EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Sunday, March 13, 2011

Bareno Run 2011 - Laporan



Acara: Bareno Run 2011
Jarak: 21km/10km/5km
Tempat: Stadium Bukit Jalil
Jam: seawal 5.30pg

Catatan Masa Rakan-rakan:
Men (21km)
1:29:24 Silahuddin Salim (CAR74) – tempat ke-4!! TAHNIAH!!
1:42:37 Ghejanthran a/l Kalaimani (CAR8)
1:42:48 Mohd Azali Abdullah (CAR41)
1:47:00 Mohd Zuki Wahab (CAR216)
1:50:00 Wan Azmi Wan Ngah (CAR130)
1:53:00 Mohd Noordhamiri Mohd Amran (CAR86)
1:55:00 Muhammad Iskandar (CAR185)
1:56:00 Yim Heng Fatt (CAR88) - the return of kain sarong ... hebat la!

2:00:37 Mohd Hamdi Baharuddin (CAR20)
2:00:46 Rusfarizal Rusli(CAR52)
2:01:00 Azri Zolkipli (CAR199)
2:03:00 Muhamad Rizal Osman (CAR191) – PB!! TAHNIAH!!
2:08:00 Kamarul Faizal Tajaruddin (CAR10)
2:09:31 Mohd Zuhari Amat Sadikin (CAR32)
2:10:00 Razif Yahya (CAR121)
2:11:00 Muhammad Izuan Zainuddin (CAR217)
2:14:00 Zulkifle Hassan (CAR18)
2:18:00 Mohd Sabri Che Kar (CAR138)
2:18:00 Fairul Mizam Zamani (CAR145)
2:29:00 Sharafi Abdullah Fauzi (CAR67)
2:29:00 Onn Mohd Yusof (CAR197)
2:38:00 Mohd Rashidi Yusof (CAR94)
2:39:16 Ab Aziz Bin Jantan (CAR154)
2:42:00 Rustam Affandi Zaihan (CAR48)
2:50:00 Ramlan Sulaiman (CAR2)
2:53:00 Rohaizad Bharin (CAR105)

Women (21km)
2:14:00 Wan Noor Mahirah (CAR44)
2:28:48 Robiyatul Munawarah Md Arif (CAR69)
2:35:00 Siti Nur Aisyah Norden (CAR96) – PB!! TAHNIAH!!
2:39:00 Suhailywati Ramli (CAR54)
2:39:00 Nor Aini Abu Kasim (CAR135) – PB!! TAHNIAH!!
2:55:00 Nur Azyan Yusof (CAR194) – First timer – PB la gak … haha

3:21:00 Syarinaz Razman (CAR196)- First timer juger - TAHNIAH!!
0:00:00 Norjiana Jimain (CAR169)- First timer juger - TAHNIAH!!

Men (10km)
00:47:43 Abdul Azri K.Peer Mohamed (CAR28)

1:04:00 Syahrul Idris Saleh (CAR178)
1:07:00 Khairul Amran Abd Aziz (CAR14)
1:10:00 Kamaruzaman Shariman (CAR192)
1:20:00 Mohd Ishak Bin Mendan (CAR120)
0:00:00 Mohd Syahidan Alias (CAR87)

Women (10km)
1:03:00 Intan Suraya Maad (CAR205) – PB!! TAHNIAH!!
1:13:00 Nor Asyikin Abu Kasim (CAR136)
1:30:00 Sahida Ahmad Salleh (CAR171)
1:55:00 Norashikin Mohamad Arip (CAR202)

Men (5km)
00:18:25 Jasni Khairil Jamaluddin (CAR101) - tempat PERTAMA!! TAHNIAH!!
00:22:44 Zulazlan Shah Ibrahim (CAR71) – tempat ke-10!! TAHNIAH!!
00:24:00 Abd Malek Abd Kadir (CAR73)
00:30:45 Abdul Talib Haron (CAR49)
00:31:00 Mohd Farid Shakirin (CAR189)
00:50:00 Roslan Muhamad (CAR175)
00:00:00 Johari Isahak (CAR156)

Apa bende yg menarik utk dibuat ari Ahad yg ceria cam ari ni? Bangun lewat? Sembab dh muka … Shopping sakan? Xde duit … Tgk ‘Hikayat Merong Mahawangsa’? Tiket abih … Ooohh, jom lari half-marathon la!! Haha! Mcm aktiviti masa lapang lak wat HM ni, padahal lama tu training utk ke situ. Tp yg penting, sy kini SAH bergelar half-marathoner!! (Tu lom jd full-marathoner lg tu, dh eksen … haha)

Ooo … cam gitu rupanya buat half-marathon … br sy tau. Betul lah memang seksa nk mengabihkan, haha. Ye lah, x penah buat kan … paling jauh pun 19k masa LSD. So kira lom berkenalan la ngan HM ni. Skrg ni dh kenal, lain la skit feel nyer. Mungkin kah sy suka dan akan semakin berselera nk join lepas ni? Em, tny skrg susah nk jawab sbb kaki dok berdenyut lg ni. Tny balik esok lusa ek … haha.

Apa2 pun, sebaiknya sy start dr mula la kan. Tiba di tempat kejadian dh kira lambat la, lam kul 4.50pg. Bergegas hantar kad reporting (kad reporting? Eh, cam zaman sekolah lak …), pastu bergegas pulak cr tpt letak baggage (jauh dua2 khemah ni, awat x wat sebelah menyebelah ek?). Masa dalam bergegas tu, pihak penganjur dh mula buat warm-up session pun. Tak lama lg nk start dh ni. Tp x sempat dh nk ikut wat warm-up tu skali, so sy round2 la parking tu, lari anak2 ayam setakat bg keluar peluh. Pagi2 buta ni mmg sejuk, jd kalo x warm-up walaupun sekejap, sat g mesti lama br badan nk panas. Cuaca nmpknya ok, tak la ujan seperti yg diramalkan org. Dan plannya, sy akan stop solat Subuh di Surau belakang Restoren d’Santai. Jd dh siap2 ambil wuduk supaya senang nnti.

Dalam gelap2 tu susah jugak nk cam org. Padahal sy tau ramai CAR yg masuk. Tp nk wat camner, kena lak org yg join HM ni bukan skit2. Tak salah sy menurut Kak Ida, ada dalam seribu org jugak la. Yg sy terjumpa Ghejan (CAR8) dan Azri (CAR28). Lily (CAR54) yg kononnya sy nk ikut pacing skali langsung x jumpa. Mungkin dia pun dh sampai awal jd dh hilang dlm lautan manusia. Takpe2, belasah je la lari sorang2, cam x biasa buat …

Bila sumer org mula bergerak ke starting line, sy terserempak lak ngan Bro Ramlan (CAR2) dan En Rustam (CAR48). Pehh, hebat tul diorg ni. Dalam usia cam tu dok buat HM lg tau! Jd jgn kata usia itu membataskan aktiviti yg kita minati ni. Yg penting nk buat.

Tepat jam 5.30pg, kedengaran la bunyi das pistol melepaskan pelari2 dalam pengembaraan HM ni. Tp org depan sy x jugak gerak2 … rupa2nya punya la ramai org yg join, lama jugak utk sy yg dok nun kat belakang tu melewati timing mat. Ada lebih 4 minit jugak la br sy dpt pijak mat tu. Dan selepas tu, sy pun mula la pengembaraan pertama sy dlm HM ni dgn berbekalkan semangat dr vest CAR yg baru. Korang yg pakai ada rasa semangat x? Sy rasa cam bangga lak bagitau dunia yg, heh … aku ni chap ayam jek, tp tetap berani buat HM (tu lom FM lg tu, tp dh bangga dh … hehe).

First time ni, sy budget nk buat Sub-3, sbb ala, br sesi perkenalan kan. Kira cam br nk bertegur sapa la. Nnti dh byk kali buat br sampai tahap bertepuk tampar, hehe. Lgpun, apa2 timing pun PB … haha. So sy just maintain pacing slow2. Nk wat laju2 pun xleh gak, sbb nk budget sampai kat surau tu selepas Subuh. Kalo laju sgt kang lom mask waktu lak (mcm la leh laju … haha).

Masa tgh lari 6km pertama ni, terjumpa Norjiana ataupun Jay (CAR169) dan Syarinaz (CAR196). Wahh, hebat jugak diorg ni, sbb berani jugak join HM. Laju x laju tu tolak tepi, yg penting nk cuba. Sy x pasti ngan Jay, tp Rinaz pun first time wat HM rasanya. Chaiyok la!

Tak lama pastu, sy tiba kat surau d’Santai. Seperti yg dijangka, masa tu elok2 br masuk waktu. Dh survey dh surau tu ari tu, mmg ada sediakan telekung, so senang la pakai jek, terus solat. Abih jek tunaikan tanggungjawab sebagai seorg yg beragama Islam, sy truskan pengembaraan sy. Tgk jam, dh 50 minit sejak larian dimulakan. Ingatkan sy org yg last la, tp ada lg org belakang sy. Tak kisah la, lari jek pelan2 dptkan pace balik. Yg penting, dh lega la, sbb tanggungjawab tetap ditunaikan (jd pada mana2 non-runners yg memandang serong pd kami runners ni, haha, kami bukan cuma tau lari jek tau. Yg utama ttp diutamakan. Bak kata coach sy, jgn jadikan time flag-off dan keperluan berenti solat tu sbg alasan xmo lari).

Dan akhirnya, tiba la sy kat Jalan Gembira, permulaan pd bukit ganas seperti yg digembar-gemburkan tu. Ganas nyer bukit tu bukan sahaja sbb canak, tp juga sbb jauh. Daki2 x jugak abih2. Haha, xleh nk elak dh, senang citer ‘gembira’kn je la hati lalu situ, sy kan suka bukit! (Iyola tu … sejak bila ntah, haha). So awal2 sy pun siapkan mental utk pelan2 redah bukit2 ni sumer. Time ni org pun dh mula start berjalan. Takpe, sy kuatkan hati xmo ikut diorg berjalan. Jauh lg ni perjalanan, kalo dh start jalan kat sini, alamat x dpt la timing Sub-3 nnti. So pelan2, belok pulak kat Jalan Senang Ria. Hadoii … apa punya nama jalan daa diorg bg. Ironi sungguh!! Td jalan gembira, ni jalan senang ria pulok. Tgk skit bersenang ria tak berlari kat bukit ganas ni! Kalo x pasal tgh mengah mendaki, mau gak sy ketawa berdekah2 terguling2 sbb rasa kelako kat situ. Haha, bengong tul!

Masa tgh mendaki ni, En Rustam sapa sy. Oh, dia pun tertinggal sbb stop solat td. Xpe2, sesama la kita mendaki ek. Tiba kat atas bukit tu, ada water station. Fuh, strategik tul position dia pilih. Dan lega jugak tekak dpt minum kat situ.

Perjalanan diteruskan lg dgn jalan kecik sebelah MEX Hway. Ada U-turn di selekoh dan kemudian jumpa split station yg akan merekodkan split timing. Kiranya dh separuh la perjalanan kan? Huh, br 10k ke lari … penat dh kaki ni. Tp sbb pakai vest CAR kan, lari la jugak!

Di KM14, sponsor SIS Gel dilihat mengagihkan gel pd sumer yg lalu. Xsure org lain dpt yg sama atau x, tp sy dpt flavor oren. Trus sy simpan, bukan sbb sy x pasti keberkesanannya, tp bukan sorang yg sy tny, ramai org … dan sumer pun ckp, kalo x biasa dgn sesuatu produk, baik jgn mkn, sbb takut perut x leh terima. Lagipun, sepanjang perjalanan sy dok makan ‘choki2’ bila rasa lapar (thanks to Kak Az Hana for the tips!). Pelari geli2 cam sy cam tu la perangai, org amik SIS Gel, sy ngap ‘choki2’ lak … hehe. Blasah ajer la!

Bila lalu kat sebelah IMU, sy tau tinggal 5km utk habis. Mak aii, x sabar nyer rasa nk abih. Bila dh dekat ni, lain lak perang mentalnya. Dok pikir dh wat 16km, jd mula la rasa sakit lutut la, sakit kaki la, penat rasa nk tumbang la, isy … Tgk jam, rasanya cam sempat nk dapat sub-3. So teruskan jugak pelan2 dan akhirnya tiba di kaki bukit yg terakhir. Mcm2 taktik sy cuba time mendaki bukit ni. Lalu kat bukit yg terakhir ni, sy try kira langkah, haha. Tau sampai nombor berapa sy kira? 400!! Nmpk no kecik giler langkah sy. Haha, mungkin bukan taktik yg bagus la utk daki bukit, sbb byk betul nk kira baru sampai atas! Hadoii … takpe la, yg penting sumer bukit yg sy lalu, sumer sy lari. Takde bukit yg sy jalan. Jadi la tu kan …

Sampai kat sekolah tu, sumer org yg dok berjalan mula start berlari balik. Hoyeahh! Dh dekat!! Jom cepat jom! Depan situ jek lagi. Dan akhirnya tamat la pengembaraan pertama HM sy. Dan berjaya jugak dpt sub-3. Walaupun x laju, tp kul 8.30pg sy berjaya bergelar half-marathoner. Org lain yg kat umah, dh bangun tido ke belom? Haha …

Amik medal dan t-shirt, dan trus pegi join member2 CAR yg lain. Overall, puas hati la ngan event ni. Bukan sahaja dpt medal, HM pun dia sediakan t-shirt finisher. Wah, leh la bergaya pas ni, hehe. Thanks pd syarikat Bareno yg jd sponsor utama larian ni dan juga Bukit Jalil Running Club sbb jd organizer. Thanks to Kak Ida sbb bertungkus-lumus memastikan event ni berjalan lancar. Juga pd volunteer di water station dan yg jd road marshall (Thanks Azhar Azizi (CAR55) dan Nizam (CAR-lom dpt nombor, haha)). Cukup2 la tu, dh rupa cam ucapan menang Oscar lak rupanya nnti, haha.

Setinggi-tinggi TAHNIAH pd sumer yg berjaya menghabiskan larian td. Ramai gak yg sy jumpa tgh jalan, terpaksa stop sbb kaki dh krem. Mmg dahsat penangan bukit2 di bukit jalil ni. Takpe, jgn kecewa sgt. Sehari dua cukup, pastu kita training lg dan pulun pulak lepas ni k (hmm, mmg sah xde keje lain, asyik laaaariii jek).

Apa2 pun, sori sbb repot panjang sgt. Tu br HM, lom FM. Jd sy nk mintak maap awal2 la skrg, sbb nnti bila sy wat FM, konpom repot tu lg panjang dr ni!! Haha! :P Okay, semoga berjumpa lg di repot yg akan datang, chow cin ciao!!

Keep on Running! :)

P/s: Repot majlis sambutan ulang tahun sy post esok la yek! Pada sesapa yg dpt PB atau timing x diletak di atas, just comment sini dan sy akan edit. Xde hal ... ;) Group photo pun x sempat amik, tgh tgu sesapa yg sudi nk upload ... huhu.

6 comments:

Anonymous said...

SALAM BRO,
saya sampai lambat kat stadium pagi semalam..bila lepas je parking keta ada org kata dah mula untuk 10KM & 5KM....tak sempat nak warm-up..terus lari..jauh gak tinggal..ALHAMDULILLAH masih ada dapat medal untuk 5KM..saya dpt no 83...timing sorry tak sempat pakai jam...johari CAR156

CAR194 said...

Salam,

Pehh, sampai lambat pun leh dpt medal. Tahniah la! kalo x lmbat sure dpt trophy ni ... :) Orait, dh edit taruk lam post. Thanks!

- Asisten Seketeri

zulH said...

bro(punyalah ayu pangil bro) laporan lu best lah wa baca. Teruskan bro ... :D

CAR194 said...

Hahaha ... orait bro! Time kasih sbb baca laporan wa ... ;)

CAR169 said...

overall best lari bareno hari tu.first time official 21km.bertambah semangat bila nmpak member ramai pakai CAR vest..pasal bukit gembira tu mmg mengembirakan hati lah..

CAR194 said...

Owh, first timer gak ke? Cayalah! TAHNIAH sbb dpt habiskan larian ari tu aar, len kali kita buat lg ... haha

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"