EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Sunday, November 22, 2009

Race Report : Dukethon 2009


Acara : Dukethon 2009
Lokasi : Lebuhraya Duta - Ulu kelang Expressway
Tarikh : 22hb November 2009 (Ahad)
Masa : 8.00am - 12.00pm
Jarak : 5km
Yuran Penyertaan: RM5
Medal : Top 140th (Terbuka Lelaki)

Berikut adalah senarai catatan masa dan kedudukan sahabat CAR yang menyertai Larian Dukethon.

Terbuka Lelaki

19'++ : Silahuddin Salim, CAR74 (20th)
20'30 : Mohd Hamdi Baharuddin, CAR20 (24th)
21'++ : Kamarul Faizal Tajaruddin, CAR10 (35th)
22'01 : Asmadi Abdullah, CAR75 (43rd)
22'07 : Omar Khalif Tajaruddin, CAR15 (44th)
22'45 : Fazli Abu Bakar, CAR9 (45th)
22'++ : Ahmad Hadafi Hj Jus, CAR58 (50th)
24'04 : Nazib Ngainin, CAR3 (86th)
24'06 : Ghejanthran a/l Kalaimani, CAR8 (87th)
00'00 : Zulkipli Galeh @ Imam, CAR47(99th)
24'32 : Abdul Rahman Mohamed, CAR50 (107th)
25'58 : Ramlan Sulaiman, CAR2 (119th)
26'++ : Ahmad Daud Abdul Manan, CAR45 (131st)
30'16 : Zek (00th) New CAR
40'++ : Mohd Faisal Paisan,CAR63 (00th)
40'++ : Abdul Talib Haron, CAR49 (00th)

Terbuka Wanita

00'00 : Haslinda Dolah, CAR23 (6th)
40'00 : Rojizah Ismail CAR59 (90th)

p/s: Pada sahabat CAR yang tak sempat aku nak jumpa @ tak perasan untuk kolek timing korang, Bolehlah mengambil langkah samada sms pada Mr. Seketeri @ post kat c-box (ruang bual-bicara) untuk kita updatekan...huhu


Imam Zulkipli Galeh a.k.a CAR47 mencurik tumpuan

22 Nov 2009-Larian Dukethon yang berlangsung pada tarikh yang sama dengan Penang Marathon Bridge 2009, Dilihat tidak kurang seri apabila dikerumuni hampir 2,000 lebih pelari-pelari dari seluruh Malaysia dan luar negara. Walaupun pada awal ia menampak sedikit kegusaran pada wajah pelari-pelari yang hadir apabila terpaksa bersesak untuk memakir kenderaan mereka kerana kurang lancar dari segi pengurusan kawalan trafik, tapi selepas itu perjalanan larian Dukethon ini berlangsung dengan jayanya.

Lebuhraya Duta-Ulu kelang Expressway yang menjadi landasan untuk para pelari menghabiskan larian sepanjang 5km telah menjadi saksi kemunculan Imam Zulkipli Galeh, CAR47 selaku pemenang dalam pertarungan '3 serangkai' diantara beliau, Ramlan@Ketua reban,CAR2 dan Talib, CAR49. Diakhirnya, satu keputusan lagi mengejutkan dan 'upset' berlaku apabila imam berjaya meloloskan diri untuk menidakkan calon peberet untuk memenangi pertarungan '3 serangkai' tersebut.

Imam Zulkipli Galeh, CAR47 yang sebelum ini acapkali berada di belakang Ramlan@Ketua reban,CAR2 dalam beberapa larian yang terdahulu, kali ini telah men'gasah taji'nya apabila unggul mendominasi larian dan mengecewakan para-para bookie yang kebanyakan menaruhkan 'kepercayaan, wang tunai, harta pusaka dan jiwa raga' ke atas ketua reban. huhuhu!

Selepas larian tersebut, Imam dilihat ternyata puas dan teruja apa ditanyakan rahsia kejayaannya:

"Ini adalah performance saya yang terbaik, saya tidak pernah berlari selaju ini, tapi kali ini saya telah berjaya memintas ketua reban pada 2.5km secara menusuk, ini adalah merupakan taktik saya dengan tidak menegur beliau (ketua reban) ketika memintasnya, Ini juga bagi mengelakkan beliau akan mengejar saya semula sekiranya beliau perasan saya memintasnya, dan akan mengakibatkan saya terpaksa berlari dengan lebih laju apabila dihambat nanti. ternyata taktik ini menjadi!"

Sementara Ramlan@Ketua reban,CAR2 mengulas kegagalannya:

"Saya yakin imam mesti ponteng tidak memasang sound speaker untuk azan di masjid subuh tadi, kerana mahu menumpukan larian ini, Saya pasti akan melakukan 'come back' pada kejohanan larian yang mendatang kat ladang kuda."
Manakala Talib, CAR49, mengambil jalan selamat, apabila tidak mengulas panjang tentang pertarungan '3 serangkai' ini, dan hanya menunjukkan punca kegagalan adalah disebabkan faktor kepala lututnya yang 'boleh beralih-alih' selain dari posisi kedudukan sepatutnya, tapi Talib agak ceria sedikit apabila isteri berjaya mengondol juga pingat mewakili keluarga mereka. Tahniah!


Apa pun, kebanyakan sahabat-sahabat CAR harus dipuji apabila jelas memberi saingan yang hebat, dari ruang penglihatan aku:-

Hamdi, CAR20 ternyata semakin jelas konsisten hebat bersaingan dengan kelompok dihadapan.

Sementara 2 beradik CAR Kamarul, CAR10 dan Omar, CAR15 dilihat semakin yakin untuk mencabar kelompok di hadapan tidak lama lagi.

Bro. Asmadi, CAR75 yang biasanya akan bermula dengan pace yang perlahan diawal larian tetapi akan bangkit dengan pace yang lebih pantas pada kilometer seterusnya.

Fadzli, CAR9 seperti yang dikenali sangat meminati larian yang berjarak pendek, kelihatan masih mampu mencabar walaupun agak kesuntukan masa untuk ber'training' akibat faktor tugas peribadi yang lebih memerlukan perhatian.

Ghejan, CAR8 juga dilihat semakin kuat dan cool dalam larian yang penuh selamba. Kalau terus rajin berusaha, ko pasti akan lebih bagus!

Pada sahabat CAR lain yang berkedudukan di depan dan diluar ruang ingkup pandangan aku, harap maaf! jangan berkecil hati! aku tak dapat nak komen. next time, lari sebelah aku! huhu

Ucapan tahniah juga kepada semua sahabat Chap Ayam Runners yang berjaya mengondol pingat ataupun tidak, Tetapi yang tidak berjaya anda usah kecewa kerana anda akan berpeluang lagi menebusnya pada larian lain yang bakal mendatang (Ala! besi setongkol jer pun, pastu diorang bubuh tali halus skit). Walaubagaimanapun, anda semua adalah juara sebenar kerana berjaya menghabiskan larian ini dengan sukses daripada duduk berlengkor kat atas katil tanpa melakukan apa-apa riadah. ye tak! Tahniah! huhuhu!

Jumpa lagi.

'Larian Untuk Kesihatan'
- CAR 3 -

4 comments:

Fiza said...

*gelak guling2*

AYAM WORLD..!!!!! said...

haha..CAR3 kalo bikin repot memang superb..dah lama aku tak baca repot dia..terubat gak akhirnya..huhu

-CAR3- said...

huhuh!

conteng2 jerk, seronok nengok kengkawan.

AYAM WORLD..!!!!! said...

aku rasa hang pasni rajin2 la wat repot kat dlm blog nie..dah lama aku tak baca repot hang..ghindu lak rasanya..repot hang memang menghiburkan..huhu

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"