EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Wednesday, September 14, 2011

Tourism Taiping Heritage Run 2011 - Laporan

Acara: Tourism Taiping Heritage Run 2011
Tarikh: 11 September 2011
Tempat: Padang Esplanade, Taiping, Perak
Jam: 6.15pg

Catatan Masa Rakan2 CAR:
Men (21km)
01:46:28 Mohd Zaki Mansor (CAR16) – placing 31 (PB, TAHNIAH!)
01:49:00 Abdul Latiff Dollah (CAR218) – placing 36 (PB, TAHNIAH!)
01:50:20 Yim Heng Fatt (CAR188) - (lengkap satu set baju melayu, dr jauh dh nmpk … cayalah!)
01:52:46 Azri Zolkipli (CAR199) – placing 44 (PB,TAHNIAH!)
01:53:00 Wan Azmi Wan Ngah (CAR130) - placing 54
01:59:00 Muhammad Izuan Zainuddin (CAR217)

00:00:00 Yum Kin Kok (CAR288)

Women (21km)
02:28:35 Siti Nor Aishah (CAR96) – placing 26 (PB, TAHNIAH!)
02:36:09 Nur Azyan Yusof (CAR194) – placing 30 (PB, TAHNIAH!)
03:01:00 Ida Syahidah Ibrahim (CAR251) – placing 44 (TAHNIAH, sah jd Half-Marathoner!)

Women (10km)
01:07:00 Norazurah Abdul Jalil (CAR229) – placing 40 (PB, TAHNIAH!)
01:07:45 Rahmattun Kamila Abd Rahman (CAR228) – placing 45 (PB, TAHNIAH!)
01:40:00 Norashikin Mohamad Arip (CAR202) – placing 164 (PB, TAHNIAH!)


00:00:00 Faridah Haryati Kamarudin (CAR264)

Hujan yg turun bagaikan mutiara … haish, kalo betul la mutiara, konpom dh kaya dh sy ni … sbb bukan sahaja kitorg kena lari dlm ujan, tp ujan trus turun di sepanjang larian … mmg satu pengalaman sy rasa lari kat Taiping semalam. Ala, nk salahkan cuaca pun xleh jugak … agaklah padang esplanade tpt kitorg start off tu sebelah jek ngan bukit larut. Ala, bukit yg jd tempat tadahan air di Malaysia tu la, tempat yg paling lembab di Malaysia (tu la, len kali time kelas Geografi jgn tido … ada len kali ke aa? Nk kena masuk sekolah balik kalo cam tu, haha)

Apapun, walaupun kami semua terpaksa berlari di dalam ujan (sampai nk kejung satu badan) dengan di saksikan penduduk Taiping sampai diorg geleng2 kepala lam kereta tgk kitorg lalu, sy rasa event ni kira ok la … water station ada 5, air pulak terlebih2 cukup. Mana taknya, diorg bukan tuang air lam paper cup tapi amik ko dia bg sebotol air trus setiap org. Dh siap bukak penutup dh, tinggal nk tonggang masuk mulut jek. Tp sayang la jugak, sbb byk jugak org yg buang botol air ke tepi walaupun air masih byk dalam tu … hmmm … ntahla. Cuba gak nk bawak sambil berlari, tp leceh tul rasa, so buang jugak last2.

Distance utk setiap kategori pun cukup. Route pun byk yg flat jek. Dan walaupun laluan tu melalui pinggir bandar Taiping (yg mana kereta2 yg lalu boleh tahan la lajunya berdesup sebelah kita), polis yg jaga jalan pun ramai. Siap ada yg encourage kita lg … Sampai di finish line, medal dh pun menunggu … yezzaa, berjaya juga dapat medal yg (kononnya) limited tu … selain tu, ada jugak stall cendol dan bihun goreng! Bihun tu masak kat situ tau … panas2 dpt makan dalam ujan yg sejuk membeku tu … peehh, sedap pulak jdnya bihun tu …

Yg pasti, kalo tgk dr timing rakan2 CAR, kira hebat betul la korang sumer … ramai gak yg dpt PB! Mmg sah kita ni suka main air ek … haha.

Terima kasih pd organiser event ni. Event ni mmg best! Tahun depan kalo buat lg, kitorg mesti akan join …

Apapun, tahniah pada semua ahli CAR yg dpt PB dan pada yg dpt, jgn risau2 cuba lg lain kali. Apa yg pasti, kita enjoy lari dalam ujan! Sehingga berjumpa di repot yg akan dtg, chow cin cau!

1 comment:

Anonymous said...

meletopss semua.. hehee

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"