EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Friday, August 7, 2009

LOGO RASMI

LOGO RASMI CHAP AYAM RUNNERS..!!


Ok kengkawan semua..so setelah menerima segala pandangan, cadangan, komen serta idea..maka inilah 'final touch up'logo rasmi Chap Ayam Runners..logo kali ni kelihatan lebih simple & sempoi dari yg dicadangkan sebelum ini..dan hanya menggunakan dua warna sahaja iaitu merah & hitam selain warna putih..

SEDIKIT PENERANGAN TENTANG LOGO :-
RUN FOR HEALTH - Iala motto rasmi Chap Ayam Runners..kerana tidak kirala anda seorang pelari yg laju atau perlahan, pro atau semi pro atau tidak pro langsung, serius atau tidak serius..yg penting kita jadikkan sukan ini sebagai satu platform terbaik utk melakukan aktiviti senaman..kerana senaman itu amat penting utk kesihatan serta kesejahteraan diri..tiada maknanya lagi jika badan sudah tidak sihat..dan anggap juga dengan menyertai larian ini sebagai satu aktiviti riadah hujung minggu sambil berjumpa serta beramah mersa dengan rakan2 serta keluarga..yg ternyata mampu mengurangkan stress setelah seminggu bekerja..

WARNA MERAH - Iaitu warna dominan di dalam logo ini..sure la melambangkan keberanian..!!iaitu keberanian setiap ahli nya..kerana walaupon hanya bertaraf "Chap Ayam"..tetapi mereka tetap berani dan komited untuk bersama2 bersaing dlm dunia larian/marathon nie sambil memeriahkan lg acara sukan unik ini..dan dlm masa yg sama..secara tak langsung warna merah melambangkan darah..bila sebut darah ianya ada bersangkut paut dengan kesihatan..kerana setiap ahli Chap Ayam Runners nie tidak memikirkan sgt tentang kemenangan atau kemegahan semata2..apa yg paling penting & utama ialah kesihatan badan serta diri sendiri..kerana bila badan sihat otak pasti cergas..bila otak dan minda dah cergas..semua benda akan menjadi pantas..so bertepatanla dengan motto Chap Ayam Runners "Run For Health"

GAMBAR AYAM - Dah tentu ayam adalah ikon utama dlm Chap Ayam Runners nie..hakikatnya ayam nie bukanla haiwan yg suka berlari..nak2 lari jarak jauh ni..imej ayam tuh menunjukkan seolah2 ayam tuh sedang melangkah sambil memakai kasut jogging(kira berlari la tuh..) sambil mengangkat kepala..maknanya ayam tuh sedang berkokok la..seolah2 memberitahu kepada umum walaupon hanya bertaraf pelari chap ayam (second class runners) tp tetap bersemangat utk mengambil bahagian serta menghabiskan larian..

IKON OLIMPIK & TROFI - Dalam jiwa setiap ahli sukan..mereka sudah tentu berkeinginan utk menyertai Sukan Olimpik ataupon utk menjadi juara dengan menjulang trofi suatu hari nanti..walaupon utk mencapai impian tu amat sukar tp tidak mustahil kan..andainya tidak tercapai juga dua impian utama itu..apa yg penting iala "Run For Health" iaitu motto utama Chap Ayam Runners..itu sebab kita letakkan ikon Olimpik & Trofi tuh bersebelahan dengan motto..maknanya impian mungkin bermula dengan nak mengejar Olimpik & Trofi..tp jika gagal..anggap saje kita berlari untuk kesihatan (Run For Health)..

So kengkawan CAR semua..itula serba sedikit penjelasan mengenai logo..so dengan ini logo ini menjadi logo rasmi Chap Ayam Runners..logo ni akan digunakan dlm setiap urusan rasmi (wah dasat bunyi tuh..sebenarnya kita mempunyai byk lg agenda besar yg bakal kita akan laksanakan selepas ini..INSYALLAH)..dan logo ini juga akan dicetak di atas t-shirt serta vest di bahagian hadapan di sebelah atas kiri..INSYALLAH t-shirt serta vest baru Chap Ayam Runners akan dikeluarkan tidak lama lagi..

Sekian, dan terima kasih di atas sokongan dari anda semua sahabat Chap Ayam Runners..

Kepada yg ingin memberikan pandangan serta pendapat..sila email kan pada aku terus segala pAndangan serta pendapat anda itu kepada saya..

No comments:

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"