EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Wednesday, May 23, 2012

KL Tower International Night Towerthon Challenge 2012 - Laporan

Acara: KL Tower International Night Towerthon Challenge 2012
Tarikh: 19Mei 2012
Masa: 3pm
Hari:Sabtu

Catatan masa bagi setiap ahli:
00:15:17:75 Jasni Khairil CAR101
00:17:54:00 Zas Ibrahim CAR71 (placing 10th) Tahniah!
00:21:27:00 Yim Heng Fatt CAR188
00:23:15:00 Kamarul Faizal CAR10
00:23:48:95 Muhammad Qazreen Hakim
00:25:05.50 Anas Najhi
00:26:19:00 Oren Man CAR130
00:29.56:00 Ab Aziz Jantan CAR154
00:30:50.34 Sabri Ibrahim CAR221
00:32:41.45 Azri Alimor
00:39:20.50 Azhar bin Ismail CAR262

Ringkasan:

Saya fieda dida (CAR 264) telah diberi tugasan untuk membuat laporan tentang KL Tower International Night Towerthon Challenge 2012 yang telah berlangsung pada 19 Mei 2012 iaitu pada hari Sabtu lepas.Event ini bermula pada sekitar jam 3 petang. Setiap peserta akan berlari 1km berbukit sebelum menyahut cabaran menaiki tangga sebanyak 2058 anak tangga. Gambar dibawah merupakan route yang akan dilalui oleh setiap peserta sebelum menaiki tangga.


Peserta dilepaskan mengikut kategori masing-masing. Kategori yang pertama dilepaskan pada petang itu adalah Boy junior,girl junior ,men junior veteran,men senior veteran, women open,woman veteran dan akhir sekali adalah staff TM. Pada sebelah malam pula kategori men open dilepaskan mengikut peringkat.



Larian bermula di T01 sehingga T22.Setiap tangga mempunyai 4 tingkat. Selepas T22 larian diteruskan ke TH001,TH002 dan akhir sekali TH003. Semasa larian berlangsung,keadaan di setiap anak tangga sangat sesak dengan peserta sehinggakan menyukarkan peserta untuk memotong peserta dihadapan.Ini turut memberikan tekanan kepada peserta. Di setiap ’Water station’ menyediakan air mineral dan 100 Plus serta kelihatan juga para medic yang sentiasa bersiap sedia untuk memberi rawatan sekiranya peserta mengalami masalah.Udara sangatlah terhad dan staff Kl Tower telah membuka pintu disetiap tangga untuk memberi udara yang secukupnya. Kelihatan juga para peserta yang tidak larat untuk menaiki tangga berdiri disebelah kanan untuk mendapatkan tenaga sebelum meneruskan misi mereka. Setelah sampai ke TH003, para peserta akan diberi finisher medal dan boleh la turun ke bawah dengan menaiki lif.


1 comment:

STC Technologies said...

KL Tower International Jump, night base jump event. Jumpers come from all over the world to participate in the event.
STC Technologies

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"