EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Tuesday, March 29, 2011

Program Derma Darah CAR


**Sekadar nk mengingatkan 'date' kita Sabtu ni ... :) Sesapa yg free turun la yek. Tak derma pun xpe, datang jek ikut bg moral support. Pada sesapa yg nk derma, harap semak kriteria penderma di bwh dan pastikan anda layak. Dan juga, pagi Sabtu tu harap skip la latihan larian kalo ada niat tu, sbb takut nnti BP tinggi, xleh menderma lak. Jumpa Sabtu ni!! Time kasih ...

Tarikh: 2 April 2011 (hari Sabtu)
Tempat berkumpul: Bukit Aman Car Park
Masa: 11.00am


Ok geng, ni lg satu aktiviti baru yg akan dilancarkan oleh CAR. Bertitik tolak drp cadangan yg dikemukakan sewaktu Mesyuarat AGM CAR ke-2 pd Februari lepas, kami dgn rasa bangganya ingin merealisasikan salah satu idea aktiviti kebajikan iaitu Program Menderma Darah.

Sebagai permulaan, kami telah menetapkan tarikh 2 April depan sbg tarikh keramat program ini dijalankan. Tarikh ini dipilih kerana setakat ini tiada acara larian yg akan berlangsung. Jadi kami sgt2 berharap sahabat2 sekalian dpt turut serta dalam menjayakan program ini. Tempat berkumpul adalah seperti yg tertera di atas. Pada pukul 11pg, semua yg berkumpul akan bergerak bersama2 (car-pool) ke Pusat Darah Negara.

Diharap program ini dapat berjalan dgn lancar. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

saya, Azyan/Zyra di 013-344 4748 ATAU
Azri (Tuan Presiden) di 016-255 4416 ATAU
Sabri (AJK Kebajikan CAR) di 012-280 4620

KRITERIA PENDERMA DARAH BOLEH DISEMAK DI SINI

Kerjasama anda amatlah kami hargai! Sekian, terima kasih.



No comments:

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"