EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Friday, May 27, 2011

The North Face 100 Singapore 2011


Acara: The North Face 100 Singapore 2011
Tempat: MacRitchie Park, Singapore
Tarikh: 15 Oktober 2011
Masa: 1pg
Jarak: 100km (duo) / 50km (duo)
Yuran Penyertaan (early bird): SD$190 (100km) / SD$ 120 (50km)
Tarikh Tutup Penyertaan: 31 Ogos 2011

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Sahabat Baru CAR

Muhammad Azrie M Raymi (Ee)
CAR#240
Mohd Fairuz Jusoh (Fairuz)
CAR#241

Ok geng..bertemu lg ngan posting peberet ni..nampaknya ladang kita amat produktif menetaskan muka2 baru & muka2 lama tp baru interframe..huhu

Mereka berdua ni memang rajin masuk lari sana sini..ketegaran mereka terserlah..bagus2..leh bg inspirasi pada kengkawan seladang yg lain..ok harap kita dpt berjumpa sambil bertukar2 pengalaman ketegaran ek..

So terima kasih dan selamat datang kami ucapkan pada korang..sekian..

Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah 2011 - Laporan

Acara: Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah 2011
Tarikh: 22 Mei 2011
Tempat: Padang SMK Clifford, Kuala Kangsar, Perak
Jam: 7pg
Jarak: 14km


Catatan Masa Rakan2 CAR:
Men Open (14k)
00:58:55 Rozmi Yunus (CAR181) - tempat ke-8! TAHNIAH!!

01:05:41 Azlan bin Norul Anhar (CAR31)
01:07:30 Abdul Azri bin K Peer Mohamed (CAR28)
01:14:08 Abdul Latiff Dollah (CAR218)
01:17:40 Azri bin Zolkipli (CAR199)
01:23:30 Nur Azhar bin Azizi (CAR55)
01:23:39 Khairol Faisal bin Husin (CAR66)
01:24:11 Mohd Reza Faiz bin Mohamad Zulkifli (CAR223)
01:25:41 Sharafi bin Abdullah Fauzi (CAR67)
01:26:11 Mohd Rafie bin Mohamad Arshad (CAR227)
01:30:22 Khairul Amran bin Abdul Azizi (CAR14)
01:46:38 Mohd Sabri bin Che Kar (CAR138)

Men Junior Veteran (14K)
01:13:41 Yum Kin Kok (CAR288)
01:14:02 Yim heng Fatt (CAR188)

Women Open (14K)
01:38:23 Robiyatulmunawarah binti Md Arif (CAR69)
01:50:17 Nor Aini binti Abu Kasim (CAR135)
02:03:51 Irina Ramli (CAR36)

Women Junior Veteran (14K)
01:32:34 Nik Raiha Meriam Kosai bt Nik Mahmood (CAR98)

Men Open (7k)
00:28:24 Jasni Khairil Jamaluddin (CAR101) - tempat PERTAMA! TAHNIAH!!

Repot disediakan oleh saudara Azhar Azizi (CAR55)

Cuaca sungguh baik sekali pagi itu di Kuala Kangsar, bandar di Raja Perak. Seawal jam 6 pagi kelihatan kelibat pelari2 yang datang untuk menjayakan acara yang julung2 kali diadakan ini. Di padang SMK Clifford kelihatan khemah2 dgn para2 sukarelawan yang gigih menyempurnakan tugasan mereka. Sajian pagi ini acara 14km, 7km dan juga acara lari pendek khusus untuk VIP kita; Yang Mulia Raja Nazrin, Raja Muda Perak.

Meriah sungguh pagi itu ada drum roll di awal pagi menandakan ketibaan VIP terhormat untuk acara ini bersempena hari keputeraan Sultan Perak, DYMM Sultan Azlan Shah. Cuaca redup dan udara pagi yang segar seperti mengalu2kan kedatangan pelari2 yang datang dari jauh dan dekat. Menurut laporan pihak terdekat acara ini berjaya menarik ribuan peserta.

Jam 7.10am acara 14km akan dilepaskan dan kelihatan pelari2 tak sabar2 lagi untuk memulakan langkah. Acara 7km dan VIP pula akan dilepaskan jam 7.20am dan 7.30am masing2. Pooot! Bermula lah larian! Peserta2 14km tak kira laki2 atau perempuan berdesup2 memulakan langkah masing2. Ada yang nak menang podium, ada yang nak menawan timing yang baru, ada yang nak try route baru dan tak lupa juga mereka yang ingin berlari sambil bersiar2 melawat bandar bersejarah ini.

Di awal pelarian, di kiri dan kanan jalan kelihatan megah bangunan MCKK, kolej/sekolah yang premier dekat Malaysia ni. Glamer jugak sekolah ni. Dari situ diorang2 ni terus berlari ke jalan besar dan sampai je kat jalan besar tu terus membelok ke kanan. Dari simpang tu pulak teruslah pulak berlari menuju Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah. Dengan cuaca mendung pagi tu pemandangan dari jambatan ni memang meredupkan jiwa. Di sebelah bahagian kanan jambatan kelihatan pelari2 yang laju macam lipas kudung sudah pun hampir meninggalkan jambatan dan menuju ke arah km seterusnya.

Beberapa meter selepas jambatan, getah riben diberikan dan kat sini la jugak letaknya water station yang pertama. Kat sini jugak ada paluan kompang meraikan ketibaan pelari ke check point air. Kiranya kat sini dah 3km la sebab water station disediakan setiap 3km. Ada Gatorade la! Kemudian pelari2 harus membuat pusingan U dan menghala kembali ke arah jambatan menuju jam besar bandar Kuala Kangsar. Di sini, pelari2 dijamukan dengan irama gendang cina laksana pendorong semangat. Macam kat Penang Bridge la tapi dalam skala yang kecil.

Kat jam besar ni adalah 2 sukarelawan dengan marker 7km dan 14km menunjukkan arah masing2. Kalau kome lari 14km kome pusinglah kiri. Kalau kome lari 7km kome pusinglah kanan. So kalau lari 14km kenalah turn kiri dan dari sini kami berlari menghala ke Istana yang terletak di penghujung jalan berbukit ni. Mula2 kena lalu taman rekreasi dulu, pastu lalu rumah rehat Kuala Kangsar kat sebelah kanan. Kalau lari2 sambil tengok belah kiri nampaklah pemandangan sungai pulak.

Dan akhirnya dalam pendakian bukit ni sampailah dekat Masjid Ubudiah yang tersergam indah dengan kaler kuning keemasannya. Ada pulak sekumpulan pemuzik memainkan lagu2 tradisional dengan serunai macam zaman2 melayu lama kat sini. The view was superb, istana lama belah kiri istana baru belah kanan. Running was a breeze. Lepas ni kena lari pusing kawasan istana pulak. Kemudian dari sini perjalanan lebih kepada menurun bukit dan kira ok jugak lah nak lari. Pastu kena lari masuk kawasan taman perumahan dan juga bersebelah sekolah perempuan. Dari sekolah tu kemudian harus berlari lagi beberapa km dan tembus balik ke kawasan rumah rehat Kuala Kangsar. Sebelum tu ada pulak persembahan gendang india pulak. Memang 1Malaysia la larian ni sebab ada ja persembahan untuk menaikkan semangat pelari.

Dan sampai balik ke arah jam besar tu menuju ke pekan. Selepas larian yang agak sedikit membukit selepas jam tu akhirnya kena pusing kanan menuju jalan pulang. Sebelum sampai sini, ada 2 lagi water station yang mana ada disediakan pisang untuk dimakan. Oklah tu pisang. Larian kat sini dah masuk kawasan pekan tapi yang bagusnya, kereta2 yang kena tahan ni dek sebab orang sibuk berlari rilek je tunggu. Thank you Kuala Kangsar for your patience. Kami tumpang lari. Kat area town ni dah dalam km2 terakhir sebelum garisan penamat tadi. Dari simpang pertama tadi terus menuju ke jalan besar dan seterusnya terus ke simpang berdekatan stesen KTM di awal pelarian tadi. Belok kiri dan akhirnya, kelihatan kain rentang 'FINISH' di hujung perjalanan. Yay! Larian ditamatkan. Reward? A very nice medal bentuk labu sayung, beg goodies dgn air gatorade, mineral water dan juga Finisher's T untuk pelari 14km. Thank you Kuala Kangsar!

Thursday, May 26, 2011

Fun Ride Charity 2011


Acara: Fun Ride Charity 2011
Tempat: Futsal Court, Taman Manis 2, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Tarikh: 26 Jun 2011
Masa: 8.30pg
Jarak: 35km
Yuran Penyertaan: RM20

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Sahabat Baru CAR

Nurulhuda Mustofa (Apple)
CAR#238
Siti Balqis Mohd Saldi (Bunny)
CAR#239

Ok sahabat semua.."ayam dara" kembali masuk terjun ladang..haha so aku tak perlula nak perkenalkan pada korang..korang kenal sendiri la ek..

Ceria & bersemangat tgk mereka berdua ni..iala darah runner dah mula mengalir dlm diri dorg ye tak..so pada "Apple" & "Bunny"..dasat tul nama samaran korang ni..simbolik yg amat..huhu so harap dpt jumpa korang pasni..so ngan geng2 lain jgn malu2 ye..kalo korang malu2..kitaorang sure jd semalu..huhu

Terima kasih & selamat datang kami ucapkan pada korang berdua..semoga sukses bersama komuniti CAR ye..sekian..

Wednesday, May 25, 2011

BHR Padawan Nature Challenge 2011


Acara: BHR Padawan Nature Challenge 2011
Tempat: Kampung Annah Rais & Borneo Highlands Resort
Tarikh: 3 Julai 2011

Sebarang pertanyaan sila hubungi, enquiry@borneohighlands.com.my

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Tuesday, May 24, 2011

Langkawi International MTB Challenge (LIMBC) 2011


Acara: Langkawi International MTB Challenge (LIMBC) 2011
Tempat: Langkawi, Malaysia
Tarikh: 17 - 23 Oktober 2011
Masa: 7.30pg
Jarak: 44km
Yuran Penyertaan: RM150 (Jamboree = RM60)
Tarikh Tutup Penyertaan: 16 September 2011 atau 1000 penyertaan

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Monday, May 23, 2011

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan - CAR10



Peta ke Rumah Pengantin Lelaki

Pada semua sahabat CAR sekalian ... anda semua dijemput bagi memeriahkan lg majlis resepsi "Raja Sehari" buat sahabat kita Kamarul Faizal b Tajaruddin (CAR10) dengan suri pilihan hatinya Zainab bt Mohd ... segala butiran acara adalah seperti di bawah :-

"Raja & Permaisuri"
Kamarul Faizal b Tajaruddin (CAR10)
dengan
Zainab bt Mohd

"Pada"
12hb Jun 2011 bersamaan 10 Rejab 1432H

"Bertempat"
22, Jalan 3/76, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor


Kepada semua sahabat CAR ... jom, jom kita meriahkan majlis "pertabalan" pasangan raja sehari kita ni, sambil menikmati makan lunch free ... buat sahabat kita ni, kami semua di CAR mengucapkan

SELAMAT PENGANTIN BARU !!

Siemens Run 2011


Acara: Siemens Run 2011
Tempat: Dataran Merdeka, KL
Tarikh: 10 Julai 2011
Masa: 7.30pg
Jarak: 10km / 6km
Yuran Penyertaan: RM30
Tarikh Tutup Penyertaan: 25 Jun 2011 atau 5000 penyertaan

MAKLUMAT LANJUT DI SINI


Sahabat Baru CAR

Mohd Khairulnaim Md Isa (Naim)
CAR#236
Shaiful Rizal Shaari (Rizal)
CAR#237

Ok geng semua..ada 2 org lg sahabat baru kita terjun masuk ladang ayam..haha

Ok aku tak pastila korang dah familiar ngan mereka berdua ni..sebab aku pun tak penah jumpa..huhu tula harap pasni dpt jumpala ngan sahabat power kita ni kat larian2 akan datang ek..so cam biasa selamat datangla kita ucapkan pada mereka berdua..kita kasi meriah sket ladang kesayangan kita ni..

Terima kasih pada korang..sekian..

Friday, May 20, 2011

Powerman Malaysia 2011


Acara: Powerman Malaysia 2011
Tempat: Mini Stadium, Majlis Perbandaran Seri Manjung, Seri Manjung, Perak.
Tarikh: 13 November 2011
Masa: 7.30pg
Kategori:
INDIVIDUAL LONG DISTANCE :
11km Run - 64km Bike - 10km Run
(2 laps of 5.5km Run - 2 laps of 32km Bike - 2 laps of 5km Run)
Yuran Penyertaan (sebelum 31 Julai): RM170
Yuran Penyertaan (selepas 31 Julai): RM200

TEAM RELAY LONG DISTANCE :
11km Run - 64km Bike - 10km Run
(2 laps of 5.5km Run - 2 laps of 32km Bike - 2 laps of 5km Run)
Yuran Penyertaan (sebelum 31 Julai): RM240
Yuran Penyertaan (selepas 31 Julai): RM270

SPRINT DISTANCE :
5.5km Run - 32km Bike - 5km Run
(1 lap of 5.5km Run - 1 lap of 32km Bike - 1 lap of 5km Run)
Yuran Penyertaan (sebelum 31 Julai): RM80
Yuran Penyertaan (selepas 31 Julai): RM100

Tarikh Tutup Penyertaan: 30 September 2011

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Run
Bike

Sahabat Baru CAR

Mohamed Rais Mohamed (Rais)
CAR#230
Ubaidillah Jamil (Ubai)
CAR#235

Ok geng semua..bertemu kembali pada sesi perkenalan n menambah kenal sahabat baru kita yg baru terjun masuk ladang..

Ok geng..aku rasa korang dah kenal kot ngan 2 org sahabat baru kita..walaupun baru berkecimpung..tp ketegarannya mengalahkan org pro..tahniah buat korang kerana berjaya menegarkan diri korang..kitaorang memang suka ngan tegar2 ni..haha

Ok geng..selamat datang kita ucapkan pada mereka berdua..sok kalo ada jumpa kat larian mana2..kita sambung nyembang la ye..saje nak tukar idea share idea n cari idea..ok geng jgn malu2 n segan2..sekian..

Thursday, May 19, 2011

Larian Lasak 2011


Acara: Larian Lasak 2011
Tempat: Taman Warisan Guo Kota Gelanggi, Pahang
Tarikh: 16 Julai 2011
Masa: 9pg
Yuran Penyertaan: RM15

Hatyai Marathon 2011 - Trip


Acara : Hatyai Marathon 2011
Tempat : Jiranakorn Stadium, Hatyai, Thailand
Tarikh : 29hb Mei 2011

KETUA TRIP :-
CAR54 SUHAILYWATI RAMLI
010-210 4192
lilyreeves05@yahoo.com

Kemaskini terakhir senarai nama yg mengikuti trip ke Hatyai! Cik Lily kita dh pun email itenari trip ini. Pada sesiapa yg tak dapat lg email tersebut, sila berhubung terus dgn beliau yek.

BERIKUT ADALAH NAMA YG AKAN MENYERTAI TRIP INI :-
1) CAR54 Suhailywati Ramli
2) CAR28 Abdul Azri K Peer Mohamed
3) CAR1 Mohd Hailmi Masro
4) CAR4 Ahmad Farid Ellias
5) CAR5 Idaizumi Othman
6) CAR6 Azhar Johari
7) CAR8 Ghejanthran Kalaimani
8) CAR16 Mohd Zaki Mansor
9) CAR194 Nur Azyan Yusof
10) CAR69 Robiyatul Munawarah Md Arif
11) CAR96 Siti Nur Aisyah Norden
12) Partharaj Kalaimani
13) Abg Ghejan
14) CAR104 Aiman Cheah Tiong Chap
15) CAR211 Affendi Mohamad Amin
16) CAR212 Selmah Morshidi
17) CAR213 Amir Nur Syahiran Affendi
18) CAR214 Amni Nur Suraiya Affendi
19) CAR215 Nur'Rasyidin Mohamad Amin
20) CAR66 Khairol Faisal Husin
21) Rakan Siti Nur Aisyah
22) CAR197 Onn Mohd Yusof
23) CAR207 Siti Affira Khusani
24) CAR55 Ahmad Hadafi Jus
25) Rakan Arumugam
26) Rakan Arumugam
27) Roslan Muhammad
28) CAR191 Muhamad Rizal Osman
29) Omar
30) Ezwani (Rakan Azyan)
31) Wan Hanafi
32) CAR181 Rozmi Yunus
33) Daud
34) Nur Aini Shuhadah
35) Erni

Dekat dh ni! 9 hari jek lg, sudah prepare atau belum ... JOM KITA SERANG SIAM!!

Tuesday, May 17, 2011

KLIUC Unity Run 2011


Acara: KLIUC Unity Run 2011
Tempat: UniPark Suria
Tarikh: 24 Julai 2011
Masa: 7pg
Jarak: 10km / 8km
Yuran Penyertaan: RM25
Tarikh Tutup Penyertaan: 15 Julai 2011


Monday, May 16, 2011

Rexona Men Adventure Challenge 2011


Acara: Rexona Men Adventure Challenge 2011
Tempat: Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam
Tarikh: 23 Julai 2011
Masa: 7pg
Jarak: Amatur - 6km (dgn 5 halangan), Pro - 8km (dgn 8 halangan)
Yuran Penyertaan: RM25 (sebelum 31 Mei 2011)
Tarikh Tutup Penyertaan: 23 Jun 2011

PERHATIAN: Acara ini hanya terbuka kepada LELAKI sahaja. Jd ayam2 dara sekalian, kita dok reban diam2 yek ...

MAKLUMAT LANJUT DI SINI


Sunday, May 15, 2011

Larian ASJC 2011


Acara: Larian ASJC 2011
Tempat: Alor Star Mall, Tandop, Alor Star
Tarikh: 8 Julai 2011
Masa: 6pg
Jarak: 22km / 10km
Yuran Penyertaan: RM20 / RM8
Tarikh Tutup Penyertaan: 20 Jun 2011

Sebarang pertanyaan, hubungi 019-4408896

Saturday, May 14, 2011

Larian Koperasi 2011


Acara: Larian Koperasi 2011
Tempat: Dataran Merdeka, KL
Tarikh: 19 Jun 2011
Masa: 7.30pg
Jarak: 7km
Yuran Penyertaan: RM15 (sebelum 1 Jun) atau RM20 (selepas 1 Jun)
Tarikh Tutup Penyertaan: 11 Jun


Friday, May 13, 2011

Standard Chartered 5km Fun Run 2011


Acara: Standard Chartered 5km Fun Run 2011
Tempat: Taman Pancarona, Presint 18 Putrajaya
Tarikh: 28 Mei 2011
Masa: 8pg
Jarak: 5km
Yuran Penyertaan: PERCUMA

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Wednesday, May 11, 2011

Darulaman Downhill Challenge 2011


Acara: Darulaman Downhill Challenge 2011
Tempat: Darulaman Bike Park, Bandar Darulaman Jitra Kedah
Tarikh: 29 Mei 2011
Yuran Penyertaan: RM85

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Larian Bersama Bomba 2011 - Laporan

Acara: Larian Bersama Bomba 2011
Tarikh: 8 Mei 2011
Tempat: Dataran Merdeka, KL
Jam: 7.30pg
Jarak: 10.9km (abg bomba pandai bergurau ...)


Catatan Masa Rakan2 CAR:
Men Open
00:40:20 Jasni Khairil Jamaluddin (CAR101) - tpt ke-12
00:44:07 Rozmi Yunus (CAR181) - tpt ke-26
00:50:28 Ghejanthran a/l Kalaimani - tpt ke-65
00:52:08 Mohd Fadzli Mohd Yusoff (CAR33) - tpt ke-77
00:55:00 Kamarul Faizal Tajaruddin (CAR10) - tpt ke-93

01:00:55 Sharafi Abdullah Fauzi (CAR67)
01:04:00 Mohd Zuhari Amat Sadikin (CAR32)
01:04:00 Mohd Rais (belum CAR)

Men Junior Veteran
00:48:57 Zulazlan Shah Ibrahim (CAR71) - tpt ke-19
00:53:19 Yim Heng Fatt (CAR188) - tpt ke-47
00:54:50 Yum Kin Kok (CAR288) - tpt ke-61

01:22:00 Sabri Ibrahim (CAR221)

Women Open
01:15:00 Ida Maria Amiruddin (CAR166) - tpt ke-53
01:15:05 Siti Nur Aisyah Norden (CAR96) - tpt ke-54
01:16:00 Robiyatul Munawarah Md Arif (CAR69) - tpt ke-56
01:18:00 Nor Aini Abu Kasim (CAR135) - tpt ke-63
01:18:45 Nur Azyan Yusof (CAR194) - tpt ke-70
01:36:00 Norashikin Mohamad Arip (CAR202)

Jr Firefighters
00:35:43 Mohd Zaki Mansor (CAR16) - tpt ke-17


1 jek water station?!! Ingat pagi ni nk main kejar2 jek ngan abg bomba, sekali dia bg mental training kat kita upenya ... apsal diorg sediakan 1 jek water station ek? Diorg nk simpan air kot2 ada org terbako ek masa lari tgh2 matahari terik tu? Mau tak terbako ... tp terbako dalam la ...

Dh la tido x cukup ... 2 sengah jam jek sempat tido pas balik dr Towerthon malam sebelum tu ... tp yg ni bukan salah abg bomba la, sendiri cari pasal, pas mendaki 2058 anak tangga, masuk lak event 10km esoknya. Sapa pun x paksa, jd salah sendiri la tu kan, haha ... Emm, lgpun mmg dh agak dh, mesti x cukup tido punya ... sib baik x tertido time tgh lari tu, huhu ...

Masa sy sampai kat tempat kejadian, awal lg ... parking pun dekat jek kat bangunan sebelah tu. Tp, yg bagusnya event Bomba Run ni sy tgk, walaupun flag-off dia wat kul 7.30pg, yg mana org mmg sempat la Subuh kat umah, br gerak, tp diorg tetap sediakan surau ... bagus tul. Kan cantik kalo sumer event larian peka terhadap keperluan pelari2 tegar (kunun, haha) cam ni ...

Dalam sekejapan tu, mula la ramai org2 lain sampai dan ada yg mula wat warm-up. Sy pun ikut la warm-up sama, dgn saki baki tenaga yg ada ... haha. Lepas ni konpom qada' balik tido ... konpom! :P

Bergamba ngan bendera tersayang ... eh, chewah ... :P. Photo courtesy of Tey, thanks Tey!

Seperti yg dirancang, lebih kurang jam 7.30pg, kami yg wat 10km ni pun dilepaskan la ... memula sy plan nk wat easy jek. Pastu rasa cam sayang lak bangun dr tido yg lena, tp balik tgn kosong, so push la jugak skit2 ... nk aim dpt top-100 tp x sure ngan saingan2 yg ada, so xtau nk kena aim berapa minit. Hmm, kita kasi bedal ajer la! Malas pulak nk pikir teruk2 ni ...

Larian kalo wat kat Dataran Merdeka ni, mmg xde lain la, balik2 lalu jalan Tun Ismail, pastu Jalan Tunku ... takde la jalan lain diorg nk guna ... tp, haha, keboringan sy bersifat sementara bila habis jek Jalan Langgak Tunku, route diteruskan ke Jalan Duta. Maka, bertambahla satu lg jalan highway sy ukur ... dekat persimpangan jalan sebelum highway tu jugaklah kitorg dipertemukan ngan water station pertama ... pertama?? upenya satu2nya water station daa! Antara nk caya ngan tidak jek yg itu satu2nya water station bila sy amik cawan kat situ, sbb sy dgr abg bomba situ ckp, 'Haa, top-up air, top-up ... next water station lg 5km!' Pandai bergurau upenya abg bomba ni ek ... next 5km tu finish line ler wei!! Byk la dia punya station ... dgn sbb apa yg dia ckp tu jugak la, sy amik lg satu cup, bukan utk minum, tp curah atas kepala ... hati suda mula nk terbako ... haha ...

Dan selepas tu br sy tau, panjang jugak Jalan Duta ni ek ... mana la nk tau, sbb slalu org lalu situ ngan kete! Bila menapak ngan Bas no.11 (kaki tu maknanya, kaki ...) br tau seksa nk perabih ... lari punya lari ... oh, sini upenya suruhanjaya pencegah rasuah nyer opis ... lari lg, oh sini pusat pembangunan potensi CADs ... lari lg, oh, sini nk wat jalan bertingkat ke istana negara ... uish, byk jugak tpt baru sy jumpa sambil lari geli2 pg (yg x upe cam pg pun sbb matahari terik) tu ... lalu kat simpang exit ke TTDI lak, mak oii ... slalu aku pakai kete jek lalu sini ... pehh, jauh jugak aku dh menapak ek ... haha, lari sorang2 sy time tu, jd byk berangan laa, haha ... :P

Bila akhirnya exit dr highway tu, tetiba, eh, mcm penah ku nampak jalan ni, tp di mana ya ... upenya dh sampai balik Jalan Parlimen tu laa ... boleh x perasan, sbb slalu lalu kot Jalan Mahameru ... ni terbalik. Matahari dh makin terik, kaki dh makin malas, tgk jam dh lepas target sy utk siap dlm 75mins. Tp tau finish line depan jek ... so lari la selagi ada daya, abih nnti kita top-up ngan nasi lemak tanglin.

Lg sekali terkena ngan abg bomba ... ingat abih kat tpt banner Start tu, upenya nun ke trus ke depan pusing lak masuk padang! Ya Rabbi, menguji mental sungguh larian pg ni ... abg bomba oii, sy ni asalnya nk main kejo2 jek ngan abg bomba, bukan nk kena seksa ... hadoii ... kepongehan tahap napas gajah dh ni ... dh la dahaga gilos ... tp, sib baik bila sampai tu ada lg medal limited!! Hoyeah!! Dpt jek medal, trus carik air mcm org br bukak posa ... berteguk2 sy lepaskan geram, sib baik x kembung perut ... huhu.

Semoga CAR semakin laju dan semoga tinggi melompat! Ni pun satu aksi wajib CAR ... xleh tahan ... :P. Photo courtesy of Tey.

Maka itulah sedikit (sedikit??) sebanyak repot kali ni ... lepas ni xde event yg sy masuk sehingga hujung bulan. So, kita berjumpa di repot yg tu nnti la yek ... apa2pun TAHNIAH sy ucapkan pd yg berjaya siapkan larian 10km menjd 11km (ada ore nk bergurau ...) di panas terik mentari tu. Skit lg nk jd daging salai kan ... pada yg dapat limited medal tu, CHAIYOKK!! Pada yg x dpt, jgn bersedih ... byk lg event lain di masa depan. Jd boleh cuba lg len kali ... truskan usaha kita dan buktikan Chap Ayam Runners boleh!! ;)

Keep on Running! :)

Tuesday, May 10, 2011

NV 5km Charity Run 2011


Acara: NV 5km Charity Run 2011
Tempat: Nirvana Memorial Park, Shah Alam
Tarikh: 22 Mei 2011
Masa: 7pg
Jarak: 5km
Yuran Penyertaan: RM20
Tarikh Tutup Penyertaan: 13 Mei

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Walk-a-Payung 2011


Acara: Walk-a-Payung 2011
Tempat: Dataran Petaling Jaya
Tarikh: 22 Mei 2011
Masa: 8.30pg
Jarak: 3km
Yuran Penyertaan: RM50
Tarikh Tutup Penyertaan: 27 Jun 2011

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

KL Tower International Night Towerthon Challenge - Laporan

Acara: KL Night International Towerthon 2011
Tarikh: 7 Mei 2011
Tempat: Menara KL
Jam: 8mlm

Catatan Masa Rakan2 CAR:
Men Open
00:16:10 Jasni Khairil Jamaluddin (CAR101)
00:17:43 Mohd Syahidan Alias (CAR87)

00:20:01 Mohd Haffis Bin Mansor (CAR177)
00:20:11 Azri B Zolkipli (CAR199)
00:20:51 Azhar Bin Johari (CAR6)
00:20:53 Suhaimi Bin Ismail (CAR34)
00:21:02 Omar Khaliff Bin Tajaruddin (CAR15)
00:21:06 Ahmad Hadafi Bin Jus (CAR58)
00:22:46 Muhammad Bin Iskandar (CAR185)
00:22:56 Abdul Latiff B Dollah (CAR218)
00:23:05 Shahrizal Md Hussein (CAR184)
00:23:38 Kamarul Faizal Bin Tajaruddin (CAR10)
00:25:19 Rozaimi Bin Mohd Said (CAR187)
00:25:37 Sharafi Bin Abdullah Fauzi(CAR67)
00:25:47 Mohd Noordhamiri Bin Mohd Amran (CAR86)
00:25:58 Mohd Zuhari B Amat Sadikin (CAR32)
00:26:15 Rohaizad Bin Bharin (CAR105)
00:26:21 Wan Azmi Bin Wan Ngah (CAR130)
00:26:53 Nur Azhar Azizi (CAR55)
00:27:03 Hafis Bin Mahmud (CAR113)
00:28:18 Syahrul Idris Saleh (CAR178)

00:30:43 Azizul Bin Manaf (CAR210)
00:32:24 Mohd Reza Faiz B Mohd Zulkifli (CAR227)
00:36:53 Mohd Zaki B Mansor (CAR16)
00:38:10 Ahmad Mirza B Rizalluddin (CAR232)

00:48:20 Mohd Sabri Che Kar (CAR138)

00:57:29 Roslan B Muhammad (CAR175)

01:01:19 Abdul Talib Bin Haron (CAR49)

Men Junior Veteran
00:17:57 Zulazlan Shah Bin Ibrahim (CAR71) - Beza 7saat utk dpt tpt ke-10!! AMKAN tul!

00:21:20 Yim Heng Fatt (CAR188)
00:24:27 Yum Kim Kok (CAR288)
00:25:08 Aiman Cheah Tiong Chap (CAR104)
00:29:05 Sabri Ibrahim (CAR221)

Men Senior Veteran
00:25:05 Ab Aziz Bin Jantan (CAR154)

00:34:54 Rustam Affandi Zaihan (CAR48)

Women Open
00:23:08 Nurul Bariyah Bt Babu (CAR234)
00:27:28 Ida Maria Bt Amiruddin (CAR166)

00:33:15 Norjiana Bt Jimain (CAR169)
00:33:50 Robiyatumunawarah Bt Md Arif (CAR69)
00:36:39 Nor Aini Bt Abu Kasim (CAR135)

00:47:27 Irina Ramli (CAR36)

01:00:11 Ramahttun Kamila Bt Abd Rahman (CAR228)

Women Junior Veteran
00:27:03 Nik Raiha Nik Mahmood (CAR98)

00:32:33 Suhaily Bt Ramli (CAR54)

TM Staff
00:21:41 Muhammad Khairuddin Bin Yahya (CAR141) - dpt tpt ke-5!! TAHNIAH!
00:23:14 Wan Hanifa Wan Yusoff (CAR103)

00:34:04 Nur Azyan Yusof (CAR194)

Media
00:20:16 Ahmad Farid Bin Elias (CAR4) - dpt tpt ke-3!! TAHNIAH!

00:34:55 Idaizumi Bt Othman (CAR5) - dpt tpt ke-5!! TAHNIAH!

Wahh ... habis jugak mendaki 2058 anak tngga menara kl tu! Bila tgk dr luar mcm x caya yg kita dh daki bangunan yg tinggi x hingat tu. Ye lah, masa mendaki kat dlm tu bukan nmpk view kat luar, so apa pun x tau, yg tau panjat, panjat dan panjat lg. Pada yg dh penah buat towerthon sebelum ni, dh paham la cemana gaya sepak terajang event ni, so boleh la prepare skit2 dr pengalaman lepas ... mcm sy yg br first time ni pulak, br nk kenal, xtau cemana gaya nyer ... jd mmg kena sepak terajang je la kn! Dh prepare dh dr apa yg org dok ckp, tp x sama selagi tak alami bende tu sendiri, huhu ...

Dh la sy ni group terakhir yg dilepaskan ... org lain yg lepas dulu tu ada yg dh balik umah dh pun, tp yg sy ni tak jugak dilepaskan ... hadoii, letih menunggu la jdnya. Lom start daki dh letih dulu dh. Satu lg letih nengok org yg dh lepas tu bergaya jalan ke hulu ke hilir ngan medal yg br dpt ... adehh, bila la nk dpt besi taruk kat leher tu agaknya ...

Masa smpi kat tempat kejadian, hari masih terang lg, tp org mmg ramai betul (samada org yg sgt ramai atau tempat menunggu tu yg sempit sampai x cukup tanah nk berjalan). Kalo ikut apa yg org ramai kata, acara ni melepaskan org secara berperingkat, sbb ye lah tangga tu pun sempit, kalo sekali dilepaskan terus smpi seribu org, tak ke nnti x cukup napas org nk mendaki nnti. Disebabkan group pertama dilepaskan jam 8mlm, penganjur ada sediakan surau di khemah yg berdekatan utk memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab wajib pada agama. Siap ngan tpt wuduk lg ... bagus, bagus ... so far so good ni ...

Bila group pertama (300 org) dilepaskan, setiap group yg dilepaskan selepas tu berjarak 15minit antara satu sama lain. Nmpk mcm sekejap, tp bg sy group last dr 3500 penyertaan, berjam2 la jugak kena tgu!

Dan akhirnya jam 10.35mlm, tiba juga waktu utk sy lak beraksi. Start2 jek nk kena daki bukit menuju menara kl yg berjarak lebih kurang 800 meter tu ... wahaha, lom sampai tangga lg dh rasa cam tobat xmo masuk dh! Time training xde kepongehan mendaki bukit, tp trus jek naik tangga ... jd la akibatnya br memanjat smpi Tkt 4, dh rasa lemah kaki xleh nk panjat lg. Masa training panjat 2 anak tangga sekali gus, tp bila buat betul2, pehh … nk dpt naik 1 anak tangga tu pun dh kira bagus dh ...

Water station disediakan utk setiap 4 tingkat. Diorg kasi botol mineral chap menara kl tu jek ... tp ada baiknya botol tu, design ni pun ikut design menara kl tu, jd mudah jugak la nk pegang ... sbb muncung jek kurus botol tu ... haha. Berenti utk tarik napas dh xleh nk kira la berapa kali ... mmg byk la. Dr tingkat 8 ke atas, mula la nmpk ramai yg dr group sebelum sy stop trus duduk kat anak tangga. Tgk diorg tu duduk lepak2, rasa mcm nk join jek, tp kugagahkan jugak kaki, sbb tau kalo sekali stop duduk, maka konpom la muntut akan trus berat dan berat xleh nk bangun dh pas tu. Jd pujuk la jugak kaki utk trus melangkah. Toksah kata kaki jek nk kena pujuk, jantung pun yg dh mula bergema kat tinga tu pun nk kena pujuk. Udara dh la panas dalam ruang tangga yg sempit tu, sekali tarik napas dalam2, rasa nk pitam pun ada. Sib baik xde Kenya yg lari lam group sy tu ... sbb diorg ni dok kata, kalo sisa peninggalan bau Kenya, mak oii ... lg la tengik tak tersanggup nk tarik napas.

Setiap kali pijak kat landing antara tangga tu, cuba la jugak tgk tingkat berapa dh aku daki ni, tp xde ... ada tu mcm dh kena padam pun ada ... aik, cam suspense lak diorg xmo ckp tu tingkat berapa. Bila smpi kat water station ke-3, dgr pak guard yg jaga situ ckp, ada lg 6 level nk kena naik. Wahh, dekat ler dh tu kot. Panjat dan panjat lg, smpi rasa mcm dh naik 100 level, tp jugak sampai2, pehh ... amik ko sepak terajang mendaki menara kl ... 6 level pun rasa mcm 600 level ... Sampai kat water station last, dia kata ada lg 3 level. Wahh, br separuh dr 6 level tu ke aku panjat?? Gilos pongeh tahap gaban dh time tuh. Rasa nk give-up bukan sekali dua dh terlintas kat kepala ni. Rasa nk tumbang, nk pitam, nk tercabut lutut, nk meletop jantung ... sumer ada la!

Smpi kat level TH00, leh plak terdgr sayup2 bunyi seperti org melintas mat timing chip. Haa, mat timing cip?? Nk abih ler dh kan?? Wahh, time tu semangat meluap2 plak tetiba, dtg dr mana pun ntah xtau ... yg tau, leh plak melangkah 2 anak tangga tetiba lari menuju atas. TH01 ... TH02 ... bunyi mat tu makin kuat dan akhirnya ... AKHIRNYA ... penyeksaan disepak terajang selesai jugak! Nk percaya leh berdiri lg time tu pun susah ...

Masa nk amik medal tu nk kena turun lak 2 level ke TH01 ... walaupun diorg siap kalungkan lg medal tu kat leher kitorg, tp skali tgk rupa medal tu ... adehh ... mengapakah begitu sekali keadaannya ya?

Dh selesai tu br la jumpa ngan geng2 yg lain yg sedang menunggu turn utk turun ngan lift ... Haa, ingatkan dh smpi atas tu, selesai la sepak terajang event ni, rupanya lom lg, huhu ... amik ko tunggu punya tunggu punya tunggu, x jugak org semakin surut ... mcm tu jugak ramainya ... ada dgr org dok ckp kalo leh turun ngan tangga ... haa, biar betik diorg ni nk turun kot tangga jugak?! Peh, len kali ingat nk pakai parachute la naik atas, senang sampai jek puncak, terjun bwh ngan parachute ... amacam, suggest kat penganjur, tema next year ‘Towerthon and Jumpathon’! :P

Haish, memandangkan jam time tu semakin menghampiri kul 1pg, sok lak nk main kejar2 ngan abg bomba ... jd nk tak nak terpaksa la sy ikut yg lain2 turun ngan tangga ... jgn ingat senang tau, sbb lain seksanya turun dan naik tangga ni ... smpi kat bwh dh la jadi sejarah dlm idup sy utk hari tu ... menapak sebyk 4116 anak tangga! Hadoii ... sakit tul dh kaki time tu, suh la sy lari lsd byk mana pun x kisah, tp jgn la suh sy naik menara kl pastu turun lak kot jalan yg sama ...

Tp ntahla, time sakit ni mmg rasa tobat la xmo buat dh, dh baik sok ... hmm ... mungkinkah? Haha ... apa2 pun TAHNIAH la sy ucapkan pd sumer sahabat2 CAR yg berjaya sampai ke puncak! Xyah susah2 nk kena masuk Akademi Fantasia dh ni ... haha. Dan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH pada yg dpt top5 tu, abg Ahmad Farid Bin Elias yg dpt tpt ke-3 dan mama vogue kita, Idaizumi Bt Othman yg dpt tpt ke-5 utk kategori Media. Juga utk saudara Muhammad Khairuddin Bin Yahya yg dpt tpt ke-5 utk kategori TM Staff.

Sudah serik atau tidak dgn acara ni, tepuk kaki (atau belai pun xpe, sbb tgh sakit kan ... hehe), tanya selera ... Ok, semoga berjumpa di repot seterusnya, chow chin cau!

Keep on Running!

Monday, May 9, 2011

Ipoh International Run 2011


Acara: Ipoh International Run 2011
Tempat: Stadium Indera Mulia Ipoh, Perak
Tarikh: 3 Julai 2011
Masa: 6.45pg
Jarak: 21km / 10km / 7km / 5km
Yuran Penyertaan: RM20 (21km) / RM10 (10km) / RM7 (7km) / RM5 (5km)
Tarikh Tutup Penyertaan: 27 Jun 2011

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Saturday, May 7, 2011

Cravings Charity Ride 2011


Acara: Cravings Charity Ride 2011
Tempat: Tesco Extra, Taman Midah Cheras
Tarikh: 15 Mei 2011
Masa: 7.30pg
Jarak: 30km
Yuran Penyertaan: PERCUMA

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Sahabat Baru CAR

Nurhayati Muhammad Anowr (Yati)
CAR#233
Nurul Bariyah Babu (Berry)
CAR#234

Ok geng..2 org lg sahabat "ayam dara" tegar join masuk reban..ok apa2 pun selamat datangla kita ucapkan pada cik kak kita dua org ni..moga akan bertambah meriah lg reban kita ni sok..huhu

Sori beb..aku takde idea nak taip n nak goreng macam2..so takat ni saje ye..nak tau lebih2..nanti korang tanya la sendiri ekk..huhu..sekian..

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"