EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Friday, May 18, 2012

PJ Dawn 2012 - Laporan

Acara: PJ Dawn 2012
Tempat: Stadium Kelana Jaya
Tarikh: 13 Mei 2012
Masa: 3.00 pg
Jarak: 21km / 12km

Catatan Masa Rakan2 CAR:
Men Open - 21km

1:41:35 Mizan Rosli
1:45:56 Zulkifle Hassan (CAR18)
1:49:22 Azim Ghani – Position 55
1:50:00 Ghejanthran a/l Kalaimani (CAR8)
1:57:08 Wan Azmi Wan Ngah (CAR130)
2:03:07 Pejai
2:07:58 Azrul Adnan
2:08:58 Bola Kampong – Position 210
2:14:48 William Cheah Wei Liang (CAR256)
2:16:21 Mahdi Mazelan (CAR 145)
2:17:49 Redz Ismail
2:20:00 Mohd Reza Faiz Mohamad Zulkifli (CAR227)
2:21:21 Damanhuri Abu Samah (CAR148)
2:25:30 Ajo Ku
2:27:05 Fazlie Mohd
2:35:02 Mohan Ganapathy (CAR131)
2:55:51 Khairul Amran Abd Aziz (CAR14)
3:10:00 Azwan

Men Senior Veteran – 21km
2:24:37 Ab Aziz Bin Jantan (CAR154) – Position 50

Women Open - 21km
2:21:22 Nur Azyan Yusof (CAR194)
2:25:00 Erni Wati Mohd Arip (CAR280)
2:29:44 Ida Shahidah

Women Junior Veteran – 21km
2:19:12 Rafidah Abdullah (CAR30) – Position 16

Men Open – 12km
0:46:32 Mohd Syahidan Alias (CAR87) – Tempat Ke-2! Tahniah!
1:15:00 Mohamad Sufian Sarbani
1:16:52 Anas Najhi
1:16:56 Sufian Amirudin
1:27:02 Abeman Mung

Uit, lama tul dh tak tulis repot. Ayat pun mcm payah skit nk keluar, haha. Apapun, demi menunjukkan sokongan pd cip Aki, sy cuba la buat repot ni sehabis baik. Mana2 yg terkurang tu sy mohon maaf terlebih dahulu.

Jd, seingat sy acara PJ Dawn ni dh lama dibuka pendaftarannya, seingat sy dr bulan Januari lepas. Jd boleh la dikatakan ia acara yg ditunggu2. Maklumla, acara ‘mengejar fajar’, yg pertama kali dibuat di Malaysia. Start lari kul 3pg tu. Org lain dok nyenyak tido dibuai mimpi, x pasal2 kita gi seksa diri berlari jauh2 … ni kalo x kata hardcore runners ni, xtau la …


Seawal jam 1pg, ramai dh runners yg berkumpul di perkarangan stadium Kelana Jaya menunggu detik dan waktu utk dilepaskan. Ni sempat tido ke tidak pun xtau la. Jgn sat g sambil lari, stop tido tepi jalan udah la yek.


15minit sebelum dilepaskan, semua mula berkumpul utk acara memanaskan badan yg disediakan oleh penganjur dan pd jam 3pg, semua peserta 21km pun dilepaskan manakala bg peserta 12km mereka dilepaskan satu jam kemudian pd jam 4pg. Angin pg mmg sejuk, kena lak pd ketika ia bertiup, tp semua runners nmpk terus gigih meneruskan pelarian masing2. Sama ada sekadar suka2 mengumpul mileage, ataupun utk mengejar PB, ataupun sekadar mencari pengalaman berlari (dan tiba di finishing) sebelum Subuh, semua terus maju.


Penanda KM diletakkan bg setiap 3km yg mana disitu juga terletaknya water station. Jd, utk acara 21km, terdapat 6 water station yg disediakan. Walaupun air disediakan dgn cukup utk setiap water station, malangnya pihak penganjur hanya menyediakan air mineral semata-mata sedangkan mengikut aturan larian, setiap larian yg melebihi satu jam, pelari perlu menggantikan elektrolit yg hilang menerusi peluh yg keluar (itu yg sy baca la, tp kalau ada yg larat tak minum air selepas 15km berlari tu, lain citer la ek. Korang ni makhluk asing ke hapa). Jd, agak mengecewakan apabila terdapat penganjur yg tidak peka dgn perkara asas sebegini.


Selepas selesai 10km berlari, route pelarian memasuki kawasan Ara Damansara yg mana terdapat beberapa kawasan dimana pelari2 disajikan dgn bukit2 manja. Nak tak nak, terpaksa la redah juga bukit2 tersebut. Di sepanjang pelarian, sy rasakan marshall dan polis menjalankan tugas dgn baik (kereta pun x byk kan). Tp ada juga terdengar tentang kemalangan yg berlaku di awal larian, di mana terdapat pertembungan di antara 2 kereta. Memandangkan sy tiada di tempat kejadian, sy tak dapat nk mengulas dgn lebih lanjut tentang kemalangan ini tetapi sy berharap tiada kecedaraan yg serius berlaku.


Selepas 17km, route membawa pelari2 ke jalan besar semula, dan setelah mengharungi 4km yg selebihnya, selesai la sudah acara 21km di PJ Dawn. Di finishing line, peserta terus menebus finishing medal dan tee di khemah2 yg disediakan tanpa perlu beratur panjang. Tp untuk menebus breakfast yg disediakan, setibanya sy di finishing line, queue sudah berliku2 dgn pelari2 yg beratur, tak sanggup rasanya utk beratur sama.


Apapun, acara ini sy kira dilangsungkan dgn baik terutama sekali apabila berita tentang kemunculan semula Josie selepas haru biru di ENR tahun lepas. Walaupun terdapat beberapa penambahbaikan yg boleh dibuat utk tahun depan, ia tidaklah seburuk pengalaman di ENR. Akhir kata, sy ucapkan syabas kepada semua yg mengambil bahagian. Pd yg Berjaya mendapat PB, TAHNIAH diucapkan dan yg mendapat podium, SETINGGI-TINGGI TAHNIAH diucapkan. Pd yg lain, anda juga hebat sbb berjaya menghabiskan larian tatkala org lain sedang lena bermimpi. Apapun, usaha lg utk PB yek … ;) Sekian, terima kasih.

No comments:

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"