EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Monday, July 4, 2011

Ipoh International Run 2011 - Laporan

**Jgn lupa hantar data utk Anugerah Pelari Tegar sebelum 17 Julai 2011! Sekian, terima kasih

Tarikh: 3 July 2011 (Ahad)
Tempat: Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak
Masa: 6:30am
Kategori: 21km, 10km, 7km, 5km

Men's Open 21K
01:18:05 Mohd Syahidan Alias (CAR87) - PB
01:37:33 Ghejanthran A/L Kalaimani (CAR8) - PB
01:41:00 Abdul Latiff Bin Dollah (CAR218) - PB
01:47:00 Azral Azizan (CAR) - PB
01:49:26 Yim Heng Fatt (CAR188)
01:50:00 Azri Zolkipli (CAR199) - PB
01:51:02 Shahrizal Md Hussein (CAR184)
01:54:33 Ahmad Yusran Khalid (CAR127)
01:59:18 Zaaba Otin (CAR128)
02:00:00 Mohd Reza Faiz Mohamad Zulkifli (CAR227) - PB
02:03:00 Suhaimi Safari (CAR222) - PB
02:05:00 Ahmad Bahauddin Tawang (CAR lum dpt no.)
02:05:27 Azrul Hisyam Hussin (CAR201)
02:30:11 Mohd Sabri Che Kar (CAR138)

00:00:00 Hamidon Mat Aris (CAR27)

Women's Open 21K
02:24:19 Ida Maria Amiruddin (CAR166)
02:35:29 Aini Kasim (CAR135) - PB
02:35:29 Robiyatul Munawarah Md Arif (CAR69)

Men's Open 10K
00:56:28 Nazrul Mat Ziziz (CAR125)

Men's Veteran 10K
00:58:28 Jaafar Abd Hamid (CAR126)

Women's Open 10K
01:06:15 Siti Affira Khusani (CAR207) – PB

Men's 7k
00:29:58 Saiful Razawan (CAR35)







Laporan disediakan oleh Suhaimi Safari (CAR222)

Kebanyakkan dari kita tidak menyedari kewujudan larian ini walaupun pada asasnya larian ini telah diwujudkan sejak tahun 2000. Untuk tahun 2011 ini, dianggarkan lebih 13,000 peserta menyertai larian.

Dengan semangat menyertai acara larian, kami pun dengan rela dan suka hatinya bertolak ke Ipoh sehari sebelum acara bermula.

Destinasi pertama kami adalah Dewan Indera Mulia. Mengambil bib larian dan goodie bag serta membayar hutang sekiranya ada. :)
Keadaan agak lengang di dalam dewan dengan kebanyakan petugas MBI yang agak santai kecuali "Kaunter Pendaftaran Bermasalah" yang bertungkus-lumus cuba menyelesaikan pelari-pelari bermasalah. Huhuhu.


Hari Kejadian

Seawal 5.50 pagi, tempat letak kereta di sekitar Stadium MBI sudah mula menerima kehadiran tetamu pagi. Kami pun memulakan aktiviti utama. Bukan sarapan pagi, bukan warming up, tapi tandas menjadi tumpuan! Melepaskan apa-apa hajat yang terbuku supaya larian tidak terganggu nanti.

Oleh kerana larian ini dikatakan "International", maka tak sahlah kalau tidak disertai pelari-pelari hebat Kenya, Thailand, Singapore, termasuk beberapa negara lain. Kagum tak?

Pelepasan acara dilakukan oleh MB, 5 minit tersasar dari jangkaan 6:45am - dimulakan dengan kategori 21K. Kategori lain dilepaskan 10 minit kemudian.

Kami pun bermula dengan gembiranya. Ada di antara kami yang memakai pakaian tradisional - Baju melayu lengkap bersampin dan songkok. Ada juga kebaya nyonya dengan kain batik. Semuanya idea AJK Kebajikan CAR - Mohd Sabri Che Kar. Ada juga yang memakai baju tidur! Comel betul. Ha ha ha.

Untuk kategori 21K, larian dimulakan dari Stadium MBI terus ke Jalan Kamaruddin Isa dan terus menyusuri Jalan Hospital. Route agak flat dengan dan trafik yang agak terkawal. Mungkin masih awal.

Di bulatan, kami membelok ke Jalan Raja Musa Aziz, sebelum memasuki Jalan Sultan Idris Shah. Kami melepasi Parkson Grand Ipoh sebelum terus memasuki Jalan Raja Dr Nazrin Shah.

Water Station No.1 di KM5 dilepasi sebelum kami terus melalui laluan lurus yang agak panjang. Trafik sudah mulai sibuk. Mujurlah matahari tidak terik.

Kami terus berlari melepasi beberapa simpang sebelum membelok ke Jalan Raja Musa Mahadi. Route yang flat dan panjang agak mensaikokan. Terus ke KM10, kami melepasi Water Station 2.

Kami terus menyusuri Jalan Raja Musa Mahadi yang agak panjang sebelum memasuki Jalan Sultan Azlan Shah. Melepasi Jaya Jusco dan memasuki Jalan Kompleks Sukan. Melepasi Water Station terakhir di KM15.

Terus berlari dan sayup-sayup kami sudah nampak bumbung dan tiang lampu stadium. Tapi, ini belum berakhir! Kami terus terpaksa berlari sebelum memasuki Jalan Camming Garden, membelok ke Jalan Lee Kwee Foh.

Dari sini, kami bertembung dengan kebanyakkan pelari-pelari 10K, 7K dan 5K. Keadaan agak sesak dengan kebanyakkan pelari berlenggang kangkung sambil bergelak ketawa.

Kami terus berlari dengan sisa baki tenaga yang ada memasuk Lebuh Woods dan terus memasuk Jalan Kompleks Sukan semula. Stadium sudah terhidang di hadapan mata. Akhirnya larian ditamatkan di hadapan Stadium Indera Mulia tadi.

Secara umumnya, route IIR adalah flat, disulami dengan route straight yang agak panjang. Bagi sesetengah orang, ia agak saiko dan membosankan.
Terdapat jugak 3 x sponge station. Trafik adalah terkawal cuma dibeberapa lokasi, jalan tidak disekat dengan baik.

Larian di Ipoh ini dilengkapkan dengan:

1. Carbo Loading di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung di Jalan Yang Kalsom. Set B yang kami makan amat berbaloi! RM30 untuk 2 orang dan lauk-lauknya adalah tomyam seafood, daging masak merah, kailan ikan masin, telur bungkus, udang goreng tepung, nasi putih dan air tembikai!

Menu lain yang ada termasuk Sup belut, ketam masak serbuk kari, ikan stim limau.

2. Post Loading : Restoran Nasi Ganja di Jalan Yang Kalsom - RM4.20 untuk nasi putih, ayam goreng merah, acar. Amat murah!

Apapun, larian kali ini memang menghiburkan. Sememangnya si pemakai baju melayu lengkap bersampin dan ratu kebaya menjadi perhatian ramai.

Tahniah yang mendapatkan PB di Ipoh. Semoga terus berlari dan terus berlari. Kadangkala kesengalan dan kepoyosan menjadikan larian itu lebih fun. Reti?

Sekian.

9 comments:

ruby said...

cikmie, tengs tolong sediakan report.. suppose me, he3.. pandai den mengelat.. nice report.. short & suwitt, kih3.. :)

ruby said...

alaa, mana gambo sabri ngan yim.. sian hero2 teman xder gambo..

cikmie said...

nanti mintak Cik Zyra letak pic ada Sab n Yim

Yimster said...

Tu lah Bi ... hampeh takde gambar saya ngan Sab. Maklum lah suami tinggalkan isteri kat belakang masa berlari hahahahaaa

Luvly Me said...

very well written report cikmie.. macam ni boleh tulis report selalu hehe :)

ruby said...

hoyeah!! dah ada gambor cung.. thanks azyan tolong update.. nampak dah hero2 teman, he3.. :D

zyra said...

Haha ... no hal, ruby ... tu la, penat2 pakai cantik2 gambo x masuk blog pulak, mana bleh ... hehe :)

Unknown said...

dah macam tema raya ni....hehehe...well done semua :)

SARIKEI RUNNERS said...

Nice report and nice costume.

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"