EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Saturday, March 12, 2011

Larian Hari Wilayah 2011 - Laporan


Gambar group tanpa bendera CAR ... huhu. Rupa2nya dok ada dlm kete cek la, lupa smlm Kak Ida bg! Ampunnn ...

Acara: Larian Hari Wilayah 2011
Tarikh: 12 Mac 2011
Tempat: Dataran Merdeka
Jam: 7.30pg

Catatan Masa Rakan2 CAR

Lelaki Terbuka (7km)
29:45 Rozmi Yunus (CAR181 - tempat ke-5!! TAHNIAH!)
42:00 Mohd Sabri Che Kar (CAR138)
44:10 Mohd Shazly Shawal (CAR170)
00:00 Abd Rashid Ahmad (CAR79)
00:00 Hamidon Mat Aris (CAR27)
00:00 Azri Zolkipli (CAR199)
00:00 Omar Khalif Tajaruddin (CAR15)

Wanita Terbuka (7km)
46:00 Robiyatul Munawarah Md Arif (CAR69)
48:00 Nor Aini Abu Kasim (CAR135)

53:00 Nur Azyan Yusof (CAR194)
55:00 Nor Asyikin Abu Kasim (CAR136)

GOSOK, JGN TAK GOSOK!! Hadoii … lagu Aladin ni dok terngiang-ngiang dalam kepala sy sepanjang larian td. Ni sumer sbb wat aktiviti aerobik sebelum lari tu la … huhu. Takpe2, kita citer dr mula la ek.

Larian dijadualkan bermula jam 7.30pg (utk kategori 7km), jd dalam kul 7 tu dh mula ramai la org membanjiri dataran. Ramai pun, x ramai mana la. Adala 2-3 ratus kot. Ntah, cam x de sambutan jek acara ni kali ni. Mungkin sbb org pun konpius, ye aa, kejap kata jadi, kejap kata x jadi … yg mana satu betul daa. Dh tu bukan Hari Wilayah bulan lepas ke? Satu lg, esok kan Bareno, so sure2 ramai yg nk berehat ari ni, manjakan kaki, belai2 … simpan tenaga sok nk pecut … takpun sibuk carbo-loading? Sampai x sempat nk lari? Mungkinkah? Hmm, apa2 pun acara tetap diteruskan walaupun kurang sambutan.

Dalam kul 7 tu jugak, pihak pengajur mula memanggil sumer yg akan memulakan larian untuk turut serta dalam aktiviti aerobik yg disediakan. Hmm, menarik jugak nampaknya, so belasah je la Labu … jom ikut joget! Joget kiri … joget kanan, pusing kiri … pusing kanan … ewahh … lenggang-melenggang … haha. Betul x betul buat tu, tolak tepi, janji buat. Hayun lak tangan kiri kanan. Huh, nasib la … joget geli2 ni pun peluh kuar jugak (skit2 je la).

Ikut punya ikut, aikk … bila mau habis daa ini aerobik. Dh berapa byk lagu dia main, x abih2 jugak … memula tu seronok gak layan (ngan lagu Aladin tu la, x habis2 menggosok ... sampai terngiang2 time lari), tp bila dh masuk 4 lagu tu, sumer org pun dh cam x brp nak ikut dh. 4 lagu tu ko!! Ni nk lari ke nk berjoget ni? Kaki pun dh gatai dh nk lari. Asyik buat aerobik kang sat g nk lari x larat … hua hua hua. Agaknya pihak penganjur ni pun masih mengharapkan mana2 pelari yg dtg lambat utk turut serta kot. Ntah la … tp akhirnya, larian pun dimulakan la pada jam 7.42pg, lambat skit.

Dgn tembakan pistol, sumer org pun berpusu-pusu la ke depan mula mengukur jalan di KL ni. Ala, kalo x ukur pun dh tau dh jalannya. Kalo dh event tu buat kat Padang Merbok atau Dataran Merdeka, mmg xde route lain diorg nk bagi. Mesti route wajib tu lalu Jalan Sultan Salahuddin. Lalu KTM Bank Negara terus ke Jalan Tunku. Mungkin sbb trafik pun kurang ikut situ, jd senang skit nk kawal dan tidak la membahayakan pelari2 pecut, sederhana pecut dan geli2 ni sumer. Dan semestinya kalo dh lalu situ, mmg nk kena harung bukit la jwbnya. Tapi ala, x heran la … sbb dh byk kali lalu kan, chewah … so dh tau kat depan tu ada apa (uih, sat g dia suh lalu route lain kang, menangis ko kat situ … hehe).

Utk laluan 7km ni, 2 water station yg diorg bg. Mmg cukup minum la, air pun best cam larian bangi ari tu … 100plus (tp kat bangi len skit sbb situ bg revive. Adik beradik la tu, hehe)... em, kalo dia bg air kosong pun amik jek … yg penting bg air, hehe. Pastu terus lg lari keluar ke Hway Mahameru. Kat sini la lagu ‘gosok, jgn x gosok’ tu hilang sbb ditenggelami bunyi kete dan moto dan lori dan bas dan kapal selam yg memecut kat hway tu. Punya la bising, padahal baru kul 8 lebih … isy isy. Matahari pun boleh tahan jugak sinar pancarannya. Fuh, sib baik ada 2 water station. Kalo x kering gak tekak.

Terus menghala ke Jalan Parlimen dan akhirnya selesai semula di Dataran. Habis sudaa seksa ari ni, sok kita sambung pulak seksa lain … huhu.

Seksa pun x la seksa mana, sbb bila dh abis tu dpt MEDAL ko!! Yeah, suker betul dpt medal ni. Nampak no cam dh ketandusan medal. Ye la, last time dpt masa wat Larian Hijrah awal tahun ari tu. Pastu, masuk la event apa pun, tarak satu pun medal dpt. Uish, sian … haha. Takpe, pasni kita pulun lg k.


Ni la dia medal yg dpt td. Semoga ia jd permulaan pd lebih byk medal selepas ini!(Em, logo Sport Toto tu buat2 x nmpk je la yek ... hehe)

Overall, walapun kurang sambutan, pihak penganjur tak jadikan ia alasan utk buat sambil lewa. Polis mmg ada di setiap simpang jalan mengawal lalu lintas. Air pun cukup di water station, di garisan penamat pun byk. Ok la … oh, cuma xde goodie bag, tu jek. Tp kalo suh tukar goodie bag ngan medal, sy amik medal … hehe (sah kategori giler medal ni)

Okay la, xtau apa nk story dh. Kita berjumpa di larian seterusnya iaitu Bareno Run ESOK!! Ingat, kita pakat pakai vest CAR ramai2 yek! Dan selepas tu ada sambutan hari ulang tahun lak! So, kita jumpa esok … chow cin ciao!

Keep on Running! :)

2 comments:

Rozmi @ Amin said...

https://lh4.googleusercontent.com/-5y96XznmNe8/TXsu3aB3p-I/AAAAAAAAYFM/tiOqrutfIGg/s1600/DSCF3478.jpg

CAR194 said...

Thanks! Dh edit dh..

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"