EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Monday, April 25, 2011

LSD CAR (Support for Sundown and Ultra Marathon)


Acara: LSD Chap Ayam Runners to Support Sundown and Ultra Marathon
Tempat: Hadapan Palace of Justice, Putrajaya
Tarikh: 1 Mei 2011
Masa: 8.30mlm - 5.00pg
Jarak: ikut kemampuan (1 loop = 11km)
Sumbangan Ikhlas: RM2 (kalo ada yg nk sumbang lebih, kami sgt2 menghargai sumbangan anda!)

JGN LUPA AHAD NI YEK, SAMA2 KITA BER'LSD'!

SEMUA DIJEMPUT HADIR!! (member CAR atau tidak, tak kisah)

Sukacita kami maklumkan bahawa CAR akan mengadakan satu acara latihan LSD seperti yg dinyatakan di atas. Tujuan acara ini adalah bukan sahaja utk memberi semangat juang para pelari Ultra Marathon, tetapi juga utk mereka yg akan menyertai Sundown Marathon dan Hatyai Marathon hujung bulan May ini. Kiranya sbg last high mileage training - Marathon (35km) & Ultra (70km-80km). Kami akan menyediakan water station di hadapan PoJ utk sepanjang tempoh latihan. Sumbangan RM2 akan digunakan utk membeli air, pisang, tembikai dan juga roti bun.

Sumbangan boleh dibuat kepada mana2 yg di bawah:
- Saudara Azri atau
- Saudari Suhailywati (Lily) atau
- Saudari Irina

pada bila2 masa anda terserempak dgn mereka sewaktu latihan LSD di Bukit Aman. Boleh juga diberi semasa malam latihan tersebut, tarak hal ... ;)

Selain itu, kami akan mengadakan PotLuck atau picnic di hadapan PoJ. Jd sahabat2 sekalian dialu2kan utk membawa makanan dan minuman utk kita bersantai2 ... beramah mesra ... berchit chat sakan (satu lg aktiviti peberet CAR selain bergambo sakan) dan lain2 selepas berhempas pulas berlari mengelilingi route Putrajaya tu. Kalo ada yg nk bwk pom2 utk menyokong pelari2 ni pun boleh, hehe ...

Kepada sesiapa tidak mahu berlari tetapi ingin berbasikal di sepanjang route tersebut juga sgt dialu-alukan.

Jadi ... datang, jgn x datang ... datang, jgn x datang ..!!

No comments:

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"