Acara: 6th Malaysia International Ekiden Run 2011
Tarikh: 29 Mei 2011
Tempat: Kompleks Perbadanan Putrajaya
Jam: 8pg
Jarak: 15km (acara relay seramai 5 org)
Tarikh: 29 Mei 2011
Tempat: Kompleks Perbadanan Putrajaya
Jam: 8pg
Jarak: 15km (acara relay seramai 5 org)
Repot disediakan oleh saudara Khairul Amran Abd Aziz (CAR14)
Edisi yg ke 6 Ekiden Run telah berlangsung dgn jayanya di putrajaya ahad lepas. Seperti tahun2 yang sebelumnya, route masih sama, yang cover jarak sejauh 15km. Anyhow this year, event ini menjadi sebahagian dari acara himpunan 1 juta belia anjuran kementerian belia dan sukan (KBS) jadi ianya berjaya mendapat penyertaan yang agak ramai iaitu dlm 1055 pasukan. Kelihatan juga sepanjang jalan di depan istana kehakiman, dimana acara bermula, telah dipenuhi dgn booth2 perniagaan.
Tahun ini Chap Ayam Runners tiday menghantar byk team coz ramai gang2 yg pg race oversea (hatyai & sundown marathon) yang kebetulannya bertembung pada tarikh yg sama. So kebanyakan nya bergabung je dgn gang2 runners lain. Aku pun this time bergabung je dgn gang runners dr adination titiwangsa utk category mix as 1st runner.
Satu drp team yg diwakili oleh member CAR ...
Pkl 7.00 pg semua runners dah kena report kat khemah masing2 according to their running position utk briefing & naik bas ke running point masing2. Pkl 7.30pg, mix team menjadi 1st category yg msk ke starting point (every category ada gap dlm 10 min every flag off), so sempat lah warming up kejap before race start. Dlm pukul 8.00 br lah Dato’ shabery chik (Menteri Belia & Sukan) sampai utk flag off event. Bila flag off je semua runners beterabur lari buka turbo masing2 (maklum lah short distance 3k je), aku mcm biasa je lah start perlahan2 kat belakang tp lepas 1k baru lah dpt potong sikit runners2 yg dah start berjogging. 1st route memang lurus je dr starting sampai ke PICC tapi sebelum tu kena daki jambatan dlm ±5% incline so perit gak lah nak daki sambil maintain pace. Lepas jambatan belok kiri sikit pastu belok kanan untuk mendaki lagi bukit baru sampai ke 2nd station utk tukar selampang bg 2nd runner. Bila sampai station ni memang meriah lah coz ramai runners yg tgh tunggu 1st runner diaorg.
Aku cuma singgah kejap je kat sini, ambik air botol than terus je sambung lari ke station 3. 2nd route ni kena pusing PICC than naik blk jambatan yg sama 1st runner lari tadi so merasa lah 2nd runner lari naik jambatan. Bila dekat nak sampai kat station 3 dapat lah tengok beberapa paraglider yg terbang rendah belagar2 kat atas kepala, memang meriah jugak lah station 3 ni coz bdekatan dng pot paraglider. Dari station 3 ni aku n few other runners jalan je balik ke finishing line coz memang dkt je dlm 1km. On the way jalan tu memang lalu lah kawasan2 event hari belia ni, funfair pun ada, tapak2 booth yg sepanjang 1 km agaknya, stage2 concert, tapak pameran kereta lah, sampai trek cupprix & trek drift pun ada gak. Seriously memang happening lah putrajaya 3 hari ni(27/5-29/5).
Geng2 CAR tgh melepaskan penat ... tapi bergambo x lupa!
So this year rasa nya ekiden run memang yg paling meriah lah berbanding tahun2 yg lepas pasal berlangsung sekali dgn program himpunan 1 juta belia. Anjuran smooth mcm biasa tp macam biasa gak lah yg buat kelam kabut biasa nya attitude runners2 toward team commitment yg kebiasaan nya x datang on time & ada gak yg x muncul2.
So adios from now.. everybody plays d fool..
- krul -
No comments:
Post a Comment