kat leher, pastu masuk laci gak. Sy leh bergaya ngan beg free malam td … jgn jeles … hehe … (nk bg sedap skit hati)

Overall, ok la larian kali ni. Cuma tang goodie bag tu la, punya la panjang gilor nk beratur … gilor pun x panjang cam tu. Line tu dh rupa cam ular kena patuk pun ada, berpusing2 … lama giler nk tunggu sampai dapat. Em, tu je la kekurangan dia kot. Yg tang lain tu rasanya ok. Kat water station pun air sumer dh siap tuang, so xde la berebut2 menagih air cam dh x minum seminggu lagaknya. Route pun kebanyakannya flat. Ada la bukit skit2, tp xde la yg mencanak sampai menduga iman, so layan jek.

Oh ya, SETINGGI-TINGGI TAHNIAH diucapkan pada member2 CAR yg dapat naik podium sbb dapat top10 dalam larian td. Tak salah sy yg dpt tu, Bro Zulazlan (CAR71), Bro Silahuddin (CAR74), Bro Jasni (CAR101), Uncle Alam Syah (CAR24) dan juga Haslinda (CAR23).

Apa2 pun, tetap jugak TAHNIAH kepada yg lain yg berjaya abihkan larian ni. 10km ke, 7km ke, tak kisah. Sumer berjaya abih. Lgpun lain org, lain racunnya … senang pd sy, mungkin tidak pd org lain. Jadi tahniah la senang ckp, sbb dpt abihkan larian td. Minggu depan kita lari lg, ok? Jumpa lg di report yg akan datang … jgn malas training, Bareno dh dokat wei (nasihat kat diri sdiri sebenarnya, haha) … okays, chow cin ciao!

Keep on Running!! :)

Saturday, February 26, 2011

Terminologi Larian #2 - Info


Okay geng, berjumpa lagi kita di post terminologi untuk kali ni. Baik, mari kita sambung pelajaran kita ye murid2 ...


Istilah #7: Runner’s high
Satu keadaan yg mungkin dialami oleh seseorg pelari. Ada yg mengatakan ia mitos semata-mata sbb x semua mengalaminya. Ia boleh berlaku semasa larian ataupun selepas habis larian. Kalo semasa larian tu, runner’s high ni boleh berlaku ketika di saat2 akhir di mana korang cam hampir putus asa. Pada ketika tu, badan dh penat, tp sbb semangat tu masih ada, dikerah la jugak tenaga dan pastu rasa korang masih boleh berlari dan habiskan larian. Laju lak tu. Bila dh habis baru la rasa pelik cemana leh buat td, padahal dh penat. Kalo dipikirkan mmg x logik. Jd toksah pikir2, terima jek kenyataan yg korang ni terer, haha. Kalo selepas larian lak, runner’s high ni dialami bila korang merasa sgt seronok, gembira x hingat2, seperti diawang-awangan lagaknya (pendek citer, cam tgh ‘high’ la). Tapi lain org lain effectnya. Sains cuba menjelaskan ini disebabkan oleh hormon endorphins yg dilepaskan oleh badan selepas sesuatu aktiviti aktif untuk jangka masa panjang (ada yg kata hormon adrenaline, ada lak kata serotonin, mana yg betul pun xtau). Tp ntah, sbb bukan semua dpt rasa, susah nk explain cemana leh berlaku runner’s high ni. Cuma individu2 terpilih yg penah alaminya jek kot yg tau. Namun, perlu berhati-hati kerana perasaan sgt seronok ini memungkinkan korang berbuat sesuatu tanpa disedari seperti tersengih sorang2, menyanyi tiba2 atau apa2 la yg org lain x buat. Bahaya gak nih, takut nnti org kata skru otak dh longgar lak…


Istilah #8: Sub
Bukan nama timangan org yg bernama Sabrina mahupun Sabri. Akan disebut bersama suatu nombor dihujungnya, seperti Sub-2 atau Sub-5:40 contohnya. Ini bermakna, habiskan larian sebelum masa yg korang sebut bersama perkataan ‘sub’ tu. Ala, sub tu kan maksudnya sebagian … jd kalo Sub-2 tu maksudnya, sebagian dr 2 jam iaitu abiskan larian sebelum 2 jam. Dan kalo Sub-5:40 tu maksudnya, abiskan larian sebelum 5 jam 40 min ... kalo dpt 5jam 39min 59saat, kira berjaya la tu! Dalam kebanyakan kes, nombor pertama tu mewakili jam dan kemudian br minit. Tp ada jugak org sebut Sub-15 yg bermaksud sebagian dr 15min. Contohnya acara 5K … korang target PR, mesti kena dpt Sub-15. Jd, kalo dh 5K tu, mesti la sub-15 tu sebagian dr 15min … takkan korang nk wat 5km lam 15jam lak kan … baby naik walker pun leh siap sblm tu, ye tak?). Tapi agak2 kalo acara ultramarathon, ada tak org sebut Sub-1 … sebagian dr 1 hari? Haha, ultraman jek leh jawab …


Istilah #9: FMV
Full Marathon Virgin. Ini gelaran yg diberikan pada mereka yg pertama kali berani berjuang mengazabkan diri untuk menyertai acara marathon. Disebabkan sekali jek korang pegang title ni, iaitu sebelum buat marathon tu, abadikanla baik2 pengalaman tu. Susah nk dapek ni! Takleh nk ulang balik kalo kiranya korang miss dan tak enjoy moments tu, nk kena pulak cari time-machine patah balik. Sbb lepas tu, xde la virginnya lg, sbb korang dh pun jd marathon finisher! Pengalaman pertama tu pun penting dalam menentukan masa depan korang dalam hidup sebagai pelari ni ... adakah korang dh serik xmo buat lg marathon, atau korang punya seronok sampai makin berselera nk join lg? Korang jek leh decide ... (** gamba t-shirt fmv ni courtesy of Cik Lily kita ... tq, Lily!)


Istilah #10: Pace/pacing
Unit ukuran masa untuk menghabiskan larian berjarak 1 km atau 1 batu (sbb di Malaysia kita byk pakai km, tak pakai ukuran batu (miles), jd kalo sebut pace/pacing tu utk 1km la). Kalo sebut pace/pacing ni kena berpada2, sbb ada runners yg slow, ada runners yg laju (yg mana kalo ada speed trap, konpom dpt saman). Jd, kalo kita rasa pace kita slow, mungkin pd org lain, itu la pace idaman dia. Contoh, dlm acara 5K, kita target sub-15 (chewah, mentang dh belaja td, trus pakai istilah ni) tp tak dpt. Timing yg dpt 15min 25saat. Jd pace/pacing nyer ialah 3min 5saat. Pd kita mungkin gagal, tp kalo org len dpt pace tu, dh buat kenduri kesyukuran kot dh … hehe. Jd bersyukur la apa pace pun kita ek, kalo x capai target, training lg kuat2 and try lg next time ... ok, itu citer pace. Pacing lak, boleh juga bermaksud lari sesame. Contoh dialog: “Pace kita dekat2 sama, next race I nk pacing ngan u leh?” Hmm, bunyi nyer lebih gempak drp kalo kita kata, “Speed kita dekat2 sama, next race I nak lari ngan u leh?” Huuu … x best, x best … best yg pertama td kan … lari xlaju xpe, tp berckp mesti ada gaya … hehe.



Istilah #11: Full/FM
Bermaksud full marathon. Kalo bahasa sebutan, kita pakai ‘full’. Kalo bahasa tulisan, kita pakai ‘FM’ … sbb kalo nk sebut FM cam susah jek ... lgpun kalo sebut FM, nnti org ingat frekuensi radio ke apo … so sebut full lg senang. Selain tu, nama panjang bg jarak ni, boleh juga disebut sebagai ‘exam akhir tahun’ ... walaupun korang wat full pada bulan Februari ia tetap dipanggil begitu dan x pula bertukar menjadi 'exam awal tahun' lak yek ... tidak, tidak ...


Istilah #12: Half/HM
Bermaksud half marathon. Sama cam full/FM td, bahasa sebutan, kita pakai ‘half’. Kalo bahasa tulisan, kita pakai ‘HM’. Ada juga usul yg meminta agar half marathon ni diberikan nama yg khusus. Antara cadangan ialah ‘Pikermi’. Pikermi ni adalah bandar yg berada di tgh2 antara bandar Marathon dan Athens. Tp ntah, maybe bunyi dia cam tak ganas kot (ye aa, silap2 sebut ada bunyi cam Kermit the Frog lak), so usul tu tidak diterima ramai. Nama panjang jarak ni lak? Of course la, ‘exam tengah tahun’ … hehe


Okay, so itu dia 6 lagi perkataan yg boleh dipelajari oleh runners. Kiranya bahasa kita la, sbb kita2 jek paham ... hehe. Next week kita akan citer pasal jenis2 larian lak cam tempo run, cross training, fartlek, lari geli2 … lari hantu pun ada, haha ... Tguuuu …

Friday, February 25, 2011

Reebok Zigtech Treadmill Challenge

Acara: Reebok Zigtech Treadmill Challenge
Tarikh: 25 Februari hingga 27 Februari 2011
Tempat: Ground Flour, 1UTAMA Shopping Centre

Untuk makluman semua, sekarang sedang berlangsungnya acara Reebok Zigtech Treadmill Challenge di Ground Flour, 1UTAMA Shopping Centre. Acara ini merupakan acara relay on treadmill (cuma xde baton jek) yang akan berlangsung selama 48 jam bermula dr jam 5ptg td (25 Feb) hingga ke 5ptg hari Ahad (27 Feb) nnti. Berikut merupakan member2 CAR yang akan menyertai acara ini. So, kalo korang free2 ke, tgh shopping2 ke atau br kuar tgk wayang ke, singgah2 la kat tempat acara ni berlangsung, bg support kat member2 korang yek ...

Pada member2 CAR yg menyertai acara ni, selamat berjuang dgn peperangan mental lari setempat lama2!

---------------------------------------------------------------------

25 Februari 2011
CAR185 - MUHAMMAD BIN ISKANDAR 8.00 PM for 60 MIN
CAR67 - SHARAFI ABDULLAH FAUZI 10:00 PM for 60 MIN
CAR188 - YIM HENG FATT 11:00 PM for 60 MIN

26 Februari 2011
CAR206 - MOHD REDZUAN MOHD JAMARAJI 4.00 AM for 60 MIN
CAR45 - AHMAD DAUD ABDUL MANAN 6:00 AM for 60 MIN
CAR87 - MOHD SYAHIDAN BIN ALIAS MALE 10:00 PM for 60 MIN
CAR141 - MUHAMMAD KHAIRUDDIN BIN YAHYA 11.00 PM for 15 MIN

27 Februari 2011
CAR194 - NUR AZYAN YUSOF 12.00 AM for 60 MIN

CAR201 - AZRULHISYAM HUSSIN 4:00 AM for 60 MIN
CAR121 - RAZIF YAHYA 4:00 AM for 60 MIN
CAR207 - SITI AFFIRA KHUSANI 9:00 AM for 30 MIN

Pada yg dh abih buat sebelum sempat sy post ni, sorry la byk2 ... br perasan diorg bg updated participant list kat FB la ...
Sekian, terima kasih ...

Sahabat Baru CAR

Muhammad Ashaari Zainal Abidin (Ashaari)
CAR#162
Norjiana Jimain (Jay)
CAR#169

Ok geng semua..2 sahabat baru kita masuk reban..dua2 dari "alam" yg berlainan..tp tetap satu aliran..haha

CAR162 Muhammad Ashaari Zainal Abidin (Ashaari)..tgk gaya memang sah penah berguru ngan "Lance Armnotstrong"..memang sehari tak kayuh memang tak sah kot..menurut kata beliau..time makan..lepak ngan kengkawan or tido skalipon..kaki dia tetap goyang ala2 berkayuh..wahhh dasat lu bro..bagus2..jgn bangun tido malam kayuh beskal udah arr..huhu

CAR169 Norjiana Jimain (Jay)..walaupon nama samarannya "Jay"..tp dia takde kena mengena ngan penyanyi Jay Jay tu yer harap maklum..haha Jay nie pon memang pelari tegar juga..tak kira ceruk mana je ada larian pasti dia akan berlari..kalo tak lari rasa cam tak sempurna jer..kata dia la..haha

Ok geng..selamat datang kami ucapkan..dan terima kasih juga kami ucapkan coz meramaikan lg umat CAR ni..dan sama2 la kita mengeratkan lagi tali persahabatan yer..sok jumpa kita bergosip gosap la yer..sekian..

Kapas - Marang International Swimathon 2011

Acara : Kapas - Marang International Swimathon 2011
Tempat : Pulau Kapas (Mula) & Pantai Peranginan Kelulut (Tamat)
Tarikh : 24hb April 2011 (Ahad)
Masa : 07:30 Pagi
Jarak : 6.5km (Swim)
Yuran : RM80

MAKLUMAT LANJUT

Thursday, February 24, 2011

Klang Centro 15km Trial Run 2011

Tarikh : 27 Feb 2011
Masa : 6.30pg (6.45pg flag off)
Tempat : Centro, Klang

SEMUA DIJEMPUT HADIR!

PERHATIAN : Disebabkan ini hanya satu 'trial run', tiada pendaftaran diperlukan dan tiada 'water station' akan dibekalkan.

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Wednesday, February 23, 2011

Kinrara Metta Run 2011

Acara : Kinrara Metta Run 2011
Tempat : Taman Damai Utama, Bandar Kinrara
Tarikh : 24hb April 2011 (Ahad)
Masa : 07:15 Pagi
Jarak : 8km & 5km
Yuran : RM30
Tarikh Tutup : 10hb April 2011

MAKLUMAT LANJUT

Tuesday, February 22, 2011

aNR Breakfast Run - 1st Circuit

Acara : Adidas Adination of Runners Breakfast Run - 1st Circuit
Tempat : Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur
Tarikh : 06hb Mac 2011 (Ahad)
Masa : 07:00 Pagi
Yuran : PERCUMA
PENYERTAAN HANYA TERHAD KEPADA 200 PERTAMA SAHAJA..!!

Untuk maklumam semua (aNR Runners)..acara ini bukan "pertandingan"..ianya lebih kepada latihan lari jarak jauh (LSD)..setiap peserta akan diberikan :-

* Light Breakfast with fruits
* Water and Isotonic drinks
* 30% discount Vouchers to purchase adidas running attire ( Valid for
only TWO days )
* Special prizes for first 5 winners of the 2 hours run ( Two micoach
Pacers and three micoach Zone )
* 10 Lucky Draws ( adidas Response Clima Cool tees )
* Goodie Bags

Kepada sesiapa yang berminat..sila berhubung terus dengan Adination Trainer anda bernaung dengan segera untuk mendapatkan borang penyertaan yang perlu dihantar sebelum 28hb Februari 2011..TEMPAT ADALAH TERHAD..!!

Zulazlan Shah - Putrajaya (012-353 7277)
Ahmad Farid - Bukit Jalil (012-356 5406)
Mohd Hailmi - Subang Jaya (012-637 1989)
Mohd Zaki - Titiwangsa (012-365 0304)
Syahidan - Shah Alam (012-390 7906)

Sekian..terima kasih..

Monday, February 21, 2011

Jersey Basikal CAR 2011

Lengan Pendek - Depan
Harga - RM140

Lengan Pendek - Belakang

Lengan Panjang - Depan
Harga - RM160

Lengan Panjang - Belakang

Ok geng semua..setelah dibuat penambahbaikan beberapa kali..ini rekabentuk "final" untuk Jersey Rasmi "Chap Ayam Cycling Team" aka "CAR Kaki Kayuh"..pada yang sudah membuat penempahan sila maklumkan pada saya "Pengesahan Tempahan".."Saiz".."Kuantiti".."Jenis"..

Contoh saiz sebenar juga sudah ada pada saya..sila berjumpa dengan saya jika tidak pasti mengenai saiz anda dan anda boleh mencuba sendiri sebelum mengambil keputusan mengenai saiz sebenar yg ingin ditempah..dan pada sesiapa yg berminat untuk memiliki Jersey ini..sila maklumkan juga kepada saya..

Kepada yang belum menjelaskan pembayaran..pembayaran perlu dijelaskan pada hujung bulan Februari ini..sila hubungi saya (012-6371989) atau email (mohd_hailmi2020@yahoo.com.my) untuk maklumat lanjut..sekian..

Sunday, February 20, 2011

Terminologi Larian - Info



Haa ... post yg ni berlainan skit dr post2 yg lain. Ye la, asyik letak post pasal register larian dan laporan larian jek ... skali skala tu nk la jugak post2 berupa informasi cam ni. Utk post pertama ni, kita target pada beginners dulu. Jadi istilah2 di bawah adalah perkataan2 yg wajib diketahui kalo korang nk bergelar runners. Sebelum kita pandai, kita tak pandai ... sebelum kita tau, kita tak tau ... ye tak?


Istilah #1: Marathon
Larian yg berjarak 42.195km. Kalo kurang dr 42.195km, ia tidaklah boleh dipanggil Marathon. Jarak ini bersamaan dgn 26.2 batu (miles) mengikut unit ukuran di mana sukan marathon ini berasal - Athens. Sukan ini mula diperkenalkan semasa Sukan Olimpik 1896 di Athens. Marathon juga merupakan sebuah bandar di Greece. Mengikut sejarahnya dr beberapa sumber, semasa peperangan antara Greek dan Parsi, seorg askar Greek bernama Pheidippides telah berlari dr bandar Marathon ini ke Athens utk menyampaikan utusan bahawa askar Parsi telah kalah. Dikatakan askar Greek tersebut telah berlari sepanjang jarak 40km**. Sebaik sahaja utusan tersebut disampaikan, askar tersebut jatuh pengsan dan mati! Jd, marathon dianggap sebagai sukan ekstrem di mana kalo korang leh khatam jarak ni, korang mmg power giler la!

(** ye, 40km tu kurang dr jarak marathon sebenar. Ada citer di sebaliknya, tp panjang lebo ... kalo nk tau gak, len kali je la sy citer ye)


Istilah #2: PR/PB
Personal Record atau Personal Best. Kedua2 nya membawa maksud yg serupa. Maksudnya timing paling power korang leh buat utk jarak tertentu. PR/PB ni rekod masing2. Ada org PR marathon 4 jam. Ada org PR marathon 7 jam. Dan selalunya, bila dh buat sesuatu jarak tu (half-marathon atau marathon atau 10k), kita akan cuba dptkn PR/PB. Maksudnya dptkn timing yg lebih baik dr sebelumnya, contohnya org yg PR marathon 7 jam tu, kalo dpt siapkan marathon len kali dlm 6jam 59min ... PR la!


Istilah #3: Carbo-loading
Part yg paling menyeronokkan dalam kehidupan seseorg pelari tu. Sbb leh melantak byk2 utk dijadikan bekalan glycogen yg bakal dibakar semasa larian. Tp slalunya carbo-loading ni sesuai utk jarak 21km ke atas. Jarak yg lebih skit dr tu makan cam biasa pun ok, takyah carbo-loading2 ni. Namun, andaikata tiada larian berjarak 21km ke atas dlm masa terdekat, tp korang melantak gak … tu dh bukan carbo-loading namanya, tu dh jd mentekedarah. Hati-hati ye … hehe


Istilah #4: Flag-off Masa pelari2 dilepaskan dr kandang atau dr belakang garisan permulaan. Tak kira la kalo diorg pakai bende lain utk melepaskan org, contohnya: horn atau pistol, ia tetap dipanggil ‘flag-off’ dan tidak pula bertukar menjadi ‘horn-off’ ataupun ‘pistol-off’.


Istilah #5: Cut-off Time
Masa yg diberi kepada pelari2 utk menghabiskan sebarang acara larian. Selalunya cut-off ni diberi utk acara yg melebihi 10km dan ke atas. Ini untuk menggalakkan pelari2 mengambil acara larian secara serius dan tidak pula melenggang kangkong gaya kak limah balik umah. Ye la, kalo dh lari tu berkm-km, mesti la penat, dan semestinya ada yg slow dan ada yg laju. Abih kalo yg slow ni slow sgt sampai pagi besok br nk sampai (kecuali acara ultramarathon, harap maklum), jenuh la penganjur nk tgu, ye tak? Tapi selalunya, (selalunya la, kalo penganjur tu x berhati perut lain lak citer), masa yg diberikan cukup utk semua pelari menghabiskan larian dgn selamat.


Istilah #6: LSD
Long Slow Distance atau dalam bahasa Melayu, 'Jarak Perlahan Panjang' (direct translation). LSD ni sangat bagus utk melatih kaki bertahan dlm larian yg mengambil masa yg panjang. Kalo x buat LSD ni, nnti ada yg masa acara tu nnti, kejap2 korang nk duduk, kejap2 korang nk stop. Takpun kejap2 rasa nk balik tido. Walaupun LSD ni bunyinya sedikit menakutkan (sbb LSD ni biasanya berjarak 20km ... dh ada perkataan ‘Long’ kat situ kan, agak2 aa), tp ia boleh menjadi aktiviti yg menghiburkan terutama skali kalo korang ada partner bergosip yg lari skali. Sbbnya, dh ada perkataan ‘Slow’ kat situ, maksudnya kena la korang lari tu ‘slow’ jugak (tp jgn smpi tahap merangkak la). Utk memastikan yg korang wat cukup ‘slow’, korang mesti boleh berbual2 dgn ayat yg lengkap tanpa tercungap2 masa lari tu (skit2 tercungap takpe lg, tp jgn smpi berpinor2 mata lepas sebut 1 perkataan ...). Hah! Tak ke sesuai utk bergosip tu! Kalo takleh menyebut ayat yg lengkap, ertinya korang buat laju sgt. Tp xleh jugak slow sgt. Nak tau samada slow sgt ke tak, check korang leh nyanyi ke tak, haa ... kalo leh, itu dh slow sgt tu! Haha!


Okay, so itu antara 6 perkataan yg wajib setiap runners tau. Haa, jd skrg dh tau dan dh pandai ... so kalo berborak ngan runners len kali, takde la blur jek dgr diorg guna istilah2 ni sumer kan ... hehe. Part #2 akan menyusul minggu depan ...

Apa2 pun, Keep on Running!!


Tesco Walk for Kids 2011



Acara: Tesco Walk for Kids 2011
Tempat : Putrajaya Water Sport Complesx, Precinct 6, 62000 Putrajaya, Malaysia
Tarikh : 13 Mac 2011
Jam : 8.00pg
Jarak : 4.5km
Yuran : RM10
Tarikh Tutup : 6 Mac 2011

BORANG PENDAFTARAN BOLEH DIDAPATI DI SINI

NBD Run 2011 - Laporan


Acara: National Blood Donation (NBD) Run
Jarak: 5km
Tarikh: 20 Februari 2011
Tempat: Hadapan Perpustakaan, Universiti Malaya
Jam: 8pg
Catatan Masa Rakan-rakan CAR:


Men Open
26:00 - Samsudin Pardi (CAR43)
29:00 - Ramlan Sulaiman (CAR2)
29:50 - Mohd Khaerul Azlin Abdul Manaf (CAR161)

30:06 - Munzir Alawi (CAR90)
31:00 - Wan Azmi Wan Ngah (CAR130)
33:00 - Mohd Shazly Shawal (CAR170)

48:00 - Mohd Farid Shakirin (CAR189)

Women Open
30:06 - Fazilah Abdul Manan (CAR91)

43:00 - Nur Azyan Yusof (CAR194)

00:00 - Norashikin Mohamad Arip (CAR202)



Ok geng, berjumpa lg kita kali ni dalam repot larian … lama betul dh xbuat repot larian ni. Sib baik la ada jugak event ni, kalo x, hmm … tgu Bareno sok la baru ada. Walaupun jarak larian cuma 5km, tp haha, kalo route tu dh lalu kat bukit chenta tu, seksa dia len macam skit. Kalo korang x caya, tanya kat org yg dh khatam bukit chenta ni … (haa, cer citer, cer citer …) Nak citer lerr ni …

Di waktu ramai rakan2 lain dok asyik wat LSD kat Bukit Aman, sy mengambil keputusan utk join larian ni … walaupun sy tau jarak 5km tu xleh dimasukkan dalam pengiraan anugerah pelari tegar (tahun ni pengiraan utk pelari tegar bermula dr event 7km dan ke atas). Sbbnya sy ingat, time dolu2 pun sy start lari ngan 5km jek. Tak berani nk join jarak yg lebey2 ni, 7km pun kecut perut dgr (tu br dgr dh kecut perut, lom try lari … pancit lorr!). Jd rasa xbest lak kalo dh xde penglibatan chap ayam runners utk larian jarak pendek (iaitu yg di bwh 7km). Cemana nk tarik beginners atau org yg br start lari (eh, cam sama jek dua2 tu) join kita kan … Dh kalo jarak pendek ni dh xde muka2 CAR yg masuk, cemana org nk kenal atau tau kewujudan group ni, ye tak? Motto group ni pun, ‘berlari utk kesihatan’, sgt sesuai utk beginners mengenal sukan peberet kita ni sebenarnya. Tp, yg nyata ini semua pilihan masing2. Terpulang la kita sumer nk wat yg mana, LSD boleh, join event boleh, dok umah sambung tido membuta pun boleh … setiap dr kita ni adalah duta pada CAR, jd lari la kat mana2 pun, cumanya anugerah pelari tegar tu sekadar insentif supaya kita terus berlari, bukan penyebab kita xmo join event jarak pendek lg … hehe. Jd pasni, kalo leh, ramai2 la kita join event jarak pendek gak ye! Eh, bukan nk kata xleh wat LSD tau, jgn lak salah paham. Lg bagus rajin wat LSD ni, train kaki kita lari jauh2, leh up endurance, cumanya jgnla sbb anugerah tu korang xmo join event jarak pendek ek. Tu jek yg sy nk kabo, story punya panjang lebo kat sini. Mukadimah jek lebey, point nyer skit jek … hua hua hua.

Okeh, okeh … sambung balik kat repot ni. Sori lerr, tersimpang jauh jap td, huhu. Em, tgk dalam tiket pendaftaran tu, dia tulih event ni start kul 7pg. So, walaupun dunia masih golap, terpacak dh sy kat situ kul 7. Rupa-rupanya, kul 7 tu start registration daa … larian start kul 8. Ek eleh, wat suspense jek diorg ni. Ko jgn main2 tau, runners ni punctual nyer org. Kalo kata 6pg start LSD, 6pg la start. Sapa lmbt, tinggal … haha (mesti slalu kena tinggal ni, tu yg tau, hua hua hua … adehh). Haa, tp larian kali ni berlainan beno ngan larian lain yg sy penah join. Dia x bg bib ko, tp bg badge pakai kat baju! T-shirt pun tarak. Lerr, tau awal2 lari haram jek sonang … ye arr, badge tu kalo pakai kat baju bukan nampak pun! Hmm, abih tu apo nk wat sejam lg br start ni. Sebelum mati kutu (isy, elok ler mati kutu, takkan nk ternak lak kutu tu kot!) sy pun round2 la tasik kat UM tu, lari anak2 ayam jek, leh gak collect mileage (aiseyman, org len wat LSD, takkan kita wat 5km jek kot arini… hehe). Pengabihnya, tiba kul 8, mengah dh sy … haha … apa daa … tu lom start larian tu. Adehh, x sedor diri lerr, sat g nk panjat bukit chenta, huaa …

Tepat jam 8.12 (jam sy, jam org len sy xcheck), kami sumer pun diflag-off kan. Berpusu-pusu la sumer org memulakan larian. Dua2 kategori pun dilepaskan sekali, sbb ala, bukan ramai pun, ada la 2-3 ratus org kot. Waahh, bersemangat sumer org lari menuju bukit chenta ekk … dasat korang. Route kali ni berbeza dr Larian Gemilang ari tu, sbb ye aa, yg ni pun 5km, Larian Gemilang ari tu 8km. Kami sumer bermula di hadapan library UM, menuju bukit chenta, buat satu pusingan besar menuju gate KL dan balik semula ke library. Takde kuar UM pun. Bagus gak, xde la rasa keselamatan diri tu terancam cam ari tu (tak pasal2 kena jd superman tahan kete). So layan je la. Lari punya lari, akhirnya tiba la di kaki bukit chenta. Apa lagi, senyum, jgn x senyum! Kalo nampak bukit musti mau senyum, br la kaki tu nk pegi, sbb hati riang jek … nk tambah riang, cakap dlm hati ‘sy suka bukit! bukit suka sy!’ ulang2 … ehem, DALAM HATI … jgn cakap kuat2, kang ada lak ambulen dtg bwk korang pegi wad sakit jiwa … gilor ko apo budak ni … haha! Apa punya tips la ni … berlainan beno ngan yg coach ajor … adehh …

Lepas berjaya menawan bukit chenta, br la bahagia skit rasa, sbb jalan depan tu turun bukit dan flat. Dlm syok2 layan lari tu, nampak ramai org yg lari bertentangan arah ngan kitorg. Aik, ada u-turn ke pulak kat depan tu? Tgk route map, cam xde. Waahh, kalo kena u-turn, sat g kena lalu balik bukit chenta! Xmo mak!! Sekali perati betul2 … ooh, diorg ni larian lain daa. Tgk kat baju diorg pun ada bib. Fuh, sib baik … kalo x, kena ulang balik ayat keramat td (DALAM HATI). So, layan punya layan, akhirnya tiba la balik kat library, abih sudaa … fuh lega. Tp medal xde, goodie bag ada … jadi la, dr xdpt apa2, ye tak? Tp satu bende la penganjur larian ni … diorg xwat water station. Ari tu yg sy join 3km kat UKM pun ada water station (walaupun sy xamik air masa diorg hulur, tu len citer …). Patut la mengah semacam jek td. Isy, mmg la jarak tu 5km jek, tp lalu bukit chenta beb, peluh bukan skit2 nyer kuar (dh la lepas sy round tasik, sy x minum air … bukan apa, lupa, hehe … padan muka). Naper la diorg x peka psl ni. Sib baik xde yg pengsan ke apa ke td … kalo x, naya jek x pasal2.

Tp apa2 pun, TAHNIAH la sy ucapkan kt korang yg dpt habiskan larian ni td. Tak kira la, laju ke slow ke, janji abih. Pasni kalo nmpk bukit, tau la nk wat apa ek … haha! Ok, jumpa lg di repot yg akan datang, chow cin ciao!

Friday, February 18, 2011

Green Run 2011



Acara: Green Run
Tempat : MMU, Cyberjaya.
Tarikh : 27 Mac 2011
Jam : 6.00pg
Jarak : 10KM or 8KM
Yuran : RM28 (ATAU bawa suratkhabar lama seberat 2KG utk dapat rebate RM3 semasa hari larian)
Tarikh Tutup : 20 Mac 2011

BORANG PENDAFTARAN BOLEH DIDAPATI DI SINI

Video Menarik Utk Dikongsi Bersama



Sekadar ingin berkongsi ... musim2 ujan ni, jgn lak korang dengki sesama sendiri n buat apa yg diorg ni buat yek ... haha ... per2 hal, keep on running!! (lari dlm ujan sejuk jek ... tp kalo dh kilat sabung-menyabung, stop la yek, kang ada lak yg rentung x pasal2 ... huhu)



** Perhatian: Video di atas adalah hak milik Nike, Inc. sepenuhnya. Harap maklum.

Energizer Night Race 2011






ATAS PERMINTAAN RAMAI!!
REGISTRATION MASIH DIBUKA!!



Disebabkan terdapat lagi permintaan utk join race ni secara halal, ENR telah membuka 50 SPOT lg utk sesiapa yg belum register. Tp cuma ada utk acara 21km, 11km dan 5.5km sahaja.

Pada sesiapa yg nk register tu, MANUAL REGISTRATION akan dibuat di:

Tempat: SS2, Petaling Jaya - berhadapan Starbuck
Tarikh: Ahad, 20 Februari 2011
Jam: 1 - 5 petang

Ni dh abih last dh ni. Pasni, kompom registration x diterima dh..jd sesapa yg masih teringin jgn lepaskan peluang ni ye!

MAKLUMAT LANJUT

Thursday, February 17, 2011

XPDC CAR ke Gunung Angsi 2011 - Laporan



Acara : XPDC Chap Ayam Runners Ke Gunung Angsi 2011
Lokasi : Hutan Lipur Ulu Bendol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tarikh : 15hb Februari 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 Pagi



KEHADIRAN


Ketua Rombongan: Ekin (aka Nikehobus Red) - belum CAR
Pen. Ketua Rombongan: Suhailywati Ramli - CAR54

Ahli2 Rombongan:
Idaizumi Othman CAR5
Wong Ram Bo CAR7
Wan Noor Mahirah CAR44
Rojizah Ismail CAR59
Robiyatul Munawarah Md Arif CAR69
Zulazlan Shah Ibrahim CAR71
Shawaluddin Mohd Nor CAR81
Kamarul Arieffin Rosli CAR84
Siti Nur Aisyah Norden CAR96
Nor Aini Abu Kasim CAR135
Mohd Sabri Che Kar CAR138
Yim Heng Fatt CAR188
Nur Azyan Yusof CAR194
Nordiana Busero (rakan Azyan) - belum CAR
Rosnah Ismail (kakak Rojizah) - belum CAR
Nizam ‘iamarunaholic’ - belum CAR


Repot disediakan oleh 'Asisten Seketeri'



Auw, chak! Haha..ni pehal lak main chak2 ni..org nk baca repot lerr bukan main chak2. Bukan apa geng..kan dh lama xde apa2 laporan dlm blog ni. Mana tak nyer..Februari kan senyap sunyi xde event..jd blog ni pun sepi la xde laporan. Yg ni pun bukan laporan larian..tp laporan panjat Gunung Angsi. Sajer je nk kongsi pengalaman..mana la tau..pas baca repot ni ada geng lain yg tak penah menawan gunung berminat nk cuba..kan kan.Em..tanpa disedari..rupa2nya CAR pernah menakluki puncak Gunung Angsi setahun yg lepas..pd tarikh yg sama lak tu!! Mmg pandai pilih tarikh la korg ni..haha. Tahun depan kita wat lg ek..hehe.

Asal planning..sumer yg dok area Shah Alam..PJ dan KL berkumpul di rumah Kak Ida (CAR5) pada jam 6.20pg. Pastu bertolak beramai2 dan tgu yg lain di Tol Senawang. Tp ye lah..jam masing2 lain..kete masing2 pun speed berbeza2..jd utk memudahkan keadaan..sumer org trus tunggu di Tol Senawang jek senang. Tak yah berkumpul byk kali. Em..ramai gak la yg join xpdc kali ni..18 org..mmg meriah abis!!

Bila sumer dh selamat tiba di tol tu..bergerak la kitorg sumer menuju ke bdr Senawang. Sebelum sampai di tempat kejadian..kitorg stop lg bersarapan di restoren tepi jalan..ye la..takkan nak sarapan tgh jalan..kompom tak sempat sampai puncak sbb kena lenyek kete..haha. Kat restoren tu..Kak Ida dh start collect duit pendaftaran utk mendaki gunung Angsi..sorang kena RM5..sama la cam tahun lepas. Huh..efisien tul Kak Ida ni kan..awal2 g dh siap collect.

Tiba di Hutan Lipur Ulu Bendul..jumpa lak Bro Zulazlan (CAR71) atau nama glamernyer Zas. Tak melepaskan peluang Bro Zas ni..start daki jap g..sure zasss jek dia dh ilang kat depan..haha. Tgk nama pun dh tau..hehe. Lgpun..dia ni mmg kaki trail running. Trail ‘running’ tau..bukan ‘walking’. Walking2 ni x main aa..haha (dia ler, bukan sy).

Bila tiba di pejabat pengurusan..masing2 pun mula la mencari tempat meng’unload’. Td dh carbo-loading..skrg nk carbo-unloading la plak!! Haha..suka hati jek aku reka perkataan baru. Tp skali tandas dia xde air la pulok!! Apa kes ler bilik air xde air ni..tu bkn bilik air..tu dh jd bilik xde air!! Bila tny kat pengurusan naper xde air..ada ka patut diorg bagi baldi kat kitorg suh tadah kat luar!! Ni dh jd kes berat dh ni..berat nk angkat baldi, haha!! Nasib la ko, janji business beress..

Bila Kak Ida dh bagi nama2 bakal penawan Gunung Angsi..kitorg pun start la pengembaraan masing2. Ada yg first time naik gunung..ada yg biasa ngan gunung tp first time naik angsi..ada yg dh bertime2 naik angsi..mcm2 pengalaman la. Satu persamaan..kita sumer runners..hoyeah!! (pinjam perkataan Ruby sat)

Memula tu landai je..so kitorg pun bersenang lenang lemah gemalai la berjalan..tp yg mental tu sbb lalu tepi sungai. Dok teneng jek sungai tu..hai..bila la nk dpt mandi. Mesti sejuk sampai kejung badan..fuh, x sabo (aik..nk bg kejung badan pun x sabo ek? haha). Tp nnti la aa..kita kasi tawan dulu itu puncak angsi..dh tawan nnti br kita celebrate mandi manda!!

Lama gak la berjalan tu (tp kalo lari kejap jek kot)..lebih kurang sejam lebih la jugak. Akhirnya br la ada skit2 pendakian ala2 warmup gitu. Pehh..kiranya td tu br tapak kaki gunung kot. Haa..ni br sampai buku lali dia. Dlm berjalan masuk hutan tu..ada la bbrp batang sungai yg nk kena dilintas. Skit jek..x mencabar mana pun. Cuma yg last skali tu je la kot..ada lebar skit dr yg lain. Batu2 loncatan tu sah2 la licin..ada lak yg tajam2 tak sesuwei dipijak..ada yg jauh2 antara satu sama lain..haa..kalo silap pijak mmg mandi sungai awal la ko jwbnya. Jd utk mengelakkan diri menjadi mangsa..aku pun bukak la kasut utk meredah masuk sungai tu pelan2. Hah..korang nk gelak pun gelak la. Aku sayang kasut hokeh!! Sat g aku ngan kasut aku skali basah sbb menjunam masuk lam sungai tu lg meraung aku kat situ. So..biarla seluar basah skit..janji kasut slamat..hehe (ayat cover line).

Tak lama pastu..br la cabaran pendakian sebenar bermula. Ha..skit demi skit bunyi air sungai makin sayup ilang. Naik..naik..naik..huh..betul menduga keupayaan quads ni..sbb payah nk cari tempat nk rehat..so mendaki je la x henti2. Bagus gak..slalu tu bila lari lanyak calves jek..time panjat gunung ni..kita lanyak quads lak!! Keadaan trail dia agak lembab..jd kena berhati2..takut tergelincir..kang tak pasal2 kena amik MC lak sok. Tp byk la pokok di kiri dan kanan trail yg leh jd tpt berpaut. Naik..naik..naik..akhirnya jumpa la penanda ni (gamba bawah..)



Wah..sejam lg nk sampai ni..semangat berkobar2 nk sampai puncak!! Ada yg mula melajukan langkah. Tp semangat setia kawan antara ahli rombongan tetap diteruskan. Sumer org xde pikir pasal diri masing2..selalu check ke belakang tgk kalo2 ada kawan yg perlukan bantuan..huh..bagus tul korang. Terharu sungguh aku..hehe. Bangga seyh jd ahli group ni!! Lgpun..bukan nyer sumer org ada pengalaman panjat gunung..ye tak..em, tak lama pastu (sebenornya lg lama..haha) nampak lak penanda seterusnya ni..



Lerr..rasa cam dh lama tgk penanda 60 mins td. Br 23 mins ke beza?! Diorg ni wat penanda ikut jam mana daa..jam diorg mati tgh jalan kot. Tu yg tgk br 23 mins beza, huhu..ala, x kisahla. At least kat sini dh ada nmpk progress. So..tau la nk agak berapa minit lg sebetulnya leh sampai. Adehhh..nama pun gunung beb!! Takkan memanjat tu cam tahap bukit jek!! (tau xpe..)



Hah..mmg sah jam diorg ni kejap jalan..kejap berenti! Haha..aku dh memanjat dekat setengah jam dr td..dia kt br 10mins..bila mau sampai la wei..mental jugak mendaki gunung angsi ni ek (skit2 je la - ayat cover line lg). Seperti biasa..Kak Ida terus ‘meracun’ sumer yg ada. “Skit jek lg, depan tu je..Nak sampai dh”. Sib baik ada Kak Ida (dan ‘racun’ dia yg x penah kehabisan)..kalo x..goyah gak iman..haha.



Akhirnya..sampai la kami ke tempat yg diceritakan ramai. Kat sini..nk teruskan perjalanan nk kena pakai tali tau. Sbb bongkah2 batu tu bukan leh main paut pakai tangan jek. Dan keadaannya ada skit challenging..sbb permukaan tanah tu berpasir..jd kemungkinan utk tergelincir agak tinggi (tak caya, tanya aku..haha). Walaupun kasut tu leh grip baekk punya..kaki nk kena kuat dan tangan pun kena kuat jugak nk angkat badan ke atas. Kalo x kuat, haa..silap2..berhayun la korang kat tali tu x naik2 atas ..sadis, sadis.. Tp berkat semangat setia kawan..sumer berjaya melepasi cabaran ni!! Sib baik ada 4 org hero ikut kitorg skali - Nizam, Shawal (CAR81), Kamarul (CAR84) dan Rambo (CAR7). Diorg la yg asyik offer tangan..kaki..sumer la utk nk memudahkan kitorg naik ke atas. Kak Ida pun x kurang hardcorenya..sampai sanggup jadikan tangan dan peha sebagai tpt berpijak! Haha, tp muka jgn pijak la ek..(tak gitu, Kak Ida?? Hehe..) Tp..apa yg penting?! KERJASAMA!!



Rasanya diorg ni suka beno kat no.7 la. Asal ada update jarak jek..mesti diorg pakai no.7..37mins..27mins..yg ni 17mins lak. Kat umah pun mesti asyik nengok ntv7..haha. Em..walaupun jarak antara setiap penanda ni kitorg amik lebih dr 10mins..tp kitorg mmg nk layan slow and steady jek. Yg penting sampai atas dlm keadaan selamat. Dan akhirnya..dengan disambut sorakan dr group pertama..dpt jugak kami sampai di puncak Gunung Angsi tu!! Wahh..sepanjang nk naik tu..manjang jek tanah hutan. Sampai atas..leh ada padang rumput! Leh main bola sepak lg..(tp xleh sbb bola xbwk..haha) Tgk group yg dh ada kat situ..diorg dh siap masak nasi lemak sementara tgu kitorg sampai hokeh..dasat la korang!! Apa tak bawak kuali ngan periuk skali..leh wat ayam goreng ke mee kari ke roti canai ke auntie anne's pretzels ke..hehe. Adehh..apa la aku merepek ni..huhu..perut time tu tgh lapo..tu yg pikir makanan sedap2 jek tu..sori arr..hehe..



Lepas menjamu selera dan melepaskan penat..kitorg pun mula la mengemaskan barang2 utk bersiap turun. Oh..tp sebelum tu..group photo mesti mau ada beb!! Tp sayang..banner CAR tertinggal dlm kete Kak Ida..so xleh la nk bergaya ngan banner kesayangan tu..kalo ada otroman leh mintak dia terbang turun sat g amik..tp xde otroman yg ikut (kalo ada pun..otroman yg xleh terbang..so xleh jugak..haha). Takpe..kitorg bwk nama CAR je la kat atas tu. Dh xde banner nk iklan kan. Takpe..takpe..15 Feb next year..kita naik lagi gunung ni bwk banner!! Em..dh ler nnti jadi acara tahunan lak ek..haha..



Perjalanan turun pun menggunakan jalan yg sama. Mungkin ada sedikit senang dr masa nk mendaki naik..tp kitorg wat slow and steady jugak. Ye aa..kalo x kena gaya..leh sakit lutut tau. Biasa aa..dh nama pun runners..kalo leh xmo la injured..nnti lama kena rest..xleh lari!! Oh tidak!! Tp..malangnya ada gak yg injured. Dgn xsemena2..lutut kaki kiri kwn kita sorang ni sakit. Adehh..sian..sib baik time sakit dh dekat nk sampai bwh. Lutut tu mintak dimanjakan la tu. Takpe..takpe..kasi rest nnti baik la ek. Huh..sedar tak sedar..tau2 kitorg dh sampai kat kaki gunung tu balik. Alhamdullillah..part yg susah dh selesai. Skrg time nk mandi manda!! Yippee!! (Err.. disebabkan gamba mandi manda tidak sesuai diletakkan di sini demi menjaga hak2 peribadi..jd..korang paham2 je la yek..haha).

Apa2pun..setinggi2 TAHNIAH sy ucapkan pada semua yg berjaya menawan Gunung Angsi ni. Korang mmg mabeles..fantabulous la! Group yg pertama tu berdesup2 korang wat..hardcore abih!! Dh macam road race jek korang kejekan trail gunung tu. Selamba jek layan..Mmg sy suspek la kat korang sumer!! Dan pada anda yg belum penah mendaki gunung..rasanya Gunung Angsi ni sangat sesuai utk korang mula berjinak2 pada sukan ekstrem ni. Walaupun tak seekstrem mana..tempoh nk mendaki tu agak lama..tp ala..dh sah2 nama dia gunung..mmg la tinggi dan lama nk mendaki!! Tapi kalo kitorg sumer boleh..korang pun mesti boleh buat jugak la. Tinggal nk ngan tak nak jek..hehe.

Okeh..semoga berjumpa di repot yg akan datang..chow cin ciao!

Wednesday, February 16, 2011

Janamanjung Fellowship Ride 2011

Acara : Janamanjung Fellowship Ride 2011
Tempat : SJSAS TNB Janamanjung, Teluk Rubiah, Perak
Tarikh : 24hb April 2011
Jarak : 135km
Masa : 07:00 Pagi
Yuran : RM50
Tarikh Tutup : 25hb Mac 2011 atau 300 Penyertaan Pertama

MAKLUMAT LANJUT

Le Tour De Fraser Hill 2011

Acara : Le Tour De Fraser Hill 2011 - MTB
Tempat : Kuala Kubu Bharu, Selangor
Tarikh : 26hb Mac 2011
Yuran : RM50
Tarikh Tutup : 10hb Mac 2011

Tuesday, February 15, 2011

Larian Bangi Perdana 2011

Acara : Larian Bangi Perdana 2011
Tempat : Padang Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi
Tarikh : 27hb Februari 2011 (Ahad)
Masa : 08:00 Pagi
Jarak : 10km & 7km
Yuran : RM10

Monday, February 14, 2011

Bidor Half Marathon 2011

Acara : Bidor Half Marathon 2011
Tempat : Dewan Muhibbah, Bidor, Perak
Tarikh : 24hb April 2011 (Ahad)
Masa : 07:00 Pagi
Jarak : 21km & 10km
Yuran : RM40
Tarikh Tutup : 08hb April 2011

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"