EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Monday, January 25, 2010

Mesyuarat Bulanan - Januari 2010 (Laporan)

Lokasi : Dewan Serbaguna Kg Pandan
Tarikh : 23hb Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi hingga 1.30 petang

KEHADIRAN
CAR2 Ramlan Sulaiman - Presiden
CAR47 Zulkipli Galeh - Timbalan Presiden
CAR3 Nazib Ngainin - Naib Presiden
CAR1 Mohd Hailmi Masro - Setiausaha
CAR36 Irina Ramli - Bendahari
CAR14 Khairul Amran Abd Aziz - AJK
CAR37 Hasfiza Ramley - AJK
CAR49 Abdul Talib Haron - AJK
CAR67 Sharafi Abdullah Fauzi - AJK
CAR54 Suhailywati Ramli - AJK
CAR21 Suhaimi Sulaiman - AJK CAR Kaki Gunung

Sekitar suasana perjalanan mesyuarat bulanan (Januari) CAR

AGENDA MESYUARAT
1) Pembentangan serta pengesahan minit mesyuarat agung tahunan CAR 2hb Januari yg lepas
- Dibentangkan oleh Presiden satu persatu dan disahkan oleh AJK yg hadir

2) Perbincangan secara terperinci mengenai syarat-syarat serta masalah berbangkit bg anugerah perlari CAR paling tegar 2010
- Sesi soal jawab mengenai hal dan masalah berbangkit dan penerangan lanjut diberikan oleh Setiausaha

3) Pengumuman perlancaran aktiviti kendalian sayap "CAR Kaki Gunung" untuk menganjurkan XPDC mendaki Gunung Angsi di Daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan
- Dimaklumkan oleh Penolong Ketua Sayap saudara Suhaimi Sulaiman CAR21
- Maklumat lanjut mengenainya akan diumum dlm blog sedikit masa lagi

4) Pengumuman perlancaran program pertama sayap "CAR Klinik Teknik Larian"
- Dimaklumkan oleh Setiausaha sebagai wakil dari sayap ini memandangkan kedua-dua ketua dan penolong sayap ini tidak dpt hadir atas sebab-sebab yg tidak dpt dielakkan
- Program ini akan diketuai dan dikelolakan sendiri oleh Ketua dan Penolong Sayap iaitu saudara Zulazlan Ibrahim CAR71 dan saudara Syahidan Alias CAR87
- Program klinik khas teknik larian adalah atas jemputan pihak Institut Teknologi PETRONAS (INSTEP) bertempat di Kampus INSTEP Batu Buruk Terengganu pada 31hb Januari 2010
- Ianya merupakan satu penghargaan dan penghormatan tinggi buat kita kerana pihak INSTEP memberikan kepercayaan penuh khususnya kepada Chap Ayam Runners untuk mengendalikan program ini khas untuk para pelajar mereka
- Maklumat lanjut mengenai program ini akan diumumkan sedikit masa lagi

5) Pembentangan cadangan serta perbincangan mengenai penganjuran larian yg dianjurkan oleh Chap Ayam Runners
- Merupakan agenda utama perbincangan
- Hasil perbincangan nama "CAR Family Run" telah dipilih sebagai nama rasmi larian
- Tetapi untuk permulaan larian ini hanya terbuka kepada semua sahabat CAR sahaja, dan CAR akan menjemput beberapa perlari dari running group dan kelab larian yg terpilih bg memeriahkan lg larian ini dan tempat adalah terhad
- Maklumat lanjut mengenai penganjuran larian ini akan diumumkan kelak

SEGALA BUTIRAN TERPERINCI MENGENAI SELURUH AGENDA DAN PERBINCANGAN MESYUARAT BULANAN CAR (JANUARI) 2010 AKAN DIBENTANG DAN DISIARKAN SETELAH MINIT MESYUARAT SIAP SEPENUHNYA..!!

No comments:

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"