EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Thursday, May 24, 2012

Malakoff Duathlon Edisi UM - Laporan

Acara: Malakoff Duathlon edisi UM
Tarikh: 12 Mei 2012
Tempat: Parking Pusat Sukan, UM
Masa: 9pg
Jarak: 3.5km Run - 11.4km Bike - 3.5km Run

Catatan Masa Rakan2 CAR:
00:53:42 Edan Syah (CAR87)
01:14:20 Ramlan Sulaiman (CAR2)

Laporan disediakan oleh saudara Ramlan Sulaiman.

Malakoff Duathlon edisi UM Sabtu yang lalu berjalan dengan meriah dalam cuaca yang agak panas kerana flag off bermula pada jam 9.00 pagi. Larian dilepaskan dihadapan Bangunan Pusat Sukan dan terus melalui hadapan Stadium baru kemudian terus masuk ke dalam Rimba Ilmu. Rimba Ilmu ini terdapat beribu2 jenis tanam2an saintifik yang ada diantaranya amat berkhasiat untuk dijadikan ubat, aruma daun dan pepohon sekitarnya mengeluarkan oksigen yang baik untuk disedut oleh para runners...amat bagus sekali. Larian adalah sejauh 3.5km dengan 2 pusingan.


Selepas memulun di dalam hutan penuh khasiat itu dengan route yang beralun2 (bukit) diikuti pula dengan kayuhan climb 4 set Bkt Centa. Semasa memanjat (climb) bukit cheta ramai rider yang menolak bike memasing kerana tak tahan untuk meneruskan kayuhan dengan bukit yang mencanak itu. Semasa menurun juga agak bahaya kerana bike meluncur mengalahkan peluncur ski di Banjaran Aps (macam terbang daaa). Route bike juga agak bahaya kerana banyak kenderaan tak di jaga oleh marshall dengan sempurna. Perkara ini boleh membahayakan rider. Selepas selesai melanyak Bukit Centa semua peserta kena lari lagi masuk ke dalam Rimba Ilmu sebanyak 2 loops dan akhirnya tamat di hadapan Kolam Renang UM. Race didominasi oleh peserta dari UPNM. Rikigoro Shinozuka dari Malaysia pula mencatat masa terbaik keseluruhan dengan catatan 49.35. Baju pada tahun ni dia oang up grade sikit dari cotton ke mcrofiber dengan slogan ” i boleh du” ok gak la. Minggu depan MUDS siri UPM lak…layan

No comments:

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"