EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Monday, January 25, 2010

Larian ASTAR - Larian 1 Ringgit @ Larian 1 Malaysia



Larian 1 Ringgit dapat 1 Printer ngan Wang Saku

24 November 2010 - Satu larian kecil-kecilan telah dapat di hidu Fadzli @ Kenya UM, CAR9 dan Ketua Reban, CAR2 di 1st Residential College, Universiti Malaya disekitar jam 10.23 malam pada 23hb. Lalu Ketua Reban terus mengwar-warkan larian tersebut di cbox dan sms kepada jiran-jiran terdekat. Diketika kebanyakan kaum-kaum sedang asyik mengulit bantal dan menjaring air liur basi, kebanyakannya berkemungkinan tidak perasan kehadiran berita larian di cbox dan sms ini.

Larian yang dinamakan Larian Astar itu hanya menggenakan bayaran serendah 1 ringgit sahaja, ia menepati kehendak dan saranan Perdana Menteri kita sekarang ni dengan slogan '1 Malaysia'. mana nak dapatkan ditambah dengan hadiah-hadiah yang hebat seperti printer, speker, pen drive disamping wang tunai untuk pemenang-pemenang. Ok! la sangat.

Dengan kekurangan gerakan promosi yang betul, larian ini boleh dikatakan kurang menerima sambutan luar hanya ramai dari kalangan pelajar dan staf UM sendiri. Larian ini memerlukan semua peserta untuk mendaki 'bukit Cinta' yang pastinya membuat setiap peserta 'bercinta sakan' dengan bukit itu. huhuhu!

Larian yang berjarak 8 km ini, akhirnya didominasi mudah oleh sahabat CAR iaitu Jasni Khairil, CAR101 dengan catatan masa 29:20 minit, yang menobatkan beliau selaku Juara Larian ASTAR 2010 diiringi dengan hadiah sebuah Printer berjenama Canon, disamping wang tunai RM150. Penyampaian hadiah juga disampaikan dalam satu majlis spesel yang meriah pada malamnya di dewan Kolej Pertama UM. Fuh! memang berbaloi Turut menerima tempias hadiah saguhati ialah Asmadi Abdullah, CAR75 hasil kedudukan ke-4 melayakkan beliau menerima hamper. Tahniah! Tahniah!

Yang menariknya, penyerahan sijil penyertaan juga disempurnakan dalam satu majlis sederhana dan meriah selepas larian berlangsung, Dengan setiap sijil diberikan berserta dengan nama peserta lengkap di cetak! Tidak pernah berlaku dalam mana-mana larian yang aku sertai, memang sempoi! Harap selepas ini kalau Chap Ayam Runners ada buat event larian, Jasni Khairil, CAR101 bolehlah pinjamkan printer yang dia menang tu....huhuhuh


Keputusan sahabat CAR
29:20 - Jasni Khairil, CAR101 (1st)
33:34 - Asmadi Abdullah CAR75 (6th)
35:34 - Fadzli Abu Bakar CAR9 (7th)
36:35 - Nazib Ngainin (8th)
42:30 - Ramlan Sulaiman @ Ketua Reban (10th)

3 comments:

CAR1 said...

1 hengget..!!ish rugi aku tak join..padahal pg tuh aku membuta jer..huhu

CAR3 said...

awat tak nengok cbox, kan ker malam hg slalu bikin blog...kolek milege lih la...dari tak buat apa langsung...next time ada lagi tu...huhuuh

Larian utk Kesihatan
CAR3

CAR1 said...

aku ada nampak kat cbox tuh..aku ingat kreban main2..so aku pon main2 jer..takle trasa nak join sgt2..huhu rugi2..

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"