EMAIL CAR : chapayamrunners@yahoo.com.my

Thursday, April 28, 2011

Bendera CAR berkibar di Puncak Kinabalu

Satu lagi berita yg sgt membanggakan oleh 2 sahabat kita iaitu cik Ruby (CAR69) dan saudara Sabri (CAR138) yg telah berjaya menakluki puncak tertinggi di Malaysia iaitu puncak Gunung Kinabalu. Dengan ketinggian 4905.2 meter dr paras laut, ia bukanlah ekspedisi yang mudah. Dah la tu, suhu di atas sana boleh mencecah hingga 0 darjah celcius. Jd benarlah, untuk mendaki puncak ini memerlukan latihan dan persediaan yg secukupnya.

Kedua-dua Cik Ruby dan saudara Sabri kita ni pulak dgrnya akan menyertai Borneo Marathon pada hujung minggu ni ... wah, lepas panjat gunung, lari lak marathon! FM tau ... peh, dh mcm 10km jek diorg layankan 42.195km tu ... Chaiyok la! Ni br betul alang-alang menyeluk pekasam biar smpi ke puncak gunung! Hehe ... (suka hati jek tukar peribahasa)... Pada mana2 sahabat CAR yg lain yg ingin menebarkan sayap ke gunung pula, boleh la ikut jejak langkah sahabat kita ni yek! Kita gegarkan puncak Kinabalu dgn lebih byk kibaran bendera CAR oleh sahabat2 yg lain pula! :)

Kami di Chap Ayam Runners sekadar dapat menumpang bangga dan gembira dengan kejayaan kalian berdua. Syabas diucapkan dan semoga berjaya di Borneo Marathon pulak nnti. Balik nnti boleh la berkongsi pengalaman dgn kami pulak yek ... kami pun teringin gak nk sampai ke puncak Kinabalu tu ... hehe ...

Apa2 pun, sekali lagi TAHNIAH utk anda berdua!!

Abg Misai aka Kain Sarong Man

Wahh ... glemer betul abg misai kita sekarang yek! Jadi tumpuan ramai apabila Yim Heng Fatt (CAR188) mengenakan kain pelikat semasa Larian KTM pada 23 April 2011 tempoh hari sehingga mencuri perhatian lensa kamera. Sebenarnya, ini bukan kali pertama Yim berpakaian begini, tp banyak juga event2 larian yg lain yg digayakan dgn kain pelikat. Tapi jgn terpedaya dgn gaya sempoi dia ni ... pakai kain pelikat pun pongeh nak ikut pace dia tau! Haha ...

Apa2 pun, good job la kepada Yim sbb menunjukkan kepada semua (runners dan non-runners juger) yg acara larian ni mmg boleh menjadi acara yg menyeronokkan kalo kita nak. Tak payah beli attire mahal2, kain pelikat pun settle!! Mana tau, dgn bermulanya trend berlari ngan kain pelikat oleh Yim ni, ramai yg akan ikut jejak langkah dia -- cam ari tu kat Bidor pun Mr Seketeri (CAR1) kita dh ikut kan ... ;) -- dan kemudian akan ada org yg berinovasi nk buat kain pelikat dri fit ke plak pas ni? Hehehe ...

Apa yg pasti, kita gembirakan hati dan enjoy dlm setiap larian kita!

Keep on Running! :)

Wednesday, April 27, 2011

Ipoh Century Ride 2011


Acara: Ipoh Century Ride 2011
Tempat: Dataran Ipoh
Tarikh: 17 Julai 2011
Masa: 7pg
Jarak: 160km
Yuran Penyertaan: RM100 sebelum 1 Julai (RM150 selepas tarikh tersebut)
Tarikh Tutup Penyertaan: 1 Julai 2011

MAKLUMAT LANJUT DI SINI
ONLINE REGISTRATION DI SINI

Monday, April 25, 2011

LSD CAR (Support for Sundown and Ultra Marathon)


Acara: LSD Chap Ayam Runners to Support Sundown and Ultra Marathon
Tempat: Hadapan Palace of Justice, Putrajaya
Tarikh: 1 Mei 2011
Masa: 8.30mlm - 5.00pg
Jarak: ikut kemampuan (1 loop = 11km)
Sumbangan Ikhlas: RM2 (kalo ada yg nk sumbang lebih, kami sgt2 menghargai sumbangan anda!)

JGN LUPA AHAD NI YEK, SAMA2 KITA BER'LSD'!

SEMUA DIJEMPUT HADIR!! (member CAR atau tidak, tak kisah)

Sukacita kami maklumkan bahawa CAR akan mengadakan satu acara latihan LSD seperti yg dinyatakan di atas. Tujuan acara ini adalah bukan sahaja utk memberi semangat juang para pelari Ultra Marathon, tetapi juga utk mereka yg akan menyertai Sundown Marathon dan Hatyai Marathon hujung bulan May ini. Kiranya sbg last high mileage training - Marathon (35km) & Ultra (70km-80km). Kami akan menyediakan water station di hadapan PoJ utk sepanjang tempoh latihan. Sumbangan RM2 akan digunakan utk membeli air, pisang, tembikai dan juga roti bun.

Sumbangan boleh dibuat kepada mana2 yg di bawah:
- Saudara Azri atau
- Saudari Suhailywati (Lily) atau
- Saudari Irina

pada bila2 masa anda terserempak dgn mereka sewaktu latihan LSD di Bukit Aman. Boleh juga diberi semasa malam latihan tersebut, tarak hal ... ;)

Selain itu, kami akan mengadakan PotLuck atau picnic di hadapan PoJ. Jd sahabat2 sekalian dialu2kan utk membawa makanan dan minuman utk kita bersantai2 ... beramah mesra ... berchit chat sakan (satu lg aktiviti peberet CAR selain bergambo sakan) dan lain2 selepas berhempas pulas berlari mengelilingi route Putrajaya tu. Kalo ada yg nk bwk pom2 utk menyokong pelari2 ni pun boleh, hehe ...

Kepada sesiapa tidak mahu berlari tetapi ingin berbasikal di sepanjang route tersebut juga sgt dialu-alukan.

Jadi ... datang, jgn x datang ... datang, jgn x datang ..!!

Bidor Half Marathon - Laporan

Acara: Bidor Half Marathon
Tarikh: 24 April 2011
Tempat: Dewan Muhibbah, Bidor, Perak
Jam: 7pg


Wahh, ramai tu yg join! Lama x bergamba ramai2 cam ni ... terbaekk la! (Group photo courtesy of YKK, thanks!)

Catatan Masa CAR dan Rakan2:
Men (21km)
1:32:40 Alam Shah Ismail Ahmad (CAR24) – dpt #2! TAHNIAH!!
1:39:00 Zulazlan Shah Ibrahim (CAR71) – dpt #10! TAHNIAH!!
1:42:00 Abdul Azri K.Peer Mohamed (CAR28) – dpt PB! TAHNIAH!!
1:53:22 Ahmad Farid Ellias (CAR4)
1:55:23 Mohd Zaki Mansor (CAR16)
1:58:35 Kamarul Faizal Tajaruddin (CAR10)
1:59:25 Azrulhisyam Hussin (CAR201) – dpt PB! TAHNIAH!!

2:00:00 Yum Kin Kok (CAR288)
2:00:34 Abdul Latiff Dollah (CAR218) – dpt PB! TAHNIAH!!
2:04:35 Azri Zolkipli (CAR199)
2:08:00 Razif Yahya (CAR121)
2:19:00 Mohd Hailmi Masro (CAR1) – pakai kain sarong ngan Crocs pun berdesup jugak! Sib baik x terlucut bang … hehe
2:21:00 Mohd Farid Shakirin (CAR189) – dpt PB! TAHNIAH!!
2:36:00 Onn Mohd Yusof (CAR197)

0:00:00 Shawaluddin Mohd Nor (CAR81)
0:00:00 Syahrul Idris Saleh (CAR178)

Women (21km)
2:09:56 Wan Noor Mahirah (CAR44) – dpt #8! TAHNIAH!!
2:19:00 Intan Suraya Maad (CAR205) – dpt PB! TAHNIAH!!
2:30:34 Robiyatul Munawarah Md Arif (CAR69)
2:42:16 Idaizumi Othman (CAR5)
2:45:30 Nur Azyan Yusof (CAR194)

3:18:00 Irina Ramli (CAR36)
3:18:00 Nor Aini Abu Kasim (CAR135)

Men (10km)
0:37:22 Jasni Khairil Jamaluddin – dpt #2! TAHNIAH!!
0:44:40 Harry Shahrizan Romle (CAR22) – dpt #7! TAHNIAH!!
0:59:00 Kamaruzaman Shariman (CAR192)

1:00:47 Mohd Rais (belum CAR) – dpt PB! TAHNIAH!!

0:00:00 Abdul Talib Haron (CAR49)
0:00:00 Roslan Muhamad (CAR175)
0:00:00 Mohd Hanafy Anas (CAR159)
0:00:00 Rustam Affandi Zaihan (CAR48)

Women (10km)
1:05:38 Suhailywati Ramli (CAR54)

Men (3km)
0:14:00 Muhamad Rizal Osman (CAR191)

"Running is An Enriching Experience, The Lifestyle Which I Really Enjoy"

Haa, tu dia ... kita start repot kita kali ni ngan bahasa omputih skit. Sapa2 yg lari kat Bidor td, teka mana sy dpt kata2 di atas ... hehe.

Wahh, mmg best dan happening la Bidor HM ni. Mmg betul apa yg org lain ckp, kalo nk merasa buat HM yg enjoyable, g wat kat Bidor. Selain pengurusan semasa dan selepas larian yg mmg terbaekk, dpt lak medal berat sebesar tapak tangan (tu kalo ada sesapa wat sy geram tu, bg penampo medal tu konpom berterabur gigi, haha ... sapa ada no tepon Josie? :P) ... dh tu amik goodie bag dan medal xyah queue panjang2 ... ada lak free eskrem, free air mineral, free revive dan vico. Kat dewan tu siap ada shower lagi tu! (Huh, ENR ... ko hado?).

Ok, apa2 hal kita start dr mula la kan (suker no repot start tgh jalan, x sabo nk citer ler ... hehe). Sebenarnya geng2 CAR kali ni boleh la dikatakan mengadakan ‘running trip’ utk ke Bidor ni. Tp running trip tak official sbb pengangkutan sendiri atur ngan pak supir dan mak lampir, eh silap, tu hantu ... atur ngan mak supir masing2. Cuma penginapan utk bermalam tu kitorg kaut sampai 6 bilik di hotel yg terletak betul2 di depan starting line. Tinggal nk sarung kasut, turun dan lari jek. Tak yah pikir mana nk parking, mana nk carik baggage counter. Kalo nk warm-up pun leh wat jumping jack lam bilik tu dulu, haha.

Dalam gelap2 pagi tu, mula la pelari2 sumer memenuhi kawasan di hadapan dewan. Dgrnya kali ni kurang skit pelari yg ikut serta, mungkin sbb byk larian lain yg bertembung pd tarikh yg sama iaitu Metta Kinrara Run dan Jogathon Warisan. Takpe, terpulang la pada masing2 nk lari event yg mana, yg penting kita lari dan enjoy ... kan half marathon ni fun run jek ...

Sy plan nk lari layan perasaan jek utk half marathon kali ni (jauhnya nk layan perasaan smpi 21km), sbb ikut ckp coach sy, kalo half marathon ni elok nya berjarak 2 minggu antara satu sama lain ... boleh jek kalo nk wat berturut2, tp satu tu anggap cam latihan LSD jek, sbb ye lah kaki nk pakai lama beb ... ckp coach pun kena ikut br dpt ilmu yg berkat kan (pandai, yg tang ni nk lak dgr ckp coach, tang yg dia suh menten pacing kat bukit tu xmo lak ikut ... haha. Ampun coach! :P)

Sambil tgh tgu kat starting line, borak2, gelak2 (kata fun run ...) ngan geng yg lain, tetiba pom! kitorg dilepaskan. Eh, dh start la ... haha. Boleh tak, tak perasan emcee tu dok countdown utk larian dimulakan. Haa, apa lagi, lari lah! Kali ni sy amik keputusan nk lari together-gether ngan Kak Ida (CAR5). Br jek start dh nmpk cik Ruby (CAR69) meluru ke depan dgn pantas. Utk kategori 21km ni, tak ramai pompuan yg masuk ... 47 org jek sumer skali. Lelaki ramai la, beratus2 ... takpe, kita layan kan ajer ...

Layan punya layan, nmpk penanda 2KM kat tepi jalan. Wah, rajinnya organiser ni ... sepanjang jalan tu diorg letak penanda jarak utk setiap km. Setiap km tau! Best betul la ... (ENR, ko hado??). Utk larian 21km ni, ada 2 tempat nk kena u-turn. Lari 5km, u-turn patah balik lg 5km ... lari lak jalan lain 5km, u-turn lagi patah balik 5km. Kalo sy aim PB atau nk aim kejar sesapa, rasanya stress jugak kot, terutama skali kalo nmpk org tu dh u-turn balik. Tp lari layan perasaan kan, so layan kan je laa ... haha. Boleh sambil sorak2, lambai2 kat org yg dh patah balik. 3km ... tiba la di bukit ganas pertama (em, x berapa ganas sebenarnya ... ganas lg bukit chenta UM tu ... cet, br 3km leh la ckp beso ... sat g patah balik, pongeh ko! Haha). Tak lama pas bukit tu, nmpk Uncle Alam (CAR24) dh patah balik, pas tu nmpk lak coach Zas (CAR71), Azri – penghulu reban (CAR28) dan coach Farid (CAR4). Huh, korang mmg power la! Aku ingat dh dekat nk u-turn, rupanya nun jauh lg. 4km ... dh melambak2 dh org yg u-turn. Ramai gak yg tegur sy ... bukan sbb glamer tp sbb sy pakai baju chap ayam daa ... hehe. Kalo Kak Ida tu ya, mmg glamer ... ada jek org tegur dan amik gamba dia (sy pun apa lagi, tumpang la sekaki dua ... haha). Tetiba ada org tegur kitorg dr belakang, Uncle Onn (CAR197) rupanya! Hebat la dia, selamba jek layan 21km, dan seperti yg diduga, kejap jek dia dh g depan. Ni 21km ke 10km, Uncle Onn?? Suspek sy, suspek ...

5km ... akhirnya jumpa point utk u-turn dan water station yg pertama. Stop jap, pas tu teruskan larian layan perasaan. Mmg best la layan perasaan kat route Bidor ni. Aman damai jek, xde pun kete ke, lori ke, bas ke, kapal selam ke yg lalu. Paling busuk pun moto jek (oiit, busuk, busuk jgn citer skrg ... sbb sat g mmg busuk! Haha) Sampai 7km, jumpa balik bukit (yg masih x berapa) ganas tu ... kuat lg kaki ni, hehe. Nnti2, kat depan tu ader lg ... ko tgu je la, ko tgu je la ... hua hua hua ... 9km ... sampai balik kat simpang jalan nk masuk pekan Bidor. Punya la ramai polis dan sukarela yg jaga, fuh ... Tabik tuan, tima kasih ya jaga keselamatan kami sumer!

10km ... jumpa water station ke-2. Walaupun diorg kasi air dalam cawan ready-made tu, ntah cemana hati ni xleh nk komplen, sbb diorg dh siap cucuk straw, bersusun ramai utk huluq air tu. Sy nk refill botol air sy, jd susah la kalo pakai cawan plastik tu, cemana nk tuang pakai straw kan ... tp isy, cam x sampai hati la nk marah, sbb tak yah tgu menagih air, terus lalu dan amik dr tangan yg huluq tu (huh, xyah tanya, aku tau ENR, ko tak hado!). Wahh, suker nya ... walaupun lom abih lari, tp time tu dh pikir dh nk join lg tahun depan.

11km ... larian layan perasaan diteruskan dan mula nmpk ramai peserta yg masuk 10km melintas balik. Bertembung ngan Abg Talib aka Kadok Toing Toing (CAR49), tp nk tegur takut derr, sbb tgk muka dia serius giler ... mungkin tgh fokus kot, ye lah, dia dh dekat nk abih dh ... sy br separuh jek siap. 12km ... sampai la kat tempat yg diorg kata busuk tu ... fuhh, mmg harum semerbak la. Sekali tarik napas penuh paru2 hingga ke ujung bronkus dan bronkiol dgn bau2an enak yg menyenakkan perut dan pankreas. Terputus2 tarik napas sbb harum sgt. Nk tutup idung, kang kena napas kot mulut ... adehh, lg x sampai hati ko! Ko tarik pakai mulut, pas ni ilang la selera makan seminggu, haha. Len kali kena hangkut air freshener, leh gak sembur2 mana sempat (haha, xde maknanya ...) Lupa jap nk lari layan perasaan kat sini, x leh nk fokus! Satu jek cara nk kasi settle, kita lariiiiii!!

Cepat la sgt nk lari, depan tu trus dia kasi bukit daa, padahal napas dh sangkut2 ni ... hamik ko! Mato dh berpinau ni, lutut lak rasa nk tercabut dh, jantung toksah ckp la, rasa nk meletop kaboom! pun ada ... Sekali dgr bunyi wisel sayup2 jek ... uih, ada org main bola ke atas tu? Rupa2nya, Mr Mohan ‘Marathon Maniac’ yg dok tiup wisel tu (mana2 runners long distance kalo x kenal Mr Mohan, baik xyah jd runners). Tak jemu2 Mr Mohan ni meniup wisel memberi semangat pd runners kelompok belakang ni. Sepanjang bukit tu leh dgr suara dia (Yes, you can! Go, go, go! You’re almost there!). Terbaekk la!

Tapi satu bende yg xde kat mana2 larian kat KL, tu dia kat perkampungan org asli tu. Mak oii, berderet la diorg tgu kat tepi jalan ... kat balai raya ... kat depan umah ... tgk kitorg lari. Diorg dok terpegun mcm tgk perarakan kete berhias lak. Kalo x pasal diorg kata kat depan tu ada air revive sejuk, teringin gak nk stop sat depan tu lambai2 ala2 miss world, haha ... silap ari bulan diorg dok pikir, ‘apa giler ubi kentang ler minah sorang ni. Muka dh la merah cam nk pinsan, leh plak lambai2, sah giler glemm ni’ haha ... Dh, dh ... jgn dok berangan. Tu depan tu air revive sejuk, larriiiii ...

Dan akhirnya sampai kat check point u-turn ke-2. Terasa nikmat dan nyaman tak terhingga bila air tu lalu kat tekak ... kena lak time tu matahari dh mula mencanak atas kepala. Sib baik la ada jugak pokok2 kiri kanan jalan, kalo tak konpom dh jd daging salai. Bila lalu kat water station berikutnya, amik air bukan utk minum dh, tp utk siram kat muka, wahh ngalahkan gaya org wat marathon dh ni. Kalo tak pasal risau baju tu berat, mau gak sy amik air bergelen2 siram satu badan. Matahari makin panas, leh terasa menyirap satu kepala. Fuhh ... bila mau abih ni ...

Lepas signboard 16km, yg berikutnya diorg letak 4km to finish. 4km lagi weii ... lari, lari! Pandai la organiser ni. 17km tu byk sgt bunyiknya, jd diorg wat countdown utk 4km terakhir. 3km to finish ... 2km ... dan akhirnya siap juger 21km larian layan perasaan (fun run) yg sgt menyeronokkan+mental sbb busuk dan bukit serta disalai lak di bwh matahari terik tp disebabkan organiser yg fantabulous dan marbeles, kita dtg lg tahun depan!

Amik goodie bag dan medal xyah queue langsung. Check point bg reben, jd xler tersekat darah kat pergelangan tgn dibandingkan ngan getah ikat rambut event lain buat. Ada aiskrim (amik byk pun boleh ... tinggal larat ngan x larat jek nk makan sampai kejung lidah), ada nasi lemak, kuih muih, air vico, air revive (makcik sambau 3 tin ko) ... pas tu lucky draw trus tulih kat white board, g jek cek kalo2 nombor kuar, xyah tgu lelama utk diorg panggil nombor satu2. Mmg sgt puas hati la! Berbaloi2 ... tahun depan kita pasti kembali! :)

Ok lah, cukup la sudah repot utk kali ni. Sori ler lmbt skit post dr biasa. Oksigen sumer dh g kat kaki daa nk recover sehari suntuk nyer penat. Hari ni br dia naik kepala, haha. Orait, len kali makcik kerah lg otak utk karang repot yek ... apa2 pun seperti biasa, sekalung TAHNIAH pd semua yg selesai siapkan larian masing2, laju ke selow ke tak kisah, janji berani nk join! SETINGGI-TINGGI TAHNIAH pada yg dapat trofi dan placing, dan yg dapat PB! Chap Ayam terbaekkk ... ;)

Semoga berjumpa di repot yg akan datang ...

Keep on Running! :)

Saturday, April 23, 2011

Segambut Charity Park Run 2011


Acara: Segambut Charity Park Run 2011
Tempat: Desa Parkcity KL
Tarikh: 31 Jul 2011
Masa: 8pg
Jarak: 10km
Yuran Penyertaan: RM25
Tarikh Tutup Penyertaan: 30 Jun

BORANG PENYERTAAN DI SINI
MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Friday, April 22, 2011

adidas King of the Road 2011


Acara: adidas King of the Road 2011
Tempat: NPE, Sunway Pyramid, Selangor
Tarikh: 2 Oktober 2011
Masa: 7.00pg
Jarak: 16.8km/10km
Yuran Penyertaan: RM50 (16.8km) / RM35 (10km)
Tarikh Tutup Pendaftaran: 31 Julai 2011

ONLINE REGISTRATION DI SINI
MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Thursday, April 21, 2011

Kenny Roger's Roasters Chicken Run 2011


Acara: Kenny Roger's Roasters Chicken Run 2011
Tempat: Sunway Lagoon, Sunway, Selangor
Tarikh: 22 Mei 2011
Masa: 7pg
Yuran Penyertaan: RM52
Tarikh Tutup Penyertaan: 15 Mei 2011

MAKLUMAT LANJUT
BORANG PENDAFTARAN DI SINI

Wednesday, April 20, 2011

Ipoh Starwalk 2011


Acara: Ipoh Starwalk 2011
Tempat: Stadium Indera Mulia, Ipoh
Tarikh: 19 Jun 2011
Masa: 7pg
Jarak: 10km dan 7km
Yuran Penyertaan: RM15 (10km) dan RM10 (7km)
Tarikh Tutup Penyertaan: 20 Mei 2011

MAKLUMAT LANJUT boleh hubungi: 05-2530402

Sahabat Baru CAR

Zaid Yasir Shaari (Zaid)
CAR#225
Yum Kin Kok (KK)
CAR#288

Ok geng semua..berjumpa kembali..sebelum apa2..aku minta maaf kat sahabat baru kita ni sebab terlalu lama memeram gambar dorang untuk dipublish kat blog ni..huhu

So selamat datang kita ucapkan pada sahabat kita yg kat atas tu..sure korang dah familiar sgt ngan mereka berdua..so pada korang berdua..kalo jumpa jgnlah lupa beramah mesra ye..terima kasih diucapkan kerana sudi memeriahkan lagi keluarga Chap Ayam Runners ni..

Sekian..

Tuesday, April 19, 2011

Rawang Hill Challenge 2011


Acara: Rawang Hill Challenge 2011
Tempat: SJKC San Yuk
Tarikh: 19 Jun 2011
Masa: 7pg
Jarak: 10km dan 5km
Yuran Penyertaan: RM35 (10km) dan RM10 (5km)
Tarikh Tutup Penyertaan: 31 Mei 2011


Monday, April 18, 2011

Kulaijaya Extreme Cycling Carnival 2011


Acara: Kulaijaya Extreme Cycling Carnival 2011
Tempat: Hutan Bandar Putra, Bandar Putra IOI, Kulaijaya, Johor
Tarikh: 12 Jun 2011
Masa: 8pg
Jarak: 45km
Yuran Penyertaan: RM50
Tarikh Tutup Penyertaan: 11 Jun 2011

MAKLUMAT LANJUT DI SINI
BORANG PENDAFTARAN DI SINI

Energizer Night Race 2011 - Laporan Ringkas


Aktiviti: Energizer Night Race 2011
Tempat: Litar Antarabangsa Sepang
Tarikh: 16 April 2011
Jam: 7.45mlm
Catatan Masa rakan2 CAR:

Kategori 42km - Men
3:16:34 - Rozmi Yunus (CAR181) - dapat #3! TAHNIAH!!

4:16:00 - Yim Heng Fatt (CAR188)
4:18:00 - Ahmad Farid Ellias (CAR4)
4:23:00 - Mohd Hailmi Masro (CAR1) - dapat PB! TAHNIAH!!
4:36:00 - Sharafi Abdullah Fauzi (CAR67)
4:38:00 - Azrul Hussin (CAR201) - sah bergelar Full-Marathoner! TAHNIAH!!
4:38:00 - Razif Yahya (CAR121)
4:57:17 - Nur Azhar Azizi (CAR55)

5:21:00 - Wan Azmi Wan Ngah (CAR130)
5:44:40 - Mohd Zaki Omar (CAR111)
5:46:05 - Mohd Zaki Mansor (CAR16)
5:52:35 - Mohd Hafiz Asmungi (CAR220) - sah bergelar Full-Marathoner! TAHNIAH!!

6:07:43 - Ahmad Daud Abdul Manan (CAR45) - sah bergelar Full-Marathoner! TAHNIAH!!

0:00:00 - Zulkifle Hassan (CAR18)
0:00:00 - Luvis Phuah (CAR109)

Kategori 42km - Women
5:12:05 - Robiyatul Munawarah Md Arif (CAR69) - dapat PB! TAHNIAH!!
5:46:00 - Siti Nur Aisyah Norden (CAR96) - sah bergelar Full-Marathoner! TAHNIAH!!
5:45:59 - Ida Maria Amiruddin (CAR166) - sah bergelar Full-Marathoner! TAHNIAH!!
5:50:08 - Idaizumi Othman (CAR5)

Kategori 21km - Men
1:22:38 - Silahuddin Salim (CAR74) - dapat #3! TAHNIAH!!
1:36:06 - Abdul Azri K.Peer Mohamed (CAR28)
1:41:18 - Ghejanthran a/l Kalaimani (CAR8)

2:00:13 - Azri Zolkipli (CAR199)
2:06:44 - Azizul Manaf (CAR210)
2:07:40 - Wan Hanifa Wan Yusoff (CAR103)
2:13:14 - Suhaimi Safari (CAR222)
2:19:00 - Fairul Mizam Zamani (CAR145)
2:24:00 - Mohd Jufri Mohd Din (CAR51)
2:26:13 - Onn Mohd Yusof (CAR197)
2:30:45 - Ab Aziz Bin Jantan (CAR154)
2:36:47 - Mohd Farid Shakirin (CAR189)

0:00:00 - Mohd Zuhari Amat Sadikin (CAR32)
0:00:00 - Shawaluddin Mohd Nor (CAR81)
0:00:00 - Yum Kin Kok (CAR288)

Kategori 21km - Women
2:28:00 - Suhailywati Ramli (CAR54) - dapat PB! TAHNIAH!!
2:36:37 - Intan Suraya Maad (CAR205) - sah bergelar Half-Marathoner! TAHNIAH!!
2:41:13 - Nur Azyan Yusof (CAR194) - dapat PB!! Heh heh! :D
2:58:59 - Irina Ramli (CAR36)

0:00:00 - Nor Asyikin Abu Kasim (CAR136)
0:00:00 - Nor Aini Abu Kasim (CAR135)
0:00:00 - Norjiana Jimain (CAR169)
0:00:00 - Siti Affira Khusani (CAR207) - sah bergelar Half-Marathoner! TAHNIAH!!

Kategori 11km - Men
0:40:00 - Jasni Khairil Jamaluddin (CAR101) - dapat #2! TAHNIAH!!
0:42:00 - Mohd Syahidan Alias (CAR87) - dapat #4! TAHNIAH!!
0:47:40 - Zulazlan Shah Ibrahim (CAR71) - dapat #7! TAHNIAH!!

1:05:19 - Mohd Shazly Shawal (CAR170) - dapat PB! TAHNIAH!!
1:52:05 - Roslan Muhamad (CAR175)

Kategori 11km - Women
1:17:00 - Azuria Camalia Kamel (CAR223)

Kategori 5.5km - Women
1:00:33 - Norashikin Mohamad Arip (CAR202)


Gambar rakan2 CAR di satu sudut di pagi yg hening ...


Haha, takdek hening nyerr, jom kita kasi havoc, bg runtuh bangunan tuh! :P


Jom kita serang ofis diorg!! Haha ... sabo, sabo ... ni mesti sbb lapar + penat + ngantuk. Tu yg sampai sanggup panjat penghadang tu ...

Dh abih melepas geram dalam post yg lepas, post kali ni kita kasi happy2 skit. Sbb ye la, bukan sorang dua yg buat first FM dan first HM di antara rakan2 kita. Ramai tu ... jd kalo organizer yg macam (sila isi dgn perkataan yg sesuai masing2) tak nak celebrate rakan2 kita ni, meh la kita sendiri yg celebrate bg suka skit hati. Kalo apa yg diorg janjikan tu diorg kotakan bagus la, tp kalo tak, harap2 janganlah kerana satu event yg (isi dgn perkataan sesuai masing2, hehe ... makcik dh penat nk maki :P), semangat kita utk trus lari pudar ... mari kita teruskan training, pandang ke hadapan dan teruskan join event2 yg lain ya!

Sy dh cuba kumpul timing mana yg dapat, tp sy pasti ramai lg yg join semalam. Jd silalah komen di post ini dgn timing anda, atau di chatbox atau mana2 la ... nnti sy update post ni yek. Memula tu ingat nk tgu official result kat website ENR jek, tp dlm keadaan yg haru biru ni, takut tak kuar2 jek result tu nnti, sbb diorg peram wat pekasam.

Apa2 pun, TAHNIAH kepada sumer yg berjaya habiskan larian! SETINGGI-TINGGI TAHNIAH pada yg dapat ranking top 10, yg sah berjaya bergelar Full-Marathoner dan yg dapat PB!! Korang memang hebat, terbaekk dan mantaappp!! Teruskan usaha anda dan jangan menyerah sebelum mencuba! (nasihat kat diri sendiri juger, haha)

Keep on Running sumer! :)

Sunday, April 17, 2011

BOIKOT ENR!! BOIKOT ENR!!


**Berita Terkini (21/4/2011): Pihak Energizer telah bersetuju utk mengambil alih semua tanggungjawab dalam urusan penyerahan goodie bag, sijil2, medal2 dan t-shirt finisher kepada semua peserta. Sila pastikan alamat yg diberikan tepat sebelum 5 May 2011. Untuk update data, sila ke website ENR (http://www.energizernightrace.com.my/), klik pada 42km & 21km result dan klik pada 'Self-Service - Update Details' dan masukkan bib nombor dan no K/P. Refund akan diberikan dalam bentuk cheque. Semua urusan penghantaran akan diselesaikan sebelum akhir May.

******************************************************

PULANGKAN DUIT KAMI!! PULANGKAN DUIT KAMI!!Haa, itu lah kata-kata kebanyakan runners yg menyertai acara Energizer Night Run malam semalam. Terlalu banyak aspek2 yg membuatkan kami semua tidak berpuas hati. Rasanya event larian yg dikendalikan students universiti pun lg ok dr diorg ni. Ada pulak dgr organizer ni mengharapkan runners menganggap event ni sbg fun run, di mana kitorg leh berkumpul dan enjoy dgn larian tu. Adoii ... kalo nk buat fun run, buat je la 11km ke ... jgn buat acara 42km atau 21km ni. Takde satu runners pun lam dunia ni yg menganggap jarak 42km tu sbg fun run! Semua menghempas pulas training berbulan2 ... duit, tenaga, masa sumer dikorban demi persediaan marathon. Itu pun xleh pikir ke?? Otak taruk kat kepala lutut diorg ni! Fun run kepala hatok diorg! Mmg buat org berdarah parah la ...

Emm, tu br mukadimah tu ... sbb nk start dr mana pun xtau, sebab semuanya hampeh! Jap, jap ... nk tarik nafas panjang2 jap, maklumlah hati tgh panas nih! Bak dituang air menggelegak ibaratnya!

Awal2 sebelum event ni mula pun dh ada bunyi2 kurang puas hati drp runners sumer. Yg pertama, yuran penyertaan yg sgt mahal. Dh mcm rupa nk join acara marathon jek tahap mahalnya. Bayangkan 5.5km pun kena bayar RM50 (tu kalo ‘early bird’, kalo lepas tu RM60). Ok la, konon bayar mahal tu sbb dpt headlamp ... tp mana boleh kira macam tu. Kan ke ada org dh dpt headlamp dr event yg sama last year, setidak-tidaknya buatla pilihan kalo nk headlamp atau tidak. Tapi tidak, organizer nk untung buat duit masuk poket, jd bayaran mahal. Yg peliknya, bila dtg poskad dpt pulak voucher utk beli headlamp tu!! Tak ke bengong tu namanya! Abih berapa byk headlamp nk kumpul kat umah daa ... xleh pakai betoi otak diorg ni! (Huish, ni lom start komplen pasal event lg nih!)

Yg kedua, pasal finisher T (ni bukan sbb dpt t-shirt ke tak, lom smpi situ lg ... nnti, tguu). Sumer yg join dpt finisher T tu!! Pehh, mungkin nk tunjuk diorg ni berhati mulia, bermurah hat ink bg la kot. Konon2 nk amik hati la tu kan ... adehh ... diorg ni x paham la ke’eksklusif’an finisher T tu ... runners earn t-shirt tu. Maksudnya, kita berusaha utk dpt t-shirt. Bersusah payah, berlatih berminggu2, push diri sendiri, penat smpi nk muntah br la layak berbangga dgn finisher T. Ini tidak, sumer yg siap dlm masa yg ditetapkan dpt finisher T. 5.5km pun dpt tu!! Dh la qualifying time 2jam! Baik xyah wat 21km cam tu yg qualifying timenya 3jam!! Adil ke situ?? Ini tidak adil!! Ingat senang ke nk siap Half dlm 3jam! Pongeh tau! Apa la bunguks diorg ni ...

K, skrg br nk masuk pasal event. Sampai2 dh rasa x puas hati. Parking kena charge RM10!! Ok la, so diorg kata kalo xmo kena bayaran parking tu, naik bas yg diorg sediakan. Sediakan 4 bas, 2 trip. Brp jek yg dpt naik tu, dol! 4 bas x 36 org x 2 = 288 org. Event 10ribu org!! Dh la tu, dgr citer pulak kat org yg tgu bas kat KL Sentral, tak tau nk tgu kat mana, xde instruction pun, last2 kena dtg sdiri jugak!! Lg haru tahap gaban tu! Parking tu pulak, byr mahal2 bukan dpt sebelah starting line pun, nun jauh nk kena menapak pulak! Naik tangga, turun tangga. Time pegi sihat la lagi kaki tu, masa balik kan ke haru nk kena menapak jauh2. X sensitif la diorg ni! Mmg diorg ni ingat nk kaut untung je la ... ish, pulangkan duit kami, pulangkan duit kami!!

Dalam tgh menapak ke grandstand tu ... nmpk org queue utk apa ntah, xde apa2 signage pun, tanya kat org, queue utk headlamp rupanya ... laaa, tetiba leh lak bukak kaunter headlights kat tepi tangga tu. At least, bg la instruction ke, arrow signage ke ... sib baik tanya org, kalo x, haa ... lg la penat sy berlari satu hapak pun xdpt! Logistik yg sgt mengecewakan.

Diorg ni ibarat terlalu ghairah nk masuk Malaysia Book of Record sbg ‘Event larian malam yg mendapat penyertaan terbanyak’ tp TIDAK BERSEDIA dr segi pengurusan, logistik dan bilangan pekerja. Ingat tak masa nk amik bib kat The Curve siap dgn no giliran lg. Haa, time tu pandai pulak susun supaya tak sesak. Agaknya, diorg tgk time tu cam lengang jek, so diorg ambik mudah masa event sebenar.

Berbalik pd waktu event. Next, pasal baggage handling. Bukak kaunter punya lmbt, kul 6.30 br leh start hantar beg. Ingat, ni ada 10ribu org yg nk lari ni. Kaunter dibuka sejam sebelum marathon nk start, dh tu 2 KAUNTER JEK DIBUKA DGN 1 ORG JEK PEKERJA SETIAP KAUNTER!!!! YA RABBI! Org tu jugak la yg suh kita tulih no phone, dia jugak la yg ambik beg kita dan tampal sticker dan dia jugak la yg hantar beg ke belakang!! Nk salahkan diorg sbb lemah longlai buat keje pun xleh, sbb diorg pun muka cam dh letih. Kelam kabut giler, especially bila dh pukul 7.15mlm, queue sgt2 panjang, rasanya midnight br siap hantar beg kot. Setidak-tidaknya diorg buat la kaunter yg berasingan utk setiap kategori. Jd, boleh layanan segera diutamakan utk yg lari marathon ni. Ini sumer harong sekaligus. Pengabihnya, terpaksa la ramai marathoner ni berlari ke tpt parking yg jauh nun di hujung dunia tu utk simpan brg2 diorg lam kete. Nk lg sadis?? Kete lak kena pecah bila diorg balik semula pas abih event!! Hadoii ... mmg sadis la. Kesian kat yg kena pecah kete tu ... dh la byr RM10, kena pecah kete, tu nk p perbetul kete tu nk pakai duit, balik lak habuk pun tarak!

Jam 7.45mlm, peserta marathon pun dilepaskan. Dgn 15 minit shj perbezaan setiap kategori, half marathon dilepaskan jam 8mlm, 11km jam 8.15mlm dan akhir sekali 5.5km jam 8.30. Konon disediakan persembahan cheerleader sebelum lari tu, tp alahai makcik ni pun pendek jek, apa pun x nmpk. Tau2 nmpk org kena lambung tetiba ... hmm, x terhibur pun. Mintak maaf la pada team cheerleader tu, korang penat2 lambung (dan sambut balik?) kawan korang, tp org baris depan jek yg nmpk. Sian korang, harapan nk glamer pun x kesampaian ...

Event dh dimulakan dan bukan shj kaki yg rancak melangkah, komplen pun semakin rancak ni! Dah la water station tu cuma ada 2 meja dgn 3-4 org pekerja shj, sah2 air x sempat tuang, berebut la mcm x minum seminggu. Bg air Gatorade, yg tu pun sama dok menagih mintak tuang. Kat loop luar tu org dh ukur jaraknya cuma 6.6km, tp water station ada 3 (yg ni bukan komplen), tp bila masuk loop dalam, jarak 5.5km, water station 1 ajer!! Sedih cikgu matematik diorg dgr diorg wat camni. Xlogik sesgt ... utk jarak 5.5km tu ada la 2 khemah, tp 1 ajer water station, lg 1 tu ais jek. Em, sy nk minum air, ais ni nk wat apa ek? Kalo ada sponge leh la pegang letak2 atas kepala ke atau mana2 nk bg sejuk (hati kot?), ini tak ais semata2 ... kebas tangan aku nk pegang lelama. Ada tu kat water station org dh x sanggup tgu, diorg amik jek air mineral yg diletak kat belakang. Tp hah, kena hangkut la 1.5L botol mineral tu! Kembung perut minum byk2 sampai 1.5L ... apa daa ...

Nk lagi komplen? Haa, utk yg wat 21km, powergel mmg tarak la, check point stakat pengikat rambut tu jek. Utk apa pun xtau, sbb bila sampai bukan dpt apa pun. Utk yg 42km lak, powergel dh xde, pisang lak KENA BELI BEB!! Apa ke jadah la diorg ni ... ingat duit jek ... tau kaut jek ... ingat kitorg ni tanam pokok duit ke belakang umah?! Ingat mak bapak kitorg ni Sultan Brunei ke?! Mmg tak masuk akal langsung la diorg ni. Dh tak de perkataan dh nk maki diorg ... boleh kata sumer kata2 kesat tu masih terlalu baik la utk diorg!

Masa sy dh selesai loop di luar dan nk masuk loop dalam, kekecohan berlaku. Organizer sibuk suh org ke tepi bg laluan kat 21km yg baru masuk. Berpusu2, penuh jalan (10ribu org la katakan kan ...), mmg susah nk lalu. Kena lak diorg ni cam x sedar yg 21km tu nk lari situ, leh plak lenggang kangkung kak limah longlai terhegeh2. Penat aku jerit suh diorg ke tepi. Ye, makcik ni la yg kena jerit2 suh org ke tepi. Nasib la kalo diorg target muka makcik ni pelari giler ke fanatik ke ... aku nk lari la wei!! 11km lg ni tau, pongeh dh ni! Kena plak bertembung ngan org sumer, menyelit2, adehh ... tensen rasa nk tarik rambut guling2 jek kat situ!! Organizer tu ngan loudspeaker dok ckp ‘Please leave the area, please give way tu 21km to pass thru’ tp org buat dek jek. Yg kelakar nk tau dak? Skali org yg pegang loud speaker tu YG BERTEMBUNG ngan aku! Gedebuk terlanggar dia! Laa, ko suh org kosongkan area, ko wat per kat situ?? Lepak2 lak, siap berlanggar ngan aku! Tu apa namanya kawan2? Tu namanya CAKAP TAK SERUPA BIKIN!! Pas tu dgrnya bahasa yg digunakan kasar lak tu ... apa daa ...

Bila dh siap 1 loop kat dalam tu, lalu balik GrandStand nmpk ramai org queue, berjela2, bermeter-meter beratur utk apa ntah. Sebatu jauhnya dh nmpk queue tu. Dok pikir mesti utk amik goodie bag. Sabar jek sumer org (mungkin yg kategori 5.5km dan 11km) beratur tgu dpt goodie bag. Haii, kesian ... lari nyer skit, tgu nyer berejam nk dpt. Bila makcik dh siap 2 loop, tinggal lg 500mtr nk smpi, tgk dh clear dh area. Bagus la, dok pikir senang skit nk amik nnti, tp HARAPAN KU PUNAH! Ni nk masuk part yg PALING SEDIH, PALING MENGECEWAKAN, PALING TAK BERPUAS HATI antara sumer komplen yg dh disebut di sini. GOODIE BAG TARAK!!! MEDAL TARAK!!!! APA PUN TARAK!!! Habuk ada ... adehh, letih tu lari 21km, ingat 21meter ke?? 2 jam lebih tau!! Penat tau tak? TAU TAKKKK!!!! BUDUSS LAGI BENGONG LAGI BUNGUKKSS SUNGGUH!!! Nk jek aku amik loudspeaker td, sumbat2 kat mana2 rongga yg leh disumbat kat org tu! Kalo aku yg lari 21km ni pun marah x tentu pasal, aku xleh nk bayangkan org yg wat FM. Adoii ... sgt sgt kesian kat korang! Sabar ek, nnti kita ramai2 kumpul g bako office diorg. Tu pun kalo diorg x pindah lg la ... hahaha

Diorg kata akan poskan medal dan goodie bag sumer finisher. Hantu ke apa diorg ni?? Nk pos sumer tu? Kat 10ribu org? Sapa nk tanggung kos? Nk suh bayar lg berpuluh2 hengget?? KEPALA HATOK DIORG BERJAMBUL AKU NK BAYAR!! JANGAN HARAP LA!! Yg paling menyedihkan, diorg leh salahkan peserta yg menyebabkan diorg terpaksa tutup kaunter goodie bag. Bukan salah kami sumer keadaan jd kelam-kabut. Salahkan diri sendiri dulu sbb x leh manage terlalu ramai org. Ni tak, asyik nk letakkan kesalahan pd org lain. Senang2 jek tuding jari, lepas tangan. Tu la, kail panjang sejengkal, lautan dalam hendak diduga. Haa, sekarang apa sudah jadi ni??!! Time borak2 ngan sumer org, ada yg ckp, T-shirt finisher br sampai ... tu yg masa goodie bag tu panjang berjela, sbb barang2 sumer br nk dimasukkan ke dlm beg. Teringat masa Bareno Run, sampai jek finishing, trus lalu kat tempat pemberian finisher T. Ckp la nk saiz apa, bersusun dh org dgn saiz tertentu. Teratur jek ...

Rasanya diorg ni x paham perasaan pelari2 ni sumer. Diorg ingat kitorg dtg jauh2, suka2, habiskan masa berjam2 berlari, pas tu balik tanpa dpt apa2, hati riang ria jek. Kamon la!! Mmg la goodie bag tu setakat goodie bag sahaja, medal tu setakat besi gantung kat leher jek. Tp itu la sahaja yg kami dpt lepas penat berlari. Rasanya kita ni nk kena suh diorg lari 42km, takpun 21km, haa, tgk camna keadaan diorg kalo x dpt2 apa2 pas tu ... meraung tak meraung diorg tu nnti ...

Tu yg finisher, yg dpt ranking tu, hadiah pun tarak. Podium tu cantik2 diorg buat, tp tak pakai pun! Kat mana nk tuntut lepas dpt ranking pun xtau. Tu kalo dpt nombor, ada yg xdpt nombor pun!! Padahal layak dpt position ni! Sebab apa tau, sbb xde org jaga!! Huru hara yg teramat sgt!! Pelik sbb ni bukan kali pertama diorg wat event ni. Tahun lepas nk buat, teruk jugak. Kena maki jugak, ingat tahun ni ada improvement, tp LAGI HANCUSSSS!!!

Lagi komplen, (bila nk habis la!! Punya banyak ko!!) berkali2 org cuba bertanya di website/fb group ENR tentang jarak larian yg nmpknya byk kurang dr jarak marathon sebenar, dan berkali2 juga diorg mengesahkan yg jarak tu cukup. TAPI HAKIKATNYA MMG X CUKUP! Bukan 1-2km, tp sampai 3km kurang!! Mengikut GPS ramai yg menyertai marathon, jarak cuma 39.5km!! HANTU PUNYA ORGANIZER!! Utk 21km, kami diarahkan utk belok ke kiri masa nk masuk loop yg dalam tu, jd ada la tambah dlm 1km lebih, jd walaupun tak cukup 21km, tp dekat2 la … yg marathon tu, rasanya leh jugak nk kurangkan jurang kalo diorg pun ikut kami kena belok kiri lepas masuk trek. Tp tau kenapa diorg x belok kiri, sbb xde marshall jaga suh diorg belok kiri!! Lepas kekecohan pasal goodie bag, sumer organizer dh cabut, dh rupa mcm padang jarak padang tekukur jek tetiba. Harapkan kami yg dh siap dan stay back ni la yg sorak marathoner tu sumer. Dgr citer cheerleader yg diorg sediakan pun senyap jek x bersorak ... lerrrr ... Apa teruk sgt la event ni!! Hadoii, cam x caya pun ada gak. Cam diorg ni br abih sekolah jek gayanya. Pakai otak la skit oii!! Oh lupa, otak diorg kat kepala lutut ... hmm ...

Kesian kat yg wat 42km, buat 5 loop kat luar, xtau apa2, tetiba masuk, senyap sunyi dh ... layan la trek tu pelan2 ... bg abih. Kenapa organizer mesti cabut? Yg wat 42km ni tak bersalah. Bukan diorg penyebabnya. Kenapa mesti cabut lari? Kenapa mesti tinggalkan event cam tu jek? Sgt tak bertanggungjawab diorg ni. Mmg sadis la ... hadoii ...

Jd mari kita ramai2 BOIKOT ENR!! Kita bako, kita bako!! Tahun depan ke, tahun lg satu ke, JANGAN HARAP KITORG NK JOIN, TOK SAH MIMPI LA NK DPT PENYERTAAN LAGI! Ko buat la promosi gilos2 sekali pun, haram kitorg nk sokong! BUAT MALU MESIA LAAA!!!

* Berita Terkini yg sy dgr dr FB:
Sekumpulan 60 runners telah menurunkan signature mereka dan wakil mereka telah berjumpa organizer dgn komplen masing2 dan organizer bersetuju utk mengeluarkan cheque bernilai RM3000 utk refund duit 60 org ni. Abih kitorg camna???? Nk jugak refund dol!!!

Saturday, April 16, 2011

Hulu Selangor MTB Jamboree 2011


Acara: Hulu Selangor MTB Jamboree 2011
Tempat: Dewan Millenium, Bandar Utama Batang Kali, Selangor
Tarikh: 15 May 2011
Masa: 9.30pg
Yuran Penyertaan: RM60
Tarikh Tutup Penyertaan: 20 April 2011

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Friday, April 15, 2011

Kayuhan 1 Meru 2011


Acara: Kayuhan 1 Meru 2011
Tempat: Meru, Klang
Tarikh: 8 May 2011
Masa: 7pg
Jarak: 35km (Men Open)/ 25km (Women Open)
Yuran Penyertaan: RM50
Tarikh Tutup Penyertaan: 30 April 2011

BORANG PENYERTAAN DI SINI

Thursday, April 14, 2011

Mount Berembun Green Challenge 2011


Acara: Mount Berembun Green Challenge 2011
Tempat: Hutan Lipur, Air Terjun Chemerong, Dungun Terengganu
Tarikh: 16 July 2011
Yuran Penyertaan: RM60
Tarikh Tutup Penyertaan: 8 July 2011

MAKLUMAT LANJUT DAN BORANG PENYERTAAN DI SINI

Wednesday, April 13, 2011

The Green Ride 2011



Acara: The Green Ride 2011
Tempat: Kompleks Perlis MTB, Bukit Ayer, Perlis
Tarikh: 28 May 2011
Masa: 8.45pg
Jarak: 45km
Yuran Penyertaan: RM30

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

2XU Compression Run 2011 - Laporan


Acara: 2XU Compression Run 2011
Jarak: 12km
Tarikh: 10 April 2011
Tempat: Marina Promenade, beside Singapore Flyer
Jam: 7pg
Catatan Masa Rakan2 CAR:

Men's Competitive
01:22:56 Onn Mohd Yusof (CAR197)
01:41:07 Abdul Talib Haron (CAR49)

Women's Competitive
01:22:38 Jenap M Said (CAR62)
01:26:33 Siti Nur Aisyah Norden (CAR96) - dapat PB! TAHNIAH!!
02:11:35 Noorzila Abd Latiff (CAR123)


TAHNIAH diucapkan kepada sumer rakan2 kita yg berjaya menghabiskan larian di 2XU Compression Run pada hari Ahad lepas di Singapura! Ada yg dpt PB lg tu, hebakk, hebakk ... Em, bila la sy lak nk menjejakkan kaki mengukur jalan kat Singapura tu yek ... xpe2, satu hari nnti sampai juga ... hahaha.

Ok la, teruskan usaha anda ye sumer! Tak cukup tanah nk lari kat Mesia, kita keliling satu dunia berlari! :D Yg penting, keep on Running!! Chow ...

Tuesday, April 12, 2011

Bakam Challenge 2011


Acara: Bakam Challenge 2011
Tempat: Taman Tunku, Miri, Sarawak
Tarikh: 14 May 2011
Jarak: 32km (berbasikal) + 10km (trail run)
Yuran Penyertaan: RM80
Tarikh Tutup Penyertaan: 15 April 2011

BORANG PENYERTAAN DI SINI
MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Monday, April 11, 2011

Kejohanan MTB 1 Belia 1 Malaysia 2011


Acara: Kejohanan MTB 1 Belia 1 Malaysia 2011
Tempat: Taman Cabaran Putrajaya, Precint 5 , Putrajaya
Tarikh: 28 - 29 May 2011
Masa: 9pg
Jenis Acara: Downhill dan Cross Country
Yuran Penyertaan: RM50

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Saturday, April 9, 2011

Larian Hari Amal Shapadu 2011


Acara: Larian Hari Amal Shapadu 2011
Tempat: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Tarikh: 17 April 2011
Masa: 7.00pg
Jarak: 6km/4km
Yuran Penyertaan: RM10

BORANG PENYERTAAN DI SINI
MAKLUMAT LANJUT DI SINI



Friday, April 8, 2011

Shah Alam Night Kriterium 2011


Acara: Shah Alam Night Kriterium 2011
Tempat: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Tarikh: 15 April 2011
Masa: 8.30mlm
Yuran Penyertaan: RM50

BORANG PENYERTAAN DI SINI
MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Sesi Latihan CAR (7 April) - Laporan Ringkas



Tempat: Kompleks Sukan UPM
Tarikh: 7/4/2011
Masa: 8mlm-10mlm
Coach: Saudara Zulazlan Shah Ibrahim (CAR71)
Kehadiran:
Mohd Zuhari Amat Sadikin (CAR32)
Irina Ramli (CAR36)
Nur Azhar Azizi (CAR55)
Asmadi Abdullah (CAR75)
Wan Hanifa Wan Yusoff (CAR103)
Mohd Farid Syakirin (CAR189)
Nur Azyan Yusof (CAR194)
Mohd Zuhair Mohd Nor (CAR208)
Abd Halim Md Ali (CAR209)
Mohd Rais (belum CAR)
Aini (belum CAR)
Eis (belum CAR)
Ezwani Hanafi (belum CAR)

Menu Latihan:
- Warm-Up (400 x5 lap)
- Stretching
- Fartlek di atas padang (40 minit @~5km)
- Easy Jog (400 x 8 lap)
- Cool down dan stretching
Total mileage: 10km

First time buat fartlek di bawah tunjuk ajar Bro Zas. Ooo, cam gitu ghupenya wat fartlek. Mmg pongeh la! (kalo x pongeh x namanya 'Speed Play', beb) Memula tu cam steady jek la layan, tp bila dh 4-5 set, ooo mak oii, bila mau abih daa ...!! Pinsan ...!! Tp yg penting berjaya jugak dihabiskan ... tima kasih byk2 kepada coach kita atas tunjuk ajar dan yg sabar menjawab berkampit2 soklan dr pelari geli2 cam kami ni. Pd yg x dpt dtg tu mmg rugi ler sesgt ...

Tp xpe, latihan akan diteruskan pada setiap hari Khamis, di tempat yg sama, pada jam 8mlm. Pada sesiapa yg berminat, jgn malu2, jgn segan2, datang jek ke Kompleks Sukan UPM untuk bersama2 kami berlatih ... Sekian, terima kasih.

Thursday, April 7, 2011

SAS International Eco-Challenge 2011


Acara: SAS International Eco-Challenge 2011
Tempat: Berjaya Tioman Resort, Pulau Tioman, Pahang
Tarikh: 14 May 2011
Masa: 9pg
Yuran Penyertaan: RM50
Tarikh Tutup Penyertaan: 30 April 2011

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Wednesday, April 6, 2011

Pacesetters - LSD (Long Slow Distance) April 2011

Acara : LSD aka Long Slow Distance Apr 2011 by PACM
Tempat : Bukit Aman, Kuala Lumpur
Tarikh : 10hb April 2011 (Ahad)
Jarak : 10km - 20km (atau lebih)
Masa : 06:30 Pagi - 09:00 Pagi

SEMUA DIJEMPUT HADIR..!!!
Bukit Aman - Sri Hartamas
2 "Water Station" akan disediakan..!!

Tuesday, April 5, 2011

SPCA Charity Run 2011



Acara: SPCA Charity Run 2011
Tempat: Penang Youth Park, Pulau Pinang (Taman Perbandaraan Pulau Pinang)
Tarikh: 29 May 2011
Masa: 6pg
Jarak: 10km
Yuran Penyertaan: RM15
Tarikh Tutup Penyertaan: 14 May 2011

PENDAFTARAN SECARA ONLINE DI SINI
MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Monday, April 4, 2011

Komtar Tower Run 2011



Acara: Komtar Tower Run 2011
Tempat: Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Penang
Tarikh: 12 June 2011
Masa: 7.30pg
Jarak: 65-tingkat bangunan KOMTAR
Yuran Penyertaan: RM25
Tarikh Tutup Penyertaan: 30 May 2011

BORANG PENYERTAAN DI SINI
MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Sunday, April 3, 2011

Info Larian #1

Okay geng, minggu ni takde post terminologi, tp ada sedikit info yg sy rasakan sgt sesuai utk dikongsi bersama. Video di bwh ni pd pendapat sy boleh dijadikan rujukan yg sesuai dalam latihan larian terutama utk pelari geli2 cam kita ni. Kalo beli majalah Runner's World tiap2 bulan pun, balik2 diorg citer bende ni jugak. Jd kalo nk jadi pelari geli2 yg ceria, tanpa ada masalah 'injury' yg memungkinkan kita terpaksa berehat lama, boleh lah ikut panduan seperti video di bawah ... ye arr, dh la geli2 pastu salah buat dh injured kaki ... x pasal2 kena rehat lama. Kalo wakil negara masuk Olimpik tu mmg kena la ngan latihan jerih yg mudah mengundang injury kan ... ni stakat chap ayam jek ... hehehe.

Utk kemudahan semua (just in case, korang x dpt tgk video tu), sy sertakan subskrip seperti apa yg dinyatakan oleh Bart Yasso ini.

Sedikit mengenai Bart Yasso: Salah seorg yg berjaya ber'marathon' di semua 7 benua (termasuk Antartica dan pergunungan Kilimanjaro), bergelar Ironman sebyk 5 kali, merupakan pengasas 'Yasso 800s', satu 'marathon-training schedule' yang digunakan oleh pelari2 seluruh dunia. Merupakan 'Chief Running Officer' di Runner's World (RW) dan coach RW's Challenge. Senang citer, apa yg dia ckp, boleh pakai la, haha!




3 keys to stay healthy and injury free

1 - Running Rule: Do not run too fast
You cannot simulate a race everyday. Your long run must at a pace 60-90 seconds slower than your race pace. If you run too fast in your training run, you're just gonna break down over time. Easy run should be done at what I call conversational pace. You should be able to run and carry on a conversation with someone you're running with.

2 - Running Rule: Do not run too far
I'm talking about your weekly mileage and the mileage on your long run. Your weekly mileage do not add any more than about 10% per week increase. On your long run, just add on 1 to 2 miles per week as you increase your long run. After you increase mileage for 3 to 4 weeks, take a break and start the circle all over again.

3 - Running Rule: Do not run too often
I always tell people rest days are part of the training. Recovery days are part of the training and they're just as important as your quality days. You rest and recover, you'll be able to be quicker and faster on those quality workout days. You can also use cross training. Go for a little bike ride, go for a swim, or even a walk. Anything you can do, to take a day off to help you recover. Listen to your body, a lot of time they send you that signal. If you take that rest, it'll keep you injury free.


Okay, sy harap korang dpt memanfaatkan apa yg dapat dipelajari dr video ini. Semoga berjaya!

Keep on Running! :)

Saturday, April 2, 2011

Program Derma Darah CAR - Laporan


Aktiviti: Program Amal CAR – Menderma Darah
Tempat: Pusat Darah Negara
Tarikh: 2 April 2011
Jam: 11pg – 1tgh

Kehadiran:
Idaizumi Othman (CAR5) – Iron Woman!
Khairul Amran Abd Aziz (CAR14) – Iron Man!
Abdul Azri K.Peer Mohamed (CAR28)
Irina Ramli (CAR36)
Hasfiza Ramley (CAR37)
Suhailywati Ramli (CAR54)
Ahmad Hadafi Hj Jus (CAR58)
Robiyatul Munawarah Md Arif (CAR69)
Luvis Phuah (CAR109)
Mohd Sabri Che Kar (CAR138)
Fairul Mizam Zamani (CAR145)
Nur Azyan Yusof (CAR194)
Mohd Hafiz Asmungi (CAR220)
Nizam (no. x naik2 jugak lg ni)

Haa ... tu dia. Berjaya sudah Pusat Darah Negara mengambil berkampit-kampit darah daripada sahabat2 CAR semua. Dah kata dah, kalo runners ni, darah mesti laku punya ... hehehe. Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada semua ahli CAR yg sudi melapangkan masa menyertai aktiviti amal CAR yg pertama diadakan ini. Chaiyok la korang!! Kalo ada lg pas ni, join lg k ... ;)

Di bilik menunggu sementara ketibaan sahabat2 yg lain (pehh, ketibaan tu ... hehe)

Ni nk citer skit pasal Kak Ida (CAR5) dan Khairul (aka Atok/Timb Presiden) yg berjaya mengungguli gelaran Iron Woman dan Iron Man masing2. Hebat diorg ni tau ... Mesti korang pelik kan, bila plak diorg masuk Ironman Challenge ni? Bukan bende tu x dibuat ke tahun ni? Haha, sebenarnya gelaran ni kitorg yg bagi kat diorg sbb mendapat kiraan haemoglobin tertinggi antara semua yg hadir! Diorg ni mesti xde keje lain, makan sayur bayam (yg mengandungi zat besi yg tinggi) jek tiap2 hari. Amik ko, kan dh kuat seperti Popeye jdnya ... jd jgn buat diorg marah, sat g melayang korang kena lesing ... haha. Sy pun nk kena mula mencekik bayam la lepas ni. Kekurangan haemoglobin bukan sahaja membuatkan kita x layak menderma, malah boleh menyebabkan kita cepat lotih. Oh tidak, runners mana boleh cepat lotih ... xpe, kalo x cukup bayam lepas ni, siap la mana2 tiang lampu besi sepanjang jalan tu nnti abih sy kikis buat lauk ... haha! (Dh start merepek dh ... :P)

Sedang mengisi borang pendaftaran ...

Setibanya kami di sana, xde pun bunyi kompang menyambut kitorg, haha. Sbb diorg pun dh biasa dgn pengunjung2 secara berindividu lain yg dtg hujung minggu utk menderma darah. Pehh ... tu lg hebat. X payah suruh2 pun, pegi situ atas kerelaan sendiri pas tu serah diri huluq tangan, haa, buat la apa yg patut ... amik la berapa byk nk amik ... haha. Tp kedatangan kami ke sana, kami sendiri yg buat havoc kat situ. Kecoh betul! Maklumla ada di antara kami yg baru pertama kali menderma, jd xtau apa nk kena buat. Bila nk huluq tangan? Bila nk kena cucuk ni? Isy, cam x sabo2 lak ... haha.

Irina, Ruby dan Kak Ida di bilik penderma ...

Proses pertama ialah mengisi borang. Ye la, diorg nk gak tau, betul dak kita ni sihat tubuh badan. Jgn main iya jek. Jd kena la jawab mcm2 soklan, sampai 2 m/surat la! Pas tu check pulak berat masing2 supaya tau layak atau tak. Berat yg ditimbang tahun lepas tidak diterima pakai yek, harap maklum ... haha. Kemudian buat pulak blood test utk tau jenis darah dan tahap haemoglobin. Dan akhir sekali check blood pressure. Suasana kat situ mcm dalam bank pun ada, siap kena amik nombor tgu giliran lagi. Masa check blood pressure tu, kononnya ada satu sindrom yg digelar ‘White Coat Syndrome’ yg mana sesorg tu leh naik blood pressure kalo nmpk org pakai kot putih (ala2 doktor la tu). Uish, cam ni pun ada ek? Leh suspense ghupenya bila nk jumpa doctor ni sampai kuar sindrom pelik2. Tu kalo org pakai kot putih, kalo lembaga ngan kain putih?? Jgn blood pressure jek naik ... heart attack, diabetes, hepatitis A, B, C, D sumer kuar ... huhuhu.

Khairul, Hafiz dan Nizam di bilik penderma ...

Udah la, naik pulak bulu roma sy memikirkannya ... adehh (sendiri cari pasal). Lepas sumer dh melalui proses2 testing tu, baru la kami diarah masuk ke wad penderma. Dalam wad tu cuma yg menderma jek leh masuk, yg x menderma kena tunggu luar. Jd kami melambai2 ajer la menerusi tingkap ... em, udahla rupanya macam tgk baby baru lahir ... dok terlambai2, tersengih2 kot tingkap ngan org yg kat dalam. Sy rasa nurse kat dalam tu pun pelik, apa ke hal la yg meneman sama byk ngan yg menderma ni, isy ... haha. Org lain menderma gak, tp xde pun sampai bwk rombongan cik Kiah. Buat kecoh betul la! Sib baik x kena halau kuar ... haha.

Sabri (sakit ler tu sgt ... hehe), Luvis dan Hadafi di bilik penderma ...

Proses pengambilan darah pun x lama, dalam setengah jam tu sumer pun selesai. Jd lepak pulak kafeteria menikmati breakfast free yg disediakan utk sumer penderma. Sodap pulak sambal nasi lemak free tu ek. Hmm, ke sbb free? Atau tgh lapo? Hehe … Lepas makan dan borak2, akhirnya selesai la sudah aktiviti amal CAR utk kali ini.

Tak abih2 bergambo ... biasa la CAR, bergambo mmg acara wajib! :P

Sekali lg, terima kasih kepada sumer yg sudi hadir dan menyokong aktiviti amal ini. Diharapkan sokongan anda dapat diteruskan sekiranya kitorg buat lg aktiviti amal seperti ini. Pada yg x dpt dtg ...x mengapa, sbb kitorg akan buat lg! Jd di masa depan tu, korang leh la join yek ... tak sakit la kena cucuk, tak caya tanya sumer org yg pegi tu. Kena gigit semut pun lg sakit ... hehehe.

Okay la, semoga kita berjumpa di laporan akan datang ... chow cin cau!

Keep on Running! :)

Program Berbasikal Polis Bersama Masyarakat 2011



Acara: Program Berbasikal Polis Bersama Masyarakat 2011
Tempat: IPD Perak Tengah
Tarikh: 7 May 2011
Masa: 7.30pg
Jarak: 30km
Yuran Penyertaan: RM10

BERMINAT BOLEH HUBUNGI C/ISP Kamarulzaman Bin Harun ( Pak Chuu ) di 017-558 1676

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

"Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut"