EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Thursday, August 20, 2009

KLIUC Unity Run 2009

Sori geng..lambat post..repot lambat sampai kat aku daa..!!!



What : KLIUC Unity Run 2009
When : 15th August 2009 (Saturday)
Where : Ikram Park, Bangi
Time : 07:00am
Distance : 10km
Medal : Top 20th Only
Results CAR & Friends..!!

Men Open 10km
42'24 - Mohd Hamdi Baharuddin CAR20 (10th)
47'00 - Omar Khalif Tajaruddin CAR15 (14th)
47'46 - Azhar Johari CAR6 (18th)
48'20 - Kamarul Faizal Tajaruddin CAR10 (20th)
49'25 - Mohd Zaini Mansor CAR17
50'41 - Ghejanthran CAR8
51'43 - Mohd Zaki Mansor CAR16
00'00 - Hamidon Mat Aris CAR27

Men Veteran 8km
32'14 - Alam Shah Ismail Ahmad (Ayahanda) CAR24 (6th)
00'00 - Zulkipli Galeh (Imam Blues) CAR47

Women Open 8km
45'00 - Che Engku Noramiza (Meow) CAR46 (5th)
48'41 - Hasfiza Ramley CAR37 (8th)
45'00 - Norashikin (Ekin) (14th)
66'56 - Irina Ramli CAR36
61'00 - Farhanah Mohd Khatib CAR40 (DNF)

LAPORAN HARI PERTANDINGAN

KLIUC run..hehe..kira penutup untuk aktiviti riadah kita ujung minggu..dan untuk semua ahli2 chap ayam yang telah menghabiskan larian minggu lepas welldone..korang tetap ayam2 worrier..dan pada ayam2 yang tak dapat medal ari tuu termasuk le aku sekali..hehe jangan kecik ati atau tak mau lari dahh..mgkin nasib tak menyebelahi kalian untuk kali nii..ok2..ni nak cita skit pasal larian kliuc nii..aku zaki memegang pasport car16 kalau korang buka dalam car profile tu nampak ala2 robokop tu aku lee..hehe..so untuk pengetahuan korang aku nii first time buat report dalam blog chap ayam nii..memang zero la..ayat pun tak power macam en seketeri kita buat tapi oleh kerana di paksa jugak buat dan ambil timing jadi aku try la yea..dah 2 3 larian dah aku miss nak bagii report..bagi masa sikit la ekk..


"AYAM WARRIOR'S..."


Larian ni diadakan di bangi..nama manja pun kolej ikram so pada sapa2 yang tak tau kat mana kliuc nii kat sebelah uniten jee..so aku macam biasa la pagi pukul 5 da bangun sebab lari pun pukul 7..macam biasa azhar,zaini(nama comel dia adai),dan aku pegi dengan kreta taik cicak tu laa..kalau korang nak tau kete ni banyak berjasa dengan kitorang..en seketeri pun mengakui kehebatan kete tuu sebab dia da naik masa nak pegi larian di alor star arituu..ok aku set dengan ghejan jumpa di the mines sebab dia tak tau kat mana larian tuu..jadi sampai di kliuc macam biasa laa..buat port dulu nak buat lomang panehh..so pada sapa2 yang nak join lepas nii boleh la join skaki..kedatangan korang amat di alu-alukan..

Macam biasa la amik ribben dulu..tapi habis larian tak mintak punn..hehe..apapun organiser cuba beri yang terbaik sebab diorang ni first time buat larian..tak kisah laa..janji diorang cuba nak buat yang terbaik..Jam 7.15 bermula pelepasan peserta yang mengambil acara larian 10km..apalagi berdesup-desup sekor-sekor meninggalkan perkarangan selepas dilepaskan..masing-masing membuka langkah meninggalkan peserta yang lain untuk berada di depan termasuk laa aku sekali..biasa la macam-macam strategi keluar..kalau aku nii dah tentu la ala-ala pecut turbo dulu..awal-awal dah bukak noss abih la gas aku..haha..abih kene potong balik..aduss..kalau dengar speed-speed tu sampai alamatnya standby je la pakcik nak kene potong..hehe..

Ok..route untuk 10km ni nak cita skit..dari perkarangan KLIUC nii keluar ke bulatan tak ada masalah bagi peserta kerana jalan nya yang lurus..tambahan lagii angin pun tengah banyak kan..so tak ada masalah peserta meneruskan larian dalam keadaan jalan seperti ini..sampai di bulatan aku tak tau apa nama bulatan tu terus menuju ke cimb centre rasa aku..kat sini naik bukit skit..aku memang tak larat la pasal tak training..hehe..

Sampai di simpang tiga nii peserta yang mengambil bahagian dalam 10km akan belok ke kiri mebuat satu pusingan sejauh 2km.. manakala yang mengambil acara larian 8km akan meneruskan larian sehingga bertemu semula dengan peserta larian 10km di simpang lampu isyarat di dalam pekan bangi tuu..kat sini memang aku dah kene tinggal jauh..hampeh betul..aku budget boleh la nak kejar lepas 5km kat sini..nampaknya aku yang kene tinggal..huhu..apa nak buat kalau dah chap ayam tuu chap ayam jugak laa..kat sini kene berpatah balik semula ke KLIUC..masa nak balik ni sedap la skit pasal nak balik nii jalan nya agak menurun cuma kereta banyak skit kat sini..tapi tak mengapa pasal polis traffic dah jaga..kalau tak kene sondol la dari belakangg masa crossing jalan menuju ke bulatan sebelah UNITEN tuu..haha..masuk je semula dalam KLIUC kene satu lagi keperitan yang menunggu..dah la letih, kene pulak buat satu pusingan melalui hostel dan kolej sekitar KLIUC..kat sini la aku jumpa jasni..bila selisih je kat situ alamatnya memang jauh lagi la aku nak menghabiskan baki larian nii..apa nak buat sikit je lagi akhirnya sampai jugak di garisan penamat..ayahanda alam shah pun da siap goyang kaki daa..aduss..slow bebenor aku nii..hehe..


"AYAM DARA'S..."


Nombor berapa aku tak tau la yang pastinya medal memang dah habis untuk 20 orang pertama sampai tiap-tiap kategori..macam biasa sesi berkumpul beramai-ramai buat ketupat dan lemang le..hehe..ambil timing..apa nak buat..kalau tak amik nanti kene goreng aku dengan encik seketeri kita..hehe..tak nak pakcikk..ingatkan tak ada masalah pemberian medal rupanya jadi jugak tapi tak la teruk macam kat ipoh international run aritu sampai nak terbalik meja organiser..apapun aku harap organiser dapat menyelesaikan masalah medal tempoh harii..jangan gaduh-gaduh haa..ok..tu je la serba sedikit yang boleh aku ceritakan pasal larian KLIUC nii..pada sesiapa yang dapat medal tu tahniah la..tak semua yang dapat..hehe..lari fun-fun je laa..larian penutup sebelum kita menyambut ketibaan bulan ramadhan yang mulia nii..apapun selamat berpuasa diucapkan pada semua..jangan lupa perjuangan belum abis pada sesiapa yang masuk larian pacemaker relay pada 30hb ogos nii..kita jumpa disana..

Laporan disediakan oleh CAR16 Mohd Zaki Mansor

No comments:

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"