EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Thursday, November 26, 2009

Admiral New Balance 5km Run 2009

Acara : Admiral New Balance 5km Run 2009
Lokasi : Kelab Lumba Kuda Selangor, Sungai Besi
Tarikh : 26hb November 2009 (Khamis)
Masa : 06.30 Petang
Jarak : 5km
Catatan Masa CAR & Rakan-Rakan..

TERBUKA LELAKI
16'20 - Jasni Khairil Jamaluddin CAR101
19'05 - Makarul Faizal Tajaruddin CAR10
19'15 - Azhar Johari CAR6
19'30 - Mohd Hamdi Baharuddin CAR20
19'48 - Asmadi Abdullah CAR75
20'16 - Ahmad Farid Ellias CAR4
20'18 - Wong Ram Bo CAR7
20'20 - Mohd Zaki Mansor CAR16
21'37 - Ghejanthran CAR8
21'50 - Fazli Abu Bakar CAR9

VETERAN LELAKI
17'45 - Mohd Sowoto Indi CAR76
23'50 - Ramlan Sulaiman CAR2
00'00 - Zulkipli Galeh CAR47


Salam semua..eemm nampaknya berjaya jgk dorang menganjurkan larian nie..pertama kali kot larian dibuat blah ptg hari bekerja selepas waktu bekerja..memang terkocoh2 la pelari2 tegar nak bergegas ke sana..ngan jem nye lg..iala org nak blk kg daa..esok raya aji..Raya Aidiladha..nampaknya kali ni aku dtg sebagai pemerhati jer..'tak lalu' la aku nak join race nie..huhu nampaknya bkn aku sorang..CAR17 pon jdk pemerhati PBB gak cam aku..so best gak jdk pemerhati sambil bg sokongan kat geng2 lain..

Ok2 aku citer la serba sedikit psl race ni..kire repot gak la..race ni dianjurkan bersempena ngan minggu karnival sukan Admiral yg diadakan di kawasan sekitar..kire larian ni salah satu acara sukan yg dorang anjurkan la bg memeriahkan lg suasana..ada lg sukan lain cam futsal, futbal dan mcm2 fut lg la..terima kasih gak kat CAR5..coz dia la yg bg info nie..kalo tak haram aku tak tau..huhu di samping tuh..nampaknya race ni jugak telah dijadikan medan pertarungan potong memotong sayur menyayur..ada dua pertarungan klasik ataupun pertarungan peribadi nampaknya..biasala nie kes nak potong sayur..coz kat umah takde can nak potong sayur..bini marah takut potong tak ikut piawaian yg ditetapkan..so pertarungan sapa potong sapa antara "Kreban vs Imam" & "Kenya UM vs Komander"..wahh gempak beb..

Ok2 kul 6.30 petang tepat bunyi hon menandakan bermula la perlumbaan menyukat jln sekitar kelab lumba kuda tuh sejauh 5km..so berdesup2 la pelari2 meninggalkan port permulaan sambil meninggalkan habuk2 yg berterbangan..tp tempat penghabisannya bkn kat situ..tp kat pintu masuk utama kelab kuda tuh..kira jauh gakla nak menapak..

So aku juz tunggu jer kat finishing..nak citer route aku tak tau..coz aku tak join keje menyukat cam geng2 lain..tumpuan aku hanyala pada pertarungan kejar mengejar antara 4 pelari tegar chap ayam..aku menjangkakan pasti pertarungan sengit lg tengik dari 4 pelari elit CAR nie..tunggu punya tunggu akhirnya tiba kelibat Komander menghampiri penamat..tp tak nampak lak kelibat Kenya UM..aku menjangkakan mesti mereka berdua akan mengekori rapat antara bontot masing2 bersilih ganti..tp yg aku nampak mengekori bontot Komander..hanyala Rambo & Zaki..wahh org lain lak yg masuk port pertarungan nie..dan selepas seminit kemudian barula kelibat Kenya UM kelihatan..nampaknya 'tewas' beliau kali nie..mungkin jiwa kacau coz kang blk dari lari kat umah nak kena kacau rendang lak kat kuali utk raya aji esok..huhu

Aku tunggu pulak lg satu battle..wahh terkejut aku kelibat Kreban dengan yakinnya membuka langkah menghampiri penamat walaupon muka tak dpt nak mengukir senyuman..mungkin enjin dah overheat kot..berjaya jugak akhirnya beliau menyayur imam dgn bergayanya..jauh juga imam ditinggalkan..nampaknyanya berbaloila latihan keras & mantop yg dilakukan oleh Kreban mlm td di upm..hasilnya amat mengagumkan..tetapi Imam tetap mengukir senyuman..mungkin dia dah berniat utk membiarkan saja Kreban menyayur dia kali nie..mungkin beban kerja td lum lenyap lg dari dlm minda Imam..so pasni dgr2 nak repeat blk..wahh bkn main bersemangat lg 2 org pelari veteran kita ni..repeat jgn tak repeat..
"CAR WARRIORS" - Banner tak sempat nak dibawa..tp TAHNIAH buat korang

So apa2 pon aku ucapkan SETINGGI2 TAHNIAH la pada semua sahabat yg menyertai larian nie..semangat korang memang kuat..iala baru abis keje trus begerak ngan pantas nya ke situ utk lari plak..eemm medal & sijil pon cantik gak..kire berbaloi la korang join eekk..pada yg tak dpt medal tuh tak mengapa..tahun depan cuba lg..kalo ada la..kalo takde korang suggest la kat penganjur suh buat lg tahun depan..


p/s : so ahad ni jgn lupa berjumpa kita & kita kasi kecoh sket kat KLAVA arr..lepas lari jgn blk trus..kita ada sedikit jamuan ringan yg disediakan oleh CAR47 Imam Blues..kuih karipap kuih koci..mkn sok jgn lahap..ingat org kanan kiri..huhu

3 comments:

fiza said...

cayalah ketua reban! tak sia2 training.....

wah klava siap ada sponsor kuih, ni yg semangat nak pegi ni....bkn nak lari, tp makan :)

irnfrick said...

aku ingat imam tuh buat lawak je pasal nak sponsor kuih koci.. rupenye betol2 bukannye cobaan heheh..

AYAM WORLD..!!!!! said...

ish..imam kalo ckp dia mesti kotakan..iala imam la katakan..kang dok lok lak lok lak..abih makmum lak kang..haha

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"