EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Saturday, April 2, 2011

Program Derma Darah CAR - Laporan


Aktiviti: Program Amal CAR – Menderma Darah
Tempat: Pusat Darah Negara
Tarikh: 2 April 2011
Jam: 11pg – 1tgh

Kehadiran:
Idaizumi Othman (CAR5) – Iron Woman!
Khairul Amran Abd Aziz (CAR14) – Iron Man!
Abdul Azri K.Peer Mohamed (CAR28)
Irina Ramli (CAR36)
Hasfiza Ramley (CAR37)
Suhailywati Ramli (CAR54)
Ahmad Hadafi Hj Jus (CAR58)
Robiyatul Munawarah Md Arif (CAR69)
Luvis Phuah (CAR109)
Mohd Sabri Che Kar (CAR138)
Fairul Mizam Zamani (CAR145)
Nur Azyan Yusof (CAR194)
Mohd Hafiz Asmungi (CAR220)
Nizam (no. x naik2 jugak lg ni)

Haa ... tu dia. Berjaya sudah Pusat Darah Negara mengambil berkampit-kampit darah daripada sahabat2 CAR semua. Dah kata dah, kalo runners ni, darah mesti laku punya ... hehehe. Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada semua ahli CAR yg sudi melapangkan masa menyertai aktiviti amal CAR yg pertama diadakan ini. Chaiyok la korang!! Kalo ada lg pas ni, join lg k ... ;)

Di bilik menunggu sementara ketibaan sahabat2 yg lain (pehh, ketibaan tu ... hehe)

Ni nk citer skit pasal Kak Ida (CAR5) dan Khairul (aka Atok/Timb Presiden) yg berjaya mengungguli gelaran Iron Woman dan Iron Man masing2. Hebat diorg ni tau ... Mesti korang pelik kan, bila plak diorg masuk Ironman Challenge ni? Bukan bende tu x dibuat ke tahun ni? Haha, sebenarnya gelaran ni kitorg yg bagi kat diorg sbb mendapat kiraan haemoglobin tertinggi antara semua yg hadir! Diorg ni mesti xde keje lain, makan sayur bayam (yg mengandungi zat besi yg tinggi) jek tiap2 hari. Amik ko, kan dh kuat seperti Popeye jdnya ... jd jgn buat diorg marah, sat g melayang korang kena lesing ... haha. Sy pun nk kena mula mencekik bayam la lepas ni. Kekurangan haemoglobin bukan sahaja membuatkan kita x layak menderma, malah boleh menyebabkan kita cepat lotih. Oh tidak, runners mana boleh cepat lotih ... xpe, kalo x cukup bayam lepas ni, siap la mana2 tiang lampu besi sepanjang jalan tu nnti abih sy kikis buat lauk ... haha! (Dh start merepek dh ... :P)

Sedang mengisi borang pendaftaran ...

Setibanya kami di sana, xde pun bunyi kompang menyambut kitorg, haha. Sbb diorg pun dh biasa dgn pengunjung2 secara berindividu lain yg dtg hujung minggu utk menderma darah. Pehh ... tu lg hebat. X payah suruh2 pun, pegi situ atas kerelaan sendiri pas tu serah diri huluq tangan, haa, buat la apa yg patut ... amik la berapa byk nk amik ... haha. Tp kedatangan kami ke sana, kami sendiri yg buat havoc kat situ. Kecoh betul! Maklumla ada di antara kami yg baru pertama kali menderma, jd xtau apa nk kena buat. Bila nk huluq tangan? Bila nk kena cucuk ni? Isy, cam x sabo2 lak ... haha.

Irina, Ruby dan Kak Ida di bilik penderma ...

Proses pertama ialah mengisi borang. Ye la, diorg nk gak tau, betul dak kita ni sihat tubuh badan. Jgn main iya jek. Jd kena la jawab mcm2 soklan, sampai 2 m/surat la! Pas tu check pulak berat masing2 supaya tau layak atau tak. Berat yg ditimbang tahun lepas tidak diterima pakai yek, harap maklum ... haha. Kemudian buat pulak blood test utk tau jenis darah dan tahap haemoglobin. Dan akhir sekali check blood pressure. Suasana kat situ mcm dalam bank pun ada, siap kena amik nombor tgu giliran lagi. Masa check blood pressure tu, kononnya ada satu sindrom yg digelar ‘White Coat Syndrome’ yg mana sesorg tu leh naik blood pressure kalo nmpk org pakai kot putih (ala2 doktor la tu). Uish, cam ni pun ada ek? Leh suspense ghupenya bila nk jumpa doctor ni sampai kuar sindrom pelik2. Tu kalo org pakai kot putih, kalo lembaga ngan kain putih?? Jgn blood pressure jek naik ... heart attack, diabetes, hepatitis A, B, C, D sumer kuar ... huhuhu.

Khairul, Hafiz dan Nizam di bilik penderma ...

Udah la, naik pulak bulu roma sy memikirkannya ... adehh (sendiri cari pasal). Lepas sumer dh melalui proses2 testing tu, baru la kami diarah masuk ke wad penderma. Dalam wad tu cuma yg menderma jek leh masuk, yg x menderma kena tunggu luar. Jd kami melambai2 ajer la menerusi tingkap ... em, udahla rupanya macam tgk baby baru lahir ... dok terlambai2, tersengih2 kot tingkap ngan org yg kat dalam. Sy rasa nurse kat dalam tu pun pelik, apa ke hal la yg meneman sama byk ngan yg menderma ni, isy ... haha. Org lain menderma gak, tp xde pun sampai bwk rombongan cik Kiah. Buat kecoh betul la! Sib baik x kena halau kuar ... haha.

Sabri (sakit ler tu sgt ... hehe), Luvis dan Hadafi di bilik penderma ...

Proses pengambilan darah pun x lama, dalam setengah jam tu sumer pun selesai. Jd lepak pulak kafeteria menikmati breakfast free yg disediakan utk sumer penderma. Sodap pulak sambal nasi lemak free tu ek. Hmm, ke sbb free? Atau tgh lapo? Hehe … Lepas makan dan borak2, akhirnya selesai la sudah aktiviti amal CAR utk kali ini.

Tak abih2 bergambo ... biasa la CAR, bergambo mmg acara wajib! :P

Sekali lg, terima kasih kepada sumer yg sudi hadir dan menyokong aktiviti amal ini. Diharapkan sokongan anda dapat diteruskan sekiranya kitorg buat lg aktiviti amal seperti ini. Pada yg x dpt dtg ...x mengapa, sbb kitorg akan buat lg! Jd di masa depan tu, korang leh la join yek ... tak sakit la kena cucuk, tak caya tanya sumer org yg pegi tu. Kena gigit semut pun lg sakit ... hehehe.

Okay la, semoga kita berjumpa di laporan akan datang ... chow cin cau!

Keep on Running! :)

5 comments:

ruby said...

Tahniah kpd CAR yg menganjurkan program murni ini.. Kalu xder program mcm ni, ntah bila lah sy akan menderma.. Alhamdullillah, selamat 450ml darah jenis O sy dermakan utk kali pertamanya.. So pd yg blum pernah menderma, jgn takut2 yer.. :)

CAR194 said...

Wahh, ruby ... ko darah jenis 'O' ek? aku kena berbaik2 ngan ko la, darah ko sumer org leh pakai! hehehe ... :P Congrates beb, sbb berjaya bergelar 'blood donor' ... :)

Nukilan ida said...

Perghhh punya la lama tak menjengok ke sini sampai dah abis event baru tahu! Huhu...
Congrate to all yg sudi mendermakan darah..

CAR194 said...

Takpe, len kali kita buat lg leh join k ... rajin2 la menjenguk ke sini ... ;)

-zyra

zulh said...

tahniah semua...

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"