EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Wednesday, July 13, 2011

Gold Coast Airport Marathon - Laporan


Acara: Gold Coast Airport Marathon
Tempat: Washington Waters Park, Gold Coast
Suhu: 13’C
Laluan: Hampir Rata
Tarikh: 3 Julai 2011
Masa: 6:00pg (21km) dan 7:10pg (42km)

Catatan Masa Rakan2 CAR:
Men Open International - Full Marathon
04:23:32 Abdul Azri (CAR 28)
04:44:45 Yum KK (CAR 288)

05:07:26 Khairul Amran (CAR 14)
05:49:54 Azhar Azizi (CAR 55)

Women Open International - Full Marathon
05:37:04 Suhailywati (CAR 54) - TAHNIAH! Dpt PB!!
06:38:44 Irina Ramly (CAR 36) - TAHNIAH! Dpt PB!!

Men Open International - Half Marathon
02:52:50 Rustam Affandi (CAR 48)

Men Open International - 10KM Run
01:11:22 Rustam Affandi (CAR 48) - TAHNIAH! Dpt PB!!
01:11:22 Yum KK (CAR 288)


Bendera CAR berkibar di bumi Australia! Thanks to YKK for the picture!
30.06.11

Jam 6 ptg, kami berkumpul di McD, LCCT. Seperti biasa rakan2 CARs datang memberi sokongan moral di terminal berlepas. Bunga yang hadir adalah Ida Izumi, Roby, Aini dan kumbangnya pula ialah Sabri. Kami mengucap terima kasih akan sokongan anda. Sungguh terharu. Dalam masa yg sama kami bertemu rakan CARs yg lain seperti Yum KK dan Abg Rustam.

Jam 9:30 mlm, kami pun berlepas ke Gold Coast Australia. Didalam pesawat kami sempat juga berborak borak dan beramah mesra dengan runners yg lain seperti Rose, Nyna, Baba, Sofian Triathlete dan Jamie Pang serta Pacesetters members. Dah letih berborak maka kami pun dibuai pesawat dengan mimpi yang indah (apa lagi, tidur laa).


01.07.11

Jam 7:30 pagi (waktu Aus), kami tiba di Airport Oolangatta, Gold Coast. Setibanya di Gold Coast, sempat juga kami bergambar bersama Club Pacesetters dan terus menaiki bas ke Surfer Paradise untuk check-in di Islander Apartment. Selepas itu kami ke Gold Coast Convention and Exhibition Centre (GCCEC) untuk mengambil Bib. Di GCCEC kami menemui pelbagai jenama pakaian dan juga nutrition nutrition untuk larian seperti energy drink, protein and recovery drink.

Dgn Jalur Gemilang. Majulah sukan demi CAR! Hehe

02.07.11

Jam 8:30 pagi (waktu Aus), kami tiba di Washington Water Park untuk menyaksikan acara 10km dan kid dash (2km dan 4km). Kami bertemu Mohan (dari Singapura) dan juga ibu Yin Yin Boey dalam acara 10km. habis sahaja acara, kami bersambung dengan aktiviti kami dengan bershoping di Gold Coast seperti Harbour Town dan Surfer Paradise. Di waktu malam, kami (wira-wira CARs) bersiap sedia untuk larian besok.

Bergambar sebelum memulakan aksi. Thanks to YKK for the picture!

03.07.11

Jam 5:30 pagi (waktu Aus), kami menaiki shuttle bas ke Washington Water Park (starting point) yg disediakan oleh pihak penganjur. Bas ini mula beroperasi jam 4:00 pagi (waktu Aus) dengan kekerapan 5 minit. Kami tiba di lokasi (Washington Waters Park) jam 6:00 pagi (waktu Aus) dan bertemu rakan yang lain di tempat simpanan bag (baggage). Untuk pengetahuan anda, acara Half Marathon (21km) terlah bermula seawall jam 6:00 pagi (waktu Aus) dan acara 5km bermula jam 7:40 pagi (waktu Aus). Selepas sesi bergambar kami mulakan dengan stretching dan warm-up dan terus ke garisan permulaan masing-masing seperti sub 3:30 dan sub 4:30.

Jam 7:10 pagi (waktu Aus), acara bermula dan pun mulakan larian kami. Larian ini bermula dari Washington Waters Park menuju ke Surfer Paradie dan terus ke Burleigh Heads di km 16 untuk membuat pusingan ‘U’ dan kembali ke Washington Waters Park (km 32). Di km 30, kami diberi Endura (energy gel). Kami juga sempat melihat permandangan yg indah di persisiran pantai dan cuacanya agak nyaman dan sejuk serta persekitaran yg bersih. Masih ada lagi 10km larian yg perlu kami tempuhi. Kelihatan ramai juga penduduk tempatan serta pelancong yang datang memberi sorakan dan tepukan semangat untuk kami. Ada juga penduduk dipersekitaran perumahan sempat berpicnic di tepi-tepi jalan. Mereka juga memberi gula-gula kepada runners dan ‘High Five’ sebagai tanda sokongan. Walaupun penat, ini membuatkan kami bersemangat dan meneruskan perjuangan. Kami teruskan larian sehingga ke km 37 dimana ianya melalui kawasan-kawasan perumahan dan terus membuat pusingan ‘U’ di persimpangan Mandang Cres. Sungguh terharu akan sorakan pengunjung apabila sampai di garisan penamat. Sorakan dan tepukan gemuruh dan juga kedengaran laungan nama negara kita MALAYSIA.

Di garisan penamat, kami disediakan minuman Endura (recovery drink), air mineral dan juga buah Oren. Kemudian kami harus ‘exit’ mengikut saiz t-shirt masing-masing sambil menyerahkan timing chip.

Disini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada GCAM dan tahniah kerana berjaya menganjurkan acara larian ini dgn baik dan berprestij. CLAP…CLAP….CLAP… Pengalaman ini amat berharga buat kami dan sudah pasti kami (Chap Ayam Runners) akan kembali beraksi di Gold Coast Airport Marathon tahun hadapan.

Sekian laporan dari saya Abdul Azri CARs 28

5 comments:

eedasyaeeda said...

tbaek dr ldg...:D

Unknown said...

cutenya laporan ini....hehehe....congrats semua. next year bawak bala tentera ramai sikit....kita kasik pecah golkos!!! :)

Anonymous said...

mari2 laa ke golkos...

ruby said...

suker sangat report kamu abang KR.. kipidap.. i loike.. :)

Anonymous said...

hidup abg KR!

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"