EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Wednesday, August 26, 2009

Majlis Berbuka Puasa 2009


MAJLIS BERBUKA PUASA CHAP AYAM RUNNERS 2009
Tempat : KAFETERIA ISTANA BUDAYA, KUALA LUMPUR
Tarikh : 11 SEPTEMBER 2009
Hari : JUMAAT
Masa : 06:30 PETANG - 09:30 MALAM
Menu : BUFFET DENGAN 80 ANEKA HIDANGAN
Kos : RM32 SAHAJA
Parking : PERCUMA
Penyertaan : KEPADA SEMUA AHLI & BAKAL AHLI SAHAJA
Tarikh Tutup : PUKUL 06:00 PETANG 30 OGOS 2009 (AHAD)


Assalamualaikum,

Ok pada sahabat semua..untuk pertama kali kita nak menganjurkan majlis seperti di atas..pada sesiapa yg berminat nak turut serta..korang juz sms kat aku (o12-637 1989)nama korang untuk pengesahan dengan seberapa segera..kerana kita nak tempah awal bg mengelakkan kesulitan..tp kos buffet tuh tanggungan sendiri la yer..sori takder sponsor..

Tujuan utama kita buat majlis nie dah tentu la nak berbuka puasa bersama-sama..di samping masa nie la kita nak beramah mesra lagi dgn lebih akrab ngan sahabat2 yg lain dlm keadaan yg selesa..iala kalo sebelum nie beramah mesra masa kat larian dlm keadaan bau-bauan yg amat kurang menyenangkan..maklumla baru lps larik..so faham2 jela eekk..huhu

Satu lg..tang makanan jgn risau..Insyallah mencukupi..dorang menyediakan lebih 80 jenis hidangan dari timur, barat, utara, selatan, timur laut, barat laut, tenggara, barat daya , timur tengah, timur tepi kiri kanan segala la..nie dorang la yg ckp..so korang siap kan space kat perut korang jer la untuk telan semua makanan nie..huhu dan satu lg..majlis ni hanya terbuka pad AHLI & BAKAL AHLI SAHAJA..!!bukan ahli minta maaf byk2 la yer..lain tahun kita jemput..

So pada sesiapa yg tak tau kat mana kafe nie..ok lokasi dia kalo korang menghadap pintu utama IB tuh..kafe tuh kat belah kiri..ok geng..pembayaran sila bank-in kan ke akaun aku CIMB : 14140106382521 (Mohd Hailmi Masro) selewat-lewatnya hari Isnin 31hb Ogos..kalo dah bank-in jgn lupa sms or call aku bgtau..

Sekian, terima kasih..

* Setakat yang dah sahkan penyertaan :-
1) Mr Seketeri - PAID
2) Zulhassan - PAID
3) Azhar Azizi - PAID
4) Zulkipli Galeh - PAID
5) Suhailywati - PAID
6) Irina - PAID
7) Farhanah - PAID
8) Hasfiza - PAID
9) Idaizumi - PAID
10) Ahmad Farid - PAID
11) Kamarul - PAID
12) Zaki Mansor - PAID
13) Zaini Mansor - PAID
14) Khairul Amran - PAID
15) Ahmad Hadafi - PAID
16) Hamdi - PAID
17) Siti Sarah - PAID
18) Siti Fazlina - PAID
19) Ketua Reban
20) Nazib
21) Rustam
22) Wong Ram Bo
23) Siti Hasanah
24) Suhaimi Sulaiman
25) Abdul Azri
26) Talib
27) Talib(kuasa 2)

No comments:

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"