Acara: Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah 2011
Tarikh: 22 Mei 2011
Tempat: Padang SMK Clifford, Kuala Kangsar, Perak
Jam: 7pg
Jarak: 14km
Tarikh: 22 Mei 2011
Tempat: Padang SMK Clifford, Kuala Kangsar, Perak
Jam: 7pg
Jarak: 14km
Catatan Masa Rakan2 CAR:
Men Open (14k)
00:58:55 Rozmi Yunus (CAR181) - tempat ke-8! TAHNIAH!!
01:05:41 Azlan bin Norul Anhar (CAR31)
01:07:30 Abdul Azri bin K Peer Mohamed (CAR28)
01:14:08 Abdul Latiff Dollah (CAR218)
01:17:40 Azri bin Zolkipli (CAR199)
01:23:30 Nur Azhar bin Azizi (CAR55)
01:23:39 Khairol Faisal bin Husin (CAR66)
01:24:11 Mohd Reza Faiz bin Mohamad Zulkifli (CAR223)
01:25:41 Sharafi bin Abdullah Fauzi (CAR67)
01:26:11 Mohd Rafie bin Mohamad Arshad (CAR227)
01:30:22 Khairul Amran bin Abdul Azizi (CAR14)
01:46:38 Mohd Sabri bin Che Kar (CAR138)
Men Junior Veteran (14K)
01:13:41 Yum Kin Kok (CAR288)
01:14:02 Yim heng Fatt (CAR188)
Women Open (14K)
01:38:23 Robiyatulmunawarah binti Md Arif (CAR69)
01:50:17 Nor Aini binti Abu Kasim (CAR135)
02:03:51 Irina Ramli (CAR36)
Women Junior Veteran (14K)
01:32:34 Nik Raiha Meriam Kosai bt Nik Mahmood (CAR98)
Men Open (7k)
00:28:24 Jasni Khairil Jamaluddin (CAR101) - tempat PERTAMA! TAHNIAH!!
Men Open (14k)
00:58:55 Rozmi Yunus (CAR181) - tempat ke-8! TAHNIAH!!
01:05:41 Azlan bin Norul Anhar (CAR31)
01:07:30 Abdul Azri bin K Peer Mohamed (CAR28)
01:14:08 Abdul Latiff Dollah (CAR218)
01:17:40 Azri bin Zolkipli (CAR199)
01:23:30 Nur Azhar bin Azizi (CAR55)
01:23:39 Khairol Faisal bin Husin (CAR66)
01:24:11 Mohd Reza Faiz bin Mohamad Zulkifli (CAR223)
01:25:41 Sharafi bin Abdullah Fauzi (CAR67)
01:26:11 Mohd Rafie bin Mohamad Arshad (CAR227)
01:30:22 Khairul Amran bin Abdul Azizi (CAR14)
01:46:38 Mohd Sabri bin Che Kar (CAR138)
Men Junior Veteran (14K)
01:13:41 Yum Kin Kok (CAR288)
01:14:02 Yim heng Fatt (CAR188)
Women Open (14K)
01:38:23 Robiyatulmunawarah binti Md Arif (CAR69)
01:50:17 Nor Aini binti Abu Kasim (CAR135)
02:03:51 Irina Ramli (CAR36)
Women Junior Veteran (14K)
01:32:34 Nik Raiha Meriam Kosai bt Nik Mahmood (CAR98)
Men Open (7k)
00:28:24 Jasni Khairil Jamaluddin (CAR101) - tempat PERTAMA! TAHNIAH!!
Repot disediakan oleh saudara Azhar Azizi (CAR55)
Cuaca sungguh baik sekali pagi itu di Kuala Kangsar, bandar di Raja Perak. Seawal jam 6 pagi kelihatan kelibat pelari2 yang datang untuk menjayakan acara yang julung2 kali diadakan ini. Di padang SMK Clifford kelihatan khemah2 dgn para2 sukarelawan yang gigih menyempurnakan tugasan mereka. Sajian pagi ini acara 14km, 7km dan juga acara lari pendek khusus untuk VIP kita; Yang Mulia Raja Nazrin, Raja Muda Perak.
Meriah sungguh pagi itu ada drum roll di awal pagi menandakan ketibaan VIP terhormat untuk acara ini bersempena hari keputeraan Sultan Perak, DYMM Sultan Azlan Shah. Cuaca redup dan udara pagi yang segar seperti mengalu2kan kedatangan pelari2 yang datang dari jauh dan dekat. Menurut laporan pihak terdekat acara ini berjaya menarik ribuan peserta.
Jam 7.10am acara 14km akan dilepaskan dan kelihatan pelari2 tak sabar2 lagi untuk memulakan langkah. Acara 7km dan VIP pula akan dilepaskan jam 7.20am dan 7.30am masing2. Pooot! Bermula lah larian! Peserta2 14km tak kira laki2 atau perempuan berdesup2 memulakan langkah masing2. Ada yang nak menang podium, ada yang nak menawan timing yang baru, ada yang nak try route baru dan tak lupa juga mereka yang ingin berlari sambil bersiar2 melawat bandar bersejarah ini.
Di awal pelarian, di kiri dan kanan jalan kelihatan megah bangunan MCKK, kolej/sekolah yang premier dekat Malaysia ni. Glamer jugak sekolah ni. Dari situ diorang2 ni terus berlari ke jalan besar dan sampai je kat jalan besar tu terus membelok ke kanan. Dari simpang tu pulak teruslah pulak berlari menuju Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah. Dengan cuaca mendung pagi tu pemandangan dari jambatan ni memang meredupkan jiwa. Di sebelah bahagian kanan jambatan kelihatan pelari2 yang laju macam lipas kudung sudah pun hampir meninggalkan jambatan dan menuju ke arah km seterusnya.
Beberapa meter selepas jambatan, getah riben diberikan dan kat sini la jugak letaknya water station yang pertama. Kat sini jugak ada paluan kompang meraikan ketibaan pelari ke check point air. Kiranya kat sini dah 3km la sebab water station disediakan setiap 3km. Ada Gatorade la! Kemudian pelari2 harus membuat pusingan U dan menghala kembali ke arah jambatan menuju jam besar bandar Kuala Kangsar. Di sini, pelari2 dijamukan dengan irama gendang cina laksana pendorong semangat. Macam kat Penang Bridge la tapi dalam skala yang kecil.
Kat jam besar ni adalah 2 sukarelawan dengan marker 7km dan 14km menunjukkan arah masing2. Kalau kome lari 14km kome pusinglah kiri. Kalau kome lari 7km kome pusinglah kanan. So kalau lari 14km kenalah turn kiri dan dari sini kami berlari menghala ke Istana yang terletak di penghujung jalan berbukit ni. Mula2 kena lalu taman rekreasi dulu, pastu lalu rumah rehat Kuala Kangsar kat sebelah kanan. Kalau lari2 sambil tengok belah kiri nampaklah pemandangan sungai pulak.
Dan akhirnya dalam pendakian bukit ni sampailah dekat Masjid Ubudiah yang tersergam indah dengan kaler kuning keemasannya. Ada pulak sekumpulan pemuzik memainkan lagu2 tradisional dengan serunai macam zaman2 melayu lama kat sini. The view was superb, istana lama belah kiri istana baru belah kanan. Running was a breeze. Lepas ni kena lari pusing kawasan istana pulak. Kemudian dari sini perjalanan lebih kepada menurun bukit dan kira ok jugak lah nak lari. Pastu kena lari masuk kawasan taman perumahan dan juga bersebelah sekolah perempuan. Dari sekolah tu kemudian harus berlari lagi beberapa km dan tembus balik ke kawasan rumah rehat Kuala Kangsar. Sebelum tu ada pulak persembahan gendang india pulak. Memang 1Malaysia la larian ni sebab ada ja persembahan untuk menaikkan semangat pelari.
Dan sampai balik ke arah jam besar tu menuju ke pekan. Selepas larian yang agak sedikit membukit selepas jam tu akhirnya kena pusing kanan menuju jalan pulang. Sebelum sampai sini, ada 2 lagi water station yang mana ada disediakan pisang untuk dimakan. Oklah tu pisang. Larian kat sini dah masuk kawasan pekan tapi yang bagusnya, kereta2 yang kena tahan ni dek sebab orang sibuk berlari rilek je tunggu. Thank you Kuala Kangsar for your patience. Kami tumpang lari. Kat area town ni dah dalam km2 terakhir sebelum garisan penamat tadi. Dari simpang pertama tadi terus menuju ke jalan besar dan seterusnya terus ke simpang berdekatan stesen KTM di awal pelarian tadi. Belok kiri dan akhirnya, kelihatan kain rentang 'FINISH' di hujung perjalanan. Yay! Larian ditamatkan. Reward? A very nice medal bentuk labu sayung, beg goodies dgn air gatorade, mineral water dan juga Finisher's T untuk pelari 14km. Thank you Kuala Kangsar!
No comments:
Post a Comment